Antara beberapa hujah akal yang menunjukkan bahawa Al-Quran bukan direka dan bukan hanya dari buah fikiran Baginda (صلى اللـه عليه وسلم) adalah seperti berikut:
1.
Terdapat ayat-ayat yang menegur perbuatan Nabi (صلى
الله عليه وسلم) seperti
ayat-ayat di awal surah 'Abasa. Mustahil untuk seseorang mencipta satu ayat
yang menegur perbuatannya sendiri serta dibacakan dan diperdengarkan kepada
orang ramai.
2.
Terdapat ayat-ayat yang menceritakan perihal umat terdahulu dengan sangat
terperinci seperti bilangan hari dan tahun pemuda Kahfi ditidurkan dalam surah Al-Kahfi.
3. Ayat-ayat yang
menceritakan tentang perkara-perkara masa hadapan dan penemuan-penemuan sains
yang hanya mampu dibuktikan oleh umat terkemudian seperti peringkat-peringkat
kejadian manusia yang telah diceritakan di awal surah al-Hajj, awal surah al-Mu'minun
dan di beberapa tempat lain dalam Al-Quran.
4.
Nabi صلى الله عليه وسلم)) sangat berhajat kepada penurunan wahyu dalam beberapa peristiwa
tetapi wahyu tidak turun sehingga beberapa ketika yang telah ditetapkan oleh
Allah seperti dalam peristiwa tuduhan terhadap 'Aisyah yang akhirnya dijawab
oleh Allah dalam surah an-Nuur.
*Antara
kitab yang baik untuk dibaca bagi menjawab segala syubahat yang ditimbulkan
mengenai Al-Quran:
- النباء العظيم نظرات جديدة في القرآن لشيخ محمد عبد الله دراز رحمه الله
- قضايا قرآنية في الموسوعة البريطانية نقد مطاعن، ورد شبهات لشيخ الأستاذ
الدكتور فضل حسن عباس رحمه الله
(Pengajian Ulum Al-Quran oleh Dr. Redha al-Hawari Hafizahullah, Universiti Yarmuk, Irbid, Jordan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan