Memaparkan catatan dengan label Diari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diari. Papar semua catatan

Jumaat, 2 November 2012

Pasca Haji 2012; Beberapa Pengajaran dan Peringatan untuk Orang-Orang yang Berfikir



1. Segala amal ibadah memerlukan kepada ilmu. Beberapa kesilapan dan salah faham berlaku di kalangan jemaah haji ketika melaksanakan ibadah haji kerana kurangya ilmu atau kurang mengambil berat tentang ilmu-ilmu haji sebelum melaksanakan haji. Contohnya, melontar ke jamrah dengan sekuat hati kerana menisbahkannya seperti melontar batu ke arah syaitan, tidak bermabit di Mina pada malam-malam hari tasyriq sebaliknya beriktkaf di Masjidil Haram dan tidak mengetahui perkara-perkara yang dilarang ketika berada dalam ihram.

2. Islam tidak pernah mengabaikan aspek kekuatan fizikal kepada penganutnya. Buktinya, ibadah haji yang merupakan satu ibadah yang memerlukan kekuatan dan ketahanan fizikal untuk melaksanakannya. Namun, Islam bukan hanya kepada kekuatan fizikal semata. Aspek fizikal adalah salah satu aspek daripada aspek-aspek yang ditekankan dalam ajaran Islam yang sempurna. Amat sukar melaksanakan kewajipan haji seperti  mengerjakan 7 pusingan tawaf dan saie dengan penuh sesak lautan manusia tanpa adanya kekuatan fizikal.

3. Benarlah peringatan Ilahi melalui kalamNya dalam surah al-Baqarah, ayat 197 agar janganlah bertengkar/berdebat ketika melaksanakan ibadah haji. Ia adalah salah satu daripada tiga perkara yang ditegah secara jelas oleh Allah dalam ayat tersebut. Ketika melaksanakan ibadah haji, banyak keadaan dan situasi yang sebenarnya membuka peluang dan ruang untk berlaku pertengkaran. Dengan izin Allah, saya diberi peluang untuk menghadapi situasi tersebut dan juga melihat pertengkaran berlaku di kalangan jemaah haji.

4.  Ibadah haji adalah satu ibadah yang menuntut banyak pengorbanan dan kesabaran seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S., isterinya Hajar dan puteranya, Nabi Ismail A.S. Malah, salah satu kewajipan haji, iaitu ibadah saie antara bukit Safa dan Marwah merupakan ibadah yang disyariatkan daripada peristiwa cemas Hajar mencari air untuk anaknya Nabi Ismail A.S. Banyak perkara yang dikorbankan untuk melaksanakan ibadah haji seperti harta, masa dan tenaga. Setibanya di Tanah Haram, kesabaran amat dituntut kerana setiap orang akan diuji dengan ujian yang berbeza sebagai tapisan daripada Allah untuk mencari pemenang haji mabrur di akhirnya.


5. Setiap ilmu tidak akan sempurna jika ia hanya di medan teori semata. Berdasarkan pengalaman saya, ibadah haji hanya akan benar-benar difahami selepas kita melaluinya sendiri dengan amalan dan perbuatan seperti berihram, tawaf ifadhah, melontar di tiga jamrah, miqat di mina dan muzdalifah serta wuquf di Arafah.

6. Ibadah haji khususnya Hari Arafah adalah gambaran awal kepada perhimpunan besar seluruh umat manusia kelak, iaitu perhimpunan di Padang Masyhar. Pada Hari Arafah, semua jemaah haji dikumpulkan di satu tempat (Arafah) tanpa mengira pangkat, jawatan, status, bangsa, warna kulit, jantina mahupun keturunan. Tiada ibadah haji bagi sesiapa yang tidak berwuquf di Arafah walaupun sesaat pada hari tersebut. Pada hari tersebut, semua berkumpul dengan tujuan yang satu, iaitu untuk mendapat keredhaan Allah dan diterima ibadah haji masing-masing, samalah seperti perhimpunan di Padang Masyhar kelak, tujuannya juga satu iaitu untuk bertemu Allah dan dihitungkan segala amalan sama ada ke syurga ataupun neraka. Pelbagai cara yang dilakukan oleh jemaah Haji untuk sampai ke Arafah pada hari tersebut, sama ada dengan menaiki kereta, bas, van mahupun berjalan kaki. Ketika di Arafah, ada yang selesa dengan berkhemah beserta kipas/air-cond, ada yang hanya menumpang teduh di tepi-tepi khemah dan ada juga yang hanya duduk berbumbungkan matahari yang panas membahang. Itu semua adalah gambaran di Padang Masyhar kelak. Ada yang akan memperoleh syafaat atas asbab menghafaz al-Quran, mati syahid, amal soleh khusunya 7 golongan yang dijanjikan syafaat di akhirat kelak, ada yang terpaksa menunggu lama di padang masyhar kerana banyaknya harta yang akan dihisab, dan ada juga yang sudah terseksa bermula dari alam kubur dan berlanjutan sehingga ke Padang Masyhar. Setiap orang akan membawa segala bekal di dunia sebagai modal dagangan di akhirat kelak. Namun, yang senang di dunia khususnya pada Hari Arafah, tidak semestinya akan menjadi orang yang paling senang di Padang Masyhar kelak. Orang yang paling susah di Hari Arafah mungkin merupakan orang yang paling senang di akhirat kelak.

7. Ibadah haji merupakan ibadah yang dilaksanakan sebagai tanda pengabdian diri kepada Allah dan kepercayaan penuh terhadap apa yang diperintahkan oleh Allah. Tidak semua bahkan mungkin hampir semua jemaah haji tidak memahami dengan akal manusia yang terhad kenapa sesuatu perkara ibadat itu diperintahkan. Contohnya, mengapa mesti melaksanakan tawaf sebanyak 7 pusingan, mengapa mesti bermabit di Mina paling kurang 2 malam, mengapa mesti bergerak ke Muzdalifah, seterusnya Arafah dan ke Mina untuk melontar Jamrah. Semua persoalan tersebut sukar untuk dijawab dengan akal manusia. Namun, sebagai hamba yang taat, semua ibadah dan peraturan tersebut dilaksanakan sebaiknya walaupun banyak kesukaran yang ditempuhi.

8. Amat rugi jika melaksanakan ibadah haji tanpa dapat menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S., Hajar dan Nabi Ismail A.S. dan menjiwai perjuangan Rasulullah S.A.W. dan para sahabat Baginda di Tanah Haram. Bagaimana untuk menghayati dan menjiwainya? Bacalah dan fahamilah sejarah.

9. Benarlah, ganjaran bagi haji mabrur adalah syurga dan seperti bayi yang dilahirkan (bersih dari dosa-dosa yang lepas). Tidak mudah untuk memperolehinya dan amat beruntung jika memperolehinya.

Hujan turun membasahi bumi diikuti dengan kemunculan pelangi di langit ketika dalam perjalanan pulang ke Riyadh. Tanda bermulanya musim sejuk di Arab Saudi. Semoga ia juga adalah tanda ibadah haji kami diterimaNYA. 

Sabtu, 13 Oktober 2012

Bulan Pertama di Riyadh..Alhamdulillah!

~Pelajar-Pelajar Malaysia di Riyadh bergambar selepas kursus haji~

Alhamdulillah, sudah sebulan menjejakkan kaki di bumi Riyadh, negara kelahiran manusia paling agung dan mulia dalam sejarah kehidupan manusia.

Alhamdulillah, walaupun baru sahaja berusia sebulan menjadi rakyat sementara Arab Saudi, pelbagai pengalaman baru sudah dirasai. Pengalaman-pengalaman ini tidak mungkin dirasai tanpa penghijrahan ke bumi Riyadh. Syukur paduMu Ilahi!

Alhamdulillah, kemasukan 9 orang pelajar baru Universiti Islam Al-Imam Muhammad Ibn Saud pada fasa kali ini telah menjadikan pelajar Malaysia yang belajar di universiti ini seramai 20 orang. Peningkatan mendadak hampir 1 kali ganda. InsyAllah 3 orang lagi pelajar Malaysia akan tiba di Riyadh pada fasa kedua (awal tahun 2013).

Alhamdulillah, segala proses dan urusan kami di sini berjalan dengan lancar, bermula di lapangan terbang (kumpulan kami hanya perlu menunggu + 1jam untuk urusan kemasukan buat pertama kali ke Riyadh, berbanding senior-senior terdahulu yang terpaksa menunggu selama 2-3 jam). Kami juga disambut dan diraikan oleh senior-senior yang sudah sedia menunggu di lapangan terbang antarabangsa Riyadh. 

Alhamdulillah, setibanya kami di asrama universiti (baca:sakan), kami terus mendapat bilik tetap di tingkat satu bangunan baru yang tidak pernah digunakan sebelum ini (senior-senior terdahulu terpaksa menunggu selama 2-3 minggu sebelum memperoleh bilik yang tetap). Alhamdulillah, bilik yang disediakan cukup lengkap dengan kemudahan asas seperti katil, almari, dapur, oven, peti sejuk, bilik air dan air-cond. Segala urusan kami selepas itu seperti pendaftaran universiti, temuduga untuk menentukan kelas Bahasa Arab, pemeriksaan kesihatan dan urusan-urusan lain banyak dibantu oleh senior-senior. Terima kasih!

Sejujurnya, sistem pengurusan pendaftaran di universiti ini (mungkin seluruh Arab Saudi) jauh ketinggalan berbanding sistem yang diguna pakai di Malaysia. Sangat tidak teratur dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menempuhnya. Alhamdulillah!

Alhamdulillah, saya telah ditempatkan di level 2 (baca: mustawa 2) kelas Bahasa Arab bersama-sama dengan 6 orang lagi pelajar Malaysia. Sistem di sini memerlukan pelajar melepasi 4 level (baca: mustawa) Bahasa Arab di Maahad Bahasa, kemudian mengambil diploma pendidikan selama 2 semester sebelum ke kuliah selama 4 tahun. 

Semester ini kami di mustawa 2 mengambil 8 subjek iaitu subjek Nahu, Sorof, Qiraah, Kitabah, Masmu', Hadith, Ulum Quran dan Ta'bir. Terasa sangat seronok belajar di Maahad Bahasa kerana kelas di Maahad hanya dikhususkan untuk pelajar bukan dari Arab Saudi. Maka, kelas kami diwarnai oleh pelbagai bangsa dari pelbagai negara yang mempunyai agama yang satu, iaitu Islam dan tujuan yang satu, iaitu menuntut ilmu, khususnya Bahasa Arab. Kelas kami terdiri daripada para pelajar daripada Guinea, Ivory Coast, Ghana, Nigeria, Mongolia, Bosnia, Kygystan, Nepal, India, Filipina, Turki, Great Britain, Thailand (Pattani) dan China. Guru-guru kami pula merupakan rakyat Mesir dan rakyat Arab Saudi. Kami belajar perkara yang hampir sama seperti di sekolah menengah (asas Bahasa Arab) di Malaysia, namun pendekatan di sini ternyata berbeza. Bahasa Arab menjadi subjek yang sangat seronok untuk dipelajari. Alhamdulillah!

Alhamdulillah, makanan tidak menjadi masalah di sini kerana lansung tidak sukar mencari makanan yang halal. Selepas sebulan berada di sini, nasi Arab sudah menjadi makanan biasa yang dimakan. Kadang-kadang, nasi Arab menjadi makanan yang menjemukan. Ia amat berbeza dengan situasi di Malaysia. Nasi Arab menjadi rebutan ramai. Di Universiti, terdapat kantin yang menyediakan makanan untuk pelajar-pelajar yang tinggal di asrama. Harganya lebih rendah berbanding dengan harga makanan di luar. Harga makanan pagi sebanyak SR 2 (selalunya roti+kuah+jem/kaya+minuman seperti susu/teh), manakala makanan tengah hari dan malam pula sebanyak SR 5 (nasi arab/ spaghetti/ lasagna + ayam/ kambing/ ikan + air mineral/ yogurt/ susu/ jus buah + manisan/ buah). Kini, kebiasaanya kami hanya makan tengah hari di kantin, manakala makan malam kebiasaannya disediakan sendiri oleh kami (masak mengikut giliran bilik).

Alhamdulillah, hubungan pelajar Malaysia Riyadh dan perkerja Malaysia Riyadh sangat rapat di sini. Antara aktiviti mingguan kami di sini ialah bermain futsal pada setiap pagi khamis (cuti hari minggu di sini ialah hari Khamis dan hari Jumaat). Hampir semua pelajar Malaysia di sini akan turun bermain futsal bersama-sama dengan pekerja-pekerja Malaysia. Jika berkelapangan, perlawanan bola sepak persahabatan (bola padang) juga diadakan antara pelajar Malaysia Riyadh vs pekerja Malaysia Riyadh pada malam minggu (setakat ini sudah 2x perlawanan diadakan, kedua-duanya berkesudahan seri). Apa yang menarik, kebiasaanya para pekerja Malaysia akan mengadakan jamuan selepas daripada perlawanan tersebut. Ketika inilah segala kerinduan terhadap masakan Malaysia dilepaskan kerana kebiasaanya isteri-isteri pekerja Malaysia akan menyediakan makanan dan masakan Malaysia. 

Alhamdulillah, kami juga berkesempatan menghadiri kelas pengajian Sheikh Soleh Fauzan Al-Fauzan Hafizahullah pada setiap hari Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa. Kami pergi ke sana dengan menaiki bas mini yang disediakan oleh Universiti. Sheikh Soleh Fauzan adalah salah seorang Ulama' besar Arab Saudi yang masih hidup. Beliau mengajar kitab Feqah, Tauhid, Sifat Solat dan Hadith untuk sesi kali ini. Pada minggu lepas, pelajar Universiti al-Imam didatangi oleh Imam Masjidil Haram yang sangat terkenal, Sheikh Abdurrahman As-Sudais Hafizahullah. Alhamdulillah, sempat bersalam dengan beliau dan beliau sempat bertanya khabar kepadaku (budaya Arab ketika setiap kali berjumpa/berselisish di tengah jalan).

InsyAllah, jika diberi keizinanNya, kami akan melaksanakan ibadah haji pada tahun ini (pihak Universiti akan membawa semua pelajar baru menunaikan haji). InsyAllah, kami akan bertolak ke Mekah al-Mukarramah pada 7 Zulhijjah 1433. Doakan kami.

Ketika ini cuaca masih lagi panas di siang hari tetapi sudah di penghujung musim panas.

Setakat ini dahulu catatan setelah sebulan berkelana di bumi Riyadh.


6.09 petang (Selepas Maghrib),
27 Zulkaedah 1433,
Bilik 102, Mabna 34,
Universiti Islam al-Imam Muhammad Ibn Saud,
Riyadh, Arab Saudi. 

Ahad, 9 September 2012

Kehidupan Baru di Perantauan



Assalamu'alaikum..

Dengan izin-Nya, insyaallah, jam 3 petang ini (Isnin, 10 September 2012), saya akan berlepas ke Arab Saudi untuk menuntut ilmu di Universiti al-Imam, Riyadh.

Buat semua ahli keluarga sahabat dan kenalan..

Mohon kemaafan andai ada perkara-perkara yang telah dilakukan sebelum ini yang telah melukakan kalian

Mohon dimaklumkan segera jika ada hutang yang masih belum dilunaskan.

Mohon doa kalian agar keberangkatan dan permusafiran kali ini diberkati dan sentiasa di bawah rahmat Ilahi.

Sekian. Allahu'alam.
Wassalam.

Sabtu, 5 November 2011

'Eiduladha


Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar

'Eiduladha disambut setiap tahun bukanlah hanya untuk melengkapkan jadual. Bukan hanya untuk menyembelih binatang. Bukan hanya untuk bercuti. Ia adalah hari kemenangan. Hari kemenangana untuk orang yang berkorban.

'Eiduladha adalah satu manisfestasi kepada pengorbanan. Harta, masa dan tenaga dikorbankan untuk mereka yang pergi menunaikan haji di tanah suci. Harta dikorbankan untuk mereka yang melaksanakan ibadah korban. Masa dan tenaga dikorbankan untuk mereka yang menghidupkan malam hari raya, bertakbir dan bertahmid, pergi menunaikan solat sunat 'Eiduladha di pagi Raya dan menjadi tenaga penggerak kepada perlaksanaan ibadah korban. Semua perkara dikorbankan.Tiada pengorbanan ke arah perkara mungkar dan maksiat. Tiada pengorbanan tanpa kesusahan dan kepayahan yang perlu dihadapi sebelumnya. Kesusahan adalah perkara yang tidak disukai oleh manusia. Ia adalah perkara yang menyusahkan, menyakitkan dan memberi kepedihan kepada manusia kerana manusia sifatnya mencintai dunia, kesenangan dan kelapangan.

Begitulah indahnya putaran hidup yang disediakan oleh Allah kepada kita. Diciptakan manusia dengan fitrah menyukai sesetengah perkara. Lalu dijujiNya dengan perkara yang tidak disukai dan disenangi oleh sifat-sifat tersebut. Apabila manusia berjaya melalui ujian tersebut dengan ikhlas tanpa merungut, tabah tanpa berputus asa, Allah berikan 'hadiah 'kepada hamba-hambaNya.

Hadiah untuk mereka yang pergi menunaikan haji adalah haji mabrur yang hanya syurga layak baginya. Hadiah untuk orang yang melaksanakan ibadah 'korban' adalah pahala yang berlipat ganda kerana memberi makan orang-orang miskin. Hadiah untuk orang-orang fakir dan miskin adalah bekalan makanan yang boleh dibuat bekal untuk meringankan beban hidup. Ibrah kisah Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. adalah contoh yang terbaik dan paling mudah difahami oleh generasi kemudian mengenai pengorbanan. Pengorbanan tanpa berbelah bahagi apabila mendapat seruan Ilahi, demi hanya untuk keredhaaNya. Keinginan dan impian menjadi tiada erti apabila bertembung dengan arahan Yang Maha Esa.

Hadiah yang terbesar adalah hadiah yang kita tidak nampak kini. Hadiah bertemu Ilahi dan dikurniakan syurga yang kekal abadi. Ia memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Kepayahan dan kesusahan yang bukan sedikit.

'Eiduladha adalah hadiah daripada ilahi untuk hamba-hambaNya. Hadiah awal sebelum hadiah yang lebih besar di akhirat kelak. Persolannya, adakah kita sudah berkorban di dalam hidup ini untuk memperoleh redhaNya?Adakah kita sudah mengalami kesusahan?

Salam 'Eiduladha. Maaf Zahir & Batin kepada semua.

Taqabballahu minna wa minkum

8.15 am, 6.11.2011
Kg. Sg. Kelong, Pasir Puteh,
Kelantan Darul Naim.

Selasa, 1 November 2011

Catatan HOSHAS


Sekali lagi ruangan ini dibiarkan begitu lama tanpa sebarang perhatian.

Dibiarkan mata pena ini tumpul. Tumpul setumpul-tumpulnya. Saya akan cuba asah untuk kembali tajam. Sedikit demi sedikit.

________________________________________________________________________________


Alhamdulillah, sudah hampir 2 bulan melalui proses berpraktikal di hospital. Ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang praktikal dirasakan seolah-olah jauh melebihi apa yang dicapai dan difahami selama 3 tahun sebelumnya. Terlalu banyak perkara baru yang diperoleh setiap hari walaupun hampir semua sebenarnya telah dipelajari di dalam kelas teori selama 3 tahun sebelum ini.

Benarlah apa yang sering dikatakan, medan teori tidak akan sama dengan medan praktikal.

Orang yang hanya biasa dengan tarbiyyah dan silibusnya, usrah, pengisian, liqa' fikri tidak akan bisa memahami dan merasai apa yang dirasai oleh orang yang biasa terjun dan bergelumang di dalam medan dakwah dan siasah. Orang yang biasa bersama dengan golongan elit dan terpelajar tidak akan dapat merasai apa yang dirasai orang yang biasa bergaul dengan orang ramai.

2 bulan berpraktikal, banyak perkara yang dilihat dan sepatutnya diinsafi oleh hati yang keras ini. Hari ini berjumpa dengan pesakit, esoknya dia sudah dipanggil Ilahi. Hari ini dapat berbual-bual dengan pesakit, esoknya dia sudah tidak sedarkan diri. Hari ini berjumpa dengan pesakit yang menunggu 'masa', esoknya dia sudah mampu bercakap. Semuanya bisa berubah sekelip masa. Mengapa begitu?

Ia kerana semuanya di tangan Tuhan. Hanya Dia yang berhak memberi nikmat kesihatan atau menarik nikmat kesihatan. Hanya Dia yang mampu memberi nyawa dan menarik nyawa. Walau sehebat mana pun doktor, ahli farmasi dan dietitian yang membantu untuk merawat seseorang, walau secanggih mana pun alat yang digunakan, walau semahal mana pun ubat yang diberikan, jika Dia tidak mengizinkan untuk kembali sihat, pesakit itu tetap tidak sembuh. Sungguh hebat kuasa Tuhan!

Berada di hospital, memperlihatkan diriku akan kasih sayang dan cinta sesama manusia. Cinta seorang isteri kepada suami, kasih seorang ibu kepada anak, sayang seorang anak kepada ibu/ayah. Mereka setia menunggu dengan sabar dan penuh harapan walaupun adakalanya keadaan orang yang ditunggu tidak menjanjikan masa depan yang cerah. Sayangilah keluarga anda kerana merekalah orang yang akan setia bersama kita hingga ke akhir hayat.

Amat rugi jika kita berada di hospital, namun kita gagal untuk menghubungkan apa yang berlaku dengan rahmat dan kuasa Tuhan. Pandangan kita akan menjadi kosong jika tidak mengaitkan apa yang berlaku dengan Ilahi.

Hospital adalah tempat yang terbaik selain kubur dan mendampingi ulama' serta majlis ilmu untuk membuatkan kita mengingati mati dan menginsafi tentang segala nikmat yang telah diberikanNya kepada kita.

Jom ke hospital untuk menjadi orang yang 'bijak'!

2 November 2011/ 21:02
Rumah ALLHS, Taman Jaya 3,
Temerloh, Pahang Darul Makmur

Khamis, 19 Mei 2011

Hari Guru: Sambutan dan Pandangan Yang Berbeza Mengikut Perubahan Usia

Hari Guru adalah hari yang disambut pada setiap tahun di negara kita sebagai mengingati dan menghargai jasa guru-guru.

Langkah kerajaan untuk memberi sedikit 'saguhati' sempena hari guru tahun ini adalah satu langkah yang haris dipuji. Diharapkan lebih banyak 'saguhati' diberikan pada masa mendatang.

Lazimnya, sambutan hari guru begitu meriah pada peringkat rendah seperti sekolah rendah dan menjadi semakin kurang meriah apabila meningkat ke peringkat menengah seterusnya ke pengajian tinggi. Pola ini bukanya pola yang sama bagi setiap tempat dan individu, namun kebanyakannya begitu.

Peringkat rendahku, tidak diingati bagaimana diriku menyambut hari guru. Pada peringkat menengah, sambutan hari guru adalah saat yang dinanti-nantikan. Bukan menanti saatnya untuk menyambut hari guru, sebaliknya menanti untuk mengambil kesempatan untuk pulang bercuti ke rumah memandangkan sambutan hari guru lazimnya diadakan pada hari Khamis.

Bagi kami yang menetap di asrama, 'event' begini begitu dinantikan kerana kami boleh 'caw' dari sekolah seawal petang hari Rabu dan pulang kembali ke asrama pada pagi hari Ahad. Cuti 4 hari begitu berharga untuk pulang ke rumah berbanding menyambut hari guru yang hanya dianggap sebagai acara tahunan. Begitulah zaman-zaman nakalku ketika di usia remaja.

Di peringkat institusi pengajian tinggi, hari guru mungkin hampir dilupakan oleh setiap mahasiswa kerana tiada lagi sambutan khusus untuk meraikan hari guru. Mungkin penekanan cara belajar yang lebih berorientasikan mobile, liberal dan self-study telah menjadikan sambutan khusus hari guru hampir pupus di peringkat institusi pengajian tinggi di negara kita.

Diriku juga mengalami sedikit perubahan dalam melihat hari guru ini. Pada pendapat peribadiku, hari guru mungkin penting, namun melunaskan hak-hak guru adalah lebih penting. Sambutan hari guru mungkin hanyalah salah satu daripada hak-hak guru. Hak-hak guru yang lebih utama untuk dilunaskan ialah menghormati, memuliakan, mendoakan dan tidak memburukkan mereka, berkhidmat dan membantu mereka, melaksanakan segala tugasan dan tanggungjawab yang mereka berikan sebaiknya, amanah dan beramal dengan ilmu yang mereka berikan sebaiknya (jika tidak bertentangan dengan hukum syara').

Cukup kita melunaskan segala hak guru, kita sebenarnya sudah menyambut hari guru pada setiap hari, bahkan pada setiap ketika. Mungkin tidak perlu sehingga menjadi hamba/khadam kepada guru seperti yang Sahabat Nabi S.A.W. ingin lakukan kerana kemampuan kita cukup terbatas.

Setiap perkara ada haknya. Begitulah dengan guru. Kenal pasti apakah hak mereka dan berusahalah sedaya upaya untuk melunaskan. InsyaAllah 'keberkatan' (satu perkara yang tidak mampu digambarkan secara tepat oleh akal manusia yang terbatas) pasti menyusul untuk kita.

Terima Kasih Para Pembimbingku yang telah memberi tunjuk kepada diriku,

-Rasulullah S.A.W.,
-Umi, Umi, Umi, Abah,
-Para Sahabat Rasulullah S.A.W.,
-Para Tabi' dan Tabi'en,
-Para Ulama' terdahulu sehingga ke hari ini,
-Para pendidik di Taski Abim Selayang,
-Para Pendidik di SRI Hira' Kelang,
-Para Pendidik di IQKL TTDI,
-Para Pendidik di SMU (A) Maahad Muhammadi Kota Bharu,
-Para Pendidik di Pusat Asasi UIA Petaling Jaya,
-Para pendidik di UIA Kuantan, khususnya Kuliah Sains Kesihatan Bersekutu dan Jabatan Pemakanan dan Nutrisi Sains,
-dan kepada semua insan yang telah memberi ilmu kepadaku secara lansung atau tidak lansung selama ini..

Semoga ada ganjaran di sisiNya...


Sabtu, 4 Disember 2010

Terima Kasih kepada Semua!

Alhamdulillah, jam 3.30 petang 4/12/2010, aku dibebaskan daripada 'penjara' pesakit, iaitu wad. Masa 'tahanan'ku agak singkat berbanding gambaran awal yang diberikan oleh doktor sebelumnya. Aku ditahan selama 8 hari di dalam wad akibat demam berpanjangan yang membawa kepada masalah radang hati yang berpunca daripada demam kepialu. Punca asalnya setakat ini dipercayai disebabkan oleh makanan yang kotor

-Darul Ehsan Medical Centre.. tempat yang memenjarakan aku selama 8 hari-


Pertamanya, aku ingin berterima kasih kepada Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Latif. Terlalu banyak hikmah dan pengajaran yang aku perolehi sepanjang 8 hari aku berada di DEMC. Tempoh singkat ini mengajar aku apa itu kesabaran, ketabahan, husnuzon kepadaNya, bergantung harap hanya kepadaNya, bersyukur dan berterima kasih kepadaNya.

Ujian ini mendekatkan aku kepadaNya (harap-harap bukan ketika diuji kesusahan sahaja). Diharapkan ujian kecil ini dapat menyedarkan aku banyak perkara dan menghapuskan dosa-dosaku yang tidak terkira banyaknya.

Terima kasih juga kepada makhluk ciptaanNya terutama kepada abah, umi dan adik-adik yang setia membantu dan melawat diriku walaupun dalam keadaan keletihan. Terima kasih khas buat adikku, Abdul Halim yang setia menemaniku saban hari walaupun pada satu ketika, doktor meminta dia pulang kerana dikhuatiri akan dijangkiti demam kepialu yang ada padaku.

Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih diucapkan kepada sanak saudara dan sahabat-sahabiah yang datang melawatku di dalam wad. Ada yang datang melawatku lebih daripada sekali seperti keluarga Ayah Mad dan Ust Iqbal Abdul Wahab. Ada yang datang daripada Temerloh seperti geng-geng Nursing. Ada juga yang tidak diduga datang melawat seperti pimpinan ISIS Pusat dan beberapa orang sahabat lain. Terima kasih semua!

Terima kasih juga kepada sahabat-sahabiah yang tidak putus-putus mengirimkan sistem pesanan ringkas (sms) dan menghubungi diriku. Ada yang bertanya khabar, ada yang mendoakan kesejahteraan diriku. Terima kasih semua!

Terima kasih juga buat sahabat-sahabiah yang tidak menghantar apa-apa pesanan ringkas atau menghubungi diriku, tetapi telah mendoakan kesejahteraan diriku. Terima kasih semua!

Kini aku dalam fatrah untuk menghabiskan antibiotik (Ciprobay) dan ubat untuk radang hati (Legalon) bersama 'follow up' dengan doktor. Diharapkan semua berjalan lancar dan kuman dapat dinyahkan sepenuhnya daripada badanku.

Ingat, bukan ubat mahupun doktor yang mampu menyembuhkan penyakit. Hanya Dia yang mampu menyembuhkan segala penyakit.

"Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku" (Asy-Syu'araa': 80)

Rabu, 7 April 2010

Facebook.. Mengapa aku masih lagi tidak ke sana?


Facebook..

Satu fenomena baru kepada masyarakat kini.

Satu laman sosial yang berjaya mengetepikan saingan laman sosial lain seperti friendster, twitter, Hi5 dan lain-lain.

Satu laman sosial yang mempunyai 'multi-function' seperti perkongsian gambar, video, chatting, kuiz, games dan pelbagai lagi.

Jika dahulu laman web pertama yang akan dibuka apabila mengakses internet adalah laman friendster atau yahoo!, namun kini facebook sudah berjaya mendepani mereka (terutamanya golongan remaja dan belia).

Jika friendster, Hi5 dan laman sosial lain hanya kelihatan seperti tempat untuk bersoronok dan berkenal-kenalan sahaja, namun facebook ternyata berbeza.

Buktinya, ramai tokoh-tokoh masyarakat dari pelbagai bidang seperti tokoh politik, tokoh hiburan, tokoh agama dan tokoh pemikir menggunakan facebook sebagai salah satu medium untuk mereka menyebarkan dan menyampaikan komen, pendapat, pendirian, meluaskan pengaruh dan mungkin mempromosikan diri atau aktiviti-aktiviti mereka.

Contohnya, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dengan facebook 1 Malaysia, dan hampir semua artis yang menggunakan jalan ini untuk tujuan masing-masing, sesuai dengan bidang dan kepakaran masing-masing.

Di kala rakan-rakan semua berlumba-lumba untuk log in dan menaip komen di dalam facebook, aku ternyata mengambil langkah yang menongkah arus, iaitu tidak menyertai alam facebook.

"Eh, Dome.. Bakpo mu x wat facebook??.. Nak contact pun payoh..", terdengar suara sahabatku di Jordan yang menghubungiku melalui telefon.

"Kenapa tak buat facebook?.. Banyak benda dalam ni.. Kau sorang je bro yang takde facebook", pujuk seorang sahabat untuk memintaku membuka akaun facebook.

Ramai lagi sahabat yang bertanya mengapa aku tidak menyertai facebook.

Pertamanya, aku ingin menegaskan ini adalah pegangan a.k.a prinsip a.k.a ijtihad a.k.a fatwa (tak pasti nak guna perkataan yang mana) untuk diriku SAHAJA dan sehingga saat ini SAHAJA. Bukan untuk orang lain dan mungkin boleh berubah mengikut keadaan dan keperluan. Mungkin sesuai untuk dituruti, mungkin tidak.

Mengambil daripada iktibar laman sosial friendster yang pernah disertai satu ketika dahulu, aku merasakan aku tidak cukup kuat untuk menjaga diriku dari pelbagai perkara. Antaranya, menjaga pandanganku memandangkan facebook adalah antara medan utama untuk 'muslimah-muslimah' memperlihatkan kecantikan mereka, menjaga tutur kataku yang akan dilepaskan dalam bentuk bertaip di dalam komen, menjaga sedikit masaku daripada membaca benda-benda yang tidak sepatutnya, melihat yang tidak sepatutnya dan bermain games (cukuplah duk main games lain yang dah tersedia banyak membuang masa).

Tidak dinafikan facebook adalah ruang yang terbaik untuk berdakwah dan menerangkan Islam seperti yang telah dilakukan oleh para asatizah, namun aku merasakan aku tidak cukup kuat untuk mengggunakan jalan facebook sebagai jalan dakwah melebihi kerosakan-kerosakan (seperti di atas) yang akan dilakukan oleh diriku. Adalah lebih untuk diriku ber'puasa' buat masa ini daripada terjun ke dalam lembah yang aku tidak yakin mampu memberi banyak manfaat daripada kerosakan kepada diriku (sahaja).

Aku sudah mempunyai telefon bimbit, e-mail, YM, blog dan akaun friendster yang tidak aktif. Maka, tiada alasan yang kukuh untuk diriku membuka akaun facebook atas nama untuk berhubung dengan rakan-rakanku buat masa terdekat ini. Cukuplah mengoptimumkan medium lain yang telah tersedia ada. Berbalik kepada kaedah Feqah, "Apabila bertembung antara dua kerosakan, pilihlah kerosakan yang lebih kecil". Tidak dapat berhubung dengan sahabat-sahabat melalui jalan facebook mungkin adalah satu kerosakan, namun membuat perkara-perkara yang tidak sepatutnya (seperti di atas) sudah semestinya merupakan kerosakan yang lebih besar (bagi diriku).

Harapannya, sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja yang telah menjadi pengguna facebook, optimumkanlah penggunaannya ke arah kebaikan kerana terdapat ruang yang sangat laus di dalamnya. Usahlah digunakan pada jalan yang tidak sepatutnya. Tinggalkan komen yang tidak membina, upload gambar yang tidak sepatutnya ditatap oleh masyarakat umum, men'cuci' mata pada tempat yang tidak sepatutnya dan lain-lain kerosakan.

Diharapkan tulisan ringkas ini sedikit sebanyak mampu menjawab persoalan sahabat-sahabat mengapa aku masih lagi tidak menyertai facebook. Sekali lagi ditegaskan ini hanyalah pegangan a.k.a prinsip a.k.a ijtihad a.k.a fatwa (tak pasti nak guna perkataan yang mana) untuk diriku SAHAJA dan sehingga saat ini SAHAJA. Bukan untuk orang lain dan mungkin boleh berubah mengikut keadaan dan keperluan.


"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman" (Surah Adz- Dzariyat:56)

-Allah s.w.t. lebih mengetahui segalanya-

Rabu, 27 Januari 2010

Dia Jauh Lebih Mulia Daripada Mereka


(Baca dengan loghat Qlate.. Bagi yang tak faham, ada terjemahannya di bawah)

Assalamu'laikum, dik..

Wa'alaikumussalam..

Pelajar lagi ko?
(Pelajar lagi ke?)

Ho, pelajar lagi.. Bakpo pokcik?
(Ya, masih lagi pelajar.. Kenapa pakcik?)

Ni pokcik ada bawok kepok.. Nok jua.. Pok cik mari dari Pattani..Nok guno pitih wak beli susu anok.. Anok tak sihat.. Mari tengok dulu..
(Ni pakcik ada bawa keropok.. Nak jual.. Pakcik datang dari Pattani, Selatan Thai.. Nak guna duit buat beli susu anak.. Anak tidak sihat.. Tengoklah dulu..)

Ambo tak dok pitih mano ni.. Student kan..
(Saya tak ada duit sangat ni.. Student kan..)

Takpo, hok supek kecik pun ado.. Muroh sikik.. Rego 18 yar jah.. Buleh kure lagi ni..
(Takpe, yang plastik kecil pun ada.. Murah sedikit.. Harga 18 ringgit je.. Boleh kurang lagi ni..)

Takpolah pokcik.. Hambo wi pitih sikit ni.. Sebagai sagu ati.. Ambo toksey beli kepok tuh..
(Takpelah pakcik.. Saya bagi duit sikit ni.. Sebagai saguhati.. Saya tak nak beli keropok tu..)

Eh, jange gitu... malu la pokcik.. nak jua ni..
(Eh, jangan macam tu.. malu la pakcik.. nak menjual ni..)

Takpo2.. amik la sebaga saguhati.. Kiro atah usoho pokcik..
(Takpe2.. ambil la sebagai saguhati.. Kira atas usaha pakcik..)

Malu pokcik nak amik ni..
(Malu pakcik nak ambil ni..)

Takpo2, ambo ikhlas ni..
(Takpe2, saya ikhlas ni..)

Terima kasih deh..

Sam0-samo..


Sungguh tersentuh hatiku tengah hari tadi apabila ada seorang pakcik yang di atas bahunya sarat dengan dua plastik besar yang berisi keropok, bermandi peluh, berkopiah dan terlihat jelas pada air mukanya untuk meminta segelumit belas daripada saudara-saudaranya yang seakidah..

Bukan untuk mengaut apa-apa keuntungan. Hanya untuk meneruskan kelansungan kehidupan. ini.

Bukan untuk mengemis.. Apatah lagi untuk merompak, mencopet, meragut, dan mengugut..

Pakcik tadi jauh lagi mulia daripada sekumpulan pengemis yang sering meminta di lereng-lereng jalan dan di kedai-kedai makan.

Pakcik tadi jauh lagi mulia daripada Geng Mamak yang cukup terkenal dengan kejayaan merompak berjuta-juta ringgit.

Pakcik tadi lagi jauh mulia daripada geng mat rempit dan mat gian yang hidup mereka bergantung sepenuhnya daripada hasil ragut dan mencuri.

Walaupun hasilnya sudah semestinya tidak selumayan geng Mamak, geng mat rempit dan mat gian mahupun mereka yang meminta-minta, namun satu benda yang pasti, hasil pendapatnnya pasti lebih BERKAT..

Tidak ramai yang nampak akan kuasa BERKAT

BERKAT mencukupkan kehendak, memenuhkan yang sedikit dan menghilangkan keinginan yang melampau.

Tidak perlu banyak, yang penting BERKAT

Semoga kita memperoleh rezeki (harta+ilmu+kehidupan+dll) yang BERKAT!


-Allah s.w.t. lebih mengetahui segalanya-

Isnin, 11 Januari 2010

Tajamkan Mata Pena Anda


Aku mengalami detik masa ketumpulan.

Ketumpulan idea untuk dicoretkan di atas blog ini.

Banyak perkara yang ingin digarap, tetapi semua terbantut dek ketumpulan yang melanda diriku, ditambah dengan kekangan masa yang selalu menghimpit sejak kebelakangan ini.

Tumpulnya diriku bagaikan tumpulnya seorang penyerang bola sepak yang tidak diturunkan beraksi untuk sekian lama kerana kecederaan. Tumpulnya diriku bagaikan tumpulnya seorang penceramah yang sudah lama tidak berpidato kerana disenarahitamkan oleh pihak berwajib. Tumpulnya diriku bagaikan tumpulnya 'mood' belajar untuk pelajar sekolah menengah kerana cuti panjang akhir tahun. Tumpulnya diriku bagaikan tumpulnya ingatan pelajar tahfiz al-Quran yang sudah lama tidak mengulang hafalannya.

Haruskah aku membiarkan ketumpulan ini terus merosakkan ideaku?

Bagaimana untuk mengatasinnya??

Teringat pesanan Ust Hasrizal... Teruskan menulis... Itulah ubat yang paling mujarab untuk merawat wabak ketumpulan dalam penulisan. Pesanan yang sangat berguna untuk diriku dan mereka yang mengalami masalah yang sama.

Buat sesuatu perkara berulang kali dan beristiqamahlah.. Nescaya kamu akan berjaya..

Penyerang bola sepak yang baru pulih daripada kecederaan haruslah kerap diturunkan beraksi untuk mengembalikan prestasinya, penceramah haruslah sentiasa berpidato untuk mengembalikan bisanya, pelajar haruslah sentiasa 'study' untuk mengembalikan mood belajarnya, pelajar tahfiz haruslah sentiasa mengulang al-Quran untuk mengembalikan ingatannya. Begitulah juga dengan diriku. Haruslah kembali menulis untuk mengembalikan idea-ideaku dalam penulisan. Mungkin memakan masa, tetapi langkah pertama harus dimulakan.

Jom kawan-kawan.. Tajamkan mata pena anda.. Tidak perlu banyak... Yang penting berterusan dan memberi kesan..

-Allah S.W.T. mengetahui segalanya-

Jumaat, 4 Disember 2009

Sekitar Majlis Perkahwinan Che Mus

-Majlis Perkahwinan Siti Muslihah & Hakim pada 26 November 2009 / Hari Ke-2 'Eidul Adha di Kg. Binjai, Kota Bharu Kelantan-


- Hadiah-hadiah yang berjaya dikumpulkan-

-Barang Hantaran-



Kepada makcikku & pakcik sabitku..

Semoga mahligai yang dibina ini menjadi jambatan ke syurga.. Semoga berbahagia hingga ke akhirnya... Ameen..




"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Surah ar-Rum: 21)

Khamis, 29 Oktober 2009

Sedikit Peringatan Untuk Pimpinan HEALS Yang Baru & Pelajar Kuliah Sains Kesihatan Besekutu UIAM Kampus Kuantan

Pimpinan HEALS Yang Terdahulu
*Tiada dalam gambar: Nur Nadhirah, Huzaifah, Syarifah Nurhidayah, Nur Aida Madiha


Pimpinan HEALS Yang Baru
*Tiada dalam gambar: Rizal, Huzaifah, Zaini

"Sessunguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu sanagat zalim dan jahil" (al-Ahzab:72)

Tahniah dan takziah kepada sahabat-sahabat yang bakal memimpin HEALS bagi sesi 2009/2010.

Segunung harapan digalas di atas bahu kamu semua bagi memastikan legasi yang ditinggalkan oleh pimpinan terdahulu di zaman pemerintahan Farid, Syazwan dan Irfan diteruskan dan terus melangkah ke hadapan, bukannya rebah membumi ke belakang.

Saya di sini bukanlah orang yang terbaik untuk memberi pesan dan peringatan, tetapi atas rasa sedikit tanggungjawab, saya rasa terpanggil untuk mencoret di ruang ini.

Wahai para pimpinan,

Ikhlaskanlah niatmu. Niat adalah batu asas yang paling penting dalam setiap saat kehidupan seharian kita. Apabila rosak niatmu, maka rosaklah segalanya. Semuannya menjadi tidak bermakna. Bekerja tanpa niat yang betul, bakal memenatkan kita. Kita mungkin mampu mencapai objektif dan matlamat kerja kita, tetapi hasil dalaman dan 'roh'nya akan kosong. Niatlah kamu memegang amanah ini adalah untuk memperoleh redha-Nya yang tidak ternilai. Niat ini ibarat stereng kereta. Apabila kita menghalakan stereng tersebut ke arah yang betul, insyAllah kita akan tiba ke destinasi yang betul. Jika kita halakan stereng tersebut ke arah yang salah, kita semestinya akan tiba ke destinasi yang salah. Stereng tersebut mungkin akan lari haluannya di pertengahan perjalanan kelak. Adalah menjadi tugas kita untuk menghalakan kembali stereng tersebut kepada arah yang sepatutnya.

Wahai sahabat-sahabat,

Ingtlah bahawa jawatan dan pangkat ini hanyalah sementara dan merupakan suatu amanah yang akan dipersoalkan kelak. Usahlah dibanggakan. Sahutlah amanah ini dengan sebaiknya. Laksanakan tugas dengan sebaiknya dan bersungguh-sungguh. Pelbagai halangan, ujian dan dugaan pasti akan datang mengganggu perjalanan kita dalam melaksanakan amanah ini. Pandanglah ke sirah sahabat-sahabat. Mereka menangis apabila diberikan satu amanah. Kita bagaimana?? Semoga semua berjaya memikul benda yang paling berat pada pandangan Imam Ghazali Rahimullah ini.
"Dan apabila kamu dihormati dengan suatu (salam) penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik atau balaslah (penghormatan itu, dengan yang sepadan) dengannya. Sesungguhnya Allah Maha Memperhitung setiap segala sesuatu" (an-Nisa':86)

Wahai sahabat- sahabiah seperjuangan,

Pangkat dan jawatan ini tidak seharusnya menjadikan kita jauh daripada ahli HEALS yang lain. Kita harus menginsafi diri bahawa kita dipilih oleh-NYA untuk memikul amanah ini atas wasilah pilihan rakan-rakan. Kita naik hasil undian mereka. Kita dipilih oleh rakan-rakan kita yang mahukan kita memimpin mereka di atas stand HEALS. Usahlah musnahkan harapan mereka. Usahlah syok sendiri. Cubalah untuk menganjurkan program atau aktiviti yang memenuhi selera dan permintaan para pelajar, bukannya kehendak pimpinan HEALS. Marilah bersama-sama merakyatkan HEALS. Ingat, kita adalah satu. HEALS adalah untuk semua, bukan hanya untuk pimpinan HEALS sahaja.

Wahai para pelajar Kuliah Sains Kesihatan Bersekutu UIA,

Kami adalah wakil-wakil yang dipilih oleh kamu semua untuk menguruskan persatuan ini, maka, sokong dan bantulah kami. Janganlah dibiarkan kami berada di awangan. Tegurlah kami secara berhikmah andaikata kami ada tersalah langkah. Berilah candangan dan pandangan yang bernas. Kami sentiasa mengalu-alukan cadangan, komen dan teguran daripada anda semua. Orang yang berada di atas seringkali tidak merasai apa yang dirasakan oleh orang yang di bawah. Maka, bantulah kami untuk turut merasai apa yang dirasai oleh anda. Berilah sokongan dan kerjasama yang jitu kepada kami andaikata HEALS ada mendakan apa-apa aktiviti atau program.

Akhirnya, marilah kita semua berdoa agar DIA memudahkan segala gerak kerja HEALS dan kita senantiasa berada di atas landasan yang sepatutnya. Ingat, kita adalah SATU. HEALS ADALAH UNTUK SEMUA (para pelajar kuliah Sains Kesihatan Bersekutu sahaja).

"Dan (ingatlah) ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat, " Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi". Mereka (malaikat) berkata: " Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosakkan dan menumpahkan darah di sana(bumi), sedangkan kami tasbih memuji-Mu dan menyucikan-Mu?". Dia berfirman: " Sesungguhnya, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"(al-Baqarah:30)


Naim Rahim menggantikan Fardaus Nazri sebagai Timbalan Bendahari

Liyana Ramli menggantikan Nur Nadirah sebagai Bendahari

Fatimah Amirah menggantikan Marlina sebagai Timbalan Setiausaha

Azwan Musa berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Setiausaha Agung

Ramadan menggantikan Rayyan sebagai Timbalan Presiden II

Izzati Sarah menggantikan Sakini Salleh sebagai Timbalan Presiden I
Abdul Rahman menggantikan Irfan Roslee sebagai Presiden


-Allah S.W.T. lebih mengetahui segalanya-

AGM HEALS - Satu Titik Baru


Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) HEALS sudah selesai.

Apakah itu HEALS?

HEALS adalah singkatan kepada Persatuan Pelajar Kuliah Sains Kesihatan Bersekutu UIA Kuantan

Syabas buat barisan kepimpinan lama HEALS yang diketuai oleh saudara Irfan Roslee kerana telah membawa HEALS ke suatu tahap yang baru. Banyak perubahan yang berjaya dilakukan dan dilaksanakan.

Antara perubahan besar yang dapat dilihat adalah pada AGM ini sendiri. Kejayaan untuk mengadakan AGM di audi KOM adalah satu kejayaan besar buat pelajar Kuliah Sains Kesihatan Bersekutu.

Sesi membahaskan usul yang pertama kali diadakan dan pemilihan pucuk pimpinan melalui sistem pilihan raya & undian melalui batch, melengkapkan lagi AGM tahun ini. Tahniah buat semua yang terlibat dalam menjayakan pemilihan pucuk pimpinan HEALS yang baru dan mesyuarat tahunan HEALS.

Kepimpinan yang baru naik menggantikan kepimpinan yang lama. Pastinya, sebuah harapan yang menggunung daripada kepimpinan HEALS yang lama dan seluruh warga HEALS tergalas di atas bahu kepimpinan-kepimpinan yang baru. Semoga berjaya menggalas amanah ini dengan jayanya!

Jumaat, 18 September 2009

Hari Raya: Dulu & Kini

Hari Raya Puasa..

Saat yang paling indah bagi Orang Islam. Terutamanya penduduk Malaysia. Terutamanya lagi bagi kanak-kanak, remaja & belia.

Perasaan menyambut Hari Raya begitu berbeza bagi setiap individu. Kanak-kanaklah golongan yang paling gembira apabila tibanya Hari Raya, walaupun merekalah yang paling kurang menunaikan amalan puasa dan amalan-amalan lain di bulan Ramadhan. Graf kegembiraan menyambut ketibaan Hari Raya kebiasaannya menurun sejajar dengan peningkatan usia.

Adakah golongan dewasa tidak gembira dengan kehadiran Hari Kemenangan ini??

Tidak. Mereka juga gembira. Namun, cara mereka mencerminkan kegembiraan, pastinya berbeza dengan kanak-kanak dan remaja.

Jika dahulnya mereka gembira dapat mengenakan pakaian baru di pagi Hari Raya, kini mereka lebih gembira jika dapat melihat anak-anaknya (atau anak-anak buahnya) bergaya sakan dengan pakaian baru di pagi raya. Jika dahulu mereka bergembira menerima duit raya, kini mereka amat gembira jika dapat memberi duit raya kepada kanak-kanak. Keadaan sudah berbeza, tetapi kegembiraan menyambut hari lebaran turut dirasai. Cuma, bentuk kegembiraan itu yang mungkin berbeza.

Perasaan dan cara menyambut hari raya juga sudah berubah pada diriku.

Dahulu, apabila di penghujung bulan Ramadhan, aku sudah membilang hari untuk menyambut Hari Raya. Kini, aku hampir-hampir terlupa yang esok lusa akan berhari raya.

Dahulu, 3-4 pasang set baju raya mesti sudah tersedia. Selalunya setiap set itu adalah daripada kombinasi yang berbeza. Kebiasaanya, hari pertama adalah sepasang baju melayu, hari ke-2 hingga ke-4 adalah kombinasi antara baju t-shirt bekolar,baju t-shirt leher bulat, baju jersi atau baju kameja. Kini, jika tiada baju raya pun tidak menjadi masalah. Jika membeli baju @ seluar pun, niatnya bukan hanya untuk buat beraya sahaja, tetapi diniatkan untuk kegiatan lain seperti untuk membawa pergi ke kuliah atau ke majlis-majlis formal.

Dahulu, baju melayu untuk dipakai pada Hari Raya pertama adalah sepasang. Kini, kebiasaanya hanya baju sahaja (baju Raihan) yang dibeli.

Dahulu, umi yang belikan baju raya. Kini, sendiri mau pakai, sendiri kena beli.

Dahulu, duit raya adalah antara benda yang paling dinanti. Kadang-kadang, sampai meletakkan target untuk memperoleh berapa banyak duit raya untuk sekali hari raya. Kini, lansung tidak memikirkan tentang duit raya. Bahkan, jika ada yang menghulurkan duit raya, terasa amagt malu untuk menerimanya.

Dahulu, kad raya dihantar kepada rakan-rakan. Kini, hanya kiriman sms yang dihantar untuk mengucapkan selamat hari raya.

Dahulu, mercun dan bunga api pasti menghiasi aktiviti malamku. Kini, tiada lagi mercun dan bunga api. Aktivi memblogging pula mengisi kekosongan malam (ye ke??)

Dahulu, rancangan-rancangan khas / tayangan filem khas sempena raya pasti ditunggu-tunggu untuk ditonton. Kini, TV pun jarang ditonton.

Sebenarnya, banyak lagi perubahan yang telah berlaku. Cukuplah sekadar 2-3 contoh dariku. Setiap orang, pasti mengalami perubahan yang berbeza-beza.

Segala perubahan dan perbezaan tidak sama sekali akan mengubah Hari Raya itu sendiri. Hari Raya tetap adalah hari kemenangan dan kegembiraan bagi umat Islam yang telah dihadiahkan oleh Allah kepada hamba-hambanya yang bertaqwa. Kita disarankan untuk meraikannya, tetapi di bawah batas-batas syariat. Buktinya, Allah telah mengharamkan untuk berpuasa pada 1 Syawal sebagai menghormati dan meraikan Hari Raya Eidulfitiri.

Sempena Hari Lebaran ini, marilah kita merehatkan minda dengan mendengar 1 dendangan nasyid oleh arwah Ustaz Asri ketika beliau bersama Nada Murni satu ketika dahulu.

Boleh klik di sini

Akhir kata, Selamat bersedih dengan pemergian Sang Ramadhan & Selamat bergembira sekadarnya dengan kedatangan Sang Syawal...

Ampun & Maaf atas segala kesilapan dan kelemahan diri ini..

Khamis, 17 September 2009

Ramadhan 1430.. Satu Rangkuman



Ramadhan 1430H sudah hampir ke penghujungnya.

Bagaimana dengan proses tarbiyah pada madrasah ini??

Adakah berjaya atau tidak merubah diri ini??

Aku telah melalui beberapa fasa pada bulan ini.

Fasa pertama adalah pada saat-saat awal Ramadhan. Ketika ini semangat untuk beramal begitu membuak-buak. Al-Qur'an berjaya di baca dengan begitu banyaknya (tadabbur??)

Fasa kedua adalah pada pertengahan Ramadhan. Ketika ini, aku bergelut dengan jihad menuntut ilmu, iaitu perang peperiksaan, khasnya peperiksaan pertengahan semester. Ketika inilah ujian yang sebenar bagi satu proses tarbiyah. Antara beribadat dan 'study'. Kedua-duanya adalah ibadat yang tidak kurang pentingnya. Memilih antara keduanya memerlukan kepada kefahaman konsep fiqh awlawiyyat yang sahih. Jika tersalah memilih keutamaan, dikhuatiri sesuatu ibadat boleh berubah menjadi makruh atau haram hukumnya.

Fasa kedua juga merupakan musim untuk mendapatkan 'durian runtuh', yakni berbuka puasa secara percuma. Hampir semua persatuan-persatuan di UIA berlumba-lumba untuk menjamu ahlinya atau pelajar UIA dengan juadah berbuka puasa. Mungkin rasa terpanggil dengan hadith Nabi S.A.W. bahawa pahala orang yang menyediakan makanan berbuka puasa adalah sama dengan pahala orang yang berpuasa (aw kama Kol) menjadikan fenomena ini menular ke dalam UIA. Fenomena yangs sangat sihat. Aku sangat menyokong. Aku sempat menghadiri iftor Mahallah Talhah, MRC Talhah, Faci Team, AMAL, Diet 2nd year (kelasku), iftor bersama Celcom dan beberapa iftor laen. Begitu nikmat apabila dapat berbuka beramai-ramai, apatah lagi tanpa perlu mengeluarkan apa-apa kos.

Aku juga telah didatangani oleh 2 orang sahabat jauh pada fasa ini. Kedatangan Abdullah Harith (pelajar jurusan pergigian, JUST Jordan) dan dan Azhan Hamdan (pelajar jurusan perubatan di Univ. Tanta, Mesir) begitu memeriahkan Ramadhanku kali ini. Setelah 3 tahun tidak bersua muka dengan mereka, akhirnya Ramadhan 1430 menemukan kami sekali lagi. Mereka berdua adalah x-pelajar persijilan Darul Quran, yang tidak ke UIA selepas tamat di Darul Quran. Pelabagai aktiviti telah diadakan untuk meraikan kedatangan mereka seperti friendly futsal dan iftor jama'ie x-persijilan DQ Gen-6 di rumah pakcik Abdullah Harith.

Fasa terakhir adalah fasa yang sangat mencabar bagiku. Fasa yang bercampur-baur. Setibanya aku di rumah, aku telah diberi 2 tugasan. 1 tugasan yang seringku lakukan apabila bercuti & pabila ada keperluan, manakala 1 lagi tugasan adalah tugasan yang telah aku tinggalkan sejak sekian lama. Melayan karenah budak-budak tahfiz bukanlah 1 bebanan bagiku kerana aku juga pernah berada di saat-saat usia mereka sekarang. Sungguh seronok berada bersama mereka di akhir-akhir Ramadhan ini.

Malam 25 ramadhan...Masjid Subang Jaya..pukul 3.45pagi.. aku telah menerima 1msg daripada Syamil Zahari:
"Salam. al-fatihah buat shbt maahad kita, muhammad amin abdullah (spm 04) y baru saja meniggal dunia scara mengejut. sbb kematian msh blum disahkan"
Aku tersentak. Aku baru berkira-kira untuk mencari kembali no telefonnya yang hilang dari simpananku setelah handsetku rosak baru-baru ini.

Sungguh cepat masa berlalu. Masih terngiang-ngiang di kepalaku saat bersama arwah ketika di Maahad dan asrama dulu. Arwah yang bertubuh kecil dan agak baik orangya berbanding diriku yang agak gila-gila ketika itu. Aku sering mengusiknya.

Tapi..

Itu semua dulu. Yang pergi tetap akan pergi. Janji Allah tetap benar.

Aku bertanya Syamil tentang punca kematiannya yang mengejut itu. Syamil mengatakan mungkin disebabkan serangan jantung. Namun, apa yang difahamkan (maklumat daripada sahabat), arwah meninggal dunia disebabkan lain.. Sebab yang menambahkan sebak di dada. Aku terpaku. Semoga arwah memperoleh Husnul Khatimah di bulan yang penuh keberkatan ini.

Ramadhan hampir ke penghujungnya. Datang bersamanya kisah suka dan duka yang seharusnya dijadikan pengajaran bagi mereka-mereka yang hidup hatinya.

Ya Allah, semoga aku berjaya dah dalam proses tarbiyah ini.Amiin.

p/s: Kepada sesiapa yang membaca entry ini, diharapkan anda dapat menghadiahkan bacaan surah al-Fatihah buat Allahyarham Muhammad Amin Bin Abdullah (ex-Maahad Muhammadi 99-04, asrama Bustanul Arifin 00-04, x-pelajar jurusan kejuruteraan kimia UPM) yang telah pulang menyahut seruan Ilahi pada 24 Ramadhan 1430H, kira-kira pukul 9 pagi., Semoga arwah berbahagia di kehidupan barunya.


Yang dekat sudah pergi,
Tinggal kita di sini,
Muhasabahlah diri ini,
Bagaimana bekalan diri,
Adakah sudah mencukupi,
Atau sekadar kais pagi makan pagi.

Ingatlah,
Panggilan ke alam Hakiki,
Bila-bila masa boleh terjadi,
Janji kematian itu pasti,
Mungkin pada hari ini,
Mungkin juga saat ini..

Selasa, 4 Ogos 2009

Rangkuman Hidupku di Penghujung Julai 2009-Awal Ogos 2009

Sudah lama tidak menaip di sini. Rasanya seperti orang yang baru belajar memblogging.

Sekalung tahniah buat sahabat-sahabatku yang telah menamatkan zaman bujang mereka. Sungguh tidak disangka, Izzat dan Wardah akan berkahwin dalam masa yang terdekat ini. Semoga kekal ke anak cucu bersama pasangan masing-masing.

Sehingga kini, aku masih lagi merasa ralat kerana tidak dapat hadir kedua- dua majlis yang bersejarah bagi sahabat-sahabatku itu. Pokjak (Izzat) telah selamat menjadi suami orang pada 25/7/09. Pada tarikh tersebut, kebetulannya aku ada kelas Pathology bersama Prof Ungku Chulan.

Wardah pula telah selamat menjadi penyeri hati Faizal (kawanku juga) pada 1/8/09. Ketika tarikh ini, aku berada di Negeri Sembilan untuk menjayakan program follow-up baktisiswa.

Ketika tarikh ini, aku berada di persimpangan yang amat sangat.. Aku harus memilih untuk memenuhi jemputan Wardah dan Faizal atau memenuhi jemputan keluarga angkatku di samping tidak merosakkan perjalanan program ataupun menyertai sahabat-sahabat ber'perang' di Kuala Lumpur.

Hampir seminggu aku berfikir dan menimbangtara antara 3 pilihan tersebut. Akhirnya, aku memilih untuk ke Negeri Sembilan setelah memikirkan besarnya maslahat dan kecilnya fasad jika aku ke sana. Mungkin tidak ramai yang akan faham mengapa keputusan ini dibuat.

Program follow up ke Negeri Sembilan sungguh menyeronokkan. Dapat bertemu kembali keluarga angkatku, terutama 3 'askar' yang sangat aktif, along, angah dan adik Ammar. Kami telah di'uji' oleh Kak Ramizah untuk menakluk pokok-pokok. Kami semua gagal.

-Along & Angah yang sungguh aktif-

Selepas gagal menakluk pokok-pokok buah-buahan, kami semua melepaskan geram kepada pokok getah. Petang itu kami menghabiskan masa membuat bola getah dan melagakan biji-biji getah di sekitar ladang getah.

-Adik Ammar yang comel lotey-

Pada malamnya, telah diadakan 1 majlis ringkas berserta BBQ. Lucu sungguh gelagat pelajar-pelajar UIA yang membakar ayam di dalam kegelapan malam. Hasilnya, ayam yang dibakar sama hitamnya dengan kepekatan malam.

Keesokan paginya (2/8), kami dikerah ke dusun milik keluarga Abang Hishamudin untuk mengutip buah mata kucing di sana. Semua pergi ke sana pada pagi itu kecuali aku. Aku terlantar di atas katil dek kesihatan yang tidak mengizinkan.

Sebelum bertolak pulang pada tengah harinya, kami sempat singgah di Hutan Lipur Ulu Bendul. Aku sekali lagi tidak dapat menyertai rakan-rakan yang mandi-manda di sana kerana kesihatanku tidak mengizinkan aku berbuat demikian.

Kami tiba di UIA Kuantan dalam pukul 10 Malam.

Aku positif H1N1?


Cuti sakit seminggu.

Aku diberikan sehelai kertas yang meng'halal'kan untuk aku tidak ke kelas pada minggu ini.

"Salam. Rahman, betul ke aku dengar kau positif H1N1?"

"Eh, dengar cerita suspected H1N1. betol ke dome??"
Antara mesej2 yang  diterima semalam.

Betul ke aku suspected / positif H1N1??

Sehingga saat ini, TIDAK.

Walaupun aku mempunyai beberapa simptom H1N1 seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit kepala, namun sehingga semalam, doktor mengatakan bahawa keadaan aku masih lagi ok. Bahkan, hari ini aku sudah tidak demam.

Kuliyyah Nursing dan Dentistry telah di'rehat'kan untuk seminggu. Kuliyyah lain mungkin bakal menyusul. Begitu hebat kuasa Allah. Hanya dengan kuasa makhluknya yanag kecil dan ringan (virus dan angin), habis manusia porak-peranda. Terasa betapa kerdilnya diri ini.

Siapa kita tanpa rahmat-Nya??

Kepada semua yang sedang diuji, anggaplah sebagai kaffarah kepada dosa-dosa kecil dan sebagai teguran kecil daripada ilahi agar tidak jauh daripada landasan-Nya.

p/s: terima kasih kepada umi, abah, dan sahabat-sahabat yang mengambil berat keadaanku.

Jumaat, 15 Mei 2009

Terima Kasih Adik Nur Syahirah


Semalam adalah hari sambutan hari guru di Tadika An-Najjah, tempat aku mengajar al-Qur'an.

Ada sedikit sambutan dan majlis ringkas dengan menjemput wakil pihak perpustakaan Shah Alam dan diikuti dengan sedikit jamuan.

Setelah selesai menikmati jamuan ringan, aku disapa oleh seorang cikgu yang mengajar di situ.

"Ustaz, tunggu dulu ye.. ada hadiah untuk ustaz"

Aku pun terfikir sejenak..Hadiah apa plak ni. Takkanlah hadiah hari guru. Baru je 2 minggu aku mengajar.

Rupanya, jangkaan aku ternyata meleset. Memang hadiah sempena hari guru untukku. Seorang muridku bernama Nur Syahirah menghadiahkan aku sebuah bungkusan yang berisi tempat letak pen & globe yang tertulis Happy Teacher's Day (gambar di atas dan di bawah)

Walaupun hadiahnya hanyalah satu hadiah yang ringkas, namun aku amat menghargainya. Rasa amat terharu memandangkan aku hanya memulakan pengajaran pada minggu lepas. Itu pun sebagai guru sambilan.

Sebagai pelajar + guru sambilan, pengalaman sebegini memeang jarang diperoleh. Dihargai oleh seorang murid. Baruku sedar bahawa setiap guru amat terkesan jika pengorbanan mereka dihargai walaupun mereka tidak pernah menginginkannya.

Dan yang agak melucukan, aku sebenarnya masih lagi tidak cam antara anak-anak muridku, yang mana satu adik Nur Syahirah. Prestasi yang teruk sebagi seorang guru.

Apa pun, terima kasih adik Nur Syahirah.

Terima kasih jua untuk ke semua guru-guruku yang telah membimbingku sejak aku kecil sehingga kini (Tadika Abim Selayang, Sekolah Rendah Islam Hira', Institut Al-Qur'an Kuala Lumpur, Maahad Muhammadi Lelaki, Pusat Tuiesyen Dinamis, Darul Quran Jakim, Pusat Matrikulasi UIA PJ, UIA Kampus Kuantan)

Terima kasih bukan sempena Hari Guru, tetapi atas segala ilmu yang telah dicurahkan oleh kamu semua dalam membentuk diriku seperti yang dilihat hari ini.



-Allah S.W.T lebih mengetahuinya-

Selasa, 12 Mei 2009

Umi, Mak, Ibu, Emak, Mama, Mom, Mother, Mami, Mok, Mek

 10 Mei adalah Hari Ibu. Mengapa pada tarikh ini baru aku mengeluarkan entri ini??

Orang cakap dah basi.

Padaku, hari Ibu tidak akan basi. Setiap hari Ibu adalah hari untukmu, wahai ibu. Bukan hanya pada 10 Mei. Bukan hanya pada hari lahir ibu sahaja. Setiap hari adalah hari ibu. Setiap hari adalah hari untuk berbakti kepada ibu.

Walaupun apa pun yang kita lakukan untuk membalas jasa ibu, jasa ibu tetap tidak akan terbalas. Sedikanlah sebanyak mungkin wang ringgit atau segala harta sekalipun, tetap jauh rendahnya nilainya berbanding dengan segala pengorbanan ibu kepada kita. Pengorbanan 'membawa' kita selama 9 bulan, melahirkan kita (benda paling sakit di dunia), menyusukan kita, membesarkan kita, melayan karenah kita dan pelbagai lagi.
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Ibunya mengandung dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. (Dengan demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu bapamu. Hanya kepada-Ku tempat kembalimu." ( Surah Luqman: 14)
"Kami wajibkan manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan susah payah dan telah melahirkannya dengan susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.." (Surah Al-Ahqaf: 15)

Wajib kita untuk berbakti kepada kedua ibu bapa setiap masa dan ketika melainkan dalam perkara-perkara yang melanggar syariat Allah.
"Jika mereka berdua (ibu bapa) mendesakmu supaya engkau mempersekutukan-Ku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik (berbakti dan menghubungkan silaturrahim)...." (Surah Luqman:15)
Banyak kisah yang boleh dijadikan teladan untuk kita seperti kisah seorang 'abid yang dituduh berzina dengan pelacur setelah doa ibunya dimakbulkan oleh Allah. Begitu juga kisah seorang lelaki yang dijamin syurga kerana tetap menjaga dan berbakti kepada kedua ibu bapanya walaupun keduanya telah berubah menjadi khinzir.

Sungguh sedih melihat keadaan dunia sekarang. Ibu bapa hanya dianggap membebankan. Mereka hanya dianggap penyibuk. Ramai yang cuba 'membuang' ibu bapa mereka. Semakin ramai anak yang berani menderhaka kepada kedua ibu bapanya, sedangkan kunci keredhaan Allah berada pada ibu bapanya.
Daripada Abdullah Amru, Rasulullah S.A.W. bersabda: “Keredhaan Allah daripada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis riwayat Tirmizi)
Adakah kami perlu lagi berbakti kepada ibu bapa kami yang telah pergi meninggalkan kami??

Kamu tetap perlu berbakti. Caranya, pintalah doa kesejahteraan untuk mereka dan sambungkanlah silaturrahim dengan saudara-saudara dan sahabat handai mereka.

Teruskan berbakti kepada ibu bapa walaupun mereka masih hidup atau sudah pergi.
“Dan Tuhanmu memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’, ayat 23)
Terima kasih umi, umi, umi dan abah atas segala pemberianmu yang menjadikan aku 'manusia" seperti hari ini. Doakan aku sentiasa dalam keadaan taat dan sedia berbakti kepadamu...


-Allah S.W.T. lebih mengetahui segalanya-