Ahad, 2 Mei 2010

Kisah Kematian Abdullah Bin Ubai Ibn Salul



Tarikh: 1 Mei 2010
Masa: 2010-2055
Tempat: Surau At-Taqwa, Seksyen 7, Shah Alam
Penceramah: Ustaz Nazmi Abdul Karim


Kematian Abdullah Bin Ubai Ibn Salul

- Abdullah Bin Ubai adalah pemimpin orang Munafiq di Madinah

- Anak kepada 2 bapa Munafiq adalah sahabat Nabi S.A.W.

1) Abdullah B. Abdullah B. Ubai B. Salul (anak kepada Abdullah B Ubai, syahid di dalam peperangan Yamamah)

2) Handzalah B. Abi Rabi' (anak kepada seorang lagi pemimpin munafiq, Abi Rabi'. Syahid selepas menyahut seruan jihad sebelum sempat mandi hadas)

- Setelah kematian Abdullah B. Ubai, anaknya, Abdullah menemui Rasullulah S.A.W. dan meminta Baginda mengimami solat jenazah bapanya. Rasulullah S.A.W. bersetuju kerana ingin menjaga hati sahabatnya, bukan kerana memuliakan Abdullah Bin Ubai.

* ada sesetengah meriwayatkan Nabi S.A.W. tidak solat & ada setengah riwayat yang lain mengatakan Nabi S.A.W. hanya berdoa.

Ketika Nabi S.A.W. hendak pergi menyembahyangkan/ berdoa kepada Abdullah B. Ubai, Umar Al-Khattab cuba menghalang Baginda untuk melakukan sedemikian. Beliau bertanya kepada Nabi S.A.W., mengapa hendak dibuat sedemikian sedangkan Abdullah B. Ubai dengan jelasnya telah menentang dan menkhianati Nabi S.A.W. ketika waktu hidupnya. Nabi S.A.W. menjawab: "Sama sahaja sama ada aku meminta ampun kepadanya ataupun tidak". Peristiwa ini telah dirakamkan di dalam al-Quran:
"(Orang-orang munafik itu) sama sahaja engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun bagi mereka. Jika engkau (wahai Muhammad) meminta ampun bagi mereka tujuh puluh kali (sekalipun) maka Allah tidak sekali-kali mengampunkan mereka yang demikian itu, kerana mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya dan Allah tidak akan memberi hidayah pertunjuk kepada kaum yang fasik." (surah at-Taubah: 80)
Selepas selesai solat jenazah/berdoa, tiba-tiba badan Nabi S.A.W. berpeluh kerana turunya wahyu, surah at-Taubah, ayat 84:
"Dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya, dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya, dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka)."
Itulah adalah teguran daripada Allah S.W.T. supaya melarang Nabi S.A.W. menyembahyangkan/berdoa/ pergi ke kubur orang-orang Munafiq / menghormati kematian mereka kerana mereka telah kufur dan mati dalam keadaan fasik.

Setelah peristiwa itu, setiap kali ada jemputan untuk menyembahyangkan jenazah, Rasulullah S.A.W. akan bertanya dahulu kepada para sahabatnya tentang perihal si mati, sama ada ia baik dan beriman atau sebaliknya ketika ia masih hidup. Jika para sahabat memberi komen yang positif, Nabi S.A.W. akan memenuhi jemputan tersebut. Jika tidak, Nabi S.A.W. akan menolak jemputan tersebut.

*Huzaifah al-Yamani - Satu-satunya sahabat yang mengetahui/memegang senarai nama orang-orang Munafiq (penyimpan rahsia Rasulullah S.A.W.)

* Saidina Umar al-Khattab sering memujuk Huzaifah al-Yamani untuk memberitahunya siapakah nama orang-orang Munafiq yang berada di dalam senarainya. Namun, usahanya tidak pernah berjaya kerana Huzaifah sangat amanah akan segala rahsia yang disimpannya. Setelah beberapa kali ditanya oleh Umar al-Khattab, Huzaifah pun bertanya mengapa Umar sangat berminat untuk mengetahui senarai tersebut. Saidina Umar al-Khattab pun menjawab, "Aku ingin mengetahuinya kerana dibimbangi nama aku turut tersenarai dalam senarai nama tersebut".. Sungguh bimbang beliau jika termasuk dalam golongan Munafiq sedangkan beliau adalah antara 10 orang sahabat yang dijamin masuk syurga. Bagaimana dengan kita?

* Selepas kewafatan Nabi S.A.W., Saidina Umar al-Khattab tidak akan menunaikan solat jenazah ke atas mana-mana jenazah sehingga beliau akan memastikan Huzaifah al-Yamani turut hadir menyembahyangkan jenazah tersebut kerana dikhuatiri jenazah tersebut adalah seorang yang Munafiq semasa hidupnya sehinggakan ada satu peristiwa apabila beliau dijemput untuk menyembahyangkan satu jenazah, beliau mencari-cari Huzaifah, tetapi tidak kelihatan. Apabila beliau sudah hampir untuk menunaikan solat jenazah, tiba-tiba muncul Huzaifah dan dia terus mencubit beliau sebagai tanda jenazah tersebut tidak perlu disolatkan kerana ia adalah seorang yang Munafiq. Umar al-Khattab pun mengundurkan diri dan tidak menunaikan solat jenazah ke atas jenazah tersebut.

* Tanda-tanda orang Munafiq selain daripada yang 3 tanda daripada Hadith:

1) Orang yang susah hendak menunaikan solat Isyak dan solat Subuh berjemaah. Boleh check berapa ramai yang hadir untuk solat Subuh berjemaah..

2) Orang yang bersahabat dan bersekongkol dengan Orang-orang Yahudi.

-Allah S.W.T. lebih mengetahui segalanya-

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berburuk sangka sesama Islam juga munafik.

Tanpa Nama berkata...

Berdakwah dan bercerita tentang kisah para sahabat sambil memfitnah.... syabas admin...

Tanpa Nama berkata...

Good information

Tanpa Nama berkata...

Good information

Tanpa Nama berkata...

Siapakah nama isteri Abdullah bin Ubay dan boleh Tuan terangkan apa peranan dia...

Tanpa Nama berkata...

Bila terasa kena batang hidung sendiri terus declare fitnah,species ini ada kat mana2...biasanya anti majlis ilmu kat masjid/surau.
Cuba cerita tang mana yang fitnah tu?
Kisah ni aku pun baca dalam Kitab Tafsir Ibnu Kathir..minta Allah jauhkan kita dari sifat munafik.

Mohd Syafi berkata...

bekerjasama dengan orang kafir dalam memerangi orang ISLAM... bukan sahaja munafik tapi terus kufur.....