Facebook..
Satu fenomena baru kepada masyarakat kini.
Satu laman sosial yang berjaya mengetepikan saingan laman sosial lain seperti friendster, twitter, Hi5 dan lain-lain.
Satu laman sosial yang mempunyai 'multi-function' seperti perkongsian gambar, video, chatting, kuiz, games dan pelbagai lagi.
Jika dahulu laman web pertama yang akan dibuka apabila mengakses internet adalah laman friendster atau yahoo!, namun kini facebook sudah berjaya mendepani mereka (terutamanya golongan remaja dan belia).
Jika friendster, Hi5 dan laman sosial lain hanya kelihatan seperti tempat untuk bersoronok dan berkenal-kenalan sahaja, namun facebook ternyata berbeza.
Buktinya, ramai tokoh-tokoh masyarakat dari pelbagai bidang seperti tokoh politik, tokoh hiburan, tokoh agama dan tokoh pemikir menggunakan facebook sebagai salah satu medium untuk mereka menyebarkan dan menyampaikan komen, pendapat, pendirian, meluaskan pengaruh dan mungkin mempromosikan diri atau aktiviti-aktiviti mereka.
Contohnya, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dengan facebook 1 Malaysia, dan hampir semua artis yang menggunakan jalan ini untuk tujuan masing-masing, sesuai dengan bidang dan kepakaran masing-masing.
Di kala rakan-rakan semua berlumba-lumba untuk log in dan menaip komen di dalam facebook, aku ternyata mengambil langkah yang menongkah arus, iaitu tidak menyertai alam facebook.
"Eh, Dome.. Bakpo mu x wat facebook??.. Nak contact pun payoh..", terdengar suara sahabatku di Jordan yang menghubungiku melalui telefon.
"Kenapa tak buat facebook?.. Banyak benda dalam ni.. Kau sorang je bro yang takde facebook", pujuk seorang sahabat untuk memintaku membuka akaun facebook.
Ramai lagi sahabat yang bertanya mengapa aku tidak menyertai facebook.
Pertamanya, aku ingin menegaskan ini adalah pegangan a.k.a prinsip a.k.a ijtihad a.k.a fatwa (tak pasti nak guna perkataan yang mana) untuk diriku SAHAJA dan sehingga saat ini SAHAJA. Bukan untuk orang lain dan mungkin boleh berubah mengikut keadaan dan keperluan. Mungkin sesuai untuk dituruti, mungkin tidak.
Mengambil daripada iktibar laman sosial friendster yang pernah disertai satu ketika dahulu, aku merasakan aku tidak cukup kuat untuk menjaga diriku dari pelbagai perkara. Antaranya, menjaga pandanganku memandangkan facebook adalah antara medan utama untuk 'muslimah-muslimah' memperlihatkan kecantikan mereka, menjaga tutur kataku yang akan dilepaskan dalam bentuk bertaip di dalam komen, menjaga sedikit masaku daripada membaca benda-benda yang tidak sepatutnya, melihat yang tidak sepatutnya dan bermain games (cukuplah duk main games lain yang dah tersedia banyak membuang masa).
Tidak dinafikan facebook adalah ruang yang terbaik untuk berdakwah dan menerangkan Islam seperti yang telah dilakukan oleh para asatizah, namun aku merasakan aku tidak cukup kuat untuk mengggunakan jalan facebook sebagai jalan dakwah melebihi kerosakan-kerosakan (seperti di atas) yang akan dilakukan oleh diriku. Adalah lebih untuk diriku ber'puasa' buat masa ini daripada terjun ke dalam lembah yang aku tidak yakin mampu memberi banyak manfaat daripada kerosakan kepada diriku (sahaja).
Aku sudah mempunyai telefon bimbit, e-mail, YM, blog dan akaun friendster yang tidak aktif. Maka, tiada alasan yang kukuh untuk diriku membuka akaun facebook atas nama untuk berhubung dengan rakan-rakanku buat masa terdekat ini. Cukuplah mengoptimumkan medium lain yang telah tersedia ada. Berbalik kepada kaedah Feqah, "Apabila bertembung antara dua kerosakan, pilihlah kerosakan yang lebih kecil". Tidak dapat berhubung dengan sahabat-sahabat melalui jalan facebook mungkin adalah satu kerosakan, namun membuat perkara-perkara yang tidak sepatutnya (seperti di atas) sudah semestinya merupakan kerosakan yang lebih besar (bagi diriku).
Harapannya, sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja yang telah menjadi pengguna facebook, optimumkanlah penggunaannya ke arah kebaikan kerana terdapat ruang yang sangat laus di dalamnya. Usahlah digunakan pada jalan yang tidak sepatutnya. Tinggalkan komen yang tidak membina, upload gambar yang tidak sepatutnya ditatap oleh masyarakat umum, men'cuci' mata pada tempat yang tidak sepatutnya dan lain-lain kerosakan.
Diharapkan tulisan ringkas ini sedikit sebanyak mampu menjawab persoalan sahabat-sahabat mengapa aku masih lagi tidak menyertai facebook. Sekali lagi ditegaskan ini hanyalah pegangan a.k.a prinsip a.k.a ijtihad a.k.a fatwa (tak pasti nak guna perkataan yang mana) untuk diriku SAHAJA dan sehingga saat ini SAHAJA. Bukan untuk orang lain dan mungkin boleh berubah mengikut keadaan dan keperluan.
"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman" (Surah Adz- Dzariyat:56)
-Allah s.w.t. lebih mengetahui segalanya-
6 ulasan:
mantap..teruskan..
congrats for being steadfast to your own principle.i choose the same way, but for the diff. reason.
Bagus rahman, teruskan untuk tidak berfesbuk at least sampai grad nanti.
Walaupun mungkin ada faedah yg kita boleh dapat dari FB (itupun kalau pandai guna la), tapi potensi untuk dilekakan tu sangat tinggi. Dan memerlukan kekuatan yang tinggi untuk melawan godaan2 tersebut.
InsyaAllah tak rugi pun kalau takde akaun FB, malah mungkin lagi untung kot bagi student sebab takde la kes2 assignment terbengkalai akibat leka melayan FB yang tak putus2 godaannya.
Jangan tergoda dengan ajakan2 kawan2 untuk buka akaun FB. Biarlah orang kata kita tak updated tanpa FB, yang penting kita lebih tau apa yang baik & apa yang buruk untuk diri kita sendiri. Lagipun kita still ada YM & SMS.
p/s: I already have my FB account, and I'm regret having it. Wallahu a'lam
salam..
Alhamdulilah syukur pd Allah y tlh menggerakkn hti anta tuk perkongsian mengenai fbook ni..
ana juga slh seorg fbooker..tp buat mse skrg ana tlh deactivate account ana krn ada persoalan y sdg bermain d benak fikiran ana...
Alhamdulilah slama penglibatan ana dlm fbook, bnyk article2 dkwah y tlh ana postkn d wall lmn fbook ana..n ada bnyk jga perkongsian ilmu y dperoleh dr shbt2,persoalan ana....
adakah wujudnya ikhtilat d alam maya? ana mngambil kputusan, jika ana mndpt jwpn pd persoalan ini n yakin dgn hujah2nya brulah ana akn fkirkan kembali samada off fbook sketika atau tuk slamanya...
jika anta punya pndapat ttg persoalan ini mnta jsa baik anta kongsikan bersama ana n shbt2 laen.. :)
baru ku tahu deme ada fatwa dale FB ni....hehe
dari Urdun Awwalan..: )
baru saya abe me fatwa abe me tu...saya respek kat abe me...teruskan dgn jalanmu me..smoga abe me sentiasa thabat dgn jalan dakwah..
من المملكة الاردنية الهشيمية
Catat Ulasan