Memaparkan catatan dengan label Pengumuman / Iklan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengumuman / Iklan. Papar semua catatan

Ahad, 9 Ogos 2015

انتقل إلى رحمة الله تعالى فضيلة الشيخ الأستاذ الدكتور وهبة بن مصطفى الزهيلي

"إن الله لا يقبض العلم انتزاعا ينتزعه من الناس، ولكن يقبض العلم بقبض العلماء حتى إذا لم يترك عالما اتخذ الناس رءوسا جهالا فسئلوا فأفتوا بغير علم فضلوا وأضلوا" - متفق عليه 
انتقل إلى رحمة الله تعالى فضيلة الشيخ الأستاذ الدكتورالعالم الفقيه المفسر وهبة بن مصطفى الزهيلي في دمشق˓سوريا في هذا اليوم.
إنا لله وإنا إليه راجعون. 
"اللهم اغفر له وارحمه واعف عنه وعافه وأكرم نزله ووسع مدخله، واغسله بماء وثلج وبَرَد، ونَقِّهِ من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس، وأبدله داراً خيراً من داره، وأهلاً خيراً من أهله، وزوجاً خيراً من زوجه، وقِهِ فتنة القبر وعذاب النار" - رواه مسلم

من أهم مؤلفاته:*
الفقه الإسلامي وأدلته، والوجيز في الفقه الإسلامي، والوجيز في أصول الفقه، وآثار الحرب في الفقه الإسلامي؛ مقارنة بين المذاهب الثمانية والقانون الدولي، والمعتمد في الفقه الشافعي، والسلم والحرب في الإسلام، وأصول الفقه الإسلامي، وموسوعة الفقه الإسلامي والقضايا المعاصرة، وقضايا الفقه والفكر المعاصرة، وأصول الفقه الحنفي، والفقه الشافعي الميسر، والفقه الحنفي الميسر، والفقه والحنبلي الميسر، والفقه المالكي الميسر، والوسيط في أصول الفقه، وقواعد الفقه الحنبلي من كتاب المغني لابن قدامة، والاقتصاد الإسلامي، والمعاملات المالية المعاصرة، وشمائل المصطفى صلى الله عليه وسلم، والتفسير المنير في العقيدة والشريعة والمنهج، والإسلام دين الشورى والديمقراطية، والإسلام دين الجهاد لا العدوان وغير ذلك.

Khamis, 16 Julai 2015

Perisian Al-Quran Elektronik yang Lengkap


Universiti King Saud Riyadh telah mengeluarkan satu perisian al-Quran Elektronik yang lengkap dengan tulisan mushaf, bacaan dari pelbagai Imam dan Qurra', terjemahan al-Quran dan pilihan tafsir yang pelbagai seperti tafsir Ibn Kathir, at-Tabari, al-Qartubi, as-Sa'adi dan lain-lain.

Ia juga mempunyai pelbagai pilihan bahasa dan boleh digunakan menggunakan sistem Android, iOS dan Windows.
Sangat bermanfaat kepada Umat Islam.

Boleh klik di sini:

http://quran.ksu.edu.sa/

Selasa, 5 Ogos 2014

Sabtu, 11 Januari 2014

Peluang untuk Melabur dalam Saham yang Terus Mengalir!


-MTQI@DPP sedang dalam proses pengubahsuaian dan penambahbaikan-

Alhamdulillah, Maahad Tahfiz al-Islah Desa Pinggiran Putra (MTQI@DPP) telah mula beroperasi pada 1 Januari 2012 bagi kanak-kanak yang berumur 8 hingga 12 tahun untuk menghafaz ayat-ayat suci al-Qur'an. Selepas 2 tahun beroperasi, MTQI@DPP kini menerima banyak permohonan daripada masyarakat untuk belajar di sini.

Bagi memberikan keselesaan kepada para pelajar untuk pengajian hafazan al-Qur'an dan pengajian subjek-subjek diniyyah/akademik, pengubahsuaian dan penambahbaikan MTQI@DPP kini sedang dilaksanakan. Projek ini melibatkan kos perbelanjaan sebanyak RM27,000.

Sehubungan dengan itu, sumbangan daripada pihak tuan/puan adalah amat dialu-alukan. Sebarang sumbangan bolehlah disampaikan secara tunai atau cek (atas nama KANIZAR BINTI IBRAHIM) atau bank-in kepada:

AKAUN BANK ISLAM (12038025158263 - atas nama Kanizar Binti Ibrahim) atau
AKAUN MAYBANK ISLAMIC (566010602351 - atas nama Al-Azmi Bin Bakar)

Sebarang pertanyaaan, boleh hubungi:
Tel: 019-3063370/ 019-2703370/ 03-89121042

atau melalui e-mel: kanizar.az@gmail.com/ hj.alazmi@gmail.com


Semoga segala amalan kita diterima disisi-Nya. Kita tidak tahu amalan apakah yang akan membantu kita di Akhirat kelak. Berlumba-lumbalah untuk melakukan kebaikan dari segenap segi dan ruang yang ada.
"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui" (surah al-Baqarah: 261)
Maahad Tahfiz Al-Qur'an al-Islah Kampus Desa Pinggiran Putra (MTQI@DPP)
22, Jalan Pinggiran Putra 4/8, Desa Pinggiran Putra, 43000 Kajang, Selangor.
 Nombor pendaftaran JAIS: 0111/99

Khamis, 18 Julai 2013

Guru Tahfiz Diperlukan


Assalamu'alaikum. 

*Guru Tahfiz sepenuh masa diperlukan di Maahad Tahfiz Al-Qur'an Al-Islah Desa Pinggiran Putra (MTQI-DPP)

*Tugasan diperlukan bermula 1 September 2013 (menggantikan Ustaz yang akan ke Timur Tengah)

*Makan, minum dan tempat tinggal disediakan

*Tugasan: Guru Tahfiz dan Warden

*Syarat asas yang diperlukan:
-Lelaki
-Boleh memandu kereta
-Mementingkan penjagaan hafazan al-Qur'an para pelajar (hafalan baru & lama)
-Menyayangi dan boleh mendidik kanak-kanak (umur pelajar dalam lingkungan 8 -12 tahun).

*Bonus jika boleh mengajar subjek akademik untuk kanak-kanak sekolah rendah.

*Jika berminat, boleh hubungi: 019-3063370 atau 019-2703370 atau melalui e-mel: azambakti@yahoo.com

*Untuk maklumat tambahan, sila lawati Page MTQI-DPP di facebook: https://www.facebook.com/MtqiDpp

Ahad, 16 Disember 2012

Jawatan Kosong Guru Sekolah Tahfiz (Lelaki)

-Pelajar-Pelajar Maahad Tahfiz al-Islah, Desa Pinggiran Putra-


Assalamu'alaikum..

Seorang ustaz tahfiz diperlukan segera untuk mengajar tahfiz al-Qur'an sepenuh masa di sekolah tahfiz persendirian yang didaftarkan bawah JAIS di Desa Pinggiran Putra, Pinggir Putrajaya.. 

Jika ada yang berminat atau ada mengenali sesiapa yang berminat, boleh hubungi:
Dr Hj Al-Azmi (019-2703370/azambakti@yahoo.com). 

Syukran.

Isnin, 9 Mei 2011

Konvesyen Mahasiswa Selangor 2011

Jawatan Kosong Imam Sepenuh Masa


Jawatan Kosong sebagai Imam Sepenuh Masa di Surau al-Islah, Seksyen 7 Worldwide, Shah Alam.

  TUGASAN UMUM

- Imam waktu solat harian dan Jumaat
- Mengajar Kelas Al-Quran
- Memberi Kuliah
- Tugasan2 lain yang berkaitan

  SYARAT-SYARAT ASAS

- Mempunyai latarbelakang pendidikan Islam (Sijil, ijazah)
- Berdisiplin dan bertanggungjawab
- Berumur 20 tahun ke atas
- Sihat tubuh badan
- Motivasi tinggi untuk tugas-tugas dakwah

   TERMA

- Sepenuh masa
- Pakej Gaji yang menarik
- Elaun perumahan


Kepada yang berminat, sila hubungi setiausaha/ pengerusi surau untuk sesi temuduga melalui cara berikut:

Email:setiausaha.alislah@gmail.com / mrahimi313@salam.uitm.edu.my
Tel :019-318 9062 / 019-357 2561

Tarikh Tutup : 31hb Mei 2011

Sabtu, 19 Mac 2011

PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR IKUT SYARIAH (TANPA RIBA)


IKLAN TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR SESI PERTAMA TAHUN 2011

Tarikh Tutup Permohonan Pada 1 April 2011

Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor dan Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan secara Sepenuh Masa bagi Sesi Pertama Tahun 2011 bermula pada 31 Januari 2011 (Isnin).


SYARAT-SYARAT KELAYAKANN PERMOHONAN


1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

(i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(ii) Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(iii) Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; atau
(iv) Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.

2. Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:

(i) Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor:
Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ Ijazah Lanjutan).

(ii) Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ Negeri Selangor:
Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja.

3. Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik seperti berikut:

Peringkat Pengajian Kelayakan Akademik Ijazah Pertama

*Memperolehi kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau

*Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STPM;

*atau Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STAM.


Diploma

*Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM; atau Memperolehi kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.


Sijil (IPTA)


*Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM.


Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja)


*Memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM.



PROSEDUR PERMOHONAN

1. Borang permohonan berharga RM3.00 boleh diperolehi melalui:

(i) Kaunter: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 3, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam; atau

(ii) Pos: Dengan mengemukakan sampul surat 16 cm x 23 cm yang dilekatkan dengan setem RM1.00 ringgit beralamat sendiri serta no. telefon untuk dihubungi beserta wang pos/ money order bernilai RM3.00 atas nama Bendahari Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor ke alamat seperti yang tersebut di bawah.

Borang-borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus ke alamat berikut:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-55212275 / 55447480/ 55447543

2. Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 April 2011 (Jumaat). Borang-borang yang diterima selepas tarikh tersebut atau didapati tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan permohonan, sila hubungi Urus Setia di talian 03-55447480 / 55212275.

3. Permohonan yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya. Keputusan permohonan boleh disemak melalui laman web rasmi Negeri Selangor www.selangor.gov.my >>download MUAT TURUN IKLAN TAWARAN SESI 1/2011 VERSI PDF

Selasa, 7 September 2010

Maafkan diriku!


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Sebelum diriku berangkat untuk bermusafir ke negeri Kelantan untuk menyambut 'Eidul Fitri di sana, dengan ruang dan kesempatan yang terbatas ini (ruangan blog dirasakan ruang yang terbaik buat diriku memandangkan tidak mempunyai akaun 'buku muka' (facebook)),

Saya, Abdul Rahman Bin Al-Azmi, pelajar tahun 3 Jurusan Pemakanan & Sains Nutrisi di Universiti Islam Antarabangsa Kampus Kuantan, beralamat 36, Jalan Iridium, 7/35 Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor,

~ Ingin memohon maaf atas segala kesilapan, kelemahan, kekasaran dan segala perkara yang tidak disenangi oleh semua insan yang mengenali diriku secara lansung atau tidak lansung, termasuklah abah dan umi yang dicintai, adik-adik yang disayangi, guru-guru yang dihormati, sahabat sekalian yang dikasihi, rakan-rakan setugas di persatuan, kelab dll yang disanjungi dan kepada pengunjung dan pembaca blog ini yang dihargai.

~ Minta kalian halalkan segalanya (hutang wajib tuntut. Takut diri ini terlupa). Restu dan redha kalian amat penting dalam 'hablum minnas' yang akan menjadi penghubung diriku kepada Rabb (hablum minAllah)

* Selamat menyambut hari kemenangan kepada semua. Di dalam berhibur dan bergembira, jangan dilupakan batasan syariat disekeliling kita..


-13.05, 29 Ramadhan 1431H, 8 September 2010, Shah Alam-


Rabu, 4 Ogos 2010

Ihya Ramadhan 1431H UIA Kuantan


Marilah kita bersama-sama menghidupkan bulan Ramadhan pada tahun ini kerana kita tidak tahu adakah kita akan bertemu lagi dengan bulan Ramadhan tahun hadapan.

Bulan Ramadhan = Jumbo Sale.

Setiap amalan akan digandakan dengan berlipat kali ganda tanpa perlu menambah sedikit pun gerak kerja amalan tersebut. Amalan yang sama seperti pada bulan-bulan lain, tetapi ganjaran yang berlipat ganda..

Ayuh, peluang sudah terbuka luas. Terpulang kepada kita sama ada ingin mengautnya sebanyak mungkin atau membiarkan sahaja 'pesta' jualan murah Ramadhan berakhir tanpa membawa pulang apa-apa keuntungannya darinya..

Isnin, 2 Ogos 2010

Kelas Hafazan Al-Qur'an Untuk Perempuan

Kelas Hafazan Al-Qur'an untuk perempuan kini dibuka

Di bawah naungan Maahad Tahfiz Al-Qur’an Al-Islah, Surau Al-Islah, Seksyen 7, SHAH ALAM.


Berminat?


Boleh hubungi:

Ustazah Anisah Binti Ahmad Hafid (013-3827170)

uSTAZ mOHD sUHAIMI bIN mOHD ARDZI (013-2505750)

aTAU

BOLEH HANTARKAN E-mel KE ALAMAT:

mtqi_sa7@yahoo.com

aTAU

bOLEH MELAWAT KE LAMAN BLOG:

http://mtqi-sa7.blogspot.com/


Isnin, 15 Februari 2010

Catering Day; 4 Mac 2010..Jom Serbu!!



Kalau ada yang berminat untuk menempah mana-mana daripada hidangan/makanan di atas, boleh menghubungiku..

Cepat.. Selagi stok masih ada...

Kalau tak sempat untuk tempah, boleh pergi terus ke gerai jualan di lobi KOM, UIA Kuantan pada 4 Mac 2010 antara jam 11 pagi-3 petang.

Kalau tak sempat nak pergi jugak, tunggu tahun depan plak la=)

(Hanya sah untuk warga kampus UIA Kuantan kerana tiada perkhidmatan pengahantaran disediakan. Kalau ada orang luar yang sanggup untuk ambil sendiri tempahan/makanan mereka, maka dibolehkan)

Sabtu, 17 Oktober 2009

Khamis, 13 Ogos 2009

Perginya Tak Kembali Lagi: Ustaz Asri Ibrahim


Pagi tadi, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pemergian buat selama-lamanya vokalis utama kumpulan nasyid terkenal tanah air, Rabbani, Ustaz Asri Ibrahim. Beliau telah pergi pada kira-kira pukul 11 pagi tadi di Hospital Pantai, Kuala Lumpur akibat serangan sakit jantung.

Asri Ibrahim, 40, adalah merupakan bekas kumpulan nasyid Qatrunnada dan Nada Murni sebelum menyertai kumpulan Rabbani pada tahun 1997.

Beliau yang popular dengan lagu 'Pergi Tak Kembali' (Rabbani), 'Selimut Putih' (Nada Murni), 'Cinta Agung' (Qatrunnada), pasti akan dirasai kehilangannya oleh semua penggemar industri nasyid tanah air. Kehebatan vokalnya yang begitu memukau telah meletakkan industri nasyid sebaris dalam industri hiburan.

Beliau adalah contoh insan yang telah berjaya menjadikan dakwah bukan hanya tempatnya di masjid atau kuliah-kuliah agama. Dengan menggunakan medium nasyid dan seni suara, dakwah Islam telah berjaya menerobos masuk ke segenap tembok yang mungkin tidak mampu ditembusi oleh cara dakwah yang statik. Semoga akan lahir lagi insan-insan persis Asri Ibrahim yang akan berdakwah dalam ertikata yang luas.

Kerja Kosong (Lelaki Sahaja)


DIPERLUKAN SEGERA

GURU HAFIZ AL-QUR’AN + WARDEN ASRAMA

Mulai Akhir Ogos 2009



Syarat-Syarat:


  • - Memiliki kelulusan dalam hafazan Al-Qur’an
  • - Berperibadi Mukmin
  • - Boleh menjadi imam solat fardu di Surau / Masjid
  • - Tinggal bersama pelajar di asrama yang disediakan (umur pelajar antara 9-12 tahun)
  • - Tempat tinggal, makan-minum disediakan
  • - Kemudahan caruman KWSP
  • - Tugas utama: (i) mengajar / menyemak hafazan Al-Qur’an pelajar (ii) menjadi warden asrama (iii) mengajar subjek fardhu ’ain dan Bahasa Arab.


Anda Berminat??



1- Sila hubungi Setiausaha MTQI (Encik Al-Azmi Bin Bakar) di talian: 019-2703370

atau

Hantarkan e-mel ke alamat, mtqi_sa7@yahoo.com.


2- Sila sertakan butir-butir peribadi (curriculum vitae) dan sekeping gambar pasport terbaharu.



Untuk maklumat lanjut, boleh layari: http://mtqi-sa7.blogspot.com/

Jumaat, 3 Julai 2009

Nabil Marwan Dalam Kenangan

Sharif dan Arwah Nabil

2 Julai 2009. Kira-kira pukul 11 malam. Hari Khamis malam Jumaat. Nabil Marwan telah dipanggil pulang oleh PEMILIKNYA.
Aku baru dikejutkan dengan berita bahawa Nabil ada masalah pada organ hatinya. Kami (aku, Nurudin, Naim) terus berhajat untuk melawat Nabil pada hujung minggu depan (selepas program Taaruf Week UIA). Selang beberapa hari, aku digemparkan dengan mesej dari rakan-rakan yang memaklumkan bahawa Nabil telah pergi buat selama-lamanya.
Selepas mendapat berita ini, aku terus terduduk. Terus merenung bilakah dan bagaimanakah pengakhiran hayatku. Aku masih teringat saat2ku pergi melawat Nabil di Hospital Telok Intan. Sinar senyuman Nabil ketika itu begitu meyakinkan diriku bahawa keadaan dia semakin baik dan akan sembuh dari penyakitnya. Namun, DIA lebih menyanyangi Nabil. DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk Nabil. DIA MAHA MENGETAHUI SEGALANYA.
Nabil Marwan adalah juniorku ketika di DQ. Aku tidak beberapa rapat dengannya ketika di DQ ataupun di Matrik UIA. Jika bertemu dengannya, hanya berbalas senyuman dan berbual sebentar. Aku menjadi sangat rapat dengannya selepas menghadiri satu program. Di dalam program itu, aku menjadi sangat rapatnya bagaikan kami memang adalah kawan yang rapat sebelumnya. Aku lebih kenal dirinya di dalam program ini. Rupa-rupanya, Nabil ini mempunyai perwatakan yang hampir sama seperti diriku.
Namun, ALLAH JUA MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA. DitakdirkanNYA, seminggu selepas menghadiri program tersebut, Nabil dimasukkan ke hospital akibat demam panas. Maka, bermulalah episod ujian untuk diri Nabil dan ahli keluarganya sehingglah beliau menghembuskan nafas terakhir.
DIA telah meminjamkan Nabil sebentar untuk menjadi sahabat karibku dan DIA jua yang berkuasa dan berhak mengambil kembali makhluk ciptaanNYA.
Aku sempat berbual dengan ibunya semalam. Walaupun beliau masih terasa kehilangan anaknya itu, tetapi beliau redha dengan pemergian Nabil. Bagi beliau, Nabil adalah seorang anak yang baik dan seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan dan merisaukan ibunya walaupun dalam keadaan yang amat tidak terdaya.
Nabil telah pergi buat selama-lamanya pada hari Khamis malam Jumaat dan menurut Iqbal & Fathi (2 orang sahabat yang tiba awal di rumah arwah dan sempat melihat jenazah arwah), wajah arwah dalam keadaan tersenyum dan ada percikan peluh di dahinya. Subhanallah.. Itu adalah tanda-tanda husnul khatimah. Wallahu'alam.
Semoga Nabil memperoleh husnul khatimah dan rohnya ditempatkan bersama-sama orang-oran yang Soleh. Ameen.
Takziah kepada ahli keluarga arwah. Semoga terus kuat dengan ujian ini dan redha atas segala ketentuanNYA.
Bagaimana dengan pengakhiran hidup anda?? Adakah amal soleh yang telah anda lakukan sudah layak untuk memperoleh husnul khatimah kelak??
Fikir-fikirkan...