Jumaat, 4 Disember 2009

Main Kabel & Orang Dalam



" Kau nak mintak kerja ni, ada kabel tak?..Kalau takde, jangan haraplah nak dapat jawatan tu.."

"Eh, ada kenal orang dalam tak?.. Nak mintak tolong 'adjust' permohonan biasiswa ni.."

Istilah main kabel, guna 'orang dalam', menjadi begitu popular bagi generasi kini. Semuanya dek kerana suasana masa kini yang begitu mendesak untuk mendapatkan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika ia berbentuk keduniaan. Hasilnya, hanya pintu belakang yang diyakini mampu membuka pintu rezeki mereka.

Amat sukar untuk memperoleh jawatan atau projek jika tiada orang dalam di sebaliknya. Paling kurang, segenggam habuan dihulurkan sebagai tiket untuk memperoleh jawatan dan projek perniagaan yang dipinta.

Seringkali berlaku lakonan sesi 'temuduga' diadakan, baik dalam agensi kerajaan mahupun agensi swasta. Temuduga diadakan sekadar mencukupkan syarat, sedangkan nama calon yang terpilih untuk mengisi kekosongan jawatan/biasiswa atau memperoleh kontrak projek sudahpun berada di tangan para penemuduga.

Lakonan wayang tersebut seringkali bejaya dilakonkan dengan jayanya. Namun, mereka semua lupa yang mereka sebenarnya hanyalah pelakom di pentas yang lebih besar ini. Ada PENGARAH UTAMA yang tidak pernah terleka memerhatikan setiap pergerakan para pelakon-Nya.

Persoalannya, adakah dibolehkan untuk menggunakan kabel dan 'orang dalam' ni?

Jom kita semak satu hadith Nabi S.A.W,
Dari Ibnu Abbas R.A. katanya; Sabda Rasullulah S.A.W.; " Sesiapa yang melantik seorang lelaki ke atas sekumpulan orang ramai sedangkan terdapat di kalangan mereka orang yang lebih diredhai Allah dari lelaki tersebut, maka ia telah menkhianati Allah, RasulNya dan orang Mu'min" (Hadith riwayat al-Hakim dan as-Suyuti)

Menkhianati Allah, RasulNya dan orang Mu'min.

Apa hukumnya dan bagimana kedudukannya dalam syariat Islam??

Fikir-fikirkan..

1 ulasan:

zaiton zakaria berkata...

salam
'positioning' tmasuk kah?
inkuiri ni..pendapat?