Selasa, 30 Oktober 2007

Adakah Malaysia Negara Islam??


Fatwa Sheikh Prof. Dr. Wahbah al Zuhaily

( Pengarang kitab fiqh moden terbesar; al fiqh al Islami wa adillatuh dan tafsir moden terbesar; al tafsir al munir )



Soalan : Saya seorang warganegara Malaysia , telah mendengar pelbagai pandangan mengenai adakah Negara Malaysia termasuk di dalam definisi Negara Islam. Saya harap tuan dapat memberi jawapan.


Jawapan Sheikh Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli ( Syria): Sekarang ini kebanyakan Negara Arab dan Islam dilabelkan dengan label Negara Islam. Namun hanya dari sudut politik. Realitinya tidak demikian. Kerana sifat sebenar Islam dan pelaksanaan syariat hilang ( tidak wujud ) pada realitinya. Boleh jadi, penamaan ( pelabelan ) ini diterima kerana kebanyakan penduduknya orang Islam dan kerana syiar-syiar Islam ditegakkan di negara itu. Maka bolehlah dinamakan (Negara) "Islam" namun secara simboliknya sahaja bukanya realiti.

*Dipetik dari www.zaharuddin.net

1 ulasan:

thaaqhib berkata...

bro..assalam...
nak sumber posting imam hanafi tu..