Memaparkan catatan dengan label Fiqh & Usul Fiqh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fiqh & Usul Fiqh. Papar semua catatan
Isnin, 18 September 2017
Empat Cara Zikir Selepas Solat Berdasarkan Hadith-Hadith yang Sahih daripada Nabi (صلى الله عليه وسلم)
Antara waktu yang sangat digalakkan untuk kita berzikir adalah selepas selesai solat 5 waktu, dan antara zikir yang diajar oleh Nabi SAW ketika itu ialah zikir: سبحان الله, الحمد لله, الله أكبر
Kita biasa mengalunkan zikir tersebut sebanyak 33 kali untuk setiap kalimah zikir tersebut atau 34 kali untuk kalimah الله أكبر
Sebenarnya ada 4 cara zikir (سبحان الله, الحمد لله, الله أكبر) selepas solat berdasarkan hadith-hadith Nabi SAW, namun mungkin kurang diamalkan kerana tidak sampai kepada kita hadith-hadith tentang cara Nabi SAW berzikir kecuali yang sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat.
4 cara tersebut adalah:
1. سبحان الله Subhanallah (33 kali)
الحمد لله Alhamdulillah (33 kali)
الله أكبر Allahu Akbar (34 kali)
[Hadith Riwayat al-Bukhari (5361) dan Muslim (7090)]
2. سبحان الله Subhanallah (33 kali)
الحمد لله Alhamdulillah (33 kali)
الله أكبر Allahu Akbar (33 kali)
لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير
[Hadith Riwayat al-Bukhari (6329) dan Muslim (1380)]
3. سبحان الله Subhanallah (10 kali)
الحمد لله Alhamdulillah (10 kali)
الله أكبر Allahu Akbar (10 kali)
[Hadith Riwayat al-Bukhari (843)]
4. سبحان الله Subhanallah (25 kali)
الحمد لله Alhamdulillah (25 kali)
الله أكبر Allahu Akbar (25 kali)
لا إله إلا الله Laa ilaaha illaAllah (25 kali)
[Hadith Riwayat at-Tirmizi (3413) dan an-Nasaie (1351)]
(Zikir-Zikir Pagi dan Petang; Dirayah dan Riwayah, Sheikh Abdul Aziz bin Marzuq at-Toraifi Hafizahullah)
p/s: Yang terbaik adalah mempelbagaikan cara bilangan zikir selepas solat sepertimana yang diajar oleh Nabi SAW berdasarkan hadith-hadith yang sahih, bukan hanya mengamalkan satu cara sahaja kerana ia lebih menepati Sunnah Nabi SAW. Wallahu'alam.
Dinukil oleh
عبد الرحمن بن العزمي
pada jam
2:48 PTG
Labels:
Fiqh & Usul Fiqh,
Hadith


Ahad, 17 September 2017
من الذين يعتمدون في روايات أقوال الإمام الشافعي رحمه الله من تلاميذه؟
:قال الخطابي رحمه الله
اعتمد
علماء المذهب الشافعي في رواية أقوال الإمام الشافعي أساسا على روايات المزني
والبويطي والربيع بن سليمان المرادي، حيث يقدمون رواياتهم على روايات غيرهم من
تلاميذ الشافعي
ولا
يأخذون بروايات حرملة والربيع الجيزي إذا خالفت رواية المزني والربيع بن سليمان
المرادي
وإذا
اختلفت روايات الثلاثة الذين هم عمدة رواة المذهب (المزني والبويطي والربيع)،
فإنهم يقدمون رواية المزني والربيع بن سليمان المرادي
Dinukil oleh
عبد الرحمن بن العزمي
pada jam
3:01 PG
Sabtu, 16 September 2017
Jumlah Ibadah Umrah dalam Satu Permusafiran ke Mekah; Yang Terbaik dan Yang Harus
Yang terbaik adalah melakukan ibadah umrah sekali sahaja untuk
setiap kali permusafiran ke Mekah kerana ia seperti apa yang telah dilakukan
oleh Nabi صلى الله عليه وسلم.
Adapun melakukan ibadah umrah lebih daripada sekali untuk satu
permusafiran ke Mekah, hukumnya harus dan tidak mengapa kerana terdapat riwayat daripada para salaf telah melakukannya.
Sheikh Saad Turki al-Khaslan Hafizahullah,
Dinukil oleh
عبد الرحمن بن العزمي
pada jam
4:52 PG
Jumaat, 15 September 2017
Memakai Jam Tangan; Yang Manakah Lebih Afdhal, Tangan Kanan atau Tangan Kiri?
"Harus memakai jam tangan di sebelah tangan kanan atau kiri, kerana sesungguhnya telah sabit daripada Nabi صلى الله عليه وسلم bahawasanya Baginda adakalanya memakai cincin di sebelah kanan dan di waktu yang lain telah memakainya di sebelah kiri dan ini menunjukkan kepada keluasan dalam perkara ini. Jam tangan juga seperti cincin; tidak mengapa memakainya di sebelah kanan mahupun kiri"
- Sheikh Abdul 'Aziz bin Baz Rahimahullah-
"Tidaklah lebih utama memakai jam pada tangan kanan berbanding dengan memakainya pada tangan kiri. Ini kerana jam tangan menyerupai cincin; maka tiada bezanya sama ada memakainya di sebelah kanan mahupun kiri, bahkan tidak syak lagi memakainya di sebelah kiri lebih memudahkan bagi sebahagian manusia dari segi pergerakan dan untuk melihat kepada jam tersebut. Ia juga pada kebiasaanya lebih selamat kerana tangan kanan pada kebiasaanya lebih banyak pergerakan daripada tangan kiri. Maka, ia lebih berisiko berbanding memakainya di sebelah kiri.
Perkara ini adalah suatu perkara yang luas. Janganlah dikatakan sesungguhnya bahawa sunnah memakai jam tangan di sebelah kanan kerana telah datang sunnah memakai cincin di sebelah kanan dan kiri dan jam tangan menyerupai cincin dalam perkara ini"
-Sheikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin Rahimahullah-
Dinukil oleh
عبد الرحمن بن العزمي
pada jam
3:32 PTG
Sabtu, 8 Ogos 2015
Perkembangan Penulisan Ilmu Fiqh Dalam Mazhab Hambali Yang Berasaskan Dari Kitab المقنع (al-Muqni’) Karangan ابن قدامة (Ibnu Qudamah)
1. Kitab المقنع (al-Muqni') karangan ابن قامة (Ibu
Qudamah) merupakan antara rujukan terpenting dalam mazhab Hambali.
زاد المستقنع في اختصار المقنع (Zaadul
Mustaqni’ fi Ikhtisor al-Muqni’)
3. Selepas itu, datangnyaمنصور بن
يونس البهوتي (Mansur bin Yunus al-Buhuti) dan telah
mensyarahkan kitab زاد المستقنع (Zaadul Mustaqni’) dalam kitab beliau
yang diberi nama الروض المربع (ar-Raudhul
al-Murbi’).
4. Kitab زاد المستقنع (Zaadul
Mustaqni’) juga telah disyarah oleh beberapa ulama' lain, seperti :
- Sheikh Soleh Fauzan al-Fauzan dalam الشرح المختصر (al-Syarah
al-Mukhtasara)
- dan lain-lain lagi.
4. Para Ulama' turut menambah nota
kaki dan penerangan-penerangan tambahan daripada kitab الروض المربع (ar-Raudhul
al-Murbi’) seperti:
حاشية ابن قاسم - (Haasyiyah
Ibn Qassim) oleh Sheikh Abdur Rahman bin Muhammad bin Qaasim
حاشية الشيخ عبد الرحمن بن ناصر
السعدي - (Haasyiyah Sheikh
Abdur Rahman bin Nasir as-Saadi)
حاشية الشيخ محمد من صالح العثيمين - (Haasyiyah Sheikh
Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin)
حاشية عبد الله العنقري - (Haasyiyah
Abdullah al-‘Anqari)
حاشية عبد الوهاب بن فيروز - (Haasyiyah Abdul
Wahab bin Fairuz)
- dan banyak lagi.
5. Kitab زاد المستقنع (Zaadul
Mustaqni') turut diringkaskan dan diambil beberapa permasalahan serta
pelajaran daripadanya seperti 2 kitab yang telah ditulis oleh Sheikh
Soleh Fauzan al-Fauzan;
الملخص الفقهي - (al-Mulakkhas al-Fiqhi)
Begitulah sedikit susur galur
ringkas mengenai perkembangan penulisan ilmu Fiqh dalam mazhab Hambali yang
berasaskan dari kitab المقنع (al-Muqni’)
oleh ابن قدامة (Ibnu
Qudamah).
Ini hanyalah perkembangan
berasaskan kepada salah satu daripada kitab Fiqh utama dalam mazhab
Hambali. Bagaimana pula dengan
perkembangan kitab-kitab lain dalam mazhab Hambali?
Bagaimana pula jika kita bicarakan
perkembangan dalam mazhab-mazhab lain (mazhab Syafie, Maliki, Hanafi dan
lain-lain) yang lebih awal dan luas perkembangannya?
Tentu ia lebih luas dan panjang
perbahasannya.
Begitulah perkempangan ilmu Fiqh
yang sentiasa bergerak dan berkembang, bersesuaian dengan masa, zaman dan
tempat.
Sungguh, ilmu Allah begitu luas dan
tidak akan pernah habis untuk diterokai oleh manusia yang sangat terbatas
kudratnya.
ولو أنما في الأرض من شجرة أقلام
والبحر يمده من بعده سبعة أبحر ما نفدت كلمات الله، إن الله عزيز حكيم (
سورة لقمان: 28)
Dinukil oleh
عبد الرحمن بن العزمي
pada jam
5:09 PG
Sahabat Yang Menjadi Imam Solat Dengan Kehadiran Rasulullah صلى الله عليه وسلم
2 orang Sahabat Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) yang telah menjadi imam dalam solat fardhu berjemaah dengan kehadiran Rasulullah.
1)
Abdur Rahman bin 'Auf (رضي الله عنه).
Beliau telah menjadi imam kepada para Sahabat lain ketika mana Rasulullah
terlewat menyertai jemaah solat para Sahabat kerana pergi menunaikan hajat
sambil ditemani oleh al-Mughirah bin Syu'bah (رضي الله
عنه). Rasulullah dan
al-Mughirah menyertai jemaah para Sahabat dalam solat berjemaah tersebut dan
bangun melengkapkan rakaat yang tertinggal selepas para Sahabat
selesai menunaikan solat berjemaah.
2) Abu
Bakr As-Siddiq (رضي الله عنه).
Beliau menjadi Imam menggantikan Rasulullah di Masjid Nabi apabila diminta oleh
Rasulullah sendiri ketika mana Rasulullah dalam keadaan sakit di penghujung
usia Baginda.
Dinukil oleh
عبد الرحمن بن العزمي
pada jam
3:58 PG
Labels:
Fiqh & Usul Fiqh,
Sirah


Isnin, 3 Ogos 2015
Syiah dan Menyapu Khuf
Antara perkara yang membezakan Ahli
Sunnah wal Jamaah dan kebanyakan kumpulan Syiah ialah dalam permasalahan fiqh, secara khususnya dalam masalah menyapu khuf ketika berwudhu'.
Imam Abu Jaafar at-Tohawi (رحمه الله)
ada menyentuh permasalahan menyapu khuf dalam kitab beliau iaitu, Aqidah
Tohawiyah walaupun ia sebenarnya di bawah perbincangan Fiqh kerana Ahli Sunnah wal Jamaah bersepakat mengenai pensyariatan
menyapu khuf ketika berwudhuk berdasarkan hadith-hadith yang mencapai had
mutawatir (mutawatir secara makna) dan athar-athar para sahabat, manakala Syiah
mengingkari pensyariatan menyapu khuf ketika berwudhu'. Ia menjadi salah satu garis pemisah antara Ahli Sunnah wal Jamaah dan kebanyakan kumpulan Syiah.
Ironinya,
golongan Syiah menolak pensyariatan menyapu khuf ketika berwudhu' sedangkan
kebanyakan daripada hadith yang berkaitan dengan menyapu khuf telah
diriwayatkan oleh sahabat Baginda (صلى الله عليه وسلم) yang mereka sangat agung-agungkan, iaitu
Ali bin Abi Tolib (رضي الله عنه).
Ini adalah salah satu contoh konflik antara pegangan golongan Syiah dan dalil yang sahih. Mereka mengangkat kedudukan Ali bin Abi Tolib (رضي الله عنه) sehingga kepada kedudukan yang tidak sepatutnya, dalam masa yang sama mereka menolak hadith-hadith yang diriwiyatkan oleh Ali bin Abi Tolib (رضي الله عنه).
Ini menjadi bukti bahawa mereka beragama mengikut nafsu dan kepentingan tertentu tanpa berlandaskan dalil dan nas yang tepat. Semoga 'Aqidah dan pegangan kita terselamat daripada anasir-anasir yang boleh membawa kita kepada tergelincir daripada jalan yang benar.
Dinukil oleh
عبد الرحمن بن العزمي
pada jam
10:26 PG
Labels:
'Aqidah,
Fiqh & Usul Fiqh,
Hadith


Khamis, 16 Oktober 2014
Waktu Mustajab Doa Yang Sering Kita Abaikan
Sudah menjadi kebiasaan umat Islam, khususnya di Nusantara, dengan melazimi mengangkat tangan dan berdoa kepada Ilahi selepas setiap kali selesai menunaikan solat, tidak kira solat fardhu mahupun solat sunat.
Tahukah anda sebenarnya ada satu masa atau keadaan yang merupakan waktu yang sangat mustajab untuk berdoa, tetapi amat jarang diamalkan, bahkan mungkin ramai yang tidak pernah mengetahuinya.
Waktu tersebut adalah ketika di akhir solat, dan secara khususnya adalah pada waktu antara selepas membaca Tasyahud Akhir dan sebelum memberi Salam Pertama.
Mungkin ramai yang tergesa-gesa untuk menghabiskan solat terutamanya ketika membaca Tasyahud Akhir disebabkan oleh perkara-perkara duniawi, tetapi ketika itu jugalah terdapat waktu mustajab untuk berdoa yang sering kita abaikan dan lalaikan.
Mungkin ramai yang tergesa-gesa untuk menghabiskan solat terutamanya ketika membaca Tasyahud Akhir disebabkan oleh perkara-perkara duniawi, tetapi ketika itu jugalah terdapat waktu mustajab untuk berdoa yang sering kita abaikan dan lalaikan.
Terdapat banyak doa yang boleh diamalkan untuk dibaca ketika itu bersandarkan kepada hadith-hadith Nabi yang sahih. Berikut adalah sebahagian daripada beberapa hadith yang mekhususkan waktu tersebut sebagai waktu untuk berdoa serta doa-doa yang diajar oleh Nabi untuk kita baca pada waktu tersebut.
أبي بكر الصديق رضي الله عنه أنه قال
للنبي صلى الله عليه وسلم: عن
علمني دعاء أدعو به في صلاتي قال: قل: "اللهم
إني ظلمت نفسي ظلما كثيرا ولا يغفر الذنوب إلا أنت فاغفر لي مغفرة من عندك وارحمني
إنك أنت الغفور الرحيم" (صحيح البخاري: 6326)
Daripada Abu Bakar as-Siddiq radhiyallahu 'anhu, sesungguhnya beliau telah berkata kepada Nabi sollallahu 'alaihi wasallam: Ajarkanku doa yang aku boleh membacanya dalam solatku. Rasulullah berkata: Katakanlah: "Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak dan tiada yang mengampunkan dosa-dosa kecuali Kamu, maka ampunilah aku kerana keampunan adalah dari sisi-Mu, dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Kamu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Sahih al-Bukhari: 6326)
عن
معاذ رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أخذ بيده وقال: يا معاذ والله
إني لأحبك فقال: أوصيك يا معاذ لا تدعن في دبر كل صلاة تقول: اللهم أعنى على ذكرك
وشكرك وحسن عبادتك (سنن أبي داود: 1522)
Daripada Muaz radhiyallahu 'anhu, sesungguhnya Rasulullah sollahu'alaihi wasallam telah mengambil tangannya dan bersabda: Wahai Muaz, demi Allah sesungguhnya aku mencintaimu, maka Baginda bersabda: Aku wasiatkan kepada kamu wahai Muaz, janganlah kamu tinggalkan doa pada akhir setiap solat, bacalah: "Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingati-Mu, dan menyukuri-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik" (Sunan Abu Daud: 1522)
قَال: قَالَ رَسُولُ اللَّه صلى الله عليه وسلم ˓عن أبي هريرة رضي
الله عنه
إِذَا
فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ˓ يقول
: اللهم إني أعوذبك مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، ومن َعَذَابِ الْقَبْرِ ، ومن َفِتْنَةِ
الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، ومن َشَرِّ فتنة الْمَسِيحِ الدَّجَّال (صحيح مسلم:
588)
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, beliau telah berkata, Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: Jika salah seorang daripada kamu selesai bertasyahud, maka mintalah perlindungan kepada Allah daripada 4 perkara: "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan-Mu daripada azab api Neraka, dari azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari fitnah kejahatan al-Masih Dajjal" (Sahih Muslim; 588)
Daripada Sa'ad Bin Abi Waqqas radhiyallahu 'anhu, beliau telah berkata, sesungguhnya Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam telah memohon perlindungan pada akhir solat dengan: "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada sikap pengecut, dan aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada dikembalikan ke usia yang terhina, dan aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada fitnah dunia, dan aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada azab kubur" (Sahih Bukhari: 2822)
عن
علي بن أبي طالب رضي الله عنه˓ عن الرسول الله صلى الله عليه وسلم:".......... ثم يكون من آخر ما يقول بين
التشهد والتسليم:" اَللَّهُمَّ
اغْفِرْ لِيْ مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ،
وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّيْ. أَنْتَ الْمُقَدِّمُ
وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ" (صحيح
مسلم: 771)
Daripada Ali Bin Abi Tolib radhiyallahu 'anhu, daripada Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam: ".......... kemudian pada akhir solat, apa yang diucapkan antara tasyahud dan salam: "Ya Allah, ampunilah (dosa) aku atas apa yang aku cepatkan dan atas apa yang aku lewatkan, dan atas apa yamg aku rahsiakan dan atas apa yang aku nampakkan, dan atas apa yang aku lakukan secara berlebihan. dan atas apa yang Kamu lebih mengetahui daripadaku. Kamu yang Maha Mendahulukan dan Maha Mengakhirkan, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Kamu" (Sahih Muslim: 771)
عن محجن بن الأدرك رضي الله عنه قال: أن رسول الله صلى الله
عليه وسلم دخل المسجد˓ إذا رجل قد قضى صلاته
وهو يتشهد˓ فقال: " اَللَّهُمَّ إِنِّيْ
أَسْأَلُكَ يَا اَللهُ بِأَنَّكَ الْوَاحِدُ اْلأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِيْ لَمْ
يَلِدْ وَلَمْ يُوْلَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ، أَنْ تَغْفِرَ لِيْ
ذُنُوْبِيْ إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ" فقال رسول الله
صلى الله عليه وسلم: قد غفر الله له˓ ثلاثا. (صحيح
النسائي:1300)
Daripada Mihjan Bin al-Adrak radhiyallahu 'anhu, beliau telah berkata, sesungguhnya Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam telah memasuki masjid di mana ketika itu terdapat seorang lelaki menunaikan solat dan dia sedang bertasyahud, maka lelaki tersebut menyebut: "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu Ya Allah, dengan bersaksi bahawa Kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa, Yang Maha Tunggal tidak memerlukan sesuatu, bahkan segalanya memerlukan-Mu, Yang tidak beranak-pinak dan tidak diperanakkan, dan tiada seorang pun yang menyerupai-Mu, aku memohon keampunan dosa-dosaku. Sesungguhnya Kamu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". Maka Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda: Allah telah mengampunkan dosa lelaki tersebut (disebut sebanyak 3x). (Sahih an-Nasaie: 1300)
Semoga kita dapat mengamalkan salah satu Sunnah yang kurang diamalkan dalam masyarakat, tetapi sebenarnya sangat memberi kesan ke dalam kehidupan umat Islam di dunia dan akhirat.
Dinukil oleh
عبد الرحمن بن العزمي
pada jam
12:04 PTG
Jumaat, 19 April 2013
Bersugi Menggunakan Tangan Kanan atau Tangan Kiri?
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ: لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه , telah berkata: telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: "Seandainya, tidak memberatkanku ke atas umatku, nescaya aku perintahkan mereka dengan bersiwak ketika setiap kali bersolat". (hadith riwayat Imam Ahmad).
Bersiwak yakni bersugi adalah salah satu sunnah yang ditinggalkan oleh Nabi صلى الله عليه وآله وسلم kepada umat akhir zaman.
Ulama' berselisih pendapat tentang cara untuk bersugi, adakah menggunakan tangan kanan ataupun tangan kiri.
Hujah para ulama yang berpendapat bahawa bersugi menggunakan tangan kanan adalah kerana bersugi itu adalah salah satu ibadah dan sunnah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم . Tangan kanan mesti diutamakan daripada tangan kiri.
Manakala pendapat sebahagian daripada para ulama' yang lain adalah menggunakan tangan kiri ketika bersugi, berhujahkan bersugi ini adalah perbuatan yang dilakukan untuk menghilangkan kotoran dan bau pada badan (mulut dan gigi). Tangan kiri mesti diutamakan daripada tangan kanan.
Menurut
pendapat Sheikh Saad Bin Turki al-Khathlan hafizahullah, pendapat yang lebih
kuat adalah menggunakan tangan kanan apabila bersugi sebelum melakukan apa-apa
ibadah (lita'abbudi) dan menggunakan tangan kiri apabila bersugi untuk
membersihkan mulut dan gigi (litanzifi).
Allahu'alam.
(الدورة العلمية الرابعة في المسجد الحرام ,شرح عمدة الفقه لإبن قدامة المقدسي)
(Ad-Daurah Al-'Ilmiah Ar-Rabi'ah fil Masjidil Haram, Syarah 'Umdatul Fiqh Ibn Qudamah)
Khamis, 18 April 2013
Meraikan Perbezaan dalam Perkara-Perkara Khilafiyyah
Sheikh Dr Umar Saud al-Aidh hafizahullah ketika menerangkan tentang bacaan qunut dan perbezaan pendapat antara ulama'-ulama' muktabar, antaranya perbezaan pendapat Imam Syafie rahimahullah (qunut dibaca dalam solat Subuh secara berterusan) dan pendapat Imam Ahmad Bin Hanbal rahimahullah (qunut dibaca ketika berlaku peristiwa tertentu sahaja), telah menegur sikap sesetengah umat Islam yang sanggup tidak solat Subuh berjemaah di masjid semata-mata kerana imamnya bermazhab Syafi'e dan membaca qunut dalam solat Subuh.
Sedangkan, solat berjemaah dan kesatuan umat Islam adalah lebih utama daripada perkara khilaf yang dibenarkan oleh syara'. Sheikh menegaskan bahawa khilaf tersebut adalah bersumberkan nas hadith yang sahih & tiada masalah untuk bersolat di belakang imam yang berlainan mazhab.
Tambah beliau lagi, Ibnu Taimiyyah rahimahullah pernah menyebut/menulis tentang permasalahan anggota yang perlu turun dahulu daripada kedudukan berdiri dalam solat kepada kedudukan sujud, sama ada turun lutut dahulu ataupun kedua tangan dahulu. Ibnu Taimiyyah rahimahullah menegaskan bahawa kedua-duanya adalah sunnah kerana bersumberkan dalil yang sahih. Tiada masalah.
Perkara yang sepatutnya perlu lebih difokuskan dan diberi perhatian adalah tentang umat Islam yang tidak bangun bersolat Subuh atau bangun mengerjakan solat Subuh ketika matahari sudah kelihatan secara berterusan dan tanpa sebarang alasan.
Sungguh indah jika memahami perbezaan perkara yang boleh diperselisihkan dalam kehidupan ini. Masing-masing mempunyai dalil, beramalah dengan yang paling diyakini.
Sungguh indah jika setiap daripada kita mengerti perkara apakah yang perlu diutamakan dalam kehidupan di akhir zaman ini.
Tambah beliau lagi, Ibnu Taimiyyah rahimahullah pernah menyebut/menulis tentang permasalahan anggota yang perlu turun dahulu daripada kedudukan berdiri dalam solat kepada kedudukan sujud, sama ada turun lutut dahulu ataupun kedua tangan dahulu. Ibnu Taimiyyah rahimahullah menegaskan bahawa kedua-duanya adalah sunnah kerana bersumberkan dalil yang sahih. Tiada masalah.
Perkara yang sepatutnya perlu lebih difokuskan dan diberi perhatian adalah tentang umat Islam yang tidak bangun bersolat Subuh atau bangun mengerjakan solat Subuh ketika matahari sudah kelihatan secara berterusan dan tanpa sebarang alasan.
Sungguh indah jika memahami perbezaan perkara yang boleh diperselisihkan dalam kehidupan ini. Masing-masing mempunyai dalil, beramalah dengan yang paling diyakini.
Sungguh indah jika setiap daripada kita mengerti perkara apakah yang perlu diutamakan dalam kehidupan di akhir zaman ini.
Allahu'alam.
Dinukil oleh
عبد الرحمن بن العزمي
pada jam
10:39 PG
Labels:
Dakwah,
Fiqh & Usul Fiqh,
Isu Semasa


Ahad, 5 Ogos 2012
Sukan Olimpik & Kewajipan Berpuasa
Isu berhubung atlet yang beragama Islam dalam menyertai Sukan Olimpik 2012 yang diadakan pada bulan Ramadan menjadi perhatian ramai pihak kerana membabitkan perbincangan bagi ibadah puasa terhadap atlet tersebut. Sukan Olimpik tersebut diadakan di London, England, United Kingdom bermula 27 Julai sehingga 12 Ogos 2012.[1]
Sehubungan itu, MANHAL PMRAM membahagikan perbincangan kepada beberapa bahagian iaitu :
Kewajipan Puasa Dalam Bulan Ramadan
Ibadah puasa dalam bulan Ramadan merupakan satu kewajipan dan salah satu daripada rukun Islam yang lima.
Ibnu Jarir meriwayatkan daripada Muaz bin Jabal RA berkata[2] :
فإن رَسُولَ اللَّهِ صلى اللَّهُ عليه وسلم قَدِمَ الْمَدِينَةَ فَجَعَلَ يَصُومُ من كل شَهْرٍثَلاثَةَ أَيَّامٍ وَصَامَ عَاشُورَاءَ وَصَامَ سَبْعَةَ عَشَرَ شَهْرًا من رَبِيعٍ إلى شَهْرِ رَبِيعٍ إلى شَهْرِ رَمَضَانَ ثُمَّ إِنَّ اللَّهَ عز وجل فَرَضَ عليه شَهْرَ رَمَضَانَ فَأَنْزَلَ عليه كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ
"Sesungguhnya Rasulullah SAW tiba di Madinah, maka baginda SAW berpuasa pada hari 'Asyura dan puasa 3 hari tiap-tipa bulan. Dan adalah baginda berpuasa sedemikian selama 17 bulan bermula bulan Rabiulawal sehingga Rabiulawal tahun seterusnya sehingga masuk ke bulan Ramadan. Selepas itu, Allah mensyariatkan kewajipan berpuasa pada bulan Ramadan dengan menurunkan ayat mengenai kewajipan berpuasa (yang bermaksud ):
“Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa,” (Surah Al-Baqarah : 183)
Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA, Nabi SAW bersabda,
"Dibina Islam itu atas 5 asas, penyaksian bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa dalam bulan Ramadan dan mengerjakan haji bagi yang berkemampuan.” (Bukhari dan Muslim)
Dalam ilmu usul fiqh kewajipan puasa dalam bulan Ramadan termasuk dalam ketegori wajib mudhaiyaq (sempit)[3]. Maka wajib mudhaiyaq (sempit) merujuk kepada tempoh puasa tersebut yang hanya pada bulan Ramadan, tidak pada bulan yang lain serta menjadi kewajipan setiap tahun bagi mereka yang cukup syarat iaitu Islam, baligh, berakal, bermukim dan mampu dari sudut syara’ dan kemampuan.[4]
Justeru, kewajipan puasa dalam bulan Ramadan merupakan wajib mudhaiyaq(sempit) yang tidak ada pilihan waktu lain untuk ditangguhkan bahkan menjadi kewajipan untuk dilaksanakan pada setiap tahun apabila cukup syarat. Ia berbeza dengan dengan kewajipan Haji yang merupakan wajib muwassa’ (luas) yang memberikan ruang waktu yang lain jika ada penangguhan. Maka dalam kewajipan puasa dalam bulan Ramadan tidak timbul soal ‘tangguh’.
Adapun rukhsoh (keringanan) yang diberikan kepada beberapa golongan bukanlah merupakan tangguh akan tetapi sebagai keringanan bagi golongan yang diberikan keuzuran untuk berbuka dalam masa yang sama wajib ganti puasa pada hari yang dibuka pada hari lain. Maka wajib ganti tersebut merupakan dalil bahawa kewajipan puasa tidak boleh ditangguh bahkan golongan yang diberikan rukhsoh (keringanan) dikenakan puasa ganti. Dan juga golongan yang tidak mampu untuk berpuasa seperti orang tua yang memang tidak mampu berpuasa dan orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh dikenakan bayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan puasa. Hal ini menunjukkan bahawa kewajipan puasa dalam Ramadan tidak boleh ditangguhkan.
Golongan Yang Mendapat Rukhsoh Dalam Berpuasa
Terdapat beberapa golongan yang diberikan rukhsoh (keringanan) dalam berpuasa. Rukhsoh (keringanan) yang diberikan merupakan pilihan kepada orang yang berpuasa tersebut sama ada untuk meneruskan puasa atau berbuka namun menggantikannya pada hari yang lain.
Golongan yang diberikan rukhsoh (keringanan) ialah :
1- Musafir
- Musafir yang mubah, bukan musafir bertujuan melakukan maksiat.
- Lebih 2 marhalah iaitu melebihi 80 atau 90 kilometer[5]
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Maka sesiapa daripada kalangan kamu yang sakit atau dalam musafir (diberikan keringanan untuk berbuka) maka diganti pada hari yang lain.” (Surah Al-Baqarah : 185)
Imam Ibnu Taimiyah berkata : “Sesiapa yang mengingkari bahawa diberikanrukhsoh (keringanan) atas sebab musafir, maka orang tersebut dituntut untuk bertaubat, jika ia tidak bertaubat maka ia dihukumkan sebagaimana orang yang murtad.”[6]
2- Orang Yang Sakit
Berdasarkan kepada firman Allah SWT yang bermaksud :
“Maka sesiapa daripada kalangan kamu yang sakit atau dalam musafir (diberikan keringanan untuk berbuka) maka diganti pada hari yang lain.” (Surah Al-Baqarah : 185)
Sakit yang diberikan keringanan ialah sekiranya berpuasa akan menyebabkan bertambah mudarat pada pesakit dan sakit yang sedia ada bertambah teruk serta lewat untuk sembuh.
3- Orang Yang Mengandung Dan Yang Menyusukan Anak
Sama ada bimbang keselamatan diri atau anak dalam kandungan atau anak yang disusukan. Dalilnya diqiaskan kepada keringanan yang diberikan kepada orang yang bermusafir dan sakit.[7]
4- Orang Tua Yang Tidak Ada Kemampuan Untuk Berpuasa
Termasuk juga dalam kategori ini orang yang sakit namun tidak ada harapan untuk sembuh. Maka diberikan keringanan untuk berbuka bahkan wajib jika menyebabkan kematian. Tidak dikenakan puasa ganti melainkan membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan berpuasa.[8]
Ibadah Puasa Bagi Atlet Yang Memasuki Sukan Olimpik
Sebagaimana yang telah dibentangkan di atas bahawa ibadah puasa dalam Ramadan bagi atlet yang beragama Islam wajib dilakukan dan tidak boleh ditangguh.
Namun jika atlet termasuk dalam kategori yang bermusafir maka diberikan keringanan untuk berbuka dan wajib ganti pada hari yang lain. Syarat musafir yang diberikan rukhsoh (keringanan) untuk berbuka ialah musafir yang diharuskan iaitu bukan bertujuan maksiat dan melebihi 2 marlahah iaitu 80 atau 90 kilometer.[9]
Maka jika atlet tersebut bermusafir bagi bertujuan untuk bersukan iaitu riadhah kerana bersukan itu hukum asalnya adalah diharuskan[10] dan antara faedah sukan itu ialah menyegarkan tubuh badan maka ia termasuk dalam kategori musafir yang diharuskan. Walaupun di saat ia bersukan ia melakukan maksiat iaitu tidak menutup aurat. Hal ini demikian kerana tujuan asal adalah diharuskan.[11]
Berbeza dengan musafir yang bertujuan maksiat, maka ia tidak diberikan rukhsoh(keringanan) kerana kaedah menyebutkan bahawa :
“Rukhsoh (keringanan) tidak diberikan kepada perkara maksiat”
Justeru, jika atlet berniat ketika musafir untuk membuka aurat dalam pertandingan maka niat musafirnya adalah bertujuan maksiat dan tidak diberikan rukhsoh (keringanan).
Dan tempoh rukhsoh (keringanan) berhubung musafir adalah berdasarkan kepada tempoh musafir. Temph musafir yang diberikan rukhsoh (keringanan) ini terdapat perselisihan pandangan fuqaha[12] :
1- Mazhab Hanafi : jika niat bermukim selama 15 hari dan lebih maka tidak adarukhsoh (keringanan) sebaik tiba di tempat bermukim
2- Mazhab Maliki Dan Mazhab Syafie : jika niat bermukim di sesuatu tempat empat hari atau lebih, maka tidak ada rukhsoh (keringanan) apabila sampai di tempat bermukim
3- Mazhab Hanbali : jika niat bermukim di sesuatu lebih daripada empat hari, maka tidak ada rukhsoh (keringanan) apabila sampai di tempat bermukim
Justeru rukhsoh (keringanan) untuk berbuka tersebut bukan paksaan ke atas atlet. Rukhsoh (keringanan) bukanlah disebabkan Sukan Olimpik, tetapi disebabkan musafir yang memenuhi syarat (muafir yang diharuskan, melebihi 2 marlahah dan dalam tempoh bermusafir). Bahkan mana-mana individu muslim yang bermusafir diberikan rukhsoh (keringanan) kerana musafir itu sendiri sebab bagi rukhsoh (keringanan).
Dan inilah yang ditegaskan oleh Imam Ibnu Taimiyah : “Sesiapa yang mengingkari bahawa diberikan rukhsoh (keringanan) atas sebab musafir, maka orang tersebut dituntut untuk bertaubat, jika ia tidak bertaubat maka ia dihukumkan sebagaimana orang yang murtad.”[13]
Bahkan jika terdapat atlet muslim yang sakit yang diberikan syara’ akan rukhsoh(keringanan) iaitu sekiranya berpuasa akan menyebabkan bertambah mudarat pada pesakit dan sakit yang sedia ada bertambah teruk serta lewat untuk sembuh, maka rukhsoh (keringanan) tersebut adalah disebabkan sakit itu bukannya disebabkan Sukan Olimplik.
Maka ini sebagaimana juga dengan fatwa yang diberikan oleh Syeikh Atiyah Saqar berkenaan soalan yang diajukan kepada beliau mengenai bolehkan seseorang yang menduduki peperiksaan di bulan Ramadan untuk berbuka bagi memudahkan mengulangkaji? Lalu Syeikh Atiyah Saqar menjelaskan bahawa orang tersebut diberikan rukhsoh (keringanan) untuk berbuka disebabkan sakit bukan disebabkan peperiksaan. Hal ini demikian beradasarkan kepada firman Allah SWT yang bermaksud :
“Maka sesiapa daripada kalangan kamu yang sakit atau dalam musafir (diberikan keringanan untuk berbuka) maka diganti pada hari yang lain.” (Surah Al-Baqarah : 185)
Begitu juga dengan fatwa yang diberikan oleh Syeikh Ali Jumuah, pada 9 Julai 2012 berkenaan ibadah puasa atlet ketika Ramadan dengan menyebut :
الاِفْطارُ فِي حَالَةِ السَفَر أَوْ المَرَض طَبَقًا لِلنَّصِّ القُرْآنِي : فَمَنْ كانَ مِنكُم مَريضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِن أَيَّامٍ أُخَر". وتابع جمعة "لا عَلاقَةَ بِالرِياضَة بِهذِه الرُخْصَة لِاَنَّهُ لَوْ اُقِيْمَتْ البُطُولَةُ فِي مِصْر مَا جازَ الاِفْطَار
“Berbuka (disebabkan rukshoh) dalam keadaan musafir atau sakit terdapat dalam nas al-Quran iaitu “Maka sesiapa daripada kalangan kamu yang sakit atau dalam musafir (diberikan keringanan untuk berbuka) maka diganti pada hari yang lain.”. Dan Syeikh Ali Jumuah menambah bahawa rukhsoh tersebut tidak ada kaitan dengan sukan (Olimpik) kerana jika pertandingan diadakan dalam Mesir maka (atlet Mesir) tidak diharuskan berbuka.”
Adapun jika berbuka puasa kerana pekerjaan yang berat sehingga mengganggu nafkah wajib dalam kehidupan[14], maka dilihat kepada beberapa perkara :
1- Tidak ada pekerjaan yang lain melainkan pekerjaan itu sahaja. Dan pekerjaan berat tersebut mestilah yang diharuskan oleh syara’.
2- Mendatangkan mudarat kepada diri sama ada ketika bekerja atau tidak mampu puasa menyebabkan tidak mendapat nafkah.
3- Maka jika mudarat itu datang ke atas dirinya, maka dilihat kepada batasan bagi golongan sakit yang diberikan rukhsoh (keringanan) iaitu berpuasa akan menyebabkan bertambah mudarat pada pesakit dan sakit yang sedia ada bertambah teruk serta lewat untuk sembuh. Rukhsoh (keringanan) yang diberikan adalah kerana sakit yang menimpa.
4- Jika mudarat itu datang disebabkannya tidak mampu bekerja sehingga menghilangkan nafkah maka dilihat bahawa mestilah nafkah tersebut merupakan nafkah yang wajib iaitu nafkah yang merupakan keperluan asasi yang akan menyebabkan kecelakaan dalam kehidupan jika hilang. Maka ia termasuk dalam konteks dharurat.[15]
5- Dan kerja berat dalam mendapatkan nafkah wajib tersebut terikat dalam masa dan waktu perjanjian yang dilakukan. Maka jika selain pada waktu dan masa kontrak perjanjian, maka ia tidak dibolehkan kerana tidak termasuk dalam konteks kerja berat dalam mendapatkan nafkah yang wajib
Kesimpulan
Berdasarkan kepada perbincangan di atas, pihak MANHAL PMRAM menekankan beberapa perkara yang penting dalam isu yang melibakan Sukan Olimpik dalam bulan Ramadan dan ibadah puasa bagi atlet Ramadan iaitu :
1- Kewajipan puasa dalam Ramadan merupakan wajib mudhaiyyaq (sempit), maka tidak boleh ditangguhkan. Yang ada hanya rukhsoh (keringanan) untuk berbuka bagi golongan tertentu dan diwajibkan ganti pada hari yang lain.
2- Atlet yang berada dalam keadaan musafir (musafir yang diharuskan dan melebih 2 marlahah) maka diberikan rukhsoh (keringanan) dalam tempoh musafir tersebut.Rukhsoh (keringanan) merupakan pilihan kepada atlet dan atlet tidak dipaksa untuk berbuka.
3- Tempoh musafir yang diberikan rukhsoh (keringanan) adalah berbeza mengikut pandangan fuqaha sebagaimana yang diterangkan sebelum ini, maka mestilah merujuk kepada ahli yang berautoriti agar selari dengan realiti masyarakat Islam di Malaysia yang mengamalkan Mazhab Syafie.
4- Sekiranya atlet tidak termasuk dalam golongan yang diberikan rukhsoh(keringanan), maka tidak ada rukhsoh (keringanan) lain bagi atlet tersebut untuk berbuka. Rukhsoh (keringanan) yang diberikan adalah sebab syar’ie yang mengharuskan, bukan sebab Sukan Olimpik.
5- Atlet muslim juga mestilah menutup aurat semasa dalam pertandingan kerana ia merupakan kewajipan dan juga bagi menghormati bulan Ramadan.
6- Maka pekerjaan berat dalam mencari nafkah yang wajib yang diberikan rukhsoh(keringanan) mesti dilihat dari sudut batasan mudarat ke atas diri atau kecelakaan apabila hilang nafkah wajib serta masa yang terikat dengan perjanjian. Justeru, adakah atlet merupakan satu pekerjaan sebagaimana dalam perbincangan tersebut, ia perlu dinilai dari sudut apa yang telah dibincangkan di atas.
7- Berkenaan dengan Sukan Olimpik yang dianjurkan dalam bulan Ramadan, MANHAL PMRAM melihat sepatutnya negara-negara Islam dalam OIC dan Liga Arab mengambil tindakan yang tegas dalam menuntut agar diadakan pada bulan selain Ramadan bahkan mungkin melakukan boikot sekiranya penganjuran tersebut bertujuan mencemarkann kesucian Ramadan dan menyentuh sensitiviti umat Islam.
8- Ataupun negara-negara Islam boleh mendahulukan non-Muslim bagi mewakili negara dalam Sukan Olimpik yang dilakukan pada bulan Ramadan sekiranya dengan penarikan diri daripada sukan tersebut akan menyebabkan kerugian. Dan jika atlet muslim juga yang mewakili negara Islam dalam sebarang sukan dalam bulan Ramadan, maka perbahasan adalah sebagaimana di atas.
Wallahu a'lam
Disediakan oleh barisan Felo MANHAL PMRAM 2012 yang terlibat :
Muhamad Zuhaili Saiman
Ainuddin Ishak
Ahmad Ulwan Hassim
Muhammad Zikri Mohamad Zaki
Rujukan :
1- Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh, Dr Wahbah az-Zuhaily, cetakan Dar al-Fikr
2- Fiqh al-Lahwi Wa at-Tarwih, Dr Yusuf al-Qardhawi, Makabah Wahbah
3- Fiqh as-Siyam, DR Yusuf al-Qardhawi, Makabah Wahbah
4- Al-Fatawa Min Ahsan al-Kalam Fi al-Fatawa Wa al-Ahkam, Syeikh Atiyah Saqar, cetakan Maktabah at-Taufiqiyah
5- At-Taqrirat as-Sadidah Fi Masail al-Mufidah, Syeikh Hasan bin Ahmad bin Muhamad Al-Kaf, cetakan Dar al-Mirath an-Nubuwah
6- Nihayah as-Sul Fi Syarh Minhajal-Wusul Ila ‘Ilmi al-Usul, Syeikh Jamaluddin Abdul Rahim bin Hasan al-Isnawi
[2] تفسير آيات الأحكام jilid 1 karangan Syeikh Muhammad Ali As-Sobuni, dan جامع البيان jilid ke-2 karangan At-Tabrani
[3] Nihayatul as-Sul Fi Syarh Minhaj al-Wusul Ila ‘Ilm al-Usul, Imam Jamaluddin Abdul Rahim bin Hassan al-Isnawi, m/s 92, cetakan Dar Ibn Hazam
[4] Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh, Dr Wahbah az-Zuhaily, jilid ke-3, m/s 1663-1668, cetakan Dar al-Fikr
[5] Fiqh as-Siyam, Dr Yusuf al-Qardhawi, m/s 45, cetakan Maktabah Wahbah
[6] FIqh as-Siyam, Dr Yusuf al-Qardhawi, m/s 43 cetakan Maktabah Wahbah
[7] Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh, Dr Wahbah Az-Zuhaily, jilid ke-3 m/s 1701, cetakan Dar al-Fikr
[8] Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh, Dr Wahbah Az-Zuhaily, jilid ke-3 m/s 1701, cetakan Dar al-Fikr
[9] Fiqh as-Siyam, Dr Yusuf al-Qardhawi, m/s 45, cetakan Maktabah Wahbah
[10] Fiqh al-Lahwi Wa at-Tarwih, Dr Yusuf al-Qardhawi, m/s 49 cetakan Maktabah Wahbah
[11] Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh, Dr Wahbah Az-Zuhaily, jilid ke-2, m/s 1346, cetakan Dar al-Fikr
[12] Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh, Dr Wahbah Az-Zuhaily, jilid ke-2, m/s 1348, cetakan Dar al-Fikr
[13] FIqh as-Siyam, Dr Yusuf al-Qardhawi, m/s 43 cetakan Maktabah Wahbah
[14] Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh, jilid 3, m/s 1702, Dr Wahbah Az-Zuhaily, cetakan Dar al-Fikr
Dinukil oleh
عبد الرحمن بن العزمي
pada jam
4:12 PG
Labels:
Fiqh & Usul Fiqh,
Isu Semasa


Langgan:
Catatan (Atom)