Rabu, 24 Februari 2010

Sejenak Bersama Tokoh; Sheikh Mustafa Sibaie


- Mustafa Bin Husni As-Sibaie

- Lahir pada tahun 1915 (1333H) di Bandar Hims, Syria

- Mempelajari ilmu-ilmu asas agama dengan ayahnya sendiri, Syeikh Husni As-Sibaie

- Menghafal al-Quran sebelum memasuki alam persekolahan

- Memimpin demonstrasi di bandar Hims pada usia 16 tahun

- Dipenjarakan 2x sebelum menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar dalam bidang Syariah dan kemudiannya dalam bidang Usuludin.

- Di Mesir, beliau sekali lagi menyertai demonstrasi menentang penjajahan British dan dipenjarakan selama 3 bulan bersama-sama rakan sekuliah (tahun 1933)

- Dipenjarakan sekali pada tahun 1940 atas tuduhan menubuhkan gerakan penggnas dan penyokong Rasyid Qhoilani dalam menentang British. Beliau ditahan 2 bulan di Kaherah dan 4 bulan di Palestin. Di sebalik kerap kelaur masuk ke dalam penjara, beliau telah berjaya menamatkan Ijazah Syariah dan Usuludin dengan cemerlang.

- Dilantik sebagai Muraqib Am yang pertama bagi Ihkwanul Muslimin Syria pada tahun 1945.

- Menjadi komander pos di pos Qatnah dalam membantu jihad Ikwanul Muslimin Mesir menentang Yahudi

- Bejaya menyiapkan tesis PhD yang bertajuk "As Sunnah dan kedudukannya dalam Perundangan Islam". Satu tesis yang sangat bermutu dan telah diberikan pangkat imtiyaz oleh Lujnah Ulama Besar Al-Azhar.

- Menubuhkan Fakulti Syariah di Universiti Damsyik dan menjadi dekan pertama di fakulti tersebut.

- Mewujudkan Ensiklopedia Fiqh Islami yang menjadi rujukan utama para alim ulama masa kini dalam permasalahan fiqh semasa menurut Quran & Sunnah.

- Dilantik sebagai Professor di Fakulti Undang-Undang di Universiti damsyik pada tahun 1950.

- Dilucutkan jawatan apabila beliau ditangkap dan Ikhwanul Muslimin Syria diharamkan pada tahun 1952. Dibuang negeri ke Lubnan.

- Ahli Parlimen Damsyik pada tahun 1949-1954

- Telah merubah Universiti Syria seakan-akan pengkalan tentera apabila Perancis dan Israel menyerang Mesir pada tahun 1956.

- Pulang ke rahmatullah pada 27 Jamadil Awal 1386H (3 Oktober 1964) di bandar Hims, Syria. Jenazahnya diiringi oleh ribuan manusia dan disolatkan di Masjid Umawi, Damsyik.


-Sheikh Mustafa As-Sibaie (kiri) bersama Sheikh Hassan Al-Banna (tengah) di pos Qatnah-

Isnin, 15 Februari 2010

Catering Day; 4 Mac 2010..Jom Serbu!!



Kalau ada yang berminat untuk menempah mana-mana daripada hidangan/makanan di atas, boleh menghubungiku..

Cepat.. Selagi stok masih ada...

Kalau tak sempat untuk tempah, boleh pergi terus ke gerai jualan di lobi KOM, UIA Kuantan pada 4 Mac 2010 antara jam 11 pagi-3 petang.

Kalau tak sempat nak pergi jugak, tunggu tahun depan plak la=)

(Hanya sah untuk warga kampus UIA Kuantan kerana tiada perkhidmatan pengahantaran disediakan. Kalau ada orang luar yang sanggup untuk ambil sendiri tempahan/makanan mereka, maka dibolehkan)