Jumaat, 16 Januari 2009

Arus Politik Yang Bisa Membingungkan


16 Jan 2009 - Warga UM telah digemparkan dengan penemuan kepala babi yang dibelah dua di surau Akademi Pengajian Islam, UM.

Kepala babi tersebut yang ditemui oleh salah seorang pelajar UM ketika beliau pergi ke surau untuk menunaikan solat subuh di surau tersebut. Kepala tersebut telah diletakkan di atas bendera parti PAS.

Apa komen anda??

Adakah ini perbuatan orang bukan Islam??

Ataupun mereka yang berlainan fikrah politik??

Walaupun apa pun alasannya, perbuatan ini sudah melampaui batas dan etika sebagai seorang manusia. Perbuatan ini tidak boleh diterima samada sebagai seorang yang beragama Islam mahupun orang yang bukan Islam.

Suasana di UM sungguh hangat terutamanya di musim pilihanraya kampus.

Mintak maaf untuk dikatakan, diri ini kadang-kadang kurang mengerti mengapa manusia begitu mengejar pangkat dan begitu semangat berpolitik sedangkan terkadang-kadang agama sendiri digadai.

Tidak kurang yang berkobar-kobar melaungkan semangat kepimpinan Islam, tetapi dalam masa yang sama mencari kelemahan dan aib pihak lawan untuk dijadikan modal dalam berkempen dan memenangi undi. Habis semua kelemahan dan aib didedahkan sehingga kepada perkara peribadi pihak lawan juga dijaja di dalam kempen-kempen mereka. Adakah ini cara yang sihat dan berlandaskan ajaran Islam??

Lantas, perbuatan mencari aib dan kelemahan pihak lawan menyebabkan agama Islam semakin diragui dek kerana perbuatan sesetengah calon yang memakai jenama Islam tetapi tidak membawa roh Islam yang sebenar.

Penyokong dan petugas kepada mana-mana calon jugak sering memberi masalah yang impaknya terkadang-kadang tidak memberi keuntungan kepada Islam. Mereka begitu bersemangat dalam bekerja demi kemenangan calon-calon mereka, tetapi agak cuai dalam melaksanakan tuntutan yang lebih utama.

Bekerja sehingga lewat malam, dan akhirnya solat Subuh digadai. Tidak kurang juga yang terlepas atau tidak hadir ke kuliah dek keletihan atau mengutamakan tugas 'politik' yang dirasakan lebih aula. Adakah ini cermin bagi politik Islam yang sebenar??

Sirah telah membuktikan bahawa kuasa politik ini amat ampuh untuk menegakkan syiar Islam dalam masa yang sama boleh menjadi fitnah yang merosakkan perpaduan umat Islam.

Semak kembali bagaimana Baginda Nabi S.A.W. membina empayar Madinah yang aman dan harmoni..Lihat bagaimana pendekatan Baginda S.A.W. menyatukan semua golongan di bawah satu payung. Salah satu cara yang paling mudah ialah dengan akhlak dan contoh yang baik. Itu adalah magnet yang amat kuasanya.

Tetapi ingat..Jangan lupa akan peristiwa fitnah yang amat memilukan dalam sejarah Islam. Peperangan Jamal, Pembunuhan Saidina Uthman R.A, Saidina Ali R.A, cucu Nabi S.A.W. dan perpecahan penduduk Islam Madinah, Kufah dan Dimashq (Damsyik).. Ia juga kerana politik dan kuasa pemerintahan.

Politik dan pemerintahan ini haruslah diuruskan dengan sebaiknya kerana ia bisa menjadi senjata yang paling ampuh ataupun fitnah yang paling dashyat.

"Sessunguhnya kebaikan akan menghapuskan kejahatan"

Sekadar muhasabah ringkas di musim pilihanraya kampus seluruh Malaysia dan pilihanraya kecil parlimen Kuala Terennganu.

-Allah S.W.T. lebih mengetahui segalanya-





2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku org atas pagar yang idlahirkan dengan hidup liberal dan suka kepada politik nilai…
Dari suatu sumber dari Kolej Kediaman Bestari, kolej 4th, saudara junaidi presiden kolej 4th telah pun bertindak mengeluarkan post yang membuka pekung dan memerangkap dirinya dalam isu penyalahgunaan wang pelajar oleh aspirasi semasa jentera aspirasi pergi ke pulau tioman untuk menjalani latihan jnetera danbengkel calon….
Persoalan timbul dengan begitu suspen sekali… sma-sama kita fikirkan ialah:……
1. KENAPA TIBA-TIBA POST JUNAIDI YG MENJAWAB ‘FITNAH’ DARI PRO M TERSEBUT TIDAK LAGI DISIARKAN SETELAH IANYA DISIARKAN DALAM MAHASISWAKINI?
2. KENAPA ADA MAHASISWI PENGGERAK MAHASISWA ATAU ASPIRASI YANG SANGGUP PECAHKAN RAHSIA PERANGAI DAN PERILAKU JUNAIDI SEJAK AKHIR-AKHIR INI? SENGAJA DEDAHKAN KELEMAHAN SENDIRI ATAU ADA MASALAH DALAMAN?
3. KENAPA TIDAK ADA LAGI JAWAPAN BAGI SEGALA ‘TUDUHAN’ YANG PRO M LEMPARKAN KEPADA ASPIRASI SEPERTI POST JUNAIDI JAWAB ISU PULAU TIOMAN HARI TUE?
4. SEJAK AKHIR-AKHIR INI ASPIRASI SEPERTI BERSIFAT ‘DEFENSIVE’ DALAM PELBAGAI ISU,PADAHAL PRO MAHASISWA TERUS MEMBAWA BUKTI-BUKTI BARU UNTUK PASTIKAN ‘TUDUHAN’ MEREKA BENAR. KENAPA?
5. TENTANG PENYALAHGUNAAN WANG PELAJAR, KENAPA NAMA PROGRAM LAIN DARI ISI PROGRAM TERSEBUT? MENGAPA? MEMANG PROSEDUR ATAU HABIT ASPIRASI MEMANG BEGITU DALAM ‘CORE BUSINESS’NYA MEROMPAK DUIT PELAJAR????
6. BABI?... MUNGKIN BOLEH JADI PRO M SENANG DAPAT BENDERA PAS, TAPI ASPIRASI LAGI SENANG DAPAT KEPALA BABI DIBELAH DUA… MENGKONFIUSKAN??
7. KENAPA HAFIZ ILLIAS TIBA-TIBA KENA CUBA DICEDERAKAN?
8. KENAPA FITRAH DI’SAMBUT’ OLEH BARISAN JTK,JIK SEMASA KEMPEN BELIAU?? POPULAR SANGATKAH FITRAH ATAU ASPIRASI DAN PENGETUA KOLEJ KECUT DENGAN BUDAK KURUS DARI PENANG ITU????????
9. PETANG SEMALAM, DARI PAGI HINGGA TENGAHARI, SEMUA PENGETUA KOLEJ LARI TAK ADA KAT PEJABAT?
10. KENAPA ADA PROSEDUR BODOH SEPERTI LIMIT WAKIL CALON YANG BERKEMPEN HANYA YANG ADA NAMA PADA KERTAS SEPERTI DI KOLEJ 7TH? SETIAP WAKIL CALON PERLU HANTAR SURAT BERKEMPEN YG BERLAINAN DALAM SATU MASA, SENGAJA LAMBATKAN PROSEDUR PRO M ATAU TAK MAHU BAGI TERUS?????
11. KENAPA BUDAK-BUDAK DI KOELH 4TH SANGAT SAYANG KAN AYUNI? PRO M YANG MISKIN ITU SUDAH SUAPKAN BUDAK-BUDAK ITU DENGAN RASUAH ATAU AYUNI SENDIRI IKHLAS DALAM MEMIMPIN…
12. KENAPA AYUNI SEBAGAI BEKAS ORG KUAT 4TH JADI ORG PRO M, DIA DIRASUAH OLEH PRO M YANG NAK KUMPUL DANA PUN KENA JUAL T-SHIRT OREN YANG BODOH ITU KE?????
13. KENAPA WAKIL CALON 1ST YEAR DI KOLEJ SEMBILAN DIUGUT DAN TETIBA SAJA KAD PENGENALANNYA HILANG…. TRAUMA TERUS BUDAK TU SAMPAI TAK MAHU JADI WAKIL CALON… PERSOALAN, SAPA YANG BUAT….??? TAK LA, AUTOMATIK DAN TELAH DITAKDIRKAN..HUHU, PADAN MUKA PRO M. HAMPA LAWAN DENGAN ORG YANG DIBELAKANG NYA HEP, UMNO, BN, EERR… JGN LUPA KEPADA PENJUAL KEPALA BABI DARI CHOW KIT ROAD…..

el-biruni berkata...

Assalamualaikum
salam ziarah...
tak sangka se'ngeri' ini politik di University di Mesia.. sungguh, sy tak menyangka perkara2 tersebut berlaku.. apatah lagi klu ianya hanya disebabkn perebutan takhta dan kuasa...
Moga Allah memberi hidayah kpd kte smua...