-Berdakwahlah Dalam Ertikata Yang Luas-
Isnin, 18 September 2017
Empat Cara Zikir Selepas Solat Berdasarkan Hadith-Hadith yang Sahih daripada Nabi (صلى الله عليه وسلم)
Antara waktu yang sangat digalakkan untuk kita berzikir adalah selepas selesai solat 5 waktu, dan antara zikir yang diajar oleh Nabi SAW ketika itu ialah zikir: سبحان الله, الحمد لله, الله أكبر
Kita biasa mengalunkan zikir tersebut sebanyak 33 kali untuk setiap kalimah zikir tersebut atau 34 kali untuk kalimah الله أكبر
Sebenarnya ada 4 cara zikir (سبحان الله, الحمد لله, الله أكبر) selepas solat berdasarkan hadith-hadith Nabi SAW, namun mungkin kurang diamalkan kerana tidak sampai kepada kita hadith-hadith tentang cara Nabi SAW berzikir kecuali yang sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat.
4 cara tersebut adalah:
1. سبحان الله Subhanallah (33 kali)
الحمد لله Alhamdulillah (33 kali)
الله أكبر Allahu Akbar (34 kali)
[Hadith Riwayat al-Bukhari (5361) dan Muslim (7090)]
2. سبحان الله Subhanallah (33 kali)
الحمد لله Alhamdulillah (33 kali)
الله أكبر Allahu Akbar (33 kali)
لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير
[Hadith Riwayat al-Bukhari (6329) dan Muslim (1380)]
3. سبحان الله Subhanallah (10 kali)
الحمد لله Alhamdulillah (10 kali)
الله أكبر Allahu Akbar (10 kali)
[Hadith Riwayat al-Bukhari (843)]
4. سبحان الله Subhanallah (25 kali)
الحمد لله Alhamdulillah (25 kali)
الله أكبر Allahu Akbar (25 kali)
لا إله إلا الله Laa ilaaha illaAllah (25 kali)
[Hadith Riwayat at-Tirmizi (3413) dan an-Nasaie (1351)]
(Zikir-Zikir Pagi dan Petang; Dirayah dan Riwayah, Sheikh Abdul Aziz bin Marzuq at-Toraifi Hafizahullah)
p/s: Yang terbaik adalah mempelbagaikan cara bilangan zikir selepas solat sepertimana yang diajar oleh Nabi SAW berdasarkan hadith-hadith yang sahih, bukan hanya mengamalkan satu cara sahaja kerana ia lebih menepati Sunnah Nabi SAW. Wallahu'alam.
Dinukil oleh
عبد الرحمن بن العزمي
pada jam
2:48 PTG
Labels:
Fiqh & Usul Fiqh,
Hadith
3 Peringkat Yang Akan Dilalui oleh Penuntut Ilmu
Sesorang yang menuntut ilmu akan melalui tiga
peringkat:
Peringkat pertama, iaitu dia akan merasakan
takabbur (sombong) dengan ilmu yang ada. Dia akan merasakan sudah mempunyai
banyak ilmu, manakala orang lain tidak mempunyai ilmu yang banyak seperti dia.
Dia juga akan sentiasa merasakan pandangan dan pendapat dia yang paling tepat
berbanding orang lain.
Peringkat kedua, iaitu seseorang itu akan
merasa tawadhu' (merendah diri) dengan ilmu yang diperoleh. Ini kerana, semakin
banyak seseorang itu mendalami ilmu, semakin banyak
perkara baru yang dipelajari, semakin banyak perbincangan dan perbahasan yang
diketahui, dan semakin ramai orang yang lebih berilmu ditemui. Perasaan
tawadhuk dan kerdil akan datang ke dalam diri apabila memahami realiti sebenar.
Peringkat ketiga dan terakhir, iaitu seseorang
itu merasakan seolah-olah tidak mengetahui apa-apa, ini kerana apabila semakin
dalam seseorang itu mengkaji dan mendalami sesuatu ilmu, dia akan mengetahui
bahawa ilmu itu sangat luas berbanding dengan hanya sedikit pengetahuan yang
telah dia ada selama ini, seolah-olah dia tidak mengetahui apa-apa tentang
sesuatu ilmu tersebut.
Berbahagialah mereka yang telah berjaya ke
peringkat kedua dan ketiga kerana peringkat ini akan menjadikan anda seorang
yang berlapang dada, tidak suka akan perbalahan, menghormati orang lain,
menghormati dan menyayangi ahli ilmu, serta mencintai ilmu dan tidak akan
berasa puas dengan ilmu yang ada.
Realitinya, ramai yang hanya berada setakat peringkat
pertama sahaja dan terhenti di situ tanpa mampu melangkah ke dua peringkat seterusnya.
(Manfaat yang diperoleh daripada kelas pengajian Usul Thalathah bersama Sheikh Dr. Sulaiman al-Ghusun Hafizahullah)
Dinukil oleh
عبد الرحمن بن العزمي
pada jam
2:30 PTG
Labels:
Motivasi / Muhasabah
Antara Zuhud dan Wara'
Zuhud adalah meninggalkan apa yang tidak
bermanfaat kepada akhirat.
Orang yang zuhud menjauhkan perkara yang tidak
bermanfaat kepadanya, manakala orang yang wara' melakukan perkara yang harus
baginya dan meninggalkan perkara yang memudharatkannya.
Meninggalkan apa yang tidak bermanfaat lebih
tinggi daripada meninggalkan apa yang memudharatkan.
(Sheikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin Rahimahullah)
Ukuran zuhud kepada seseorang bukan terletak
kepada pakaian lusuh yang dipakainya mahupun kereta buruk yang dinaikinya,
tetapi terletak kepada setakat mana seseorang itu mampu meninggalkan
perkara-perkara yang tidak bermanfaat kepada akhirat dalam kehidupannya.
Dinukil oleh
عبد الرحمن بن العزمي
pada jam
1:00 PTG
Labels:
Motivasi / Muhasabah,
Umum
Pesanan untuk Mereka yang Mengambil Upah Badal Haji
" ولا يستحب للرجل أن
يأخذ مالاً يحج به عن غيره، إلا لأحد رجلين:
إما رجل
يحب الحج ورؤية المشاعر، وهو عاجز فيأخذ ما يقضى به وطره الصالح، ويؤدي عن أخيه
فريضة الحج،
أو رجل
يحب أن يبرئ ذمة الميت عن الحج، إما لصلة بينهما أو لرحمة عامة بالمؤمنين ونحو
ذلك،
فيأخذ ما
يأخذ ليؤدي به ذلك، وجماع هذا أن المستحب أن يأخد ليحج، لا أن يحج ليأخذ"
((تقي الدين أبو
العباس أحمد بن عبد الحليم بن تيمية الحراني، مجموع الفتاوى (19/26)
Dinukil oleh
عبد الرحمن بن العزمي
pada jam
6:06 PG
Labels:
Motivasi / Muhasabah
Sahabat Nabi (صلى الله عليه وسلم)
Ulama' berbeza pendapat tentang takrifan Sahabat Nabi SAW. Sebahagian ulama' meletakkan takrif Sahabat adalah mereka yang bertemu atau melihat Nabi SAW, beriman dengannya dan mati dalam keadaan Muslim. Sebahagian ulama' lain pula mengatakan Sahabat adalah mereka yang mendampingi/ bersahabat dengan Nabi SAW dalam satu tempoh tertentu yang boleh dianggap sebagai sahabat, beriman dengannya dan mati dalam keadaan Muslim.
Berdasarkan takrifan daripada para Ulama', terdapat beberapa individu atau golongan yang termasuk sebagai Sahabat Nabi SAW kerana memenuhi kriteria yang telah digariskan atau tidak termasuk sebagai Sahabat Nabi SAW disebabkan tidak memenuhi kriteria yang telah digariskan oleh para Ulama'. Antaranya ialah:
1. Al-Asy'at bin Qais radhiyaAllah 'anhu adalah
merupakan salah seorang daripada sahabat Nabi walaupun pernah keluar daripada
Islam, tetapi kembali kepada Islam selepas itu dan mati dalam Islam.
2. Rabi'ah bin Umayyah bin Khalaf tidak dianggap
sebagai salah seorang daripada sahabat Nabi walaupun telah memeluk Islam pada
hari pembukaan kota Mekah kerana telah kembali kepada kufur dan mati dalam
agama Nasrani.
3. An-Najasyi tidak dianggap sebagai salah seorang
daripada sahabat Nabi walaupun beriman dan mati
dalam Islam serta hidup di zaman Nabi kerana An-Najasyi tidak pernah bertemu
dengan Nabi ketika hayatnya.
4. Jin yang telah bertemu Nabi dan beriman
dengannya ketika hayat Baginda termasuk dalam golongan sahabat Nabi.
5. Seseorang yang hanya bertemu dengan Nabi
didalam mimpi bukanlah merupakan sahabat Nabi.
Dinukil oleh
عبد الرحمن بن العزمي
pada jam
5:20 PG
Ahad, 17 September 2017
Mengenali Salah Satu dari Kitab yang Telah Ditelan Zaman
Kitab Ahkamul Quran karangan Ibn al-Fara' al-Qadhi Abi Ya'la
Rahimahullah merupakan salah satu daripada ribuan khazanah ilmu Islam yang
tidak sampai kepada generasi kita. Kitab tersebut telah hilang ditelan zaman.
Namun, jika ingin mengetahui
sebahagian isi kandungan kitab tersebut, kita boleh merujuk kitab Tafsir Zaadul
Maasir fi 'Ilmi Tafsir karangan Ibn al-Jauzi Rahimahullah kerana beliau telah
memetik sebahagian besar dari isi kandungan kitab Ahkamul Quran dan dijadikan
rujukan dalam penulisan tafsir beliau.
Dinukil oleh
عبد الرحمن بن العزمي
pada jam
6:30 PG
من الذين يعتمدون في روايات أقوال الإمام الشافعي رحمه الله من تلاميذه؟
:قال الخطابي رحمه الله
اعتمد
علماء المذهب الشافعي في رواية أقوال الإمام الشافعي أساسا على روايات المزني
والبويطي والربيع بن سليمان المرادي، حيث يقدمون رواياتهم على روايات غيرهم من
تلاميذ الشافعي
ولا
يأخذون بروايات حرملة والربيع الجيزي إذا خالفت رواية المزني والربيع بن سليمان
المرادي
وإذا
اختلفت روايات الثلاثة الذين هم عمدة رواة المذهب (المزني والبويطي والربيع)،
فإنهم يقدمون رواية المزني والربيع بن سليمان المرادي
Dinukil oleh
عبد الرحمن بن العزمي
pada jam
3:01 PG
Tujuan Orang Mu'min Menziarahi Kubur
Tujuan
orang-orang Mu'min menziarahi kubur:
1) Untuk
mengingati hari Akhirat, mengambil iktibar dan pengajaran darinya.
2) Untuk membuat kebaikan kepada ahli kubur dengan mendoakan mereka, memohon keampunan, kerahmatan dan kebaikan kepada mereka.
3) Untuk membuat kebaikan kepada diri sendiri dengan mengikut sunnah Nabi (صلى الله عليه وسلم) yang menziarahi kubur dan berhenti setakat apa yg dilakukan oleh Nabi sahaja ketika menziarahi kubur.
(إغاثة اللهفان من مصايد الشيطان لابن قيم الجوزية رحمه الله)
Dinukil oleh
عبد الرحمن بن العزمي
pada jam
1:37 PG
Labels:
'Aqidah,
Motivasi / Muhasabah
Sabtu, 16 September 2017
قاعدة نافعة في الحفظ والفهم
القاعدة النافعة
في الحفظ: رفع الصوت،
والقاعدة النافعة في الفهم: خفض الصوت
والقاعدة النافعة في الفهم: خفض الصوت
لأن الإنسان إذا أراد أن يحفظ شيئا فرفع
صوته اجتمع على الحفظ: عينه وأذنه؛ فكان ذلك أقدر في حفظه للعلم، وإذا أراد الفهم
خفض صوته؛ لأنه بخفض الصوت يجمع قلبه على المطلوب فيدرك معناه
فهذه هي الجادة التي ينبغي أن تسلكها إذا
أردت حفظا أو أردت فهما
(شرح كتاب : تعليم المتعلم طرق
التعلم, ص.86)
Dinukil oleh
عبد الرحمن بن العزمي
pada jam
7:39 PG
Jumlah Ibadah Umrah dalam Satu Permusafiran ke Mekah; Yang Terbaik dan Yang Harus
Yang terbaik adalah melakukan ibadah umrah sekali sahaja untuk
setiap kali permusafiran ke Mekah kerana ia seperti apa yang telah dilakukan
oleh Nabi صلى الله عليه وسلم.
Adapun melakukan ibadah umrah lebih daripada sekali untuk satu
permusafiran ke Mekah, hukumnya harus dan tidak mengapa kerana terdapat riwayat daripada para salaf telah melakukannya.
Sheikh Saad Turki al-Khaslan Hafizahullah,
Dinukil oleh
عبد الرحمن بن العزمي
pada jam
4:52 PG
Langgan:
Catatan (Atom)