Isnin, 26 Januari 2009

Pilihanraya Kampus 2009


Keputusan pilihanraya kampus sudah diumumkan.

UM telah berjaya dirampas kembali oleh pro-Mahasiswa dan calon-calon bebas. IPTA lain kekal di tangan pro-Aspirasi, walaupun tidak semua yang mendukung idea dan fikrah aspirasi yang pro-kerajaan.

UIAM merupakan IPTA yang terakhir mengadakan pilihanraya kampus iaitu pada 22 Januari 2009. Setelah diumumkan keputusan pilihanraya pada sebelah malamnya, pihak pro-Mahasiswa kekal berkuasa di bumi UIAM. Pro-Aspirasi dan PKPIM masing-masing berjaya memenangi 1 kerusi di KAED dan di Kuliah Ekonomi.

Suasana yang amat berbeza telah berlaku di UIAM Kampus Kuantan. 5 daripada 6 kerusi kuliah hanya mempunyai dua orang calon yang bertanding. Mereka tidak perlu bertanding, bermanifesto, menampal poster dan berperang psikologi untuk merebut tempat. kerana tempat mereka sudah terjamin di dalam Majlis Perwakilan Pelajar Mujurlah, kuliahku iaitu Kuliah Sains Kesihatan Bersekutu, masih berlaku demokrasi iaiti pertembungan 3 penjuru untuk merebut dua tempat di dalam Majlis Perwakilan Pelajar UIAM Kampus Kuantan.

Seikhlasnya, diri ini kurang bersetuju dengan pendapat sesetengah pihak bahwa tidak perlu diadakan sebarang pertandingan dalam pilihanraya ini. Hanya perlu menurut cadangan calon yang dikemukakan oleh sesetangah pihak tertentu. Jika semua harus mengikutinya, tidak perlu lagi diadakan pilihanraya. Cukup diadakan upacara perlantikan jawatan.

Jika pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar peringkat kampus diadakan secara lantikan, dikhuatiri calon yang telah automatik namanya terpilih, akan merasakan 'senang duduk' dan tidak perlu memperjuangkan apa-apa, sedangkan fungsi sebenar Majlis Perwakilan Pelajar adalah memperjuang hak dan kebajikan para pelajar. Mereka juga berfungsi sebagai pengantara dan pemudah cara di antara para pelajar dan pihak pentadbiran.

Pesanan kepada 3 calon Majlis Perwakilan Pelajar Kuliah Sains Kesihatan Bersekutu; Mohd Hilmi Bin Ya'kub, Mohd Firdaus Bin Nazri Shaharuddin dan Nor sabrina Binti Subri,

Ikhlaskan niat. Jelaskan misi dan visi. Kenapa mahu menjadi Majlis Perwakilan Pelajar. Bersainglah dengan bersih dan sihat, jangan timbulkan fitnah dan serangan peribadi. Cuba sedaya upaya untuk kotakan manifesto2 anda.. Muhasabah diri.. Sedar akan amanah yang bakal dipikul. Semuanya akan disoal kelak..

Kepada para pelajar Kuliah Sains Kesihatan Bersekutu UIAM;

Turun mengundi.. Beristighfar dan berselawatlah sebelum memangkah undi. Pinta diberi petunjuk untuk memilih clon yang terbaik dan terlayak untuk memikul amanah..Jangan buat kacau dan sebarang kekecohan..

p/s; Kerusi Kuliah Sains Kesihatan Bersekutu belum lagi diketahui kerana pengundian pada 22 Januari lepas ditunda kepada 29 Januari 2009 di MPH,level 1,KOM.

Pengundian akan diadakan secara manual iaitu menggunakan pen dan kertas. Para pelajar dinasihatkan untuk membawa pen dan kad matrik anda.

2 ulasan:

3p4h berkata...

Alhamdulillah...

Terima Kasih atas peringatan. Harap kita semua mendapat manfaat drp entri ini.

Ameen...

thaaqhib berkata...

undi itu tanggungjawab