Selasa, 26 Mei 2009

Lakaran Hidup Rasulullah S.A.W



Kita mungkin sangat mengenali tentang ahli keluarga kita.
Kita mungkin sangat mengenali tentang kekasih hati kita.

Namun, kita kurang mengenali orang yang patut kita kenali. Orang yang patut kita kasihi dan jadikan kekasih hati.

Siapa lagi kalau bukan Nabi Muhammad S.A.W.

Jom kita kenali dengan lebih dekat tentang Rasulullah S.A.W. dan ahli keluarga Baginada (ahlu Bait). Mungkin hanya fakta ringkas, tetapi ada banyak info yang kita mungkin tidak pernah tahu atau tidak pernah mencari untuk tahu.


Nama-Nama Rasulullah S.A.W.:

1) Muhammad
2) Ahmad
3) Hamid
4) Mahmud
5) Mahi
6) Hashir
7) Aaqib

Kelahiran Rasulullah S.A.W. :

Tarikh Islam : 9 atau 12 Rabi'ul Awwal, hari Isnin, awal pagi (sebelum matahari terbit) di Makkah

Tarikh Masihi : 17 Jun 596 Masihi

Tarikh Hindu : 1 Jaaith 3672 Kul Jug

Tarikh Lain:

1) 40 hari selepas peristiwa serangan tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah terhadap Kaabah
2) 2675 tahun selepas peristiwa banjir besar pada zaman Nabi Nuh A.S.
3) 2585 tahun selepas kelahiran Nabi Ibrahim A.S.


Kewafatan Rasulullah S.A.W.:


- Pada 12 Rabi'ul Awwal tahun 11 Hijrah = 8 Jun 632 Masihi = tahun 23 kenabian Baginda
- Pada waktu selepas terbit matahari di rumah Saiditina 'Aisyah R.A
- Dikebumikan di rumah Saiditina 'Aisyah R.A


Jangka Hayat Hidup Rasulullah S.A.W
.:

- 63 tahun, 0 bulan, 4 hari, 6 jam
- atau = 22330 hari
- atau = 535924
- Menetap di Mekah: 63 tahun
- Menetap di Madinah: 10 tahun


Pakcik-Pakcik Rasulullah S.A.W.:

- Yang menerima Islam: Saidina Abbas R.A dan Saidina Hamzah R.A
- Yang tidak menerima Islam: Abu Talib, Zubair, Maqoom, Zarrar, Haris, Mughrira


Makcik-Makcik Rasulullah S.A.W.:

- Yang menerima Islam: Saiditina Safia R.A.
- Yang tidak dapat dipastikan sama ada menerima Islam ataupun tidak: Arruhi & Atikah
- Yang tidak menerima Islam: Barrah, Ammimah, Ummul Hakim Baiza (Nenek kepada Saidina Uthman Bin Affan R.A.)


Isteri-Isteri Rasullulah S.A.W.:

1) Khadijah R.A.
2) Sa'udah R.A.
3) 'Aaisyah R.A.
4) Hafsah R.A.
5) Zainab Hazimah R.A.
6) Ummu Salmah R.A.
7) Zainab Jaisy R.A.
8) Jvariah R.A.
9) Ummu Habibah R.A.
10) Maimunah R.A.
11) Safiah R.A.
12) Maria Qubtia R.A.

- Saiditina 'Aaisyah adalah anak perempuan Saidina Abu Bakr As-Siddiq R.A.
- Saiditina Hafsah adalah anak perempuan Saidina Umar Al-Khattab R.A.
- Saiditina Ummu Habibah adalah anak perempuan Saidina Abu Sufyan R.A.
- Hanya Saiditina Khadijah R.A. & Saiditina Zainab Hazimah R.A. yang meninggal dunia sebelum kewafatan Rasulullah S.A.W.


Anak-Anak Rasullulah S.A.W.


1) Qasim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab (berkahwin dengan Abu Al-As Bin Rabbi)
5) Ruqaiyyah (berkahwin dengan Saidina Uthman Bin Affan R.A.)
6) Umi Kalsum (berkahwin dengan Saidina Uthman Bin Affan R.A.)
7) Fatimah (berkahwin dengan Saidina 'Ali Bin Abi Talib R.A.)

- Kesemua anak Rasulullah S.A.W. adalah beribukan Saiditina Khadijah R.A. kecuali Ibrahim yang beribukan Maria Qubtia R.A.
- Kesemua anak lelaki Rasulullah S.A.W. meninggal dunia ketika kecil
- Kesemua anak perempuan Rasulullah S.A.W. meninggal dunia sebelum kewafatan Baginda kecuali Saiditina Fatimah R.A.


3 perkara yang menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam terhadap Rasulullah S.A.W. iaitu, mencintainya dan ahli keluarganya, mengamalkan dan menghidupkan sunnahnya dan meneruskan perjuagannya.

Renunglah sejenak..

Adakah kita sudah melaksanakan kesemua tanggungjawab kita terhadap Rasullullah S.A.W.??

Adakah kita layak untuk meminta belas syafaat Baginda di padang Masyar kelak atas segala usaha kita yang sedikit ini??

-Allah S.W.T. lebih mengetahui segalanya-

Isnin, 25 Mei 2009

Menakutkan...


Menakutkan..

Kelmarin, warga Seksyen 7 Worldwide Shah Alam telah dikejutkan dengan kes penculikan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun.

Kronologi peristiwa penculikan semalam (menurut cerita mangsa dan ayahnya):

Selepas selesai bermain bola sepak di padang, dia berjalan pulang menuju ke rumah. Tiba-tiba ada van Rusa berwarna merah berhenti dan bertanya tentang satu alamat yang ditulis di atas kertas. Van itu dinaiki oleh lelaki berbangsa India (jumlahnya lebih dari 1).

Tiba-tiba dia diangkat ke dalam van tersebut. Lelaki-lelaki India di dalam van tersebut bertanya kepada dia, adakah dia anak orang kaya atau tidak. Kalau anak orang kaya, mereka mahu menebus dengan wang. Kalau bukan anak orang kaya, mereka mahu membunuhnya. Dia tidak menjawab dan diikat di dalam van tersebut.

Kuasa Allah, dia terlepas dan berjaya melarikan diri daripada van tersebut di jalan besar pintu belakang UITM menghala ke highway PLUS. Difahamkan, ketika lari meyelamatkan diri, dia dilempari dengan parang dan kapak. Alhamdulillah, balingan tersebut tidak menepati sasaran.

Dia melarikan diri sehingga stesen Petronas berdekatan. Dia mengalami trauma. Habis tidak ingat di mana rumahnya dan siapa ayahnya apabila ditanya oleh orang ramai. Kemudian, dia dihantar ke pondok pengawal keselamatan di kondominium Kristal sehinggalah pihak jemaah surau yang melakukan gerakan mencari secara besar-besaran menjumpainya di sana. Ketika itu dalam pukul 9.30 malam.

Ni adalah sebahagian kisah benar daripada beribu-ribu lagi peristiwa yang sudah berlaku di tanah air kita.

Kepada yang mempunyai anak, adik, cucu, sepupu, anak saudara, awaslah.. berjagalah.. Bahaya sentiasa menanti. Orang-orang yang hatinya busuk sentiasa mengintai peluang untuk menjahanamkan hidup dan masa depan ahli keluarga kita.

Naudzubillah min dzaalik..


Ahad, 24 Mei 2009

Kembara 23 Mei 2009


-Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (CFS IIUM), Petaling Jaya-



Hari ini aku ke CFS IIUM. Bukan sebagai pelajar di situ lagi. Kali ini sebagai pemandu dan penunjuk arah kepada pakcik & makcikku (Ayah Li & Che Ani) yang menghantar anaknya merangkap sepupuku (Fadzli) mendaftar sebagai pelajar UIA.


-Pelekat kereta yang membenarkan sesebuah kereta itu masuk ke dalam CFS-


7.58 pagi - Bertolak daripada Shah Alam

8.20 pagi - Tiba di CFS. Disambut oleh polis trafik UIA

Aku hampir tidak mengenali semua orang pada pagi itu. Mungkin kerana gap yang jauh (rasanya macam x la jauh sangat) antara generasiku dan generasi yang berada di CFS sekarang. Selepas aku parking kereta, aku terserempak dengan YB Salahuddin Ayub yang turut menghantar anaknya mendaftar di CFS UIA.



-YB Salahuddin Ayub-

Selepas beberapa ketika berada di CFS, barulah aku terserempak dengan orang-orang yang aku kenali. Aku sempat berbual dengan Ustaz Majid Hafiz, koordinator program persijilan DQ-UIA. Selepas itu, aku terserempak dengan Bro Hidayat. Ingat lagi dia padaku. Mungkin kerana 'cerita itu' (biarlah rahsia).

Kemudian, aku terserempak dengan rakan-rakan yang menghantar adik-adik mereka mendaftar. Ada yang hanya terserempak dan ada yang sempat bersembang seperti Syahidan Engine, Nurudin Nursing, Munir Medic, Tok Sheikh persijilan gen-5, Syed Soleh persijilan gen-5, Hafiz Mahadar persijilan gen-7, Fakhri (adik Imran Zainal Abidin). Aarif, pelajar Maahad Tahfiz di kawasan rumahku juga ada pada pagi ini. Beliau menghantar abangnya mendaftar.

Aku turut terserempak dengan 2-3 orang juniorku di Maahad Muhammadi Lelaki. Yang menyedihkan, hanya mereka yang mengenali diriku, sedangkan aku lansung tidak mengenali mereka. Mungkin itu satu lumrah apabila junior mengenali senior, tetapi senior tidak mengenali junior. Lumrah yang negatif.

Ada sedikit perubahan di CFS seperti Mahallah Khadijah (KC) yang telah dicat semula dan Mahallah Umar Al-Khattab 2 (UKC 2) yang sudah ditukar namanya kepada Mahallah Fatimah Zahra (FZC)

- Mahallah Khadijah (KC)-


-Mahalllah Umar Al-Khattab (UKC)-


-Kuliyyah of Science Building (KOS)-


10.40 pagi - Fadzli selesai mendaftar. Bergerak ke Mahallah Fatimah Zahra untuk check-in

11.35 pagi - Selesai urusan di Mahallah. Bergerak ke cafe mahallah UKC untuk makan tengah hari.

Terserempak dengan Kak Noni (tokey cafe Mahallah UKC). Dia masih mengenali diriku. Kelihatannya dia agak keletihan melayan pelanggan yang tidak putus-putus dari awal pagi.

12.05 tengah hari - Bertolak pulang ke Shah Alam

12.36 tengah hari - Tiba di rumah

Walaupun persinggahan yang hanya seketika, namun sudah cukup bermakna bagi diriku untuk mengimbau kembali pahit manis perjuanganku di bumi CFS pada suatu masa dahulu.


-Beg yang diberikan oleh pihak UIA (jauh lagi cantik daripada beg yang diberikan pada zamanku)-

Kuliah Matan Arbain (Hadith ke-15) - Memuliakan Tetamu Jika Kamu Beriman


Tarikh: 23 Mei 2009
Masa : 19.55-20.45
Tempat: Surau Al-Islah, Seksyen 7
Penceramah: Ust Nazmi Abdul Karim
Tajuk : Hadith Matan Arbain (Hadith ke-15)
عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( مَنْ آَانَ یُؤْمِ نُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ واليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ )) رواه البخاري ومسلم

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya". (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)

Kuliah pada malam semalam dimulakan dengan laungan nasyid asma-ul-husna (99 nama Allah). Kuliah pada malam ini adalah sambungan daripada kuliah yang lepas. Masih lagi berkisar tentang hadith ke-15 daripada matan arbain, susunan Imam Nawawi Rahimahullah.

Fokus pada kuliah kali ini ialah kepada elemen terakhir dalam hadith tersebut, iaitu "Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya".

Diceritakan bahawa Abdullah Bin Mubarak pernah didatangi oleh tetamu ke rumahnya. Pada ketika itu, beliau tidak mempunyai apa-apa harta atau makanan untuk dijamu kepada para tetamunya itu melainkan seekor kuda yang digunakan oleh beliau untuk urusan seharian. Abdullah Bin Mubarak pun memutusakan untuk menyembelih kudanya itu walaupun mendapat bantahan yang hebat daripada isterinya. Selepas menyembelih dan menjamu para tetamunya dengan daging kudanya, maka berlakulah pertengkaran antara beliau dengan isterinya.

Akibat daripada pertengkaran ini, Abdullah Bin Mubaak telah menceraikan isterinya. Setelah sekian lama beliau hidup menduda, beliau telah didatangani oleh seorang tua yang menawarkan untuk mengahwinkan anak daranya dengan Abdullah Bin Mubarak. Tanpa sebarang mahar, beliau telah memperoleh seorang isteri muda yang jauh lebih baik dari isterinya terdahulu, bahkan bapa mertuanya menghadiahinya 10 ekor kuda.

Pada malam pertama perkahwinan mereka, Abdullah Bin Mubarak telah bermimpi didatangi oleh tetamu-tetamunya dahulu. Mereka berkata "Allah telah menggantikan isterimu yang tua dengan isteri yang jauh lebih muda dan menggantikan seekor kuda yang kamu telah sembelih dengan 10 ekor kuda"


Subhanallah, tiada yang lebih besar rezeki dan nikmat melainkan datangnya dari Allah.

Antara cara-cara menghormati tetamu:

1) Memberi senyuman kepadanya (jangan berwajah masam atau tidak ceria)
2) Bercakap dengan nada yang baik
3) Bentangkan hamparan (kalau waqi' sekarang, mungkin sediakan tempat duduk atau tempat untuk menghilangkan lelah sperti kerusi, sofa, carpet, tikar dan sebagainya)
4) Berikan tempat penginapan yang baik dan sesuai
5) Jamu mereka selama 3 hari
6) Hantar mereka pulang dengan perasaan yang gembira (kerana telah dikunjungi)

* Pesan Rasulullah S.A.W. kepada Salman Al-Farisi, " Jangan terlalu bersusah payah kerana tetamu, sedangkan kamu sendiri dalam keadaan susah"

Keterangan: Jangan terlalu memaksa diri utuk melayan tetamu sedangkan diri kamu dalam keadaan kesempitan. Layan tetamu sekadar yang termampu, antara tidak kedekut dan tidak terseksa.


* Disunatkan makan bersama tetamu dan menyuapkan mereka makanan - Hadith

* Nabi Ibrahim adalah orang pertama yang memuliakan tetamu. Manusia sebelumnya hanya hidup bersendirian. Beliau digelar Abu Dhoifan (Bapa Tetamu). Beliau tidak akan makan makanan bersendirian sehinggalah beliau akan berjalan dan bertemu dengan sesiapa sahaja seterusnya mengajak orang tersebut makan bersamanya.

* Mazhab Hanbali: Wajib mengambil orang yang bermusafir tidur di rumah (sebagai tetamu) jika tiada masjid di kawasan tersebut. 3 mazhab lain menghukumkan sunat.


* Huzaifah Bin al-Yaman: Setiausaha Rasulullah dan hanya dia di kalangan para sahabat yang diberikan Rasulullah senarai nama orang-orang munafik ketika itu.

-Allah S.W.T. lebih mengetahui segalanya-

Sabtu, 23 Mei 2009

'Pencuri' Perak

-Perbezaan antara yang pihak yang berhak dan 'pencuri' (di tengah2-hakim yang dibutakan mata, dipekakkan telinga)-


Malaysiakini, 22 Mei, 3.15 petang - Zambry MB sah Perak

Keputusan yang dijangka.

Aku semakin meluat dan naik mual.

Aku bukan anti-politik. Tapi aku benci politik kotor. Walaupun ada sesetengah orang berijtihad, boleh 'main kasar' dalam siasah, tapi aku tetap tidak menggemarinya.

Walaupun tindakan Anwar Ibrahim yang cuba untuk memancing ahli parlimen pro-kerajaan menyertai PR telah mendapat sokongan ramai, namun aku mempunyai pandangan sisiku. Aku kurang bersetuju. Mengapa harus dikhianati undi rakyat yang memangkah seseorang itu atas bendera tertentu, kita pula yang menukar benderannya kemudian. Apa kata rakyat?? Adakah mereka setuju??

Permainan di Perak lebih memualkan. Semuanya bagaikan berada di dalam drama bersiri yang masih belum tamat tayangannya. Semua yang dipentaskan, bisa diatur dan diarah oleh orang di sebalik tabir. Dia atau mungkin mereka boleh mengawal dan mengatur mengikut sesuka hati mereka. Tetapi mereka sering lupa. Pengarah bagi segala Pengarah. Pemilik drama bagi segala drama. Dia 'melihat segalanya'. Dia tidak pernah tidur ataupun mengantuk.

Krisis Perak yang berpanjangan, semakin menampakkan kecanggungannya.

Hakim mudah dibeli, sedangkan institusi kehakiman adalah satu eksekutif khas dalam perlembagaan Malaysia. Lengkap sudah 3 eksekutif dalam perlembagaan Malaysia yang dikawal oleh satu pihak. Pihak yang terang-terang men'curi' hak rakyat, elemen terpenting dalam sistem demokrasi. Sistem yang diagung-agungkan oleh mereka. Akhirnya mereka sendiri yang merosakkannya.

Perdana Menteri 'Satu Malaysia' sungguh takut untuk membubar DUN. Mengapa harus ditakuti suara rakyat jika kamu di pihak yang benar??

Mengapa takut membubar DUN jika kamu adalah PM 'Satu Malaysia' yang amat menekankan hak rakyat??

Mengapa??

Kerana kamu adalah 'pencuri'. 'Pencuri' hak rakyat. 'Pencuri' keadilan dan keamanan. 'Pencuri' hak rakyat yang sepatutnya dibela, bukannya duduk bercangkung menunggu keputusan mahkamah yang sudah dijangka.

Krisis politik yang berpanjangan ini akan memberi kesannya kepada rakyat jua. Mereka bagaikan hilang tempat bergantung kerana masih menunggu pemimpin yang 'sah' untuk mereka berpaut, mengadu nasib dan ber'manja'.

Teruskanlah penipuan ini, kerana semakin ditipu, semakin terbuka aib mereka sendiri.

Ingat, Allah telah berfirman dalam surah Ali 'Imran, ayat 54, "Mereka merancang tipu daya dan Allah pula membalas tipu daya mereka. Ingatlah, Allah adalah sebaik-baik pembalas segala tipu daya"

Bagi pejuang-pejuang Islam, mehnah dan tribulasi sebegini hanyalah seumpama menambah perisa bagi sesuatu hidangan. Mereka sudah masak dengan halangan dan tekanan sebegini. Mereka mungkin sudah belajar bagaimana sejarah kejayaan Barisan Penyelamat Islam (FIS) di Algeria. Mereka telah berjaya memenangi pilihan raya Algeria, namun akhirnya mereka dikhianati dan ramai pejuang-pejuang mereka dibunuh dan dipenjara di geriji padang pasir. Situasi yang sama juga pernah berlaku kepada Ikhwanul Muslimin yang dikhianati oleh Anwar Sadat. Ramai yang mendekam di dalam penjara dan disiksa selepas mereka bekerjasama untuk menjatuhkan Jamal Abdul Naser.

Perjuangan dan kejayaan untuk menegakkan Islam tidak akan melalui jalan yang mudah dan cepat. Pelbagai halangan akan ditempuhi kerana itu adalah rencah dan syarat dalam perjuangan. Teruskan berjuang, ingatlah kata-kata Syed Qutb pada saat-saat akhir beliau sebelum dikurniakan syahid di tali gantung kuffar, "bukan kita yang memulakan perjuangan dan bukan kita yang mengkhirinya"

Teruskan menegakkan yang Haq dan mencegah yang Bathil, wahai singa-singa Allah!!


Di Mana Kebahagian


Semua manusia
Memburu ketenangan dan kebahagian
Kerana ia fitrah semula jadi manusia
Di mana ketenangan dan di mana bahagia
Pada harta, pangkat dan kuasa
Atau pada kecantikan wanita

Kalau di situlah kebahagian
Mengapakah jutawan berpenyakit jiwa
Kenapa yang berpangkat pemarah dan beremosi saja
Mengapa yang punya kuasa berkrisis sentiasa
Mengapa gila wanita selalu kecewa

Di mana ketenangan
Di mana kebahagiaan
Manusia..

Sudah lama manusia
Mencari tiada jumpa
Terumbang-ambinglah, mereka
Ditengah kemodenan hidupnya canggih
Tapi jiwanya tersisih sedih

Manusia kehilangan kebahagian
Walau sentiasa memburunya
Yang disangkan bahagai itu rupanya
Mengecewakan..
Harta, pangkat dan kuasa jua wanita
Semuanya menipunya
Manusia kecewa di mana-mana

Di mana ketenangan
Di mana kebahagiaan
Manusia...

Ya Allah itulah tuhan
Sumber kebahagiaan
Kenali dan cintailah Allah
Kerana Allah menyintai kita
Cintakan Allah tiada kecewa

Beriman kepadaNya Dan sembahlah Dia
Ikuti syariatNya
Tawakallah kepadaNya
Mintalah kepadaNya
Berbaik sangkalah kepadaNya

Itulah penenang jiwa
Ubat jiwa yang lara
Nikmat bahagia pasti dirasa

Di mana ketenanagan
Di mana kebahagiaan
Manusia...

Ya Allah itulah tuhan
Sumber kebahagiaan
Kenali dan cintailah Allah
Kerana Allah menyintai kita
Cintakan Allah tiada kecewa

-Nada Murni-

Jumaat, 22 Mei 2009

Zikir Menjana Otak



Otak adalah bahagian badan yang paling penting bagi manusia. Otak mengawal segala pergerakan manusia. Segala ransangan atau perubahan keadaan akan ditafsir oleh otak sebelum tindak balas dan respons dilakukan oleh manusia.

Otak adalah terdiri daripada aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf dari anggota tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Berzikir adalah perbuatan mengulangi beberapa perkataan yang memuji dan memuja Allah. Perkataan-perkataan tersebut lazimnya dilakukan berulang-ulang kali dengan penuh tumpuan dan kekhusyukan.

Apakah perkaitan antara zikir dan otak?
"(Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah (berzikir). Ketahuilah, dengan mengingati Allah (berzikir), hati manusia menjadi tenang" (Surah ar-Ra'du : 13)


Apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, Alhamdulillah, dan Allahuakbar, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.

Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, lebih dari sebelum berzikir. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di 
kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Saintis Barat baru sahaja (tidak sampai 20 tahun) menemui keajaiban hasil daripada pengulangan perkataaan yang akan mengaktifkan aktivit saraf, seterusnya meningkatkan produtiviti otak, sedangkan kita sebagai orang Islam sudah beribu-ribu tahun ditunjukkan akan keajaiban ini, namun masih buta dan tuli dalam memanfaatkan peluang ini. Akibatnya, kita semakin ke belakang, sedangkan Barat semakin ke hadapan hasil kejayaan mereka mencuri 'harta-harta' yang menjadi milik kita, tetapi dibiarkan dimanfaatkan oleh orang lain.

"Sesungguhnya Kami jadikan untuk isi Neraka Jahannam kebanyakannya daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati (tetapi tidak dipergunakannya) untuk memahami (ayat-ayat Allah) , mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai" ( Surah al-A'raf: 179)

Manfaatkan kelebihan ini, wahai Umat Islam semua!!!

* Untuk maklumat lanjut tentang kajian di atas, sila klik gambar di bawah.

-Allah S.W.T. lebih mengetahui segalanya-

Ahad, 17 Mei 2009

Kembara 16 Mei 2009



-Gambaran daripada dalam kereta-

9.35 pg - Bertolak dari Shah Alam

1.05 tgh hari - Tiba di perkarangan rumah Najib di Jengka 3

-Bergaya sebelum ke majlis kahwin-


1.06 tgh hari - Sahabat-sahabat dari UIA Kuantan tiba di perkarangan rumah Najib. Bergabung dengan keluargaku


-Tetamu menjamu selera-

1.13 tgh hari - Menikmati makan tgh hari (nasi putih + gulai kawah + kerabu + air sarsi). Kami menikmati makan tengah hari sebelum ketibaan pengantin. Makan dulu. Tak yah tunggu pengantin=)

2.17 ptg - Bertolak pulang. Kami sekeluarga menuju ke Shah Alam. Sahabat-sahabat menuju ke Kuantan


-Air Terjun di Hutan Lipur Lentang-


4.13 ptg - Singgah di Hutan Lipur Lentang. Adik-adikku ingin mandi air terjun di situ.

5.00 ptg - Bertolak pulang ke Shah Alam

6.36 ptg - Singgah di Kelang

7.45 ptg - Tiba di Shah Alam


* Masa yang dinyatakan di atas mungkin tidak berapa tepat. Hanya mengikut anggaran kasarku.

p/s : Selamat sudah seorang sahabatku menyempurnakan imannya. Semoga ramai lagi yang bakal menyusul.

-Allah S.W.T. lebih mengetahui segalanya-

Jumaat, 15 Mei 2009

Terima Kasih Adik Nur Syahirah


Semalam adalah hari sambutan hari guru di Tadika An-Najjah, tempat aku mengajar al-Qur'an.

Ada sedikit sambutan dan majlis ringkas dengan menjemput wakil pihak perpustakaan Shah Alam dan diikuti dengan sedikit jamuan.

Setelah selesai menikmati jamuan ringan, aku disapa oleh seorang cikgu yang mengajar di situ.

"Ustaz, tunggu dulu ye.. ada hadiah untuk ustaz"

Aku pun terfikir sejenak..Hadiah apa plak ni. Takkanlah hadiah hari guru. Baru je 2 minggu aku mengajar.

Rupanya, jangkaan aku ternyata meleset. Memang hadiah sempena hari guru untukku. Seorang muridku bernama Nur Syahirah menghadiahkan aku sebuah bungkusan yang berisi tempat letak pen & globe yang tertulis Happy Teacher's Day (gambar di atas dan di bawah)

Walaupun hadiahnya hanyalah satu hadiah yang ringkas, namun aku amat menghargainya. Rasa amat terharu memandangkan aku hanya memulakan pengajaran pada minggu lepas. Itu pun sebagai guru sambilan.

Sebagai pelajar + guru sambilan, pengalaman sebegini memeang jarang diperoleh. Dihargai oleh seorang murid. Baruku sedar bahawa setiap guru amat terkesan jika pengorbanan mereka dihargai walaupun mereka tidak pernah menginginkannya.

Dan yang agak melucukan, aku sebenarnya masih lagi tidak cam antara anak-anak muridku, yang mana satu adik Nur Syahirah. Prestasi yang teruk sebagi seorang guru.

Apa pun, terima kasih adik Nur Syahirah.

Terima kasih jua untuk ke semua guru-guruku yang telah membimbingku sejak aku kecil sehingga kini (Tadika Abim Selayang, Sekolah Rendah Islam Hira', Institut Al-Qur'an Kuala Lumpur, Maahad Muhammadi Lelaki, Pusat Tuiesyen Dinamis, Darul Quran Jakim, Pusat Matrikulasi UIA PJ, UIA Kampus Kuantan)

Terima kasih bukan sempena Hari Guru, tetapi atas segala ilmu yang telah dicurahkan oleh kamu semua dalam membentuk diriku seperti yang dilihat hari ini.



-Allah S.W.T lebih mengetahuinya-

Khamis, 14 Mei 2009

Wahai Para Mujahid

Wahai para mujahid maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan jua fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Teguhkan keyakinan teruskanlah perjuangan

Wahai para mujahid
Janganlah terpengaruh
Ujian nikmat hidup duniawi
Biarpun ianya begitu indah
Namun hanya sementara

Memang berjuang itu terkorban
Kerana kita berjuang untuk berkorban
Itulah asam garam perjuangan
Syarat mendapat cinta Allah

Wahai para pejuang kebenaran
Suburkanlah semangat juangmu
Setiap masa sepanjang hayatmu
Dengan irama hiburan ini

Tempuhilah penderitaan
Di dalam perjuangan
Kerana itu adalah
Penghapus dosamu

Berjuang kerana Ilahi
Walaupun sedikit
Tetapkan dinilai
Sebagai amalanmu yang soleh

-The Zikr-
Album : Antara 2 Cinta

Hikmah Disebalik Merendahkan Kepala Ke Atas Lantai & Permukaan Bumi



"Wahai orang-orang yang beriman! Rukuklah, sujudlah dan sembahlah Tuhanmu; dan lakukan kebaikan, supaya kamu beruntung" (Surah Al-Hajj: 77)
Setiap suruhan Allah S.W.T. pasti ada hikmahnya. Sebagai manusia, kemampuan kita sangat terbatas untuk mengkaji ke semua hikmah daripada suruhan-suruhan Allah S.W.T., tetapi bukan bermakna kita tidak perlu megkaji ke semuanya. Semakin kita mengkaji dan mengkaji, semakin terasa kerdilnya kita terhadap Tuhan Rabb Jalil.

Sebagai umat Islam, kita diwajibkan untuk menunaikan solat fardhu 5 waktu. Solat adalah ibadat yang paling utama berbanding ibadat dan amalan lain. Solatlah yang membezakan anta a orang Islam dan kafir. Solat juga merupakan amalan pertama yang akan dihisab di hari Kiamat kelak.

Sebenarnya, setiap gerakan kita di dalam solat mempunyai banyak hikmah yang tersembunyi. Semakin hari, semakin banyak penemuan terutamanya dari sudut sains tentang kelebihan gerakan dalam solat.

Di sini, penulis menyenaraikan beberapa keistimewaan dan kelebihan dari sudut sains perubatan bagi gerakan sujud, iaitu suatu suasana yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya (Hadith).


Kelebihan dan keistimewaan sujud:-

1) Melegakan sistem pernafasan
2) Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asal
3) Kedudukan yang paling baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh     badan
4) Meringankan bahagian pelvis
5) Memberi dorongan supaya mudah tidur
6) Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut dan punggung ketika sujud dan bangun daripadanya
7) Gerakan2 otot (no.6) menjadikannya lebih kuat & elastik serta melicinkan perjalanan darah
8) Bagi wanita, gerakan-gerakan otot (no.6) menjadikan buah dadanya mudah berfungsi untuk:  
           i) menyusukan bayi
           ii) menghindari dari sakit buah dada
9) Megurangkan kegemukan (obesiti)
10) Memudahkan wanita untuk melalui proses bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asalnya serta terhindar dari sakit di bahagian perut
11) Membekalkan bekalan darah dan oksigen yang mencukupi kepada otak
12) Mengelakan pendarahan otak, penyakit Apoplexia Rupture of Blood Vessels dan Arterioseclorosis of Cerebrum
13) Bernafas ketika sujud akan membantu;
i) Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari kedudukan asalnya
ii) Membetulkan pundi peranakan yang jatuh
ii) Melegakan sakit Hernia
iv) Mengurangkan sakit senggugut ketika haid
v) Melegakan paru-paru daripada ketegangan
vi) Mengurangkan kesakitan kepada pesakit Appendiks


Jom kita pakat memperbanyakkan dan memanjangkan sujud, dalam erti kata lain bersolat. Solat bukanlah hanya perbuatan ritual bagi umat Islam, bahkan sebagai senaman harian dan ubat kesihatan yang dicipta khusus oleh Sang Pemberi & Penyembuh Penyakit.

Manfaatkanlah sepenuhnya peluang ini. Hanya untyk kita, orang Islam. Tiada harga dan tenaga yang banyak yang diperlukan, cuma memerlukan sebuah keikhlasan.

* Dipetik daripada buku yang bertajuk Solat & Keajaibannya, karangan terakhir Allahyarham Dato' Haji Ishak Baharom dan Ustaz Azrul Hakim Suradi

-Allah S.W.T. lebih mengetahui segalanya-

Selasa, 12 Mei 2009

Umi, Mak, Ibu, Emak, Mama, Mom, Mother, Mami, Mok, Mek

 10 Mei adalah Hari Ibu. Mengapa pada tarikh ini baru aku mengeluarkan entri ini??

Orang cakap dah basi.

Padaku, hari Ibu tidak akan basi. Setiap hari Ibu adalah hari untukmu, wahai ibu. Bukan hanya pada 10 Mei. Bukan hanya pada hari lahir ibu sahaja. Setiap hari adalah hari ibu. Setiap hari adalah hari untuk berbakti kepada ibu.

Walaupun apa pun yang kita lakukan untuk membalas jasa ibu, jasa ibu tetap tidak akan terbalas. Sedikanlah sebanyak mungkin wang ringgit atau segala harta sekalipun, tetap jauh rendahnya nilainya berbanding dengan segala pengorbanan ibu kepada kita. Pengorbanan 'membawa' kita selama 9 bulan, melahirkan kita (benda paling sakit di dunia), menyusukan kita, membesarkan kita, melayan karenah kita dan pelbagai lagi.
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Ibunya mengandung dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. (Dengan demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu bapamu. Hanya kepada-Ku tempat kembalimu." ( Surah Luqman: 14)
"Kami wajibkan manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan susah payah dan telah melahirkannya dengan susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.." (Surah Al-Ahqaf: 15)

Wajib kita untuk berbakti kepada kedua ibu bapa setiap masa dan ketika melainkan dalam perkara-perkara yang melanggar syariat Allah.
"Jika mereka berdua (ibu bapa) mendesakmu supaya engkau mempersekutukan-Ku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik (berbakti dan menghubungkan silaturrahim)...." (Surah Luqman:15)
Banyak kisah yang boleh dijadikan teladan untuk kita seperti kisah seorang 'abid yang dituduh berzina dengan pelacur setelah doa ibunya dimakbulkan oleh Allah. Begitu juga kisah seorang lelaki yang dijamin syurga kerana tetap menjaga dan berbakti kepada kedua ibu bapanya walaupun keduanya telah berubah menjadi khinzir.

Sungguh sedih melihat keadaan dunia sekarang. Ibu bapa hanya dianggap membebankan. Mereka hanya dianggap penyibuk. Ramai yang cuba 'membuang' ibu bapa mereka. Semakin ramai anak yang berani menderhaka kepada kedua ibu bapanya, sedangkan kunci keredhaan Allah berada pada ibu bapanya.
Daripada Abdullah Amru, Rasulullah S.A.W. bersabda: “Keredhaan Allah daripada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis riwayat Tirmizi)
Adakah kami perlu lagi berbakti kepada ibu bapa kami yang telah pergi meninggalkan kami??

Kamu tetap perlu berbakti. Caranya, pintalah doa kesejahteraan untuk mereka dan sambungkanlah silaturrahim dengan saudara-saudara dan sahabat handai mereka.

Teruskan berbakti kepada ibu bapa walaupun mereka masih hidup atau sudah pergi.
“Dan Tuhanmu memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’, ayat 23)
Terima kasih umi, umi, umi dan abah atas segala pemberianmu yang menjadikan aku 'manusia" seperti hari ini. Doakan aku sentiasa dalam keadaan taat dan sedia berbakti kepadamu...


-Allah S.W.T. lebih mengetahui segalanya-

Kembara 9 Mei 2009


-Konvesyen Berakhirnya Agenda Zionis, PWTC

-Tasik Titiwangsa
-Masjid Wilayah Persekutuan
- Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa kali ke-6, Pusat Pameran & Konvesyen Matrade (MECC), Jalan Duta, KL


8.30 pg - Bertolak daripada Shah Alam Ke PWTC dengan menaiki KTM komuter

9.30 pg - Tiba di PWTC dan terus memasuki Dewan Merdeka PWTC


-Peserta Konvesyen Berakhirnya Agenda Zionis-

-Paparan Skrin di dalam Dewan Merdeka, PWTC-


9.30 pg - 12.30 tgh hari - Pembentangan kertas kerja oleh Dr. Azzam Tamimi, minum pagi, persamian dan ucapan oleh Mufti Perlis S.S Dr. Juanda Jaya, pembentangan kertas kerja oleh Dr Mohsen Salleh

Di kala rehat minum pagi, aku sempat ber'jejak kasih' dengan rakan-rakan lamaku yang sudah lama tidak berjumpa seperti Zuhdi, Umar Ismail, Syakir Ibrahim dan seorang junior Maahad & DQ yang mengenali diriku, tetapi aku tak dapat nak cam dia (teruk jer rasa diri ni).

12.30 tgh hari- Abah menjemputku di PWTC ( pergi separuh jer konvesyen) & terus ke tasik titiwangsa untuk makan tengah hari bersama keluarga.

-Tasik Titiwangsa-


1.15 tgh hari- bertolak ke Pusat Pameran & Konvesyen Matrade. Singgah solat Zohor di Masjid Wilayah Persekutuan

Ramai sungguh orang tengah hari itu. Malangnya, bukan untuk menunaikan solat Zohor berjemaah, tetapi untuk meraikan majlis perkahwinan yang diadakan di perkarangan Masjid Wilayah Persekutuan. Sedih rasanya apabila fungsi masjid disalahertikan. Hanya digunakan untuk majlis-majlis keramaian, sedangkan ruhnya tidak dihidupkan.

-Masjid Wilayah Persekutuan-

-Pusat Pameran & Konvesyen Matrade (MECC), Jalan Duta, KL-

-MIHAS 2009-

2.15 ptg - Tiba di Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa ke-6 di Matrade

Kami sekeluarga singgah di hampir semua booth jualan dan pameran. Hampir semua makanan dicuba. Kenyang sungguh petang itu. Adik-adik semua berpuas hati walaupun agak keletihan kerana bersesak-sesak di dalam pameran tersebut. Umi juga memborong pelbagai jenis makanan yang dijual di situ.






-Antara produk makanan halal yang dijual di pameran ini-


5.25 ptg - Tiba di rumah

Mengapa Cuaca Begitu Panas


Panas sungguh cuaca sejak kebelakangan ini. Terutamanya di kawasan Shah Alam. (Mengikut maklumat, negeri pantai timur semenanjung Malaysia tidak mengalami masalah kerana sering ditemani oleh hujan. Indonesia pula hampir banjir)

Hampir setiap masa badanku berpeluh.

Setiap saat terasa bahangnya kepanasan matahari.

Habis mulut dan bibirku pecah dan kekeringan.

Pukul 8 pagi bagaikan pukul 12 tengah hari. Pukul 6 petang bagaikan pukul 2 petang. Cuaca pada malam hari bagaikan pada siang hari.

Mengapa cuaca dunia semakin hari, semakin panas??

Mungkin dua dalil di bawah adalah jawapan kepada persoalan ini.

Daripada Aishah r.a berkata : “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:"Tidak akan berlaku hari Kiamat sehingga anak seseorang itu menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang-orang yang tercela dan akan berkurangan orang-orang yang baik, dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tuanya dan orang-orang jahat berani melawan orang-orang baik”. (Hadith riwayat Imam At-Tabrani)
"Telah timbul pelbagai kerosakan di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian daripada balasan yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)" (Ar-Ruum:41)

Panas adalah sebagai tanda dekatnya akan kedatangan hari Kiamat dan sebagai sebahagian balasan daripada Allah kepada manusia atas segala kerosakan yang telah manusia lakukan di muka bumi Allah ini.

Jika panas dunia yang tidak seberapa ini pun telah kita keluhi, bagaimana dengan kepanasan api neraka yang berganda-ganda panasnya??

Tingkatlah amalan soleh dan tinggalkan segala perbuatan yang merosakkan muka bumi (mengubah ciptaan Allah, tidak menegakkan syariat Allah, tidak mengamalkan Islam sepenuhnya) agar muka bumi kembali sejuk dan kita tidak akan merasai panasnya bahang api neraka kelak (naudzubillah).

"....Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab api neraka" ( Al-Baqarah: 201)

-Allah S.W.T. lebih mengetahui segalanya-

Khamis, 7 Mei 2009

Kuliah Matan Arbain (Hadith ke-15)


Tarikh: 7 Mei 2009
Masa : 19.50-21.05
Tempat: Surau Al-Islah, Seksyen 7
Penceramah: Ust Nazmi Abdul Karim
Tajuk : Hadith Matan Arbain (Hadith ke-15)
عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( مَنْ آَانَ یُؤْمِ نُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ واليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ )) رواه البخاري ومسلم
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya". (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)



Kuliah hadith semalam dimulakan dengan majlis pengislaman seorang saudara baru yang berbangsa Cina. Seorang wanita muda yang berusia 25 tahun. Bekerja sebagai penjual minyak wangi. Alhamdulillah, beliau telah dipilih oleh Allah untuk menerima hidayahNya yang tidak ternilai. Semoga beliau terus istiqamah di dalam Islam. Ameen..

Selepas mengucapkan 2 kalimah syahadah di hadapan Ustaz Nazmi dan Ustaz Yusof Kwan, beliau telah diberikan nama Nur Hidayah oleh Ustaz Nazmi. Namun, Ustaz Nazmi menegaskan, tidak mengapa jika beliau mahu mengekalkan nama Cinanya asalkan namanya itu tidak membawa maksud yang bertentangan dengan akidah.


Daripada Juraih, beliau mendengar baginda Rasullullah bersabda, "Demi Allah, seseorang itu tidak beriman". Nabi S.A.W. mengulangnya sebanyak 3 kali.

Para sahabat berkata: " Beratnya orang itu. Siapakah orang itu, wahai Rasulullah?"

Rasulullah S.A.W. bersabda: "Orang-orang yang jirannya tidak berasa tenteram dengannya"

Begitu berat tuntutan dan hak terhadap jiran. Kita harus menjaga hati dan perasaan mereka. Jika mereka tersinggung dengan apa-apa perbuatan kita, maka kita berdosa, hatta kalau kita menperdengar bacaan ayat-ayat al-Qur'an secara kuat sehingga menggangu jiran tetangga, kita tetap dikira berdosa. Apatah lagi jika memasang lagu secara kuat atau berkaraoke seperti pada majlis perkahwinan dan menggangu jiran tetangga, semestinya kita berdosa.

Ustaz memberikan 1 contoh lagi yang menarik. Jika kita hendak renovate (ubah suai) rumah, kita harus meminta keizinan jiran kita terlebih dahulu. Jika kerja-kerja pengubahsuaian rumah tersebut menggangu ketenteraman jiran, maka kita sudah berdosa (melainkan mendapat keizinan mereka). Jika hasil daripada penubahsuaian rumah tersebut menyebabkan jiran kita terhalang daripada menerima cahaya matahari, maka kita juga telah berdosa.

Contohilah bagaimana cara Rasulullah melayan para jirannya terutama jirannya yang beragama Yahudi. Akhirnya, dia telah memeluk agama Islam hasil daripada kesantunan akhlak Nabi S.A.W. dan sikap Baginda yang tidak pernah berdendam atas segala yang telah dilakukannya.

Kisah Malik Bin Nabi, seorang tabi'in yang hebat juga boleh dijadikan teladan untuk kita semua.

Beliau telah tinggal berjiran dengan seorang Yahudi. Orang Yahudi tersebut dengan sengajanya mengubahsuai tandasnya agar menghala ke arah rumah Malik Bin Nabi. Dinding rumah orang Yahudi tersebut sudah agak uzur. Setiap hari, pasti ada air kumbahan daripada rumah orang Yahudi tersebut memasuki rumah Malik Bin Nabi. Namun, Malik Bin Nabi tidak pernah bersuara. Setiap hari beliau akan membersihkan air kumbahan orang Yahudi tersebut yang telah memasuki rumah beliau. Orang Yahudi tersebut telah mengetahui keadaan itu, tetapi sengaja dibiarkan agar Malik Bin Nabi akan hilang sabar dan akan memulakan pergaduhan antara mereka. Setelah sekian lama, keadaanya masih sama. Setiap hari Malik Bin Nabi akan membersihkan air kumbahan orang Yahudi yang terlepas masuk ke rumahnya tanpa merungut sebarang pun.

Orang Yahudi tersebut akhirnya naik berang dengan keadaan tersebut. Dia pun pergi berjumpa dengan Malik Bin Nabi dan bertanya mengapa beliau tidak pernah marah dengan apa yang telah dia lakukan selama ini. Malik Bin Nabi menjawab, "Aku pernah mendengar satu hadith bahawa Nabi S.A.W. bersabda, "Jibril sentiasa menasihati aku agar menjaga hati jiran kerana dikhuatiri jiranmu itu akan mewarisi hartamu kelak"

Apabila mendengar kata-kata Malik Bin Nabi itu, orang Yahudi tersebut terus meminta maaf dan menyatakan keislamannya di hadapan Malik Bin Nabi.

Berbuat baiklah dengan jiranmu walaupun mereka melakukan sebaliknya.


Menurut Sufyan Atsauri, ada 10 jenis manusia yang dikategorikan sebagai tidak berhati perut atau kejam.

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk ibu bapanya, anak-anaknya dan kaum mukmin yang lain.

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran /belajar Al-Quran, tetapi dalam 1 hari dia tidak mampu membaca seratus ayat.

3. Seorang yang masuk ke dalam masjid lalu keluar tanpa menunaikan sembahyang sunat 2 rakaat tahiyyatul masjid.

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seorang yang sampai/melalui di suatu kota pada hari Jumaat dan keluar kota tersebut tanpa menunaikan sembahyang Jumaat.

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, namun tidak mahu belajar /ambil manfaat apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan (bermusafir) dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8. Seorang yang diundang pada sesuatu jamuan/majlis, namun tanpa keuzuran, dia tidak menghadirkan diri.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan/ menghabiskan masa muda tanpa belajar ilmu agama.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberikan makanannya itu.

-Allah S.W.T lebih mengetahui segalanya-

Ayuh, Bangkitlah Wahai Sahabat-Sahabatku!!

"Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata, "Kami beriman", sedangkan mereka belum diuji (bagi membuktikan keimanan mereka)?"( Surah Al-Ankabut:2)
Musim peperiksaan telah berakhir.

Bagi para pelajar dan mahasiswa, semuanya belum berakhir sepenuhnya sehinggalah diketahui keputusan peperiksaannya. Sama ada berjaya ataupun kurang berjaya.

Aku memperoleh beberapa mesej yang kurang enak didengar dari rakan-rakanku.

"Aku failed 1 subjek. Dari final exam hari tu aku dah agak. Tok leh jawab etek exam hari tu"

"Alhamdullilah, ana failed 1 lagi subjek sem ni. Semua ni ujian untuk ana"

"Cmne result ko??..ada sangkut x??..aku sangkut 2 paper la sem ni..huhu"

"Jem parok..Ssakok (tersangkut) so (satu) subjek sem lepas"

"Waa, aku tak lepas subjek ****.. Down sero.."

Beberapa orang rakan-rakan memaklumkan kepadaku melalui sms tentang keputusan peperiksaan mereka yang kurang memberansangkan. Pelbagai respons yang aku terima. Yang pasti, semuanya tidak gembira dengan keputusan tersebut. Aku masih lagi tidak diuji dengan ujian sebegitu sejak berada di UIA Kuantan, namun aku sudah masak dengan pengalaman merasai kepahitan kegagalan dalam peperiksaan.

Sahabat-sahabatku...

Kegagalan adalah ujian. Ujian daripada Yang Maha Esa untuk hamba-hamba yang dikasihiNya. Tidak semua yang diuji begitu. Malah, segelintir sahaja yang mampu bangkit dari ujian kegagalan. Kegagalan adalah ujian daripada Allah untuk melihat hambaNya, sama ada mampu bangkit dan membetulkan keadaan atau terus tersungkur, untuk melihat hambaNya, sama ada akan terus taat dan dekat kepadaNya atau terus jauh meninggalkanNya kerana kekecewaan, untuk melihat hambanya, di mana tempat mereka bergantung selepas mengalami kesusahan, untuk melihat hambanNya, bagaimana tindak balas dan pengislahan yang akan dilakukan.

Besyukurlah, kerana anda diuji sedemikian rupa. Bersyukurlah kerana masih lagi ada hari esok. Bersyukurlah kerana kamu masih lagi ada Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang.

"Tidak ada satu musibah pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada diri kalian sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhil Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kalian jangan berduka terhadap apa yang luput dari kalian, dan supaya kalian jangan terlalu gembira terhadap apa yang Allah berikan kepada kalian. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi bangga diri" (Al-Hadid:22-23)
Ayuh, bangkitlah wahai sahabat-sahabatku!

Kegagalan hari ini bukan untuk selamanya. Sekali gagal, bukannya terus gagal. Hampir semua orang-orang yang telah berjaya, merasai kepahitan kegagalan sebelumnya. Namun, mereka bangkit dan terus melangkah ke hadapan, tanpa menoleh ke belakang lagi.

Kegagalan adalah rahmat. Rahmat daripada Tuhan Yang Maha Bijaksana kepada hamba-hamba yang dikasihiNya. Mengapa rahmat??.. Kerana dengan kegagalanlah, seseorang itu akan mudah tersedar dan bermuhasabah kembali atas apa yang telah berlaku. Tanpa kepahitan kegagalan, seseorang itu mungkin tidak akan tersentak akan kesilapan yang mungkin telah dilakukan.

Tidak semua kegagalan disebabkan oleh kesilapan, tetapi kesilapan selalunya mengundang kegagalan.

Formulanya: Gagal + Bangkit Kembali = Berjaya

"Tidak ada satu musibah pun yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah. Barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepadanya. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (At-Taghabun:11)

Ayuh, bangkitlah wahai sahabat-sahabatku!!

Masih ada lagi hari esok yang bersinar untuk kamu...

No failure, only success delayed. Allah know better.

-Allah S.W.T. lebih mengetahui segalanya-

Buat Sahabat-Sahabatku Yang Menghafaz Al-Qur'an


Sahabatku para penghafal al-Quran

Sesungguhnya Allah akan menguji hamba-hambaNya yang menghafal al-Quran. Sejauh mana keazaman kita dalam hafazan. Oleh sebab itu, kita lihat ramai yang menghafal al-Quran yang diuji dengan pelbagai ujian yang kadang-kadang kita rasa tidak mampu untuk menanggungnya. Maka tidak hairanlah kita menyaksikan mereka yang telah menghafal al-Quran tewas dan terlibat dalam maksiat yang sangat parah.

Al-Quran tidak akan lekat di hati orang-orang yang tidak mampu untuk menjaganya sebaik mungkin, maka beruntunglah mereka yang menghafal, menghayati serta mengamalkan isi al-quran tersebut.

Jadikanlah tujuan dan matlamat disebalik menghafal al-Qur’an semata-mata hanya kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah, (Ikhlas) serta hadirkan dalam hati bahawa apa yang dibaca itu adalah kalam Allah. Jauhilah dari menghafal al-Qur’an untuk mendapatkan kedudukan disisi manusia (dipuji) ataupun untuk mendapatkan habuan dunia.

Lupa hafalan al-Qur’an adalah antara musibah yang besar. Sebenarnya hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang dapat menghafal al-Quran.

Imam Syafie Rahimahullah yang terkenal dengan cepat hafalannya pun pernah mengadu kepada gurunya Waqi’ Rahimahullah bahawa suatu hari dia terasa amat sukar untuk menghafal, lalu gurunya menunjukkan kepadanya satu bentuk rawatan yang tegas iaitu dengan meninggalkan perkara-perkara maksiat dan membersihkan hatinya dari semua perkara yang menghalang dari tuhannya. al-Quran adalah cahaya . Cahaya Allah tidak dapat bersama dengan perkara kemaksiatan.

Para Sahabat yang ku kasihi..

Mata kita selalu melihat al-Quran, tetapi dengan mata ini juga kita selalu melakukan zina mata (contoh: melihat aurat perempuan), telinga ini selalu mendengar kalam Allah, tetapi dengan telinga ini juga kita selalu mendengar apa yg bertentangan dengan Kata-kata Allah(contoh: Muzik syaitan), mulut ini sentiasa membaca KalamNya, tetapi sering juga mulut ini mengumpat, membuka aib orang, jari-jemari kita sentiasa memegang Mushaf al-Quran, tetapi dengannya juga kita selalu SMS atau Chating dengan perempuan tentang perkara-perkara yang sia-sia.

Adakah kita sering meninggalkan tidur kita semata-mata untuk bangun Solat Tahajjud? Qiamulail adalah warisan bagi mereka yang menghafal al-Quran.

Sehari kita tinggalkan al-Quran, Seminggu al-Quran meninggalkan kita, Sebulan kita tinggalkan al-Quran, Setahun al-Quran meninggalkan kita.

Walaupun seharian kita sibuk dengan pelajaran, utamakan tanggungjawab kita dengan al-Quran terlebih dahulu, Kerana apabila kita mengutamakan al-Quran, Allah akan mengajar kita kerana ilmu itu datang dariNya, dan akan mempermudahkan segala urusan kita. Insya Allah.

Banyak manakah kita meluangkan masa kita bersama dengan al-Quran (Murajaah/Mengulang) dalam seharian?? Murajaah/ulang semula akan apa yang telah dihafal merupakan tanggungjawab kita dengan Allah.

Sudahkah kita berahklak dengan Akhlak al-Quran? Sedangkan perbuatan kita seharian selalu bertentangan al-Quran. Malulah kita dengan al-Quran terutama lagi dengan Pencipta kita , Allah.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri yang lemah dan hina ini, dan peringatan juga buat sahabat-sahabat yang menghafal al-quran.

Rabu, 6 Mei 2009

Barcelona 1 vs Chelsea 1 (analisis ringkas)


Saje nak tukar angin.

Nak bercerita tentang sukan dan hobi yang paling aku minat, iaitu bola sepak.

Semalam aku berpeluang menonton perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah.

Perlawanan semalam berlansung di Stamford Bridge, gelanggang keramat Chelsea.

Agregat 0-0 daripada separuh akhir pertama di Nou Camp.

Semalam adalah antara perlawanan paling dramatik yang pernah aku tonton selepas perlawanan akhir EuRO 2000 dan perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2005. Barcelona turun tanpa kelibat Thierry Henry dan Rafael Marquez yang cedera serta Carles Puyol yang digantung. Chelsea dapat menurunkan skuad terkuatnya.

Chelsea mendahului seawal minit ke-9 hasil rembatan deras Michael Essien. Selepas itu, mereka terus bertahan di kubu sendiri walaupun bermain di tempat sendiri. Guus Hiddink meletakkan dua orang defensive midfielder (Ballack, Essien,) untuk mengekang trio tengah Barcelona yang sangat berbahaya (Messi, Iniesta, Xavi). Barcelona menguasai perlawanan dengan penguasaan bola sehingga 70%, sedangkan Chelsea hanya 30%.

Taktik Guus Hiddink sungguh menjadi. Mereka terus bertahan, dan hanya meggunakan taktik counter attack dengan menggunakan kepantasan Florent Malouda dan hantaran-hantaran jauh Michael Ballack dan Frank Lampard untuk mencari penyerang tegap mereka, Didier Drobga. Barcelona lansung tidak mampu masuk ke dalam kotak penalti Chelsea dan memberi ancaman. Malah, mereka gagal untuk melakukan walau satu pun cubaan tepat ke arah pintu gol.

Pada separuh masa kedua, situasinya tetap sama. Taktik yang sama. Chelsea lebih mengancam dan beberapa kali hampir untuk menambah jaringan gol. Pada minit 66, Eric Abidal telah dilayangkan kad merah kerana dikatakan menghalang larian Nicolas Anelka ke arah gol. Pada pandangan mata kasarku, tiada apa-apa yang telah berlaku. Mungkin pengadil berada di sudut yang lain pada ketika itu.

Ketika itu, aku sudah berkira-kira perlawanan ulangan final tahun lepas antara Manchester United dan Chelsea. Peluang Barcelona kelihatannya amat tipis. Mereka harus mencari gol dengan 10 orang pemain. Mereka masih lagi tidak mampu melakukan 1 serangan tepat ke arah pintu gol Chelsea.

Pemain Chelsea terus mengasak dan hampir menjaringkan gol. Mereka juga meminta diberikan sepakan penalti apabila bola terkena tangan Gerard Pique. Chelsea meneruskan penguasaan dan mengekalkan rentak permainan sehingga memasuki masa kecederaan. Ketika itu, Barcelona masih lagi tidak mempunyai walau satu pun serangan tepat ke arah gol (short on target).

4 minit masa kecederaan diberikan. Pada minit ke-3 masa kecederaan, Barcelona membuat satu serangan. Serangan biasa seperti sebelumnya yang tidak mampu menembusi benteng kebal Chelsea. Lionel Messi membawa bola dan membuat lorongan kepada Andeas Iniesta.

Tidak semena-mena, Andreas Inesta pun melepaskan satu rembatan deras dan terus menerjah ke jaring.

(Andreas Iniesta)


Semua pemain Chelsea tergamam.

Penonton di stadium semuanya terkejut dan terdiam.

Begitu juga dengan diriku. Aku baru hendak bersiap-siap untuk masuk tidur, terus segar kembali.

Barcelona layak ke perlawanan akhir hasil peraturan gol di tempat lawan.

Akhirnya, taktik Chelsea memakan diri. Mereka kelihatan selesa walaupun hanya mendahului 1-0.

Taktik ditewaskan oleh nasib, kemahiran, kesungguhan.

Akhi Irfan


Surau di kawasan perumahan rumahku telah didatangi oleh seorang 'saudara baru' daripada negeri Borneo. Akhi Irfan namanya. Sudah menjadi kebiasaan di surau kawasan perumahanku, terutamanya pada waktu solat Maghrib atau solat Isyak, akan dikunjungi oleh saudara-saudara baru seakidah yang meminta secebis bantuan daripada ahli qariah untuk meneruskan hidup sebagai seorang Muslim. Pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh mereka seperti tekanan daripada keluarga, dibuang kerja dan masalah kesihatan.

Di sini aku berminat untuk berkongsi tentang kisah hidup akhi Irfan. Beliau memeluk Islam bersama-sama dengan ayah, ibu & adik perempuan beliau. Ditakdirkan Allah S.W.T., ayah beliau pulang menyahut panggilan Ilahi.

Beliau dengan nekadnya berhijrah ke semenanjung untuk menyelamatkan akidahnya serta akidah ibu dan adik perempuanya. Di semenanjung, mereka bertiga memasuki sekolah pondok untuk mendalami dengan lebih mendalam tentang ilmu Islam.

Beliau hadir ke surau kawasan perumahanku semalam untuk meminta sedikit bantuan bagi melunaskan hutang sewa rumah. Penyewa rumah memberikan tempoh semalam sebagai tempoh terakhir untuk membayar wang sewa rumah yang tertunggak. Beliau bimbang jika tidak berjaya dilunaskan hutang tersebut, mereka akan dihalau dari rumah tersebut dan mungkin akan terpaksa pulang ke negeri asal. Beliau bimbang akidah ibu dan adiknya akan terancam jika berada di sana kerana abangnya masih lagi tidak mendapat cahaya hidayah Islam.

Begitu cekal sekali insan yang bernama Irfan ini. Mungkin beliau tidak menerima ancaman dan gangguan yang lebih hebat daripada saudara-saudara baru lain, namun kecekalannya jauh lebih tinggi berbanding dengan kita yang telah menerima nikmat Islam secara warisan.

Sanggupkah kita bersusah payah berhijrah ke tempat orang untuk menyelamatkan akidah??
Sanggupkah kita menebal muka dan malu untuk meminta secebis simpati daripada orang lain??
Sanggupkah kita mempelajari ilmu agama pada peringkat umur yang agak berusia??

Fikir-fikirkan...

Mengapa beliau terpaksa meminta secebis simpati di surau??

Jawapannya, beliau sudah memohon bantuan daripada baitulmal, tetapi sehingga kini tiada lagi jawapan. Masih lagi dalam proses.

Ni lah masalah yang sering dihadapi oleh saudara-saudara baru. Pengurusan jabatan agama yang kurang cekap dan terlalu berbirokrasi. Akibatnya, Islam yang sebenarnya tidak akan dapat dicerminkan kepada golongan yang baru menerima cahaya hidayah, apatah lagi kepada mereka yang masih bergelap daripada apa-apa sinar. Tidak hairanlah menurut satu kajian, jumlah orang yang memeluk agama Islam hanya meningkat 0.1% sedangkan Orang Islam adalah penduduk majoriti negara ini.

Di mana silapnya??

Bukan pada Islam. Tetapi pada Muslim.

"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang fakir, orang miskin, 'amil-'amil yang mengurusnya, muallaf-muallaf yang dijinakkan hatinya (dengan Islam), hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang yang berhutang, untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang musafir (yang terputus bekalan) dalam perjalanan. ( Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) daripada Allah. (Ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". (Surah At-Taubah:60)

Jumaat, 1 Mei 2009

Modern vs Western


"Rileks la mak.. tak x open lansung. Pakai macam ni la baru moden sikit"

" Kau ni kolot sangat la.. jumud.. Kita sekarang ni dah moden.. takkan la nak macam dulu lagi.."

" Eh, apa simpan janggut ni.. takde Gillete ke??.. Kuno betul la..."

Tiga ungkapan di atas hanyalah sebahagian daripada ungkapan-ungkapan yang sering keluar daripada orang-orang 'moden' yang menggangap diri mereka benar-benar faham apa yang dimaksudkan dengan moden.

Secara jujurnya, ramai masyarakat kini yang terkeliru antara modern & western.
Mereka menggangap diri mereka semakin modern, malangnya mereka semakin western.

Apakah yang dimaksudkan dengan modern??

Apakah yang dimaksudkan dengan western??

Modern ialah perjalanaan menuju kepada perubahan yang didasarkan kepada akal fikiran yang sihat dan tidak bercanggah dengan nilai dan syariat Islam.

Western pula ialah perjalanan menuju kepada perubahan yang tidak didasarkan kepada akal fikiran yang sihat (mengikut nafsu) dan bercanggah dengan nilai dan syariat Islam.

Kedua-duanya menuju kepada perubahan, tetapi dasarnya jelas berbeza sama sekali. Modern berdasarkan akal fikiran yang waras dan selari dengan Islam, sedangkan Western berdasarkan nafsu dan tidak selari dengan Islam.

Istilah di atas sudah cukup membantu untuk kita membezakan adakah sesuatu perkara itu modern atau western.

Untuk menguji kefahaman anda, penulis ingin mengajukan beberapa soalan yang jawapannya sama ada western atau modern. Nilailah diri anda. Jangan tipu diri sendiri.

1) Pesta Jom Heboh. Modern or Western??
2) Handset & Laptop. Modern or Western??
3) Anugerah Bintang Popular, Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Geng Starz & yang sewaktu dengannya. Modern or Western??
4) Gaya pemakaian remaja sekarang. Modern or Western??
5) Couple. Modern or Western??
6) Makanan fast food. Modern or Western??
7)
Makan di Hotel. Modern or Western??
8) Kerajaan & pemimpin Malaysia sekarang. Modern or Western??

Jika tidak mampu untuk menjawab, boleh rujuk kepada istilah Modern dan Western di atas. Jawapannya ada di sana.
"Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju (redha) kepada engkau (wahai Muhammad S.A.W.) sehingga engkau menurut millah (agama) mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka), "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepada engkau (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada engkau". (Surah al-Baqarah:120)


-Allah S.W.T. lebih mengetahui segalanya-