Khamis, 5 Mac 2009

Otak Kiri vs Otak Kanan


BAITUL MUSLIM COURSE (KURSUS KAHWIN)
VENUE : MAIN AUDITORIUM, KULIYYAH OF SCIENCE (KOS)
DATE : 28/2/2009-1/3/2009
DAY : SATURDAY AND SUNDAY
TIME : 8AM - 5PM


Satu program kursus kahwin telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Mahallah Talhah, UIAM Kampus Kuantan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Program ini telah dihadiri oleh kira-kira 110 orang peserta yang terdiri daripada kalangan pelajar UIA sendiri. Bilangan peserta terpaksa dihadkan walaupun mendapat permintaan yang amat tinggi kerana ini merupakan satu program sulung dengan kerjasama daripada JAIP. Selepas ini InsyALLAH akan diadakan lagi program kursus kahwin ataupun program-program lain dengan kerjasama pihak JAIP

Banyak ilmu dan info telah diperoleh di dalam program ini. Aku tertarik dengan satu maklumat yang rasanya boleh dimanfaatkan bersama. Maklumat tersebut diperoleh dari pada salah satu sesi, iaitu berkaitan komunikasi.

Menurut Ustaz Badlishah (personaliti TV yang sering muncul dalam siri motivasi pagi), manusia terbahagi kepada 2 jenis, iaitu manusia yang berotak kiri dan manusia yang berotak kanan.

Manusia yang berotak kiri ini ialah manusia yang mudah tertarik dengan fakta, nombor-nombor dan bukti yang kukuh. Jika mahu berhujah dengannya, fakta dan maklumat mestilah tepat dan jitu. Mereka ini juga sangat jujur dan lurus serta kurang memahami bahasa gurauan. Mereka juga kurang menggemari teka-teki dan agak lambat mememahami bahasa kiasan. Apabila berkomunikasi dengan manusia sebegini, elakkan melakukan gurauan @ lawak bodoh, lebih serius dalam perbualan dan bercakaplah dengan berterus terang.

Manusia yang berotak kanan pula ialah jenis manusia yang mempunyai banyak idea, kuat loyar buruk, suka bergurau, tidak serius dan selalunya mempunyai pendirian yang berubah-ubah mengikut keadaan. Sangat mahir memahami dan menggunakan bahasa gurauan dan kiasan. Pandai menjaga hati orang dan tidak mudah tersinggung. Jika mahu berhujah dengannya, banyakkan menggunakan ilmu mantik dan bahasa kiasan.


Memahami dan mengetahui orang-orang di sekeliling anda, sama ada yang berotak kanan atau pun kiri, adalah amat penting dalam berkomunikasi. Skil berkomunikasi ini amat penting dalam kehidupan seharian agar yang jauh dapat kita dekatkan, yang dekat dapat kita rapatkan, yang rapat dapat kita satukan...

Sebelum itu, kenali diri anda dahulu. Adakah anda tergolong daripda manusia berotak kanan ataupun kiri. Memahami diri adalah langkah penting sebelum memahami orang lain.

Semoga skill yang ringkas ini dapat mengubah hidup anda menjadi lebih ceria dan bermakna.



-Allah s.w.t. lebih mengetahui segalanya-

Aku & Tanggungjawab


Alahamdulillah. Sungguh lega.

Aku baru sahaja melepasi saat-saat kesesakan masa dan waktu yang amat menekan diriku.

Exam mid-term, tugasan book review UNGS 2040, program kursus kahwin, HEALS Sport Day, Wacana Ilmu, D'Communique, urusan jersi Heals, futsal interbatch KAHS sempena HEALS WEEK, jualan keropok segera AMAL, sponsor program BAKSIS, Multaqa Tahfiz Peringkat Kebangsaan, semuanya datang menuntut hak mereka untuk diuruskan dalam masa 2 minggu, antara minggu terakhir bulan Februari dan minggu pertama bulan Mac.

Kini ku sudah berjaya melepasi 2 minggu yang mencabar dan sesak itu. Pelbagai natijah telah diperoleh. Exam mid-term sudah dilalui ( tak tahu la bagaimana resultnya..macam teruk jer), tugasan book review sudah berjaya diselesaikan, program kursus kahwin sudah berjalan dengan jayanya (mendapat pujian dari pihak JAIP), HEALS Sport Day terpaksa ditangguhkan ke semester hadapan ( ramai ada kelas pada tarikh tersebut), Wacana Ilmu juga terpaksa ditangguhkan, Majalah D'Communique sudah hampir disiapkan (tunggu masa nak hantar kepada publisher), jersi HEALS sudah ditempah kepada pihak pembekal, futsal interbatch sudah berjaya dianjurkan (senior-senior mintak buat lagi), jualan keropok sangat memberansangkan (mungkin kena amik stok baru), Multaqa Tahfiz sudah dihadiri.

Kini hanya tinggal kerja-kerja sponsorship untuk program BAKSIS yang belum diselesaikan. Mungkin perlu ditumpukan bermula saat ini.

Di kala kesibukan luaran yang amat membebankan, aku kadang-kadang terleka dan mengabaikan tanggungjawab aku sebagai seorang penghafaz al-Qur'an. dan seorang penuntut ilmu. Di kala kesibukan mendatang, al-Qur'an dan pelajaranku pasti akan menjadi mangsa. Masa aku berkurang untuk bersamanya..

Aku perlu menebus saat-saat aku meninggalkanya agar ia tidak meninggalkan aku buat selama-selamanya.

"Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan yang terdaya baginya"
(Surah Al-Baqarah:286)



-Allah s.w.t. lebih mengetahui segalanya-

Selasa, 17 Februari 2009

Alangkah Baiknya...


Semalam aku berada di Stadium Darul Makmur.

Menonton perlawanan bola sepak antara pasukan tuan rumah bertemu pasukan Kelantan. Perlawanan berat sebelah yang memihak kepada pasukan pelawat dengan kemenangan 5-1. Gol-gol dijaringkan oleh Khalid Jamlus (m-1 & m-74), Indra Putra Mahyuddin (m-62), Badri Radzi (m-61) dan Zainol Fitri Ishak (m-9). Gol saguhati Pahang pulak dijaringkan oleh Hasmizan Kamaruddin.

Sungguh seronok rasanya dapat memasuki stadium buat sekalian kalinya selepas 'bersara' buat seketika. Pelbagai ragam manusia dapat dilihat. Ada yang berkeluarga, ada pasangan merpati sejoli, tetapi majoritinya sekumpulan remaja yang memang gilakan bola sepak.

Terlintas di fikiranku...

Alangkah baiknya kalau jumlah yang sama, golongan yang sama (terutamnya remaja) dengan ghairah yang sama dapat memenuhi majlis-majlis ilmu.. Alangkah bertambah baiknya jika mereka dapat memenuhi kedua-duanya..Stadium dan majlis-majlis ilmu..

Keseimbangan antara keperluan remaja (hiburan yang sederhana seperti menonton bola sepak) dan keperluan rohani (majlis-majlis ilmu dan sebagainya) adalah AMAT PERLU bagi golongan remaja dan belia. Jika hanya ke majlis ilmu sahaja, dibimbangi jiwa akan memberontak dan akan melahirkan golongan yang jumud, yang tertutup pemikirannya dan tidak dapat menerima pendapat orang lain.. Jika hanya hiburan disuapkan ke dalam jiwa, kesannya adalah amat besar. Boleh menggelapkan hati. Gelapnya hati, gelaplah segalanya.

Carilah ilmu sebanyak mungkin di kala muda ini, tetapi berilah sedikit ruang untuk jiwa, fizikal dan emosi bernafas.

-Allah s.w.t lebih mengetahui segalanya-



Ahad, 8 Februari 2009

Bila Nak Kahwin??


Bila nak kahwin??
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahupun taulan
Itu sahaja yang menjadi bualan

Bila nak kahwin??
Selalu aku jelaskan
Pelajaran perlu diutamakan
Yang lain akan datang kemudian
Usah digopohkan perkara yang telah ditentukan

Bila nak kahwin??
Aku belum bersedia
Ilmu tidak cukup di dada
Harta satu pun tiada
Bagaimana hendak menjaga anak dara??

Bila nak kahwin??
Aduuhh..aku disoal lagi
Nak kahwin dengan siapa??
Calon pun tiada..
Kamu itu memilih sangat agaknya
Tidak..cuma aku belum bersedia..

Bila nak kahwin??
Ramai sahabat yang sudah..
Kamu bila pula??
Kahwin ini bukan mudah..
Berat amanah di dalamnya..

Bila nak kahwin??
Sungguh aku bosan
Banyak lagi soalan yang harus diajukan
Kenapa asyik topik itu yang dihadapkan
Apa kita nak hairan dan risaukan
Jodoh kita, Allah sudah tentukan..

Bila nak kahwin??
Pada yang asyik bertanya
Dengarlah nasihat hamba
Semua sudah ditentukan-Nya
Usah dirisaukan apa-apa
Jika sudah tiba masanya
Akanku hebahkan segalanya...


-16:30, 8.2.2008, Kuantan-



-Allah s.w.t. lebih mengetahui segalanya-

Khamis, 5 Februari 2009

Tahniah dan Takziah



Keputusan Pilihanraya UIAM Kampus Kuantan bagi kerusi kuliah Sains Kesihatan Bersekutu telah diumumkan.

Berikut adalah keputusan rasmi pengundian tersebut:

1. MOHD. FIRDAUS BIN NAZRI SHAHARUDDIN (3rd year, Dietetics) - 89 votes
2. NOR SABRINA BINTI SUBRI (3rd year, Optometry) - 182 votes
3. MOHD. HILMI BIN YA'KUB (2nd year, Dietetics) - 159 votes

Sekalung tahniah dan takziah kepada Hilmi dan Nor Sabrina kerana berjaya memenangi pilihanraya kali ini.. Tahniah kerana berjaya meraih undi yang tinggi, tetapi takziah kerana bakal dipertanggunggjawabkan dengan tugas dan amanah yang berat dan akan disoal kelak.

Semoga berjaya melaksanakan amanah ini dengan sebaiknya.

Tahniah kepada Firdaus kerana anda telah berjaya memberi saingan yang sihat dalam perebutan kerusi SRC kuliah ALLHS. Anda telah berjaya menghidupkan suasana demokrasi dan yang paling penting, anda terlepas daripada tugas dan amanah yang berat sebagai wakil kepada pelajar ALLHS di dalam SRC.

Jangan kecewa dan teruskanlah khidmat anda dalam HEALS dan untuk Islam terutamanya.

-Allah lebih mengetahui segalanya-

Isnin, 26 Januari 2009

Pilihanraya Kampus 2009


Keputusan pilihanraya kampus sudah diumumkan.

UM telah berjaya dirampas kembali oleh pro-Mahasiswa dan calon-calon bebas. IPTA lain kekal di tangan pro-Aspirasi, walaupun tidak semua yang mendukung idea dan fikrah aspirasi yang pro-kerajaan.

UIAM merupakan IPTA yang terakhir mengadakan pilihanraya kampus iaitu pada 22 Januari 2009. Setelah diumumkan keputusan pilihanraya pada sebelah malamnya, pihak pro-Mahasiswa kekal berkuasa di bumi UIAM. Pro-Aspirasi dan PKPIM masing-masing berjaya memenangi 1 kerusi di KAED dan di Kuliah Ekonomi.

Suasana yang amat berbeza telah berlaku di UIAM Kampus Kuantan. 5 daripada 6 kerusi kuliah hanya mempunyai dua orang calon yang bertanding. Mereka tidak perlu bertanding, bermanifesto, menampal poster dan berperang psikologi untuk merebut tempat. kerana tempat mereka sudah terjamin di dalam Majlis Perwakilan Pelajar Mujurlah, kuliahku iaitu Kuliah Sains Kesihatan Bersekutu, masih berlaku demokrasi iaiti pertembungan 3 penjuru untuk merebut dua tempat di dalam Majlis Perwakilan Pelajar UIAM Kampus Kuantan.

Seikhlasnya, diri ini kurang bersetuju dengan pendapat sesetengah pihak bahwa tidak perlu diadakan sebarang pertandingan dalam pilihanraya ini. Hanya perlu menurut cadangan calon yang dikemukakan oleh sesetangah pihak tertentu. Jika semua harus mengikutinya, tidak perlu lagi diadakan pilihanraya. Cukup diadakan upacara perlantikan jawatan.

Jika pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar peringkat kampus diadakan secara lantikan, dikhuatiri calon yang telah automatik namanya terpilih, akan merasakan 'senang duduk' dan tidak perlu memperjuangkan apa-apa, sedangkan fungsi sebenar Majlis Perwakilan Pelajar adalah memperjuang hak dan kebajikan para pelajar. Mereka juga berfungsi sebagai pengantara dan pemudah cara di antara para pelajar dan pihak pentadbiran.

Pesanan kepada 3 calon Majlis Perwakilan Pelajar Kuliah Sains Kesihatan Bersekutu; Mohd Hilmi Bin Ya'kub, Mohd Firdaus Bin Nazri Shaharuddin dan Nor sabrina Binti Subri,

Ikhlaskan niat. Jelaskan misi dan visi. Kenapa mahu menjadi Majlis Perwakilan Pelajar. Bersainglah dengan bersih dan sihat, jangan timbulkan fitnah dan serangan peribadi. Cuba sedaya upaya untuk kotakan manifesto2 anda.. Muhasabah diri.. Sedar akan amanah yang bakal dipikul. Semuanya akan disoal kelak..

Kepada para pelajar Kuliah Sains Kesihatan Bersekutu UIAM;

Turun mengundi.. Beristighfar dan berselawatlah sebelum memangkah undi. Pinta diberi petunjuk untuk memilih clon yang terbaik dan terlayak untuk memikul amanah..Jangan buat kacau dan sebarang kekecohan..

p/s; Kerusi Kuliah Sains Kesihatan Bersekutu belum lagi diketahui kerana pengundian pada 22 Januari lepas ditunda kepada 29 Januari 2009 di MPH,level 1,KOM.

Pengundian akan diadakan secara manual iaitu menggunakan pen dan kertas. Para pelajar dinasihatkan untuk membawa pen dan kad matrik anda.

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)

We Will Not Go Down (Composed by Michael Heart)


A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive


They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze


We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight


Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right


But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze


We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight


-->
Michael Heart is an unsigned singer/songwriter based in Los Angeles. He has just released his Pop/Rock debut CD titled "Unsolicited Material", in March 2008.

Michael is also a producer and studio guitarist, currently producing tracks in his home studio, for various local artists in the Los Angeles area.

He has also recently written and recorded a song about the horrific situation of the Palestinian people in Gaza. Click on the link below to hear the song on youtube:



Wahai Mujahidin Palestin


Aku amat mencemburuimu, Mujahidin Palestin
Kamu dipilih ALLAH mempertahan tanah suci
Kamu terpilih mempertahan masjid suci

Bau syurga dapat kau rasai
Kamu mati tapi sebenarnya kamu masih hidup
Mati syahid cita-cita tertinggi kamu

Apakan daya aku hanya mampu berdoa
Aku hanya mampu menghulurkan derma
Aku sekadar mampu memboikot

Jika kamu di ambang syurga
Doakan kami dapat bersamamu

Islam akan tetap terpelihara
ALLAH akan memelihara Islam dan Al-Quran
Tapi diri kita, kita sendiri yang menentukan
Baik atau buruk, syurga atau neraka..






Jumaat, 16 Januari 2009

Arus Politik Yang Bisa Membingungkan


16 Jan 2009 - Warga UM telah digemparkan dengan penemuan kepala babi yang dibelah dua di surau Akademi Pengajian Islam, UM.

Kepala babi tersebut yang ditemui oleh salah seorang pelajar UM ketika beliau pergi ke surau untuk menunaikan solat subuh di surau tersebut. Kepala tersebut telah diletakkan di atas bendera parti PAS.

Apa komen anda??

Adakah ini perbuatan orang bukan Islam??

Ataupun mereka yang berlainan fikrah politik??

Walaupun apa pun alasannya, perbuatan ini sudah melampaui batas dan etika sebagai seorang manusia. Perbuatan ini tidak boleh diterima samada sebagai seorang yang beragama Islam mahupun orang yang bukan Islam.

Suasana di UM sungguh hangat terutamanya di musim pilihanraya kampus.

Mintak maaf untuk dikatakan, diri ini kadang-kadang kurang mengerti mengapa manusia begitu mengejar pangkat dan begitu semangat berpolitik sedangkan terkadang-kadang agama sendiri digadai.

Tidak kurang yang berkobar-kobar melaungkan semangat kepimpinan Islam, tetapi dalam masa yang sama mencari kelemahan dan aib pihak lawan untuk dijadikan modal dalam berkempen dan memenangi undi. Habis semua kelemahan dan aib didedahkan sehingga kepada perkara peribadi pihak lawan juga dijaja di dalam kempen-kempen mereka. Adakah ini cara yang sihat dan berlandaskan ajaran Islam??

Lantas, perbuatan mencari aib dan kelemahan pihak lawan menyebabkan agama Islam semakin diragui dek kerana perbuatan sesetengah calon yang memakai jenama Islam tetapi tidak membawa roh Islam yang sebenar.

Penyokong dan petugas kepada mana-mana calon jugak sering memberi masalah yang impaknya terkadang-kadang tidak memberi keuntungan kepada Islam. Mereka begitu bersemangat dalam bekerja demi kemenangan calon-calon mereka, tetapi agak cuai dalam melaksanakan tuntutan yang lebih utama.

Bekerja sehingga lewat malam, dan akhirnya solat Subuh digadai. Tidak kurang juga yang terlepas atau tidak hadir ke kuliah dek keletihan atau mengutamakan tugas 'politik' yang dirasakan lebih aula. Adakah ini cermin bagi politik Islam yang sebenar??

Sirah telah membuktikan bahawa kuasa politik ini amat ampuh untuk menegakkan syiar Islam dalam masa yang sama boleh menjadi fitnah yang merosakkan perpaduan umat Islam.

Semak kembali bagaimana Baginda Nabi S.A.W. membina empayar Madinah yang aman dan harmoni..Lihat bagaimana pendekatan Baginda S.A.W. menyatukan semua golongan di bawah satu payung. Salah satu cara yang paling mudah ialah dengan akhlak dan contoh yang baik. Itu adalah magnet yang amat kuasanya.

Tetapi ingat..Jangan lupa akan peristiwa fitnah yang amat memilukan dalam sejarah Islam. Peperangan Jamal, Pembunuhan Saidina Uthman R.A, Saidina Ali R.A, cucu Nabi S.A.W. dan perpecahan penduduk Islam Madinah, Kufah dan Dimashq (Damsyik).. Ia juga kerana politik dan kuasa pemerintahan.

Politik dan pemerintahan ini haruslah diuruskan dengan sebaiknya kerana ia bisa menjadi senjata yang paling ampuh ataupun fitnah yang paling dashyat.

"Sessunguhnya kebaikan akan menghapuskan kejahatan"

Sekadar muhasabah ringkas di musim pilihanraya kampus seluruh Malaysia dan pilihanraya kecil parlimen Kuala Terennganu.

-Allah S.W.T. lebih mengetahui segalanya-





Isnin, 12 Januari 2009

Isu Palestin: Apa Usaha Kita??

Jan 9 (Reuters) -The Spanish soccer federation (RFEF) has fined Sevilla striker Frederic Kanoute for uncovering a T-shirt with the word "Palestine" written on it in several languages after he scored in Wednesday's 2-1 win over Deportivo Coruna in the King's Cup.

The referee booked Kanoute for the gesture and the RFEF said in a statement it had fined the Mali international, who is a Muslim, an unspecified amount.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BAITULAHAM: Presiden Venezuela, Hugo Chavez kini dianggap wira oleh rakyat Palestin dan penyokong mereka kerana keberaniannya mengusir keluar duta Israel dari Caracas pada 6 Januari lalu.

Hanya Venezuela saja negara yang melakukannya selain Mauritania yang mengambil tindakan berkenaan. Hamas, pergerakan Islam yang menguasai Gaza, mengalu-alukan 'keputusan berani Chavez', sementara Hassan Nasrallah, ketua Hizbullah di Lubnan, menggesa negara Arab supaya mencontohi tindakan Presiden Venezuela itu.

Bendera Venezuela dan potret Presiden Hugo Chavez kini kelihatan berkibaran dalam bantahan terhadap Israel di Tebing Barat berikutan serangan negara Yahudi itu ke atas Semenanjung Gaza.

Sabtu lalu, Chavez menuduh Israel sebagai 'tangan pembunuh' Amerika Syarikat dan berkata, penyelesaian kepada krisis di Gaza itu terletak pada tangan Barack Obama apabila beliau mengambil alih sebagai Presiden AS minggu ketiga bulan ini.

Mohammed al-Lahham, ahli Parlimen daripada parti Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas, berkata Chavez adalah 'simbol perjuangan kebebasan dan ini membezakannya daripada presiden lain di dunia'.

Penentangannya terhadap Washington, sekutu setia Israel, berhubung serangan ke atas Iraq dan Lubnan pada 2006 menjadikan Chavez simbol bagi rakyat 'yang berjuang menentang pendudukan'.

Selain Tebing Barat, bendera Venezuela dan potret Chavez juga dikibarkan oleh penunjuk perasaan di Ramallah dan Hebron dalam perhimpunan yang diadakan minggu lalu.

Stesen televisyen Al-Jazeera menemu ramah Menteri Luar Venezuela, Nicolas Maduro yang membidas 'penjenayah yang mentadbir Israel' dan mereka yang 'melakukan pemusnahan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin selama 60 tahun'.

"Saya ingin memberi Chavez pasport Palestin agar beliau boleh menjadi warga Palestin. Kemudian kami akan memilihnya untuk menjadi presiden kami," kata Datuk Bandar Al-Masar, Mahmud Zwahreh.

Mohammed Brijeh, yang mengetuai kumpulan bertindak di Baitulaham terhadap tembok keselamatan di antara Israel dan Tebing Barat berkata: "Respons Chavez bernilai lebih besar daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)." "PBB hanya melakukan apa yang Israel mahu", dakwanya.
"Alangkah baiknya jika kami mempunyai pemimpin sekuat Hugo Chavez," kata Brijeh. Kata Zwahreh: "Kami tidak mempunyai pemimpin yang ada strategi dan misi jelas".

Abbas dan pergerakan Fatahnya yang sederhana menjadi lemah berikutan pergeseran dengan Hamas dan sifat terlalu mengagungkan bekas pemimpinnya, Yasser Arafat, yang potretnya masih menghiasi kebanyakan bangunan dan rumah. Iyad, seorang peniaga kedai berkata "Chavez adalah presiden terbaik. Beliau selalu menyokong Palestin."

"Beliau adalah lebih baik daripada pemimpin Arab. Jordan dan Mesir sepatutnya turut mengusir duta Israel. Adalah memalukan kerana kita tidak mempunyai pemimpin sepertinya," kata Assem, seorang lagi peniaga.

Sumber: Berita Harian, Reuters dan AFP.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di mana pemimpin negara Islam??
Di mana umat Islam??
Di mana negara Islam??
Apa usaha anda??

Ingatlah, setiap insan pasti akan disoal kelak atas segala perbuatan dan usaha mereka.