Politik..
Masjid..
Dua suasana yang pastinya digambarkan oleh banyak pihak sebagai sangat berbeza. Mana mungkin politik dan masjid boleh bersama. Apatah lagi disatukan.
Apabila disebut politik, pasti ramai yang terbayang akan beberapa parti yang bertanding, dengan manifesto dan posternya dan yang menang akan ke dewan, sama ada dewan dun atau parlimen. Di situ pula akan berlaku pergaduhan, maki-hamun, kata-mengata antara dua pihak yang tidak sehaluan.
Apabila disebut masjid, pasti ramai yang terbayang akan satu tempat yang damai dan tenang, yang kebiasaannya dipenuhi oleh orang tua, tempat untuk solat dan mendengar ceramah agama dan tempat untuk solat Jumaat.
Benarkah politik tidak harus dibenarkan berada di dalam masjid?
Sebelum menjawab soalan ini, harus kita merujuk kembali kepada istilah masjid dan politik dan seterusnya merujuk kembali kepda contoh ikutan terbaik, Nabi Muhammad S.A.W.
Apakah yang dimaksudkan dengan masjid? Apakah yang dimaksudkan dengan politik?
Dari segi bahasa, masjid bermaksud tempat sujud, iaitu tempat mengerjakan sembahyang. Dari segi sosio-politik, ia bermaksud suatu tempat berkumpul bagi tujuan untuk mendapatkan keredhaan dan keberkatan ilahi.
Politik atau siyasah (bahasa Arab) berasal daripada perkataan saas yasus siyasah yang membawa maksud memimpin atau mengatur. Di dalam perbahasan kamus Tajul Arus, as-siyasah membawa maksud melakukan sesuatu yang akan mendatangkan kebaikan. Di dalam buku 'Ma'rifah Ulum as-Siyasah', as-siyasah diertikan sebagai suatu disiplin ilmu tentang organisasi sosial kemasyarakatan. Sementara itu, dalam Kamus Kamil, politik dikatakan berkenaan dengan kekuasaan dan pentadbiran dalam masyarakat awam. Di dalam Ensiklopedia al-Ulum al-Ijtima'iyyah, politik membawa maksud, 'segala aktiviti manusia yang berkaitan dengan penyelesaian pelbagai konflik dan menciptakan keamanan bagi masyarakat'. (Sila rujuk: Agama dan Politik; Wawasan Ideal dan Menyanggah Kekeliruan Pemikiran Sekular-Liberal, tulisan Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawy)
Dalam kamus dewan edisi ke-4 terbitan tahun 2005, politik didefinisikan sebagai sebagai ilmu pengetahun berkenaan cara atau dasar-dasar pemerintahan. Dr Khalid B Ali B Muhammad Al-Anbariy pula mendefinisikan politik atau siyasah, di dalam bukunya, 'Sistem Politik Islam Menurut Pandangan Al-Quran, Al-Hadis & Pendapat Para Ulama' sebagai menguruskan sesuatu urusan dan memperbaikinya (dari segi bahasa) dan mentadbir urusan negara/satu ilmu kemahiran memerintah negara (dari segi istilah).
Jelas sekali politik atau siyasah itu amat luas skopnya jika dibandingkan dengan apa yang sering tergambar di kotak pemikiran orang ramai. Apa-apa yang berkaitan dengan pemerintahan, kepimpinan dan kekuasaan adalah termasuk di dalam ruang lingkup siyasah atau politik.
Benarkah politik tidak harus dibenarkan berada di dalam masjid?
Tiada contoh yang terbaik untuk diikuti melainkan mengikut jalan dan cara hidup Rasulullah S.A.W. dan sahabat-sahabat Baginda. Apa yang dilakukan Baginda dikira sunnah walaupun peringkatnya/jenis-jenisnya ada sedikt perselisihan di kalangan Ulama' (Sunnah Ibadah, Sunnah Adat dll)
Adakah Rasullulah S.A.W dan para Sahabat berpolitik di dalam masjid?
Pada zaman Rasullullah S.A.W., masjid adalah merupakan tempat ibadat, pusat pemerintahan (baca:Putrajaya), tempat letaknya Baitumal Negara (baca:Bank Negara), tempat persinggahan dan tempat menyambut tetamu (baca:Hotel Hilton dan Putrajaya), tempat membuat perisytiharan kepada umat termasuk perisytihataran pelantikan Khalifah (baca: PWTC dan Putrajaya) [Sumber: al-Sirat Nabawiyyat Fi al-Quran Wa al-Sunnat, karangan Abu Shuhbah] dan banyak lagi fungsinya yang berkaitan dengan ibadah, pemerintahan dan masyarakat.
Adakah Rasulullah S.A.W. tidak berpolitik di dalam masjid? Pusat pemerintahan, Baitumal, pengisytaharan khalifah, semuanya adalah berkaitan dengan politik. Bukan sahaja Rasulullah S.A.W. berpolitik di dalam masjid, bahkan menjadikannya sebagai pusat politik.
Siapa kita untuk menentang contoh teladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W?
Siapa lagi yang harus kita contohi dalam hidup ini jika bukan Rasulullah S.A.W.?
Adakah dengan pinjaman kuasa yang sedikit ini menjadikan kita ego, buta dan tuli untuk melihat kembali sunnah Rasulullah S.A.W. dan mengikuti Baginda?
Apabila isu ini hangat kembali buat sekalian kalinya, suatu benda tersirat yang sering kita terlepas pandang; betapa berjayanya pihak penjajah (baca:British) memesongkan fikiran rakyat di negara ini bahawa agama dan pemerintahan (politik) adalah dua entiti yang berbeza dan saling terpisah. Mereka berjaya menghadkan kuasa raja-raja sebagai ketua hal ehwal agama dan ketuanan Melayu sahaja. Selepas undang-undang ini diterima, secara rasminya rakyat di negara ini didoktrinkan bahawa agama dan pemerintahan adalah berbeza. Mereka juga berjaya meninggalkan kuda-kuda tunggangan mereka untuk diserahkan pemerintahan negara ini mengikut acuan mereka dan seterusnya meneruskan segala agenda dan doktrinisasi mereka. Hasilnya, dapat dilihat kini.
Amat sedikit rakyat negara ini yang memahami politik daripada kerangka sebenar. Mereka memahami politik dari ruang lingkup yang sempit dan tiada kaitan langsung dengan agama. Masjid hanya untuk beribadat. Ustaz hanya untuk berceramah dan mengajar kitab. Ulama' hanya perlu berada di dalam majlis fatwa dan hanya mengeluarkan fatwa yang selari dengan kehendak pemerintah.
Hasilnya juga dapat dilihat daripada sudut politik dan pemerintahan. Rasuah, penipuan, kronisme, sistem kapitalis berluas-luasa. Tiada ulama' sebagai penasihat utama pemerintah. Pemerintah amat kurang ilmu agamanya. Mengapa terjadi begitu? Tidak lain tidak bukan kerana agama dianggap tiada kaitan lansung dengan pemerintahan dan politik.
Penulis agak terkejut kerana isu menyampaikan khutbah berbaur politik hangat diperkatakan. 'Mereka' mungkin tidak sedar yang sebenarnya 'mereka' telah lama mem'politik'kan khutbah. Adakah penyelarasan khutbah bagi setiap tempat, hanya khatib yang bertauliah sahaja yang dibenarkan menyampaikan khutbah, kempen buah-buahan dan kebersihan di dalam khutbah dan doa kesejahteraan kepada pemerintah/sultan/pemangku raja bukan termasuk di bawah kategori mempolitikkan khutbah?
'Mereka' mungkin tidak sedar dan tidak akan sedar kerana 'mereka' tidak mengerti apa sebenarnya yang dinamakan politik dan sejauh mana perkaitan politik dengan Islam itu sendiri. Proses doktrin yang berjaya oleh pihak Barat dan kuda-kuda tunggangan mereka. Ingat! Anda tidak akan selamanya berjaya. Itu janji Ilahi.
"Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)" - (Surah at-Taubah:32)
* Mereka: merujuk kepada sesiapa yang berkenaan
18:05 PM,
26 Jamadil Awwal 1431,
Kota Anggerik, Tanah Melayu
-Allah S.W.T. lebih mengetahui segalanya-
10 ulasan:
Assalamulaikum... Satu blog yang cukup bermanfaat. Insya Allah akan terus dikunjungi selepas ini. Gaya penulisan yang ilmiah, santai dan sangat mudah dihadam.
assalamualaikum,,
so,,pd enta,,politik dbnarkn??
ya,,mmg bnar rasulullah mggunakn masjid sbg tmpat b'politik.ttapi pd zaman bginda hnya ada 1 parti politik..tdak spt zman skrang..t'dpat bnyk parti politik yakni yg mmbrukkn antara satu sama lain..masjid b'tujuan jga sbgai tmpat beribadah,,juga tmpat perpaduan umat..jika t'dpat apa2 unsur yg b'potensi mmcah-belahkn perpaduan umat,,ianya tdak dbnarkn sama skli..jika Malaysia mempunyai satu pucuk pimpinan sahaja,,maka dbnarknlah utk mengadakn POLITIK di dlm masjid..dan jika Malaysia mggunakn sistem autokratik(bkannya demokratik) sudah tentu dbnarkn..tetapi kita mmpunyai bnyk parti politik..cuba bygkn..pncramah dr 1 parti politik ini mmbincangkn perihal kburukkan parti politik lawannya sdgkn di dlm masjid itu juga t'dpat penyokong parti lawannya itu,,tidakkah itu akn mencetuskn pergaduhan wahai sahabat??hal ini juga boleh mendorong kpd purata muslim yg pergi ke masjid utk mndgr ceramah..niat tidak menghalalkan cara wahai sahabat..jgnlah t'lmpau taksub dgn sesuatu sehingga enta sggop menghalalkan yg haram..wallahuallam..
ana ingin bertanya kepada tanpa nama di atas..adakah anda tahu kenapa wujudnya banyak parti politik di Malaysia ini terutamanya yang didokong oleh orang Islam dan Melayu?
Pada asalnya, mereka berada di bawah satu parti. Namun, apabila kepimpinan parti tersebut dengan secara terang-terangan melakukan maksiat dan tidak mengendahkan teguran,ulama'-ulama' yang berada di dalam biro agama tersebut keluar parti tersebut dan menubuhkan parti yang betul-betul memperjuangkan Islam, bukannya nasionalis,yang mana bersekongkong dengan penjajah..
Belajarlah dari sejarah sheikh..jangan cepat terpedaya dengan mainan arus perdana.akibatnya, boleh tersalah sangka dan boleh melemparkan tuduhan yang melulu.
Kenapa 'mereka' sangat takut politik berada di dalam masjid?
Kerana apa yang diperkatakan oleh sebelah pihak lagi adalah tentang keadilan,pemerintahan dan perjuangan Islam yang sebenar yang mana bertentangan dengan apa yang dibawa 'mereka'.
Menjadi kewajipan rakyat untuk menegur pemerintah dan menjadi kewajipan kita sebegai khalifah di muka bumi ini untuk menyeru perkara yang ma'ruf dan mencegah perkara yang mungkar.
Memandangkan masjid adalah tempat berkumpulnya umat Islam, maka amat sesuailah masjid juga dijadikan tempat untk berpesan kepada perkara-perkara kebenaran.
ana ingin bertanya lagi..adakah tanpa nama pernah mendengar/mengetahui yang salah seorang ulama'ini pernah mengajak untuk bergabung dengan 'mereka', dengan kata lain,tiada masalah untuk bergabung, asalkan parti 'mereka' mengubah dasar parti kepada dasar Islam?...adakah pihak
'mereka' menyambut lamaran ini?
terima kasih banyak2 kepada saudara/ri yang memberi komen & membuka kepada pintu perbincangan. ana amat menghargainya..
Pokoknya, kita kena jelas, politik hanyalah satu alat, bukanya matlamat..
wallahu'alam..
persoalannya,,
adakah perkara yg mereka sampaikan itu boleh memecah-belahkan perpaduan umat??
sedangkan masjid merupakan asas perpaduan umat??
pada ana,,seelok-eloknya jika kita elakkan politik di dlm masjid,,teruskan sahaja dengan ilmu Allah yang belum tentu kita sudah menguasainya..sesungguhnya selruh ilmu di dunia ini ibarat setitk air di lautan..
hukum-hakam dunia pon kita blom selesai lg..ini mahu menghadap politik di dalam masjid..di luar masjid sudah ada politik.jgn la dibawa smpai ke masjid...
bnyk lg perkara laen slaen politik yg boleh dbawa ke masjid
wallahuallam..
Wahai Tanpa Nama...
Agama & Politik tidak boleh dipisahkan.. Politik bukan hanya relevan di kandang parlimen sahaja..
Adakah politik bukan ilmu Allah? adakah politik tidak boleh termasuk dalam ilmu agama?
Yang ana maksudkan di dalam artikel ialah politik juga ada tempatnya di dalam masjid sebab ia adalah sebahagian daripada juzuk ajaran Islam yang Syumul, bukannya bermaksud setiap masa kene berpolitik..
Fahami dulu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan politik itu. Dibimbangi kita akan memandang skeptik terhadap politik oleh kerana sikap sesetengah daripada mereka yang tidak mencerminkan wajah politik sebenar seperti kita memandang Islam pada pengamalan umat Islam kini,bukan pada ajarannya.
1 lg, ana bukannya menghalalkan yang haram. Siapa ana untuk menghukum. Namun,perkara yang sudah jelas, harus disampaikan kalau ia diketahui..
wallahu'alam..
politik yg mmbawa kpd perbalahan dan kemudaratan umat islan seharusnya dielakkan di dalam masid..sesungguhnya masjid mempunyai kehormatannya sendiri..
politik kita kini banyak membawa perbalahan daripada perpaduan..jangan sampai nanti kita asyik kedengaran debat politik sahaja di dalam masjid..
tidak lagi sirah2 rasulullah mahupun hukum fiqah dan juga aqidah..
seelok-eloknya politik dielakkan kerana terdapat banyak sangat2 perkara yang kita tidak tahu~
sesungguhnya perkara yang duniawi tidak dibenarkan didalam masjid..kerana akan hilang segala pahala amalan sehingga 40..
wallahuallam..
Buat tanpa nama, jika benar mahu menulis dan membaca untuk mencari kebenaran, perkenalkanlah diri tanpa nama dengan bernama. Kerana Islam itu indah dengan saling kenal mengenali antara satu sama lain.
Sejarah penjajahan serantau tanah Melayu bermula dengan 3G. God, Gold, Glory. Setelah kajian dibuat, seorang pakar strategi belanda telah mencadangkan kepada seluruh dunia barat supaya memisahkan ummat Islam daripada kekuatannya yang besar. Pisahkan mereka dari memahami bahawasanya Islam itulah individu dan negara, pemerintahan dan pendidikan, agama sebagai cara hidup individu dan cara hidup bernegara.
Lalu cadangan ini disusuli dengan modus operandi menjauhkan ummat dari al-Quran. Kerana ummat yg buta al-Quran akan menjauhi hadith dan ummat yg menjauhi hadith akan membuang jauh sirah nabi dan para sahabat daripada menjadi rujukan kehidupan.
Politik juga perlu difahami secara luas. Jangan disempitkan semata dengan politik kepartian. Sebelum berdiskusi lebih jauh dan menrungkai kesatuan, saya amat2 menggalakkan tuan tanpa nama supaya mendatangkan nama dan sama2 membaca dahulu buku2 yg menjadi rujukan penulis blog ini tentang artikel ini.
Juga perlu diberi perhatian dan penjelasan tentang kepentingan politik bukan semata2 untuk dibawa kemasjid.
Saya secara peribadi tidak berapa gemar mendengar kuliah2 yg semata2 bercerita tentang parti. Tapi, prinsip2 keadilan dan kebaikan itulah yg perlu diperjelaskan supaya ummat jelas dan tidak tersalah dalam memilih pemimpin. Begitu byk sekali panduan dari quran dan sunnah ttg kepimmpinan. Apakah bercerita ttg kepimpinan itu bukan soal politik? - ruang lingkup politik terlalu luas -
Imam Ghazali mengatakan dari hikamnya yg masyhur "Agama itu asas, dan Kuasa pemerintahlah yg menjaganya " . Agama dan kuasa pemerintah itu bagaikan kembar. Kalau hilang salah satunya, maka boleh runtuhlah salah satunya.
Satu persoalan; bolehkah pelajaran akhlak, akidah, tauhid, ibadah, fiqah dan tasawuf dan sebagainya itu diajarkan dengan aman didalam masjid jika mahu pergi ke masjid pon takut2 kena ragut, takut2 kena rompak, takut2 kena samun tengah jalan, takut2 kena tembak, takut2 kena culik?
Disini peranan politik sebagai kuasa untuk memudahkan agama diajar dan disebarkan.
Inilah persoalan sebenarnya yg kita hadapi. Politik dipisahkan dari masjid dalam konteks kehidupan kita semua secara total dan menyeluruh.
Betapa ramai org yg pergi ke masjid, tapi anak2 dirumah tidak solat?
betapa ramai ibu bapa yg pergi solat, tapi anak2 tak tutup aurat?
Kalau ditegur, dikatakan sebagai berpolitik. Kalau diberitahu ada kempen menutup aurat dan mengajak anak2 ke masjid pon dikatakan berpolitik ke masjid.... ini fahaman sempit hasil tusukan jarum yahudi.
Usah bicara soal perpaduan jika tidak mahu berpadu diatas JALAN ALLAH.
Benar Allah menyuruh kita bersatu padu, tapi bukan diatas jalan thaghut kebangsaan, bukan diatas jalan sekularasasi, bukan diatas jalan jahiliyah moden, bukan diatas jalan liberalisasi sisters in Islam, bukan diatas jalan perkauman, bukan diatas jalan sosiolisasi, bukan diatas jalan membunuh dan memukul kemudian menuduh itu adalah satu tragedi dan kes bunuh diri@ kes pukul diri sendiri tanpa memberikan pembelaan sewajarnya mengikut ajaran al-Quran dan hadith.
Kalaulah perpaduan yg dikejari dan dimaksudkan itu termasuk salah satu dari mana2 tujuan jalan2 bathil diatas ataupun yg tidak tersebut diatas, maka, penjelasan dan perbincangan secara ukhuwah itulah yg terbaik supaya semuanya hanya mahu berpeganga kepada JALAN ALLAH, bukan lagi JALAN KEBANGSAAN yang sempit lagi ditentang Nabi.
Kalau tiada mahu berpadu diatas jalan ALLAH, tiada masalah untuk kita tiada bermadu dijalan yang sama didunia ini kerana dunia dan akhirat hanya MilikNYA.
Masjid dan Politik, dua2 ciptaanNYA untuk menguji kita. Pisahkanlah jika anda tiada mahu bersama Nabi diakhirat nanti. Lihatlah Islam dari kerangka Nabi, sahabat, tabi' tabi'in dan para ulama melihatnya. Disitu keluasan yang sebenar pasti dirasai.
Jika masih melihat masjid dari faham perkauman dan kebangsaan, usah geram dan marah dengan al-Quran, Hadith dan sirah yg membicara dan mengajarkan tentang apa itu politik dan bagaimana cara diguna dan apa kegunaannya buat Islam. Jika marah, anda termasuk dlm golongan yang diarahkan oleh Nabi supaya diruntuhkan masjid yang dibina oleh mereka. Masjid dhirar golongan munafiq.
Luaskan pandangan, Moga kita tetap mahu dan mampu bersama Nabi diakhirat nanti...bukan bersama para perosak agama didewan negara dan para perosak agama yg menghalang kebenaran dari dinyatakan dan diajarkan didalam Masjid ALLAH.
The way you see the thing, determine who you are..
politik dan masjid memang tak patut dipisahkan.
tapi statement ni tak bermaksud kita menghalalkan caci maki dan perbalahan di dalam masjid.
berpolitik yang diharuskan di dalam masjid adalah politik yang berakhlak.
kenapa bila sebut 'politik', ramai yang mengaitkannya dengan perbalahan etc, walhal politik tu sebenarnya suci, yang mengotorkan politik tu adalah sesetengah ahli politik.
---> teruskan berpolitik di masjid, tapi biarlah secara berhemah.
:: Allah knows best ::
Catat Ulasan