Isnin, 12 Januari 2009

Isu Palestin: Apa Usaha Kita??

Jan 9 (Reuters) -The Spanish soccer federation (RFEF) has fined Sevilla striker Frederic Kanoute for uncovering a T-shirt with the word "Palestine" written on it in several languages after he scored in Wednesday's 2-1 win over Deportivo Coruna in the King's Cup.

The referee booked Kanoute for the gesture and the RFEF said in a statement it had fined the Mali international, who is a Muslim, an unspecified amount.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BAITULAHAM: Presiden Venezuela, Hugo Chavez kini dianggap wira oleh rakyat Palestin dan penyokong mereka kerana keberaniannya mengusir keluar duta Israel dari Caracas pada 6 Januari lalu.

Hanya Venezuela saja negara yang melakukannya selain Mauritania yang mengambil tindakan berkenaan. Hamas, pergerakan Islam yang menguasai Gaza, mengalu-alukan 'keputusan berani Chavez', sementara Hassan Nasrallah, ketua Hizbullah di Lubnan, menggesa negara Arab supaya mencontohi tindakan Presiden Venezuela itu.

Bendera Venezuela dan potret Presiden Hugo Chavez kini kelihatan berkibaran dalam bantahan terhadap Israel di Tebing Barat berikutan serangan negara Yahudi itu ke atas Semenanjung Gaza.

Sabtu lalu, Chavez menuduh Israel sebagai 'tangan pembunuh' Amerika Syarikat dan berkata, penyelesaian kepada krisis di Gaza itu terletak pada tangan Barack Obama apabila beliau mengambil alih sebagai Presiden AS minggu ketiga bulan ini.

Mohammed al-Lahham, ahli Parlimen daripada parti Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas, berkata Chavez adalah 'simbol perjuangan kebebasan dan ini membezakannya daripada presiden lain di dunia'.

Penentangannya terhadap Washington, sekutu setia Israel, berhubung serangan ke atas Iraq dan Lubnan pada 2006 menjadikan Chavez simbol bagi rakyat 'yang berjuang menentang pendudukan'.

Selain Tebing Barat, bendera Venezuela dan potret Chavez juga dikibarkan oleh penunjuk perasaan di Ramallah dan Hebron dalam perhimpunan yang diadakan minggu lalu.

Stesen televisyen Al-Jazeera menemu ramah Menteri Luar Venezuela, Nicolas Maduro yang membidas 'penjenayah yang mentadbir Israel' dan mereka yang 'melakukan pemusnahan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin selama 60 tahun'.

"Saya ingin memberi Chavez pasport Palestin agar beliau boleh menjadi warga Palestin. Kemudian kami akan memilihnya untuk menjadi presiden kami," kata Datuk Bandar Al-Masar, Mahmud Zwahreh.

Mohammed Brijeh, yang mengetuai kumpulan bertindak di Baitulaham terhadap tembok keselamatan di antara Israel dan Tebing Barat berkata: "Respons Chavez bernilai lebih besar daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)." "PBB hanya melakukan apa yang Israel mahu", dakwanya.
"Alangkah baiknya jika kami mempunyai pemimpin sekuat Hugo Chavez," kata Brijeh. Kata Zwahreh: "Kami tidak mempunyai pemimpin yang ada strategi dan misi jelas".

Abbas dan pergerakan Fatahnya yang sederhana menjadi lemah berikutan pergeseran dengan Hamas dan sifat terlalu mengagungkan bekas pemimpinnya, Yasser Arafat, yang potretnya masih menghiasi kebanyakan bangunan dan rumah. Iyad, seorang peniaga kedai berkata "Chavez adalah presiden terbaik. Beliau selalu menyokong Palestin."

"Beliau adalah lebih baik daripada pemimpin Arab. Jordan dan Mesir sepatutnya turut mengusir duta Israel. Adalah memalukan kerana kita tidak mempunyai pemimpin sepertinya," kata Assem, seorang lagi peniaga.

Sumber: Berita Harian, Reuters dan AFP.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di mana pemimpin negara Islam??
Di mana umat Islam??
Di mana negara Islam??
Apa usaha anda??

Ingatlah, setiap insan pasti akan disoal kelak atas segala perbuatan dan usaha mereka.

Tiada ulasan: