Sabtu, 1 Disember 2007

Lupa Hafazan al-Qur'an



Apa hukumnya apabila lupa akan ayat-ayat al-Quran yang telah dihafal? Adakah kita berdosa kerana tidak mengulang bacaan ayat-ayat tersebut sehingga menyebabkan kita lupa?

Jawapan
Asas hukum di dalam isu ini adalah hadith-hadith berikut :-
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " ما من امرئ يقرأ القرآن ثم ينساه إلا لقي الله عز وجل أجذم "

Ertinya : "Tiada siapa pun yang membaca Al-Quran kemudian melupakannya kecuali ia akan bertemu Allah SWT di hari kiamat dalam keadaan kerdil" (Riwayat Abu Daud; Al-Munziri mengatakan ada perawinya Yazid Bin Abi Ziyad, hadithnya tidak dijadikan hujjah; Dhoif menurut Albani ; no 1474, hm 176)

Abu Ubayd menyebut : "Ajzam" di dalam hadith di atas bermaksud terpotong tangan, manakala Ibn Qutaybah pula menyebut ianya bermakna kerdil. (Ma'alim as-Sunan, AL-Khattabi, 1/253 ; Awnul Ma'bud, Ibn Qoyyim)

Terdapat ulama yang menjadikan hadith di atas sebagai hujjah dalam isu melupakan hafazan al-Quran. Disebut huraian "yaqra" di atas merangkumi maksud membaca dengan melihat, membaca secara hafaz dan membaca makna Al-Quran kemudian meninggalkan pembacaannya secara lupa atau sengaja. Bagaimanapun hadith di atas telah dihukum sebagai dhoif.

Antara hadith lain adalah :-
"عرضت عليّ ذنوب أمتي فلم أر ذنباً أعظم من سورة من القرآن - أو أية - أوتيها رجل ثمّ نسيها"

Ertinya : " Dibentangkan kepadaku dosa-dosa umatku dan tidak aku nampak dosa yang lebih besar dari satu surah dari Al-Quran atau satu ayat ,yang diberikan kepada seorang lelaki kemudian ia melupakannya" (Riwayat At-Tirmidzi, bab Fadhail Quran dari Rasulullah SAW, no 2840 ; At-Tirmidzi: Gharib; Al-Munziri: Dhoif kerana perawi bernama Abd Majid Bin Abd Aziz; rujuk Tuhfatul Ahwazi)

Para ulama salaf berbeza pandangan dalam bab melupakan ayat Al-Quran, sebahagian mereka menjadikannya sebagai dosa besar, antaranya Ulama Syafie seperti Syeikh Ar-Ruyani, Al-Qurtubi dan lain-lainnya yang mengatakan melalaikan pembacaanya adalah penyebab kepada lupa ayatnya, lupa ini menunjukkan tidak memberi perhatian sewajarnya terhadap Al-Quran.

Malah di sebut dalam sebuah riwayat Mawquf :
" ما من أحد تعلم القرآن ثم نسيه إلا بذنب أحدثه , لأن الله يقول (( وما أصابكم من مصيبة فبما كسبت أيديكم)) "

Ertinya: Tiada seorang pun yang mempelajari Quran kemudian melupakannya kecuali ditimpa dosa, kerana Allah berfirman: "Tiadalah musibah yang menimpa kamu kecuali dengan sebab tangan-tangan kamu sendiri", mereka menambah : tiada musibah yang lebih besar dari melupakan al-Quran.

Sebuah lagi sambungan hadith di atas tetapi bertaraf mursal menurut Al-Hafidz Ibn Hajar Al-Asqolani; Ertinya: "..tidak aku nampak dosa yang lebih besar dari dosa penghafaz al-Quran kemudian meninggalkannya" (Dikeluarkan oleh Ibn Abi Daud ; Rujuk Fath Al-Bari)
Imam Al-Qurtubi pula berpendapat bahawa sesiapa yang menghafaz Al-Quran maka telah tinggi darjatnya sekadar mana yang ia hafaz, apabila rosak kedudukan ini kerana lupa maka ia akan membawa kepada jahil, maka jahil selepas berilmu adalah amat buruk. (Rujuk Fath al-Bari, bab: Kelebihan Al-Quran, no 4650)

Bagaimanapun, sebahagian ulama salaf pula pula menghuraikan maksud lupa di sini adalah melupakannya dengan meninggalkan beramal degan ayat itu. Ini kerana amaran jikakalau lupa ini hanya tertakluk kepada lupakan hafazan al-Quran maka akan berkatalah seseorang, bahawa LEBIH BAIK TIDAK PERLU MENGAHAFAZ TERUS. Maka ia bertentangan dengan objektif Shariah.

Kesimpulan
Apapun tafsiran dan kekuatan dan kelemahan rawi hadith, sememangnya menjadi kewajiban bagi menjaga hafazan Al-Quran demi mengekalkan ketinggian maqam di sisi Allah, juga amat wajib bagi yang telah mempelajari ilmu-ilmu dari Al-Quran dan memahaminya kemudian melupakannya. Justeru, amat perlu bagi kita umat Islam mengingati hafazan dan ilmu dari Al-Quran untuk dibaca dan diamal. Wallahu ‘alam.

-Ust Zaharuddin Abdul Rahman-


*dipetik dari www.zaharuddin.net

Sabtu, 17 November 2007

CINTA REMAJA



Cinta adalah fitrah bagi setiap manusia. Setiap insan pasti mahu dirinya dikasihi dan disayangi. Cinta sebenarnya adalah ‘Mahabbah’ yang bermaksud perasaan kasih sayang yang sukar diterjemahkan. Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi yang lahir daripada hati nurani yang luhur dan suci. Cinta tidak boleh dipaksa serta dibeli dengan apa pun jua. Ia juga buta dan bisa membutakan seperti lagu Ari Ariwatan, ‘Cinta Tak Kenal Siapa’ dan lagu yang pernah popular di awal tahun 90’an dendangan kumpulan Spring, ‘Butakah Cinta’.

Persoalannya, bagaimanakah untuk menyalurkan fitrah semula jadi ini? Kepada siapakah ia harus ditumpahkan?

Kini, sudah menjadi fenomena biasa melihat pasangan remaja berpimpin tangan dan berjalan beriringan di pusat membeli belah hatta di tasik-tasik dan taman-taman bunga. Juga tidak lagi kelihatan jengkel dua insan yang berlainan jenis bergelak ketawa di dalam restoran makanan segera. Maka apakah ini yang dinamakan cinta atau ‘mahabbah’?

Di peringkat IPT, suasana cinta remaja tidak kurang rancaknya. Bermula dengan sesi suai kenal di dalam kuliah, diikuti sesi membalas sms hingga ke larut malam seterusnya mengikat janji pertemuan di hujung minggu bagi melepaskan rindu yang membara setelah terpisah buat seketika. Tidak hairanlah pada hujung minggu pusat membeli belah menjadi begitu ‘meriah’ dengan kehadiran insan-insan yang sedang asyik mendamba kasih ini. Dunia ini bagaikan mereka yang punya. Mereka bagaikan berada di dunia sendiri sehingga terkadang-kadang mereka tidak menyedari akan kehadiran orang ramai yang memerhatikan gaya ‘sumbang’ mereka. Hebat sungguh panahan cinta.

Fenomena millenium ini turut merasuk golongan yang dikatakan mempunyai ‘basic’ agama. Malahan, dalam setengah kes, golongan ini lebih terkehadapan dalam soal cinta. Mereka dianggap lebih tahu apa itu erti cinta sebenar. Cinta mereka dianggap lebih ‘islamik’ dan sejajar dengan syariah. Dimulai dengan kuliah–kuliah agama yang mana dijadikan tempat mengenali ikhwan-akhwat dan seterusnya diikuti sesi membalas sms yang hanya membabitkan kerja.

Apabila sudah kehabisan kerja hendak dibincangkan, sms ‘forward’ yang mengandungi ayat-ayat Al-Qur’an, Hadith Nabi s.a.w., kata-kata ulama’ menjadi ganti dalam meneruskan perhubungan serta dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan mereka. Apabila sudah lali dengan sms tersebut, bentuk sms mula berubah daripada ustaz-ustazah kepada saya-awak, seterusnya menjadi abang-sayang. Adakah ini yang dinamakan cinta ‘islamik’ yang berlandaskan ajaran Islam yang sebenarnya?

Lebih memburukkan lagi keadaan, dunia kini dilonggokkan dengan lagu-lagu serta nasyid-nasyid cintan-cintun yang menguasai carta-carta muzik setiap minggu. Setiap minggu pasti terdapat lagu cinta yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan yang mengasyikkan serta membangkitkan semangat bercinta muncul di corong-corong radio. Dunia perfileman juga turut tidak ketinggalan dalam perlumbaan ‘mahabbah’ ini. Tidak kira filem Barat, Melayu, Hindustan mahupun Indon, unsur cinta pasti diselitkan bagi menarik minat audiens menonton filem tersebut. Pelbagai bentuk cinta telah digarap dengan cemerlang oleh pengarah-pengarah yang ‘up to date’ seperti cinta 3 segi, cinta terhalang, cinta pandang pertama dan banyak lagi. Adakah ini satu perkembangan yang sihat kepada para remaja?

Sebenarnya, nilai yang mewarnai dunia hari ini banyak dipengaruhi oleh konsep Machiavellianisme yang diasaskan oleh Niccola Machiavelli yang merupakan seorang pemikir barat dari Florence, Itali. Machiavelli, dalam bukunya, The Prince, telah menekankan konsep ‘The End Justifies The Means’ yang bermaksud niat membersihkan cara. Konsep ini membolehkan seseorang itu melakukan apa sahaja asalkan berniat baik. Konsep inilah yang diamalkan oleh mereka yang selama ini bercinta demi kebahagiaan hari kemudian. Konsep ini sangat bertentangan dengan konsep Islam iaitu ‘Matlamat tak menghalalkan cara’.

Sabda Rasulullah s.a.w.: Tiadalah aku tinggalkan setelah aku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita” (Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan Ibnu Majah).



Dari Jabir Bin Samurah r.a., dari Rasulullah s.a.w.: “Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duaan dengan wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya” (Hadith riwayat Ahmad dan Tirmidzi).

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, saya mendengar Rasulullah s.aw. bersabda: “Janganlah seseorang lelaki berdua-duaan dengan wanita kecuali dengan mahramnya” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

Dari Abu Huzaifah r.a, dari Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya Allah s.w.t. menetapkan untuk anak Adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya” (Hadith riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud).

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman” (Hadith riwayat Muslim dan Abu Daud).

“Dan janganlah kamu dekati zina. Sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk” (Al-Isra’:32).

Firman Allah s.w.t. dalam surah Yusuf, ayat ke-53: “Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengarah kepada kejahatan.”

Dalil-dalil naqli di atas sudah cukup jelas memberi gambaran di mana letaknya cinta pada pandangan Islam. Islam bukan datang untuk membunuh naluri fitrah manusia seperti yang dilakukan oleh para paderi dan sami. Tidak sama sekali. Bukan salah atau berdosa jika perasaan itu hadir tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Tentu ada cinta sesama insani secara Islam. Cinta secara Islam hanya satu, tiada dua, iaitu melalui PERKAHWINAN.

Cinta yang berlaku setelah ijab kabul, akad yang menghalalkan apa jua hubungan bagi dua insan yang berlainan jantina. Inilah cinta sebenar. Cinta yang bermaruah. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih sempurna. Ingatlah, bercinta selepas berkahwin adalah sunnah Rasulullah s.a.w.

Sabda baginda: “Tidak ada yang lebih patut bagi dua oarng yang saling mencintai kecuali nikah” (Hadith riwayat Ibnu Majah).

Jadi, bagaimana dengan kami yang belum bersedia untuk hidup ‘berdua’? Penulis tertarik dengan kenyataan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, “Janganlah berjinak-jinak untuk berkawan (bercinta) antara lelaki dan perempuan semasa di matrikulasi (atau masih belajar), jika kita sedia maklum yang ibu bapa tidak akan membenarkan perkahwinan, kecuali selepas tamat pengajian. Komitmen ‘atas angin’ yang tidak disegerakan kepada sebuah perkahwinan, sering berakhir hanya disebabkan oleh emosi yang saya terjemahkan ia sebagai jemu.”

Tambah beliau lagi: “Seorang lelaki dan seorang perempuan yang terlalu lama kenal tetapi tidak menyegerakan perkahwinan, akan dengan sendirinya berubah menjadi musuh akibat fitrah perhubungan itu sendiri.”


Penyelesaian Terbaik

Setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya. Bagi masalah ini, carilah cinta Allah dan Rasul-Nya dahulu sebelum mencari cinta sesama insan. Kamu tidak akan rugi.

“Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah Aku, nescaya Allah akan mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu" (Ali ‘Imran:31).

Timbalah ilmu sebanyak mungkin di kala usia mudamu. Sibukkan dirimu dengan ilmu duniawi dan ukhrawi, kerja-kerja persatuan, dan ibadah. Ini semua adalah ubat paling mujarab bagi merawat penyakit cinta. Kelak kamu akan menjadi seorang yang soleh dan solehah. Ingatlah janji Allah dalam surah An-Nuur, ayat ke-26:

“Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik….”

“Dan lelaki-lelaki yang memelihara kehormatannya serta perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina), Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar” (Al-Ahzab:35).

Oleh itu, kata-kata bidalan, “Berkawan Biar Seribu, Bercinta Biar Satu” tidak begitu tepat dalam konteks Islam dan patut diubah kepada “Berkawan Biar Seribu, Bercinta Biarlah Untuk Teman yang Dihalalkan Oleh Islam.”

Jadikanlah kisah percintaan Rasullulah s.a.w. dan Siti Khadijah sebagai contoh terbaik untuk diteladani.

“Cintailah Yang Mencipta lebih daripada yang dicipta kerana Yang Mencipta itulah mencipta yang dicipta dan mencipta cinta untuk yang dicipta mencinta Yang Mencipta dan yang dicipta.”“Ya Allah, kurniakanlah aku cinta-Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepada-Mu…”.

-Allah lebih mengetahui segalanya-

Khamis, 15 November 2007

Siri Kuliah Maghrib - Fitnah



Fitnah ialah menyampaikan cerita yang tidak benar supaya orang membenci atau pandang serong.

Fitnah lebih memberi kesan daripada membunuh dari segi kesannya. Jika seseorang itu difitnah, yang terjejas ialah orang yang difitnah dan keluarganya. Kesannya akan berterusan sehingga orang berhenti melupakannya dan berhenti berkata tentang fitnah tersebut sedangkan pembunuhan hanya membabitkan orang yang membunuh dan dibunuh serta akan berakhir apabila seseorang itu sudah dibunuh.

Peringatan Allah s.w.t. kepada orang beriman tentang penyebar fitnah dalam surah Al-Hujurat, ayat ke-6; "Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan."

Amaran Allah s.w.t. kepada penyebar fitnah dalam surah An-Nuur, ayat ke-23:
"Sesungguhnya orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab yang besar."

(Dipetik daripada Kitab 50 Tanda-Tanda Orang Munafik Menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah)

*Kita harus memuliakan orang-orang yang Allah muliakan seperti para Rasul, Nabi, Sahabat-sahabat Nabi, Auliya' dan Alim Ulama.

*Kita boleh menghina orang-orang yang Allah hinakan seperti Fir'aun, Namrud, Qarun dan Hamman.

*Allah telah menyusun waktu solat 5 waktu sehari semalam sungguh 'cantik' supaya manusia tak lalai dan leka. Pagi, tengah hari, petang dan malam, semuanya terdapat waktu solat. Dengan kata lain, paling kurang kita pasti mengingati Allah dalam setiap 5 waktu sehari semalam.

*Antara hikmah Allah tetapkan waktu Maghrib & Isyak rapat kerana waktu malam selalunya orang sudah letih selepas seharian bekerja/belajar..Bayangkan jika masuk waktu solat Isyak dalam pukul 12 malam, mesti ramai yang akan 'halal' solat Isyak.
*Kita akan merasakan lebih berpuas hati dalam melakukan ibadah dengan ilmu berbanding jika melakukan ibadah tanpa ilmu.

# Nota ringkas daripada tazkirah Maghrib yang disampaikan oleh Ust Abdul Rahim Nasir di Surau Al-Islah, Seksyen 7, Shah Alam pada 14/11/07, jam 19.35-20.20

Isnin, 12 November 2007

Ukur Baju di Badan Sendiri!



"Majlis akad nikah itu baru sahaja usai. Saya dan beberapa orang sahabat masih menikmati minuman ringan yang disediakan oleh pihak tuan rumah. Tiba-tiba seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik tangan saya dan berrtanya, "Kenapa orang sekarang kahwin lambat sangat?" Saya lantas bertanya, "Tuk dulu kahwin cepat?"

"Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat anak seorang..." Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di tingkatan 5 sekarang.

Sukar nak membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyai anak.
"Bahagia Tuk?"

"Tak bahagia apa... anak Tuk 12 orang!"

Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur dengan angka.

"Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih menuntut lagi, orang heboh saya tak sabar," adu saya tanpa dipinta. Sengaja mengundang reaksi.

"Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tuk, tu kira terlajak dah tu!"

"Betulkah saya tak sabar, Tuk? " tanya saya semacam mengusik."

Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat. Selamat dari maksiat.Kalau betul tak sabar, Tuk ni lagilah tak sabar... umur 17 tahun dah kahwin, heh, heh, heh..."

"Setuju tak Tuk kalau dikatakan soal kahwin ni bukan soal cepat lambat, tapi soal dah bersedia atau tidak?"

"Setuju. Tapi kena hurailah maksud persediaan tu..." tajam Tuk membalas.

"Kalau ikut pandangan Tuk, apa agak-agaknya persediaan tu?"
"Soal ni tak boleh agak-agak... Mesti tepat."Terkedu saya dibuatnya.

Tuk ni bukan sebarang orang.

"Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur. Asal akil baligh dah boleh kahwin. Bukan sahaja diukur oleh badan yang sihat, pendapatan yang cukup, tapi yang penting kematangan diri. Ertinya, seseorang yang nak kahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan baik, dah boleh sedikit sebanyak kawal perasaan, dan jiwa tu sikit-sikit dah agak tenang."

Saya menung panjang. Tertikam di sudut hati petanyaan, sudahkah saya matang sewaktu mula berkahwin dahulu?

"Jangan menung... Tuk cuma kata, dah sedikit sebanyak matang. Tak payah tunggu matang betul... nanti tak kahwin pula!" usik Tuk seperti dapat membaca fikiran saya.

Walau tanpa ijazah, Tuk sebenarnya sedang menjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang kadang kala tidak dapat ditimba di mana-mana menara gading."Macam mana nak matang?" tanya saya perlahan. Malu rasanya untuk diajukan soalan sedemikian di usia 40-an ini. Terasa terlambat!

"Tentulah dengan ilmu. Dulu Tuk dan kawan-kawan.. umur sebelas tahun dah khatam Quran. Dah selesai belajar ilmu fardu ain. Rukun, sah, batal dan lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudah baligh buka kitab Muhimmah, baik lelaki, baik perempuan. Dah diterangkan tanggung jawab suami, isteri dan asas-asas kerukunan rumah tangga."

"Itu sahaja? Ilmu lain?" soal saya pendek."Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yang otak baik, jadilah guru, pegawai kerajaan... ikut keadaan zaman tulah.

Tuk ni tak nasib baik... kerja kampung sahaja, guna tulang empat kerat, buka tanah. Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnya sampai sekarang ni...""Tapi sekarang Tuk dah senang. Dengarnya dah dua kali naik haji."

"Tak senang. Tapi mudah-mudahan... tenang. Tulah doa Tuk, biar hidup kita tenang."

"Agaknya sebab kurang matang nilah orang sekarang kahwin lambat?" cuit saya, kembali ke tajuk asal.

"Ni agak Tuklah. Budak sekarang tak macam dulu. Mereka ni macam lambat matang. Kalau dulu umur 13 dah boleh pikul tugas. Dah berdikari, dah boleh harap jaga emak bapak. Setakat jadi imam dan baca berzanji tu lancar... tapi sekarang lain, umur dah 23 tahun pun masih bergantung kepada emak bapak. Nak jadi imam? Jauh sekali.

"Terbayang kekesalan di wajahnya.

Dia menyambung, "Sekali tu Tuk tengok betul-betul dengan mata kepala ni macam mana seorang bakal pengantin tersekat-sekat mengucap kalimah syahadah depan tuk kadhi. Bila tanya rukun sembahyang, geleng kepala. Yang dihafalnya rukun nikah saja..."

"Kalau macam tu macam mana?""Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nak pimpin isteri dan anak-anaknya nanti? Tu baru ilmu yang paling asas, belum lagi ilmu... apa orang kata... ... parenting skill."

"Tuk pun tahu parenting skill?""Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Di radio, tv, ceramah, buku-buku... ah, macam-macam."

"Tapi Tuk, kalau tak kahwin pun susah juga... Nanti terjebak dengan maksiat," kilas saya.

"Tulah, ajaran Islam ni macam mata rantai. Lepas satu disambung satu. Bermula dengan yang paling utama, diikuti yang kedua, ketiga dan seterusnya... Ilmu tauhid, fekah dan akhlak perlu diasak di awal usia. Diiring ilmu akademik. Jadi, bila dah nak kahwin nanti, ilmu tu semua dah ada. Persediaan agama ada, persediaan material ada."

"Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkan kahwin kerana katanya belum bersedia, dari segi material dan agama?"

"Apapun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkan ilmu agama... sampai mati pun tak akan habis dituntut. Cukuplah sekadar keperluan dulu dan tambah lagi selepas kahwin. Begitu juga soal material, soal kerja, profesion... Ni pun tak akan habis-habis. Ukurlah ikut keperluan dan kemampuan diri.

Jangan sampai terlanjut usia sudahlah. Jangan nanti ilmu ada, matang ada, duit ada, calon pulak tak ada..."

"Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?" terluncur soalan yang berbau akademik tanpa saya sedari.

"Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran Islam, keadaan jadi agak lintang-pukang sekarang. Yang berkat jadi mudarat. Tak dikahwinkan, membuat maksiat. Bila dikahwinkan, tak bertanggungjawab."

"Antara dua keadaan ni... yang mana patut kita pilih?""Perlukah kita buat pilihan?

Pada Tuk, pilihlah keadaan yang tidak memaksa kita membuat pilihan!"
Saya terdiam. Kagum. Kata-kata tersirat itu boleh mengundang seribu wacana para sarjana!

Adakah anda sudah bersedia?? Jangan hanya mahu kahwin cepat, tapi ilmu kosong dan tandus. Penuhkan di dada dengana ilmu-ilmu ukhrawi dan duniawi, barulah boleh berkira-berkira untuk hidup berdua..

Ukur baju di badan sendiri!!!

Opposition steals a march in Malaysia



KUALA LUMPUR - Bad weather and government intimidation tactics failed to prevent as many as an estimated 40,000 people from gathering in the Malaysian capital to demand electoral reforms, marking the country's largest public protest in nearly 10 years and a stiff new opposition challenge to Prime Minister Abdullah Badawi's scandal-plagued administration.

On Friday, Abdullah said the government would not tolerate street demonstrations, while his son-in-law, Khairy Jamaluddin, called the activists "monkeys" and said if the protesters sought to challenge the ruling coalition that has ruled the country since independence to do so at the polls - ignoring, or merely failing to comprehend, the premise of the rally.

Police checkpoints were stationed at all major arteries into the city and as far as the northern state of Kedah to prevent ralliers from attending, those involved in the demonstrations said. On Saturday, thousands of police were on hand, blocking off roads and cordoning protesters in various locations, to keep them from gathering en masse. Outside the Jamek Mosque train terminal police fired tear gas at largely quiescent demonstrators. According to government news reports, 245 people were arrested and later released.

The ralliers, many wearing yellow t-shirts, planned to march from the Jamek Mosque area to the king's palace to deliver a memorandum containing their electoral reform demands, including a cleanup of the voter rolls and free and fair access to the state-controlled media. Elections have in the past been plagued by allegations of phantom voting, vote-buying and manipulative gerrymandering. The election commission has failed to address these issues, said rally organizers BERSIH (Clean), a coalition of 26 non-governmental organizations as well as non-ruling political parties.

An incident witnessed by this correspondent at about 4pm on Tun Perak Road on Saturday was a window into the ill health of Malaysian democracy. As riot police stood watch behind shields, ralliers began to move parallel to them down the sidewalk. Those in the front urged the others to pull forward, but there was a pronounced apprehension about the crowd - a stutter in the step, as if the notion of free expression was only vaguely familiar.

Some twirled Malaysian flags. Others waved to police in a gesture of goodwill. Then suddenly police blitzed from the side, sending protesters scurrying. Some of those caught were dragged to the ground and kicked and punched by several officers before being hauled away. Minutes later, police rushed the shop-lined alleys behind the Jamek Mosque area, barking and banging their clubs against drawn shop fronts, as shopkeepers and customers sought cover behind lattice doors.

Plainclothesmen demanded those with cameras to shut them off or risk arrest. Back on Tuangku Abdul Rahman Road, police fired water cannons from atop police trucks crawling toward retreating protesters. An estimated 30,000 protestors managed to reach the king's palace and deliver the memorandum, according to the rally's organizers. Fitri Shukri, 31, a consultant who traveled from the northern state of Penang to attend the rally, said overall he was encouraged by the day: "This is a start. We know it takes time. But sitting at home won't help and Malaysians are beginning to realize it."

Broken promises
Abdullah came to power in late 2003, promising greater transparency and to fight the country's endemic graft. However, the general perception is that he has failed to deliver and there is a growing sense as he becomes entrenched in power that he no longer intends to. He has retained a number of high-ranking officials widely suspected of corruption. The anti-corruption agency remains under the purview of the ruling government. Critics also charge Abdullah with neglecting to address judicial corruption and electoral fraud and other cases of official abuse and neglect.

Malaysia's race-based political landscape means agendas often play out along ethnic lines. Saturday's protest witnessed the participation of a large number of members from the opposition, the ethnic Malay-dominated, Islamic PAS party, which apart from running on a clean governance platform would like to turn Malaysia into an Islamic state. But a much broader swath of Malaysian society was represented - activists, ordinary citizens, young, old, Indian, Malay, Chinese. Police expressed alarm at the large number of children present, state media reported.

"It was a citizens' event involving an issue that is quite universal," said activist Tian Chua. The last time Malaysians took to the street on such a scale was during the reformasi movement in 1998 after the nation's then deputy prime minister Anwar Ibrahim was sacked after challenging former prime minister Mahathir Mohamad's hold on power and later received a black eye from a beating in jail by police chief Rahim Noor.

Public participation in the political process waned sharply after reformasi, however. Indeed, a much overlooked consequence of the period is that the government has used that tumultuous turn of events to repel many Malaysians from being active stakeholders of the national development process. The ruling elite now often brands those vocalizing dissatisfaction with official policy short-sighted troublemakers intent on destabilizing the nation, and many Malaysians today echo that government line.

The government's rhetoric of fear and intimidation was employed once again during Saturday's protest. For instance, Abdullah was quoted as saying, "They are challenging the patience of the people who want the country to be peaceful and stable." Anonymously sent text messages warned people to stay away from Freedom Square, where an "illegal anti-government" rally would be held. It was illegal in the sense that gatherings of more than five people require a police permit and organizers were unable to obtain one on the grounds that it would block traffic and disturb business.

That the demonstration still managed to attract so many people (though supporters estimated as many as 40,000, police estimates put the number at 4,000) is testament to the level of dissatisfaction over Abdullah's governance, said Tian. Although the ralliers themselves were peaceful, and state security officials violent, it did not stop the state-run New Straits Times newspaper from running a story on Sunday entitled, "Illegal gathering causes traffic chaos in city." The story was buried on page four, reserving the front page for a photo of a girl who had had a heart transplant chomping on chicken from a skewer.

This despite that fact that international eyes were trained on Malaysia over the weekend, as much if not more over the government's handling of the rally than the calls of the demonstrators. The government's violent response to basic democratic rights has led some advocates and analysts to draw comparisons with the repressive military regime in Myanmar, which likewise aggressively extinguished street protests in August and September.

The New York-based rights group Human Rights Watch said in a statement, "If Malaysia wants to count itself a democracy, it can begin by upholding constitutional guarantees of free speech and assembly. The way the system works now, only the ruling coalition can get its messages out."

General elections are expected to be held by early next year and as it stands the voices for reform will probably only be heard in protests to those polls, which they argue will be systematically stacked in Abdullah's favor.

Ioannis Gatsiounis, a New York native, is a Kuala Lumpur-based writer.
(Copyright 2007 Asia Times Online Ltd)

Khamis, 1 November 2007

Operasi Menguasai Kawasan Ubullah



Umat Islam hampir memenangi peperangan melawan puak Parsi. Setiap kali umat Islam hampir memenangi peperangan, pihak Parsi akan menggunakan depot tentera mereka di kawasan Ubullah yang amat strategik yang menyebabkan umat Islam kalah. Situasi sebegini berulang beberapa kali.

Umar al-Khattab radhiyaAllahu 'anhu yang merupakan khalifah ketika itu memikirkan cara untuk menewaskan puak Parsi. Setelah mencari-cari pemuda-pemuda di sekitar Madinah, beliau tidak mendapati seseorang pun yang layak untuk menerajui tentera Islam untuk menyerang daerah Ubullah. Beliau pun mencari dan melihat kepada veteran muslimin yang tidak ikut sama pergi berperang, takut-takut ada yang layak untuk menjadi panglima perang.

Akhirnya, Umar r.a. menjumpai seorang veteran Muslimin yang layak untuk mengepalai tentera Islam. Belaiu adalah orang yang ke-7 yang memeluk agama Islam dan pernah bersama Rasullulah S.A.W dalam peperangan Badar, Uhud dan memerangi puak-puak murtad yang diketuai oleh Musailamah Al-Kazzab Laknatullahialaih. Beliau adalah Utbah Bin Ghazwan radhiyaAllahu 'anhu . Utbah r.a. telah dilantik untuk menjadi panglima perang tentera Islam seramai 600 orang yang terdiri dari Muslimin dan Muslimat.

Seteleh Utbah r.a. bersetuju, Umar r.a. berpesan kepadanya: "Takutilah jawatan yang diberi, jangan sombong dan jangan takbur. Jawatan ini adalah nikmt dari ALLAH, janganlah dengan nikmat ini akan menghumban kamu ke dalam api neraka". Kata Umar Al-Faruq lagi: "Ajaklah mereka kepada Islam, jika mereka enggan, suruhlah mereka membayar jizyah, jika mereka enggan juga, perangilah mereka".

Maka berangkatlah tentera Islam seramai 600 orang ke daerah Ubullah. Di tengah perjalanan, umat Islam telah kehabisan bekalan makanan. Maka sahabat-sahabat pergilah mencari apa-apa benda boleh dimakan. Akhirnya, mereka menjumpai satu pohon yang seakan-akan gandum, yang mempunyai kulit yang keras. Berkata seorang sahabat: "Tumbuhan ini mungkin mempunyai racun yang diletakkan oleh pihak musuh kerana kita tidak pernah melihatnya di Madinah." Akhirnya mereka bersetuju dan mencampakkan biji keras itu ke tanah. Tiba-tiba, kuda yang dibawa untuk berperang telah makan biji tersebut. Salah seorang sahabat berkata: " Kita lihat bagaiman keadaan kuda ini sehingga waktu Subuh esok. Jikalau kuda ini mula layu akibat daripada memakan biji tadi, kita akan sembelih kuda tersebut."

Pada keesokan harinya, semua sahabat terkejut apabila tidak layu, bahkan sihat wal'afiat. Jadi, para sahabat menyimpulkan bahawa biji tersebut tidak beracun. Setelah direbus dengan air panas, biji tersebut mengeluarkan isi lembut yang berwarna putih. Rupa-rupanya biji tersebut adalah beras dan isinya adalah nasi.

Setelah menempuh perjalanan yang mencabar, para sahabat telah hampir sampai ke daerah Ubullah. Utbah r.a. memikirkan bagaimana hendak melawan pihak musuh dan menawan bandar Ubullah sedangkan mereka hanya terdiri daripada 600 orang bahkan terdapat kaum muslimat di dalam tentera Islam.

Utbah r.a. mengatur strategi peperangan dengan mengarahkan tentera muslimat berada di barisan belakang tentera Islam dan diarahkan untuk bermain debu serta memegang bendera Islam. Apakah relevannya strategi Utbah ini??

Ketika Umat Islam hampir tiba ke kota Ubullah, Utbah r.a. mengarahkan mempraktikkan strategi tadi. Dengan izin Allah, tentera Kuffar yang berada di daerah Ubullah semuanya lari lintang-pukang kerana mereka menyangka umat Islam yang datang menyerang mereka terlalu ramai bilanganya hasil daripada debu-debu yang berterbangan di belakang tentera Muslimin yang dihasilkan oleh tentera Muslimat dan panji-panji Islam yang kelihatan mara di sebalik debu-debu tersebut.

Inilah kehebatan & kekuasaan Allah..


"Kita merupakan suatu Ummat yang Allah tinggikan kerana Islam & dihina jika kita menolak Islam" -
Umar Al-Faruq

"Aku takut dengan jawatan ini (gabenor Basrah) manusia akan mengenali aku, tetapi Allah tak mengenali aku" -Utbah Bin Ghazwan


*Petikan dari kuliah maghrib oleh Ust Nazmi di Surau Al-Islahi, Seksyen 7, Shah Alam pada 1/11/07, jam 8.05-8.35 malam.

Rabu, 31 Oktober 2007

Ramadhan & La Liga


Muslim stars in giant teams at the Spanish League (La Liga) are the talk of the city, but this time not because of their breathtaking performance but rather their religion.

Spanish dailies have for days been splashing headlines about the holy fasting month of Ramadan in Spanish courts.

FC Barcelona's fans are wondering if their favorite players Yaya Toure, Eric Abidal and Lilian Thuram are fasting or notThe Muslim footballers are in a real dilemma after the team's doctors ruled out in press statements allowing the trio to fast during match days.

During Ramadan, adult Muslims, save the sick and those traveling, abstain during daylight hours from food, drink, smoking and sex.

After moving from France's Monaco for 10 million euros, talented midfielder Toure made it clear that practicing Islam, including fasting, does not affect his successful soccer career. He was named by Eurosport in 2005 as one of the most promising young players in the world.

Compatriot defenders Abidal and Thuram are also playing for the 2006-07 runner-up and a twice winner of the UEFA Champions League.

Abidal, a former Lyon player who signed last season a four-year contract for FC Barcelona for 15 million euros, is known for being an observant Muslim. He has been photographed many times carrying a copy of the Noble Qur'an at his training kits. No Contradiction

The league's last season winner Real Madrid was adamant to let its Muslim midfielder and the backbone of the royal team Mammadou Diarra fast during Ramadan. But both sides have finally reached an agreement preventing Diarra from fasting only in match days.


Frederick Kanoute
, the French striker of Seville FC, the 2006-07 league's third and the holder of last season's cup championship, has ridiculed suggestions that fasting might affect his performance.
"Those who know Islam understand that fasting empowers and does not weaken the Muslim." Kanoute proved his point last season after being crowned the league's top scorer with 20 goals, outperforming football legends such as Brazilian Ronaldinho.

This has convinced his club not to pressure him on his religious beliefs, according to the ABC daily.
Kanoute, a practicing Muslim who regularly performs his prayers even in the locker room, refused last season to wear a jersey advertising for an internet gambling site, because gambling is forbidden in Islam. His team had to give him a brand-free jersey until he accepted wearing the sponsored jersey in return for money to an Islamic charity.

So, how about you???

Selasa, 30 Oktober 2007

Adakah Malaysia Negara Islam??


Fatwa Sheikh Prof. Dr. Wahbah al Zuhaily

( Pengarang kitab fiqh moden terbesar; al fiqh al Islami wa adillatuh dan tafsir moden terbesar; al tafsir al munir )



Soalan : Saya seorang warganegara Malaysia , telah mendengar pelbagai pandangan mengenai adakah Negara Malaysia termasuk di dalam definisi Negara Islam. Saya harap tuan dapat memberi jawapan.


Jawapan Sheikh Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli ( Syria): Sekarang ini kebanyakan Negara Arab dan Islam dilabelkan dengan label Negara Islam. Namun hanya dari sudut politik. Realitinya tidak demikian. Kerana sifat sebenar Islam dan pelaksanaan syariat hilang ( tidak wujud ) pada realitinya. Boleh jadi, penamaan ( pelabelan ) ini diterima kerana kebanyakan penduduknya orang Islam dan kerana syiar-syiar Islam ditegakkan di negara itu. Maka bolehlah dinamakan (Negara) "Islam" namun secara simboliknya sahaja bukanya realiti.

*Dipetik dari www.zaharuddin.net

The Ten Principles of Hassan Al-Banna



1.) The Unity of the Ummah. He considered it in itself a primary and important goal that we must strive for. "Do no disagree, then you fail and lose the wind (in your tail)."


2.) The Agreement on Principal Matters. Such that we start by considering everyone who declares shahadah - La ilah illaAllah, Muhammad arrusulAllah - as our companion and part of the Muslim group.


3.) Assume First that You, Not Your Muslim Brother, May be Wrong. And see how you find the truth impartially.


4.) The Manners for Disagreement. That you should be as keen about listening to your brother's evidence and argument as you are about giving your evidence and argument, and be pleasant and smiling whether the result is for you or against you.


5.) Avoiding Arguing, Self-Righteousness, and Belittling of Others. Al Banna said: "No nation went astray after being guided, except after it fell to cursing and arguing." And: "He will have a place in Heaven that leaves arguing when he is wrong, and a higher place in Heaven if he leaves arguing when he is right."


6.) The Possibility of Mulitiple Correct Answers. He referred to the Prophet telling the sahabah to pray Asr in Bani Quraiza, how some of them prayed Asr when it's time came, while others prayed it when they reached Bani Quraiza after sundown, and how the Prophet praised both parties.


7.) The Group Participation in Agreed Upon Matters and to Excuse One Another in What is Disagreed Upon. He emphasized, "We all agree on prohibiting alcohol, adultery, and gambling, and we agree on the duty to govern according to Quran so let us invite governments to implement it; we agree that honor and respect are due to Muslims, so let us impart these ideals to Muslims, we agree that jihad is the means to accomplish honor so let us train the individual, and to raise children with the necessary spiritual and physical training."


8.) Thinking of the Danger of the Common Adversary. He reminded Muslims of the present external enemies who do not differentiate between Muslims or different views or different national origin. The enemy considers Muslims enemies of his religion, and their homelands a prize to be dominated for its resources. He emphasized the need for unity to deter aggression.


9.) Opening the Avenues for Work and Productivity. He recognized the duel purpose of working hard, to produce more and to stay free from the evil of idleness. He encouraged members to excel in schools and jobs, and to seek earning from lawful sources and to shun laziness and dependence on others. He encouraged them to fill in duties that others have not even identified, such as visiting brothers far and near, volunteerism, and to allow time each day for examining how they have done for the sake of Allah.


10.) Sympathy for Those Who Do Not See the Light. Rather than being angry with them or exposing their shortcomings. He never attacked his accusers or distractors on personal matter, but rather sought Allah's help in making His message clearer to those who were listening.

Lobak, Telur & Serbuk Kopi



Pada suatu hari, seorang pemuda kelihatan gelisah kerana beranggapan hidup terasa amat menyakitkan. Setiap kali dapat menyelesaikan sesuatu kerumitan, timbul pula masalah lain.

Akhirnya pemuda itu bertemu dengan ayahnya, seorang tukang masak. Dia menceritakan masalah yang dihadapinya dan didengar dengan sabar oleh bapanya. Selepas habis dia mencurahkan perasaannya, bapanya membawa pemuda itu ke dapur.

Di situ, si ayah mengisi tiga periuk dengan air dan meletak periuk itu di atas api. Apabila air mendidih, dia memasukkan lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan serbuk kopi di periuk ketiga. Bahan itu dibiarkannya mendidih. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang dilakukan ayahnya.

Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan meletaknya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk lain, dan menuangkan kopi ke dalam mangkuk lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya: Apa yang kau lihat, nak? “Lobak, telur dan kopi,” jawab si anak.

Si ayah mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasai lobak itu. Pemuda itu menurut dan dirasakan lobak itu enak. Ayahnya meminta pemuda itu mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebiji telur rebus yang mengeras. Terakhirnya, ayahnya meminta dia merasai kopi. Pemuda itu tersenyum ketika merasai kopi dengan baunya yang harum.

“Apa erti semua ini, ayah?” tanya pemuda itu.

Ayahnya berkata, tiga bahan yang direbus tadi menghadapi kesulitan yang sama apabila direbus dalam air yang mendidih tetapi setiap satu menunjukkan reaksi berbeza. Sebelum direbus, lobak bersifat keras dan sukar dipatahkan. Namun selepas direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur pula sebelumnya mudah pecah tetapi apabila direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada dalam rebusan, serbuk kopi mengubah air berkenaan.

“Kamu termasuk dalam kategori mana?” tanya si ayah. Pemuda itu terdiam.

Air mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang kamu lalui. Ketika kesulitan mendatangimu, bagaimana kau meghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?..

Pemuda itu termenung memikirkanya. Jika kamu lobak yang kelihatannya keras, kamu akan mudah menyerah kepada penderitaan dan kesulitan. Kamu bakal kehilangan kekuatan. Atau kamu adalah telur yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamik, tetapi dengan adanya cabaran dan kegagalan, menjadi keras dan kaku, walaupun kelihatan sama pada luarannya. Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Ia mengubah air panas yang menyakitkan itu. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat.

Sepatutnya kamu menjadi serbuk kopi ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik, jelas si ayah dengan penuh pengajaran kepada anaknya itu.

Kesimpulanya, pelbagai masalah kunjung tiba sebagai satu cabaran dari Allah untuk melihat sejauh mana tegarnya atau sabarnya kita menahan ujian dariNya itu.

Kita mestilah jadi bak kopi yang mana bila melalui satu julat kepanasan yang tinggi apabila dididihkan dalam air yang panas, maka ia bertukar menjadi air kopi yang sangat harum dan menyegarkan si peminumnya.

Air yang panas tadi ibarat masalah yang kita hadapi, untuk melihat kita sabar melaluinya atau tidak. Jika kita mengalah awal, maka kita seperti lobak yang lembik atau keras kaku seperti telur yang telah direbus

22 Soalan Paderi VS 1 Soalan Pemuda Islam



Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan pengajian peringkat ijazah di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam.Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s. w. t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja.

Pada mulanya dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya."

Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya.

Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya,"Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya. Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!

Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!

Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu??Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!

Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca Basmalah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s. w. t.

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t.berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."(Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s. w. t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy Ar-Rahman. Allah s. w. t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala mereka)." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya,angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s. w. t.berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara2 Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya,lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s. w. t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan Nun yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumbadan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua. "Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepadaRabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf: 98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s. w. t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s. w. t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s. w.t.: "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?" Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: " Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa WaAsyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. ". Lantas paderi dan orang-orang yang hadirin gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

Perang di Kolej


Banyak kolej yang saya hadir, pelajar yang mahu kepada Islam asyik berbalah tentang baca Yasin tu syar’ie atau tidak, tetapi mereka ’syok sendiri’. Mereka terlupa bahawa pelajar yang Khamis malam Jumaatnya penuh dengan clubbing adalah lebih ramai dari yang mempertahankan Yasin Khamis malam Jumaat tersebut.

Apabila timbul di internet, atau majalah, isu-isu yang berkaitan dengan MANHAJ, maka kita selalu menemui ulasan bahawa isu ini semakin hangat dibicarakan di kampus! Walhal yang membincangkannya hanya 20% sahaja, sedangkan yang 80% langsung tidak ambil tahu dan lebih berminat untuk bertelanjang. Maksud saya, menelanjangkan diri dari agama, kerana agama amat mengelirukan dalam sehari dua ini.

Kita bincang secara terbuka isu-isu khusus yang hanya layak disertai oleh mereka yang sudah ada asas usrah, kuliah, dan tamrin. Kita sangkakan isu itu besar dan bertaraf nasional. Antaranya adalah isu UMMAH CENTRIC dan JAMAAH CENTRIC. Sedangkan 80% pembaca, pemerhati, dan mereka yang berada di sekitar kampus, tidak tahu hujung dan pangkal perbincangan. Di manakah relevannya masyarakat pelajar seperti ini diajak kepada perbincangan tentang mazhab, salaf dan khalaf, ketika mana mereka sendiri tidak pasti sejauh manakah mereka perlukan Tuhan dalam hidup ini? Sukar untuk saya mengungkaikan soalan tersebut, tetapi saya cuba menyuluhnya dari sudut yang biasa saya gunakan iaitu isu SIKAP.

Ya, guru-guru sama ada yang bermanhaj salaf atau khalaf ramai yang ghairah mengajar fakta tetapi lupa mengajar SIKAP. Akhirnya pendirian salaf dan khalaf tercemar oleh SIKAP yang menjelekkan sama ada oleh guru mahu pun anak muridnya.

Ramai yang bermati-matian mempertahankan hukum Isbal, memakai pakaian di atas buku lali dengan penuh kekasaran dan kesombongan. Mereka terlupa yang kesombongan mereka itu sama seperti golongan bangsawan Arab yang melabuhkan pakaian untuk menonjolkan kekasaran dan kesombongan yang sama. Manhaj bertukar, sikap masih sama.

Manakala di satu sudut yang lain, golongan yang bertentangan pula bermati-matian mempertahankan CARA BELAJAR tetapi tidak mempedulikan HASIL BELAJAR. Kitabnya kena begini, duduknya kena begini, tradisinya kena begini, hasilnya mereka tidak peduli. Malah ada yang belajar zikir khas untuk mempertahankan diri dari Wahabi! Aduh, apakah Wahabi ini sihir dan santau? Saya mengeleng sampai terpeleng.


WARGA SURAU MEMERANGAI USTAZ ‘LAN’

Saya berasa simpati dengan ustaz-ustaz muda yang membimbing Mata Pelajaran LAN di kolej-kolej, khususnya kolej swasta, yang disanggah oleh anak-anak muridnya yang memandang rendah kepada ustaz berkenaan kerana solat Subuhnya berqunut. Saya tidak menokok tambah komentar saya terhadap isu ini tetapi ia adalah hasil pertemuan saya dengan ramai tenaga pengajar kolej yang memohon perkongsian idea bagi menyelesaikan masalah pelajar mereka.

Ketika ustaz-ustaz ini berpenat lelah mencari formula menjinakkan anak murid mereka yang jauh dari agama, mereka terpaksa pula bertempur dengan warga surau yang sangat keras mempertahankan kaedah-kaedah solat yang baru mereka pelajari. Mereka sekali lagi terlupa bahawa 80% pelajar memilih untuk bertelanjang. Menelanjangkan diri mereka dari agama, kerana agama dalam sehari dua ini amat mengelirukan. Siapakah yang mengelirukan 80% pelajar ini? Tidak lain dan tidak bukan, kita sendiri. Orang yang belajar agama tetapi tidak belajar cara beragama.

Suatu ketika, saya amat skeptik dengan istilah ‘BELAJAR KENA BERGURU’ sebab pada masa itu, pelajar yang belajar di universiti disanggah oleh pejuang aliran tradisional bahawa kononnya mereka ini banyak baca sendiri dan tidak berguru. Tetapi saya mahu meminjam kembali istilah berkenaan untuk ditujukan kepada anak-anak muda di kolej dan universiti hari ini yang gurunya adalah buku, internet, majalah dan vcd. Belajar biarlah berguru!

Buku mengajar kita ilmu, tetapi buku tidak mengajar kita cara membawa ilmu. Kita berilmu, tetapi horizon kita di dalam membudayakan ilmu itu ke persekitaran, amat sempit.


TEMPIAS AKHLAK GURU

Saya masih ingat, semasa Sheikh Solah Abd al-Fattah al-Khalidi, seorang tokoh tafsir, ditanya oleh anak muridnya tentang satu masalah di dalam Hadith, beliau menerangkannya dengan panjang lebar, tetapi kemudiannya mencadangkan agar soalan itu diajukan kepada rakannya, Sheikh Hammam Saeed yang lebih pakar tentang Hadith. Apabila soalan tentang Tafsir ditanya kepada Sheikh Hammam Saeed oleh anak muridnya, beliau menjawab dengan jawapan yang seluas-luasnya tetapi kemudiannya mencadangkan kepada anak muridnya supaya bertanya kepada Sheikh Solah al-Khalidi yang lebih pakar di dalam Tafsir. Ya, sikap saling hormat menghormati sesama Tuan Guru ini tersimbah kepada saya yang menumpang belajar sedikit sebanyak.

Sheikh Solah juga pernah menegur golongan yang berkeras untuk membanteras ’solat Qabliah Jumaat’. Antara yang saya masih ingat, beliau bertanya, apakah pada hari Jumaat kita digalakkan membanyakkan solat Sunat? Jika ya, maka ketika ‘orang lain’ itu bersolat Qabliah Jumaat, dirikan sahaja solat Sunat secara mutlak, demi dakwah. Tidak perlu menonjolkan ‘kelainan kita’ jika hanya mengundang kemudaratan kepada dakwah.

Semasa saya bertugas di Belfast, jemaah di masjid saya berbalah tentang penyelesaian solat Isyak di musim panas. Pada musim panas, kami menghadapi masalah kerana Isyak yang masuk terlalu lewat, sekitar jam 11:50 malam, manakala solat Fajar pula masuk jam 2:15 pagi. Dalam masa yang sama ada pula beberapa ketika solat Isyak langsung tidak wujud kerana kemerahan cahaya matahari tidak hilang sampai pagi. Saya mengikut fatwa Majlis Fatwa Eropah yang dipimpin oleh Sheikh Yusof al-Qaradawi agar masjid menjamakkan Solat Maghrib dan Isyak. Tetapi ada sekumpulan jemaah di masjid yang menentangnya.

Ketika itu saya berpeluang untuk ke Jordan dan saya mengambil kesempatan untuk mengajukan soalan ini kepada beberapa orang pakar rujuk Fiqh di University of Jordan. Jawapan mereka sungguh mengagumkan saya.

Mereka berkata bahawa setelah Sheikh Yusof al-Qaradawi memberikan fatwa tentang hal ini, maka mereka tidak mempunyai sebarang hak untuk memberikan pandangan. Apatah lagi Sheikh Yusof al-Qaradawi berada di Eropah dan mengetahui suasana sebenar di sana. Mereka mengingatkan saya supaya menasihati ahli jemaah di masjid saya agar menghormati fatwa Sheikh Yusof al-Qaradawi dan memelihara kesatuan umat Islam di sana.

Ya, akhlak ini tidak mungkin tersentuh dan terserap ke jiwa saya jika saya membina manhaj hanya dengan membaca buku, majalah dan vcd. Keberkatan terhadap proses menuntut ilmu, tersimbah pada yang hadir di majlis ilmu, maka kalau mahu menjadi mukmin profesional, protaz, uspro, ustat (ustaz photostat), tazpro atau apa sahaja, maka biarlah melalui susur proses yang sejahtera.

Dan guru-guru pula jangan sibuk melambakkan fakta semata-mata. Sebaliknya didiklah dan bentuklah sikap anak murid agar bijak ‘membawa agama’. Ketika mengajar, pandaikan orang, jangan hanya tunjuk pandai depan orang.

Jangan lupa, 80% remaja kita mengambil keputusan untuk bertelanjang. Mereka menelanjangkan diri dari agama, kerana agama dalam sehari dua ini sungguh mengelirukan.

Moga Allah mengurniakan tsabat kepada kita di jalan Ghurabaa’!

ABU SAIF @ www.hasrizal.com56000 Cheras 14 Jun 2006

Berlapang Dada dalam Perkara Furu'



Semasa hayat Hasan al-Banna, beliau pernah berhadapan dengan suatu peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan. Ahli Jemaah di sebuah masjid bertelagah soal rakaat Solat Tarawih, sama ada patut dibuat lapan atau dua puluh rakaat. Suasana begitu tegang sehingga timbul bahasa-bahasa yang keras.

Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau ditanya oleh mereka yang bertelagah itu, mana satukah pendapat yang betul dalam hal ini?

Kata Hasan al-Banna, “Apakah hukum solat tarawih dan apakah pula hukum menjaga kesatuan umat Islam?”

Mereka menjawab, “solat tarawih itu sunat, manakala menjaga kesatuan umat Islam adalah wajib”.

Lantas Hasan al-Banna menjawab, “Apakah kamu mahu mengorbankan kesatuan umat Islam yang wajib itu hanya kerana soal solat terawih yang sunat? Bagi yang mahu menunaikan lapan, tunaikan lapan, bagi yang mahukan 20, bebas juga berbuat demikian”.

Sebagai umat Islam, kita seharusnya berlapang dada dalam perkara-perkara furu'. Jangan kecilkan skop agama sehingga kelihatan agama Islam itu sangat sukar untuk dipraktikkan dan dalam masa yang sama ia akan menjauhkan orang bukan Islam kepada keindahan Islam.

Antara 2 Cinta


Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikejar barukan terasa
Bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia & nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada, ditangkap hilang

Tuhan...
Leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana disitu tidakku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintamu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikejar barukan terasa
Bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Tuhan..
Leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintamu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh

-Raihan & The Zikr-
.

Isnin, 29 Oktober 2007

Layakkah Untuk Bergelar Seorang Hamlatul Qur'an?


Bisikan ketenangan menyelubungi nurani, kesyahduan ku rasakan amat bererti, acap kali ku terdengar alunan suara insan-insan kerdil membasahi lidah dengan kalamMu Ya Ilahi, tiada putus-putus mendampingi kitabMu, membaca, mentadabbur, meneliti ayat-ayat suci. Segolongan insan yang dihormati, segolongan insan yang dipandang tinggi, inilah insan yang bergelar Hamlatul Quran, iaitu pendukung kitab suci.

Hamlatul Quran
itulah aku.

Terngiang-ngiang di telingaku ungkapan kata yang penuh makna, yang hanya dapat dihayati oleh hati-hati yang suci. Wasiat Ibnu Mas’ud yang berbunyi:
“Seharusnya bagi seorang Hamlatul Quran itu mengetahui.. malamnya ketika manusia dibuai mimpi, siangnya ketika manusia enak menikmati juadah, tangisannya ketika manusia bergelak ketawa, diamnya ketika manusia berkata yang sia-sia, dan khusyuknya ketika manusia leka dengan kehidupan dunia...”
Aku merenung sejenak, Hamlatul Quran...begitukah aku?

Kata-kata itu mengetuk fikiranku, menyentuh hatiku, menyedarkan aku dari lamunanku, betapa Hamlatul Quran yang hakiki adalah insan-insan yang sanggup bermujahadah dalam kepayahan, mampu berkorban dalam tangisan dan rela imannya diuji dalam keperitan. Baru ku sedar, Hamlatul Quran..kau luar biasa!

Tatkala ku imbas kembali kisah silamku yang penuh dengan kelalaian, kealpaan, keseronokan seperti orang-orang kebanyakan, sememangnya tidak layak untuk diri ini dianugerahi dengan permata Ilahi yang nilainya terlalu tinggi jika dibanding dengan diri yang dhaif ini..

Namun... Kau anugerahkan jua aku kemuliaan ini, menjadi salah seorang insan pilihanMu, di dalam dunia Hamlatul Quran yang penuh dengan janji-janji manis di akhirat nanti.

Tidak mahukah engkau dibangkitkan dengan sinaran cahaya jernih yang terpancar pada wajah yang berseri-seri? Hamlatul Quran, alangkah beruntungnya dikau..!

Sahabat-sahabat Al-Quran, sudahkah Al-Quran menakluki jiwamu? Menjadi kekasihmu, buah hatimu yang tiada bertepi? Ataukah manusia yang yang masih bertakhta di sanubari? Ataukah kasih manusia yang masih kau dambai?

Pernahkah kau rasakan Al-Quran itu teman sejati? Adakah impianmu sekadar satu ilusi dalam fantasi yang implikasinya tidak sama dengan realiti kehidupan Hamlatul Quran?

Sahabatku... ingatlah, kita dipertemukan kerana Al-Quran, ukhuwwah mahabbah yang terjalin ini atas nama Al-Quran, dan semoga perpisahan kita adalah semata-mata untuk meneruskan perjuangan demi Al-Quran.

Ya Allah, jadikanlah aku seorang Hamlatul Quran yang sejati dan hakiki, sebagai penyejuk mata, penawar hati setiap insan di muka bumi. agar kehadiranku di dunia ini dihargai. Berkatilah aku dengan anugerah kemuliaan yang Kau beri. Sesungguhnya kehidupan di dalam dunia ini sungguh indah tidak terperi dengan alunan ayat-ayat suci yang sentiasa bermain di mulut, di telinga dan di hati.

Lantas itu, ku pinta padaMu Ilahi, agar saat-saat akhir hayatku, alunan kalamMu jua yang mengiringi pemergianku.