Rabu, 23 Disember 2009

Seruan Yang Lesu.. Di Mana Silapnya??



Ramai yang berdakwah, tetapi hasilnya lesu...

Ramai yang menyeru ke arah kebaikan, tetapi hasilnya juga tidak seberapa.

Mengapa ia berlaku??

Antara kesilapan yang jelas adalah kegagalan dai'e untuk mendekati mad'u.

Bagaimana untuk mengatasinya??

Benda yang paling asas adalah fahami selera mad'u/massa. Ramai yang berdakwah dengan lantangnya di atas pentas dan mimbar-mimbar masjid, namun sasarannya hanyalah sekelompok manusia yang memang hatinya sudah bertaut pada masjid/ceramah. Tidak dinafikan amatlah perlu untuk saling mengingati antara sesama Muslim kerana peringatan itu memberi manfaat yang banyaknya, tetapi mengapa harus dilambakkan ke semuanya ke medan itu??

Berapa ramai pendakwah / geng-geng baik yang boleh bersukan? berapa ramai yang mahir bermain/tahu tentang muzik? berapa ramai yang pakar dalam permainan siber? berapa ramai yang 'update' dalam fesyen-fesyen terkini?

Boleh dibilang dengan jari..

Usahlah syok sendiri dengan seruan kamu, sedangkan ia sebenarnya lansung tidak menembusi tembok-tembok hati mereka yang diseru.

Sedarlah.. anda sebenarnya yang menjadikan Islam itu kaku, bukannya 'way of life' seperti yang dilaung-laungkan.

Asas kedua, sayangilah mereka. 'What you give, you get back'. Usah dipandang mereka kotor atau kurang tarafnya dek kerana kurangnnya amalan mereka. Sikap 'double standard' inilah yang senantiasa menjadi pengahalang utama kepada meresapnya 'roh' islam yang dibawa oleh pendakwah. Sentuhan kasih sayang adalah senjata yang paling ampuh untuk melembutkan hati mereka yang diseru. Singgah kembali kepada sirah Rasullulah S.A.W. Bagaimana dakwah Baginda yang penuh kasih sayang itu, akhirnya berjaya mengikat banyak hati kepada Islam.

Elemen lain yang sering dilupakan adalah doa. Jarang sekali berdoa untuk kebaikan sahabat-sahabatnya, apatah lagi mendoakan untuk mad'u. Kenanglah kembali bagaimana sirah pernah mengajar kita tentang perihal kepentingan doa dalam mengubah masyarakat. Walaupun Baginda S.A.W. dilukai dalam peristiwa Thaif, namun Baginda tetap berdoa agar penduduk-penduk Thaif akan beriman pada suatu hari kelak di kala malaikat sudah bersiap siaga untuk menghukum penduduk Thaif. Hasilnya, penduduk Thaif telah menjadi pengikut yang amat setia dalam mempertahankan Nabi S.A.W.

Usahlah disalahkan masyarakat jika usaha anda kurang berjaya dalam menyampaikan kebaikan. Semak kembali bagaimana pendekatan yang digunakan. Adakah cukup meluas dan fleksibel untuk dihadam oleh seluruh kumpulan sasaran??



Jom sertai EXPDC dakwah pada malam TAHUN BARU di Telok Chempedak dan Benteng (kawasan cadangan). EXPDC ini adalah program kerjasama dengan JAIP dan beberapa IPT lain di sekitar Kuantan. Kita 'serang' mereka dengan penuh hikmah dan muhibbah.

"Berdakwahlah Dalam Ertikata Yang Luas"

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"serang"
ini seruan kita?

Tanpa Nama berkata...

sgt mberi kesan..
truskn mnulis..
TERbaek!!!!!!!!!!!!!!

عبد الرحمن بن العزمي berkata...

"Serang" itu hanyalah satu hiperbola ynag digunakan untuk memberi makna yang lebih dekat iaitu mendekati dengan bersungguh-sungguh

Abdullah Mujahid Hasanuddin berkata...

alhamdulillah