Sila beri penilaian anda untuk blog ini

Penilaian anda (seikhlas mungkin)
12 34 56 78 910
View Results | Give It A Rating

Rabu, 2010 Januari 27

Dia Jauh Lebih Mulia Daripada Mereka


(Baca dengan loghat Qlate.. Bagi yang tak faham, ada terjemahannya di bawah)


Assalamu'laikum, dik..

Wa'alaikumussalam..

Pelajar lagi ko?
(Pelajar lagi ke?)

Ho, pelajar lagi.. Bakpo pokcik?
(Ya, masih lagi pelajar.. Kenapa pakcik?)

Ni pokcik ada bawok kepok.. Nok jua.. Pok cik mari dari Petani..Nok guno pitih wak beli susu anok.. Anok tak sihat.. Mari tengok dulu..
(Ni pakcik ada bawa keropok.. Nak jual.. Pakcik datang dari Petani, Selatan Thai.. Nak guna duit buat beli susu anak.. Anak tidak sihat.. Tengoklah dulu..)

Ambo tak dok pitih mano ni.. Student kan..
(Saya tak ada duit sangat ni.. Student kan..)

Takpo, hok supek kecik pun ado.. Muroh sikik.. Rego 18 yar jah.. Buleh kure lagi ni..
(Takpe, yang plastik kecil pun ada.. Murah sedikit.. Harga 18 ringgit je.. Boleh kurang lagi ni..)

Takpolah pokcik.. Hambo wi pitih sikit ni.. Sebaga sagu ati.. Ambo toksey beli kepok tuh..
(Takpelah pakcik.. Saya bagi duit sikit ni.. Sebagai saguhati.. Saya tak nak beli keropok tu..)

Eh, jange gitu... malu la pokcik.. nak jua ni..
(Eh, jangan macam tu.. malu la pakcik.. nak menjual ni..)

Takpo2.. amik la sebaga saguhati.. Kiro atah usoho pokcik..
(Takpe2.. ambil la sebagai saguhati.. Kira atas usaha pakcik..)

Malu pokcik nak amik ni..
(Malu pakcik nak ambil ni..)

Takpo2, ambo ikhlas ni..
(Takpe2, saya ikhlas ni..)

Terima kasih deh..

Sam0-samo..


Sungguh tersentuh hatiku tengah hari tadi apabila ada seorang pakcik yang di atas bahunya sarat dengan dua plastik besar yang berisi keropok, bermandi peluh, berkopiah dan terlihat jelas pada air mukanya untuk meminta segelumit belas daripada saudara-saudaranya yang seakidah..

Bukan untuk mengaut apa-apa keuntungan. Hanya untuk meneruskan kelansungan kehidupan. ini.

Bukan untuk mengemis.. Apatah lagi untuk merompak, mencopet, meragut, dan mengugut..

Pakcik tadi jauh lagi mulia daripada sekumpulan pengemis yang sering meminta di lereng-lereng jalan dan di kedai-kedai makan.

Pakcik tadi jauh lagi mulia daripada Geng Mamak yang cukup terkenal dengan kejayaan merompak berjuta-juta ringgit.

Pakcik tadi lagi jauh mulia daripada geng mat rempit dan mat gian yang hidup mereka bergantung sepenuhnya daripada hasil ragut dan mencuri.

Walaupun hasilnya sudah semestinya tidak selumayan geng Mamak, geng mat rempit dan mat gian mahupun mereka yang meminta-minta, namun satu benda yang pasti, hasil pendapatnnya pasti lebih BERKAT..

Tidak ramai yang nampak akan kuasa BERKAT

BERKAT mencukupkan kehendak, memenuhkan yang sedikit dan menghilangkan keinginan yang melampau.




Tidak perlu banyak, yang penting BERKAT

Semoga kita memperoleh rezeki (harta+ilmu+kehidupan+dll) yang BERKAT!


-Allah s.w.t. lebih mengetahui segalanya-

Isnin, 2010 Januari 25

Pasca PRK 2010

(Kain Rentang sahabatku yang telah bejaya memperoleh undian terbesar di Kuliah Kejuruteraan)


Keputusan PRK UIA sudah diumumkan.

Tahniah & takziah kepada semua yang berjaya memenangi hati mahasiswa untuk mengundi mereka.

Keputusan Rasmi (sebelum bantahan) sumber di sini:


ALLIED HEALTH SCIENCES CONSTITUENCY


Marlina Bt Mohd Zain - 144
Mohd Hakim B. Zakaria - 212
Nurhasnah Bt Mazalan - 101


NURSING CONSTITUENCY


Fauzan B. Mohamed - 87

Hakim B. Rahmat - 121
Siti Hajar Bt. Mohd - 64


PHARMACY CONSTITUENCY


Ahmad Mustaqim B. Ariffin - 95

Hanisah Bt Kamarudin - 68
Nur 'Atiqah Bt Hussin - 57


DENTISTRY CONSTITUENCY


Mohammad Badiuzzaman Tuan Ibrahim



MEDICINE CONSTITUENCY


Mohd Fahmi B. Nain - 177

Noor Idayu Bt. Ibrahim -196
Syazwani Bt. Sanusi - 221


SCIENCE CONSTITUENCY


Muhammad Aklil B. Ayob - 353
Nadzirah Bt . Redzuan - 132
Siti Khadijah Bt. Imam Supa'at - 272


INTERNATIONAL CONSTITUENCY


Anas Ismaiel
Faez Saleh Ahmad Batis
Tarik B. Alamgir
Yusuf Khidir Alkazimy


AIKOL CONSTITUENCY


Izyan Hazwani Bt. Ahmad
Muhammad Shauqi B. Suhaimi


ARCHITECTURE CONSTITUENCY


Muhammad Faris Ismail
Nur Atiqah Bt. Mohd Nissfu



ENM CONSTITUENCY


Abdul Aziz B. Abu Hasan - 352
Azharul Amin B. Ahmad Nazarudin - 586
Hafizul Ariri B. Rusmani - 411
Hidayatul Karimah Bt. Mohd Mahyuddin - 896
Muhammad Syazwan B. Suhaimi - 921


ICT CONSTITUENCY


Ahmad Rafiqi B. Rosli - 181
Khadijah Adibah Bt. Ahmad - 154
Muhammad Nurazim B. Azman - 161
Norazlina Bt. Mohd Nawi - 147
Nursyahidah Bt. Ahmad - 120
Nurul Zahidah Bt. Mohd Zan - 146


ENGINEERING CONSTITUENCY


Ahmad Khairul Azman Bin Mohd Salleh - 855
Muhammad B. Ahmad Kamal - 498
Muhammad Firwan Bin Norliza - 838


IRKHS CONSTITUENCY

Noor Yusri B Wahi Anuar - 1231
Nur Hafizah Bt Ahmad Puzi - 531
Siti Fairuz Bt Kadri - 1027
Zatil Arifah Mohd Amin - 1309


Analisis Ringkas PRK kali ini (untuk Kuantan sahaja):

1) Hanya ada satu wakil sahaja daripada kuliah pergigian kerana hanya Badiuzzaman yang menghantar borang pada hari penamaan calon.

2) PRK kali ini agak dirasai di Kuantan berbanding PRK sebelumnya kerana terdapat pertandingan di semua kuliah kecuali di Kuliah Pergigian, berbanding dengan PRK yang lepas (hanya Kuliah Sains Kesihatan Bersekutu sahaja yang ada pertandingan).

3) Kuliah Perubatan masih mengekalkan tradisi pada tahun lepas iaitu memilih kedua-dua calon wanita sebagai wakil mereka di dalam MPP.

4) Kuliah Kejururawatan memilih kedua-dua calon lelaki sebagai wakil mereka walaupun majoriti pelajar kuliah tersebut adalah wanita.

5) Mechandize (hadiah berkempen daripada calon) tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai barang/alat untuk berkempen. Ini sedikit sebanyak menghilangkan kreativiti dan kemeriahan para calon dalam usaha menarik perhatian dan sokongan para pengundi.

6) Notis yang ditampal agak lewat dan tidak menyeluruh daripada pihak pentadbiran, menjadi tanda tanya kepada para pelajar. Mengapa notis hanya ditampal di satu tempat sedangkan pelajar kuliah lain kebanyakannya tidak melalui laluan di mana tempat notis PRK ditampal. Tambahan pula, hanya dua hari sahaja diberikan untuk tempoh mengambil borang. Ini semestinya menutup peluang kepada pelajar tahun ketiga dan keempat (kuliah perubatan) yang sedang berpraktikal di luar kampus UIA untuk mengambil borang ataupun menyedari tentang kehadiran notis tersebut.

7) 1 tempat pengundian baru mungkin boleh ditambah pada PRK tahun depan, iaitu di HOSHAS, Temerloh. Ramai pelajar kuliah perubatan, ada sebahagian pelajar Kuliah Sains Kesihatan Bersekutu dan Kejururawatan yang sedang berpraktikal ketika hari pembuangan undi. Adalah tidak adil untuk mengabaikan mereka sedangkan mereka ada hak untuk menentukan siapa pemimpin pilihan meraka.

8) SB bertebaran pada sebelum, ketika dan selepas PRK. Untuk apa??

9) Peratusan keluar mengundi (maklumat untuk seluruh UIA, bukan hanya UIA Kuantan) pada PRK kali ini ( kira-kira 59%) berkurang berbanding tahun lepas, (kira-kira 89%). Peratusan ini begitu jauh jatuh merudum. Mengapa? Adakah mahasiswa semakin tidak cakna akan kepentingan PRK?

10) Keputusan rasmi untuk PRK UIA Kuantan secara rasminya diketahui pada jam 6.30 petang, 21 Januari 2010 selepas mengalami sedikit masalah komunikasi dengan pihak UIA Gombak. Uniknya, ketika keputusan diumumkan, hampir semua calon yang bertanding di dalam kuliah mereka (bagi yang sama jantina sahaja), duduk bersebelahan dan berpelukan atau bersalaman apabila keputusan diumumkan (idayu-syazwani, hasanah-marlina, khadijah-nadzirah, hakim rahmat-fauzan), cuma hanisah-atikah sahaja yang tidak sempat dijejaki. Ini menunjukkan persaingan di UIA Kuantan masih lagi sihat walaupun ada sedikit kekecohan telah berlaku dalam tempoh masa berkempen.

11) Tiada label pro-aspirasi dan pro-mahasiswa dalam PRK UIA Kuantan.

12) Sistem E-Voting telah diaplikasikan sepenuhnya pada PRK UIA Kuantan. Mahasiswa UIA Kuantan tidak membantah dengan begitu ketara tentang penggunaan sistem tersebut kerana disebabkan (mungkin) oleh tiga faktor: 1) Kurang kesedaran dan pemahaman tentang implikasi daripada pengunaan E-Voting. 2) Meyakini akan ketelusan pihak pentadbiran UIA Kuantan. 3) Tiadanya pro-mahasiswa dan pro-aspirasi dalam dunia politik kampus UIA Kuantan.

Semoga persaingan sihat akan terus berlaku pada PRK yang depan. PRK amat penting bagi mahasiswa kerana ia menentukan ke mana arah mahasiswa akan dipacu. Jika orang yang memacunya adalah orang yang tepat, maka semakin pantaslah pacuannya. Jika tidak, tunggulah kemalangan ngeri yang bakal menimpa.

Sungguh sedih hati ini apabila membaca berita palsu daripada sesetengah pihak. Mungkin bagi mereka yang tidak berada di UIA, berita tersebut kelihatannya sangat sahih. Namun, bagi warga UIA, berita tersebut pasti dibaca dengan nada hairan, sedih dan geram, bagaimana berita itu boleh diputarbelitkan. Itulah hakikat sebenar media massa di luar sana yang sentiasa memutarbelitkan fakta dan cerita sebenar. Boleh baca berita dan fakta 'dusta' di sini


-Allah s.w.t. lebih mengetahui segalanya-

Rabu, 2010 Januari 13

PRK UIA Kuantan

-Sesi Manisfesto pada PRK yang lepas-


Tamat sudah kehangatan Inter Kulliyyah Sport Carnival UIA Kuantan.

Untuk edisi kali ini, Kuliah Sains Kesihatan Bersekutu menduduki tempat ke-4 kesuluruhan.

Tahniah buat skuad ping pong dan chess lelaki kerana berjaya memperoleh pingat emas. Syabas buat pasukan chess perempuan yang berjaya memperoleh pingat perak. Tidak dilupakan juga tahniah buat skuad carom lelaki & perempuan, sepak takraw dan bola keranjang kerana berjaya melangkah paling kurang ke separuh akhir/ memperoleh gangsa atau tempat ke-4.

Syabas juga buat pemain-pemain sukan lain kerana tidak gentar untuk turun beraksi walaupun tidak berjaya memperoleh keputusan yang memberansangkan.

Maaf jika ada sukan-sukan lain yang berjaya dalam karnival sukan kali ini, tetapi terlepas pandang untuk disebut pada ruangan kali ini.

Kini muncul kehangatan baru bagi warga UIA Kuantan.

Kehangatan Pilihan Raya Kampus.

Walaupun PRK UIA Kuantan tidaklah sehangat iklim PRK di UM, UIA Gombak dan UKM, namun kehadirannya tetap dirasai.

Hari ini adalah hari penamaan calon. Alhamdullilah, Kuliah Sains Kesihatan Bersekutu masih berjaya mengekalkan tradisi yang membezakan kuliah ini dengan kuliah yang lain, iaitu pertandingan dalam PRK.

Seperti yang dijangka, bilangan pelajar yang mengambil borang akan berkurang apabila tiba ke saat temuduga bersama dekan-dekan UIA Kuantan. Jumlah tersebut akan terus berkurang apabila tiba hari penamaan calon. Mujurlah masih ada 3 orang yang mahu mencuba nasib untuk berbakti, khususnya kepada pelajar kuliah Sains Kesihatan Bersekutu dan umumnya kepada semua pelajar UIA.

Pertandingan adalah amat penting dalam PRK dan diri ini sangat bersetuju dengan wujudnya saingan sihat antara pelajar. Mungkin pendapatku ini kurang disetujui oleh sesetengah pihak yang mendakwa pertandingan ini bakal memcecahbelahkan pelajar di dalam kuliah tersebut.

Sebenarnya, masalah sikap yang mampu memecahberaikan ukhwah para pelajar, bukannya pertandingan yang sihat dalam PRK. Adanya pertandingan ini menandakan aspirasi mahasiswa masih wujud dalam sesuatu kuliah tersebut. Ia juga memberi peluang kepada para calon untuk menawarkan khidmat yang terbaik untuk disumbangkan, seterusnya memberi pilihan kepada para pelajar memilih mereka yang dirasakan terbaik untuk menjadi wakil suara mereka.

Diri ini senada dengan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Mdm. Narimah Daud yang mahukan seramai mungkin pelajar yang menyertai PRK. Semakin ramai, semakin bagus ungkapnya.

Iklim PRK UIA Kuantan sehingga kini masih berimejkan intelektual dan diharapkan ia akan terus berkekalan untuk PRK kali ini.

Kepada para calon, berkempenlah dengan kempen yang bersih. Usah dibuka aib pihak lawan. Tumpukan perhatian untuk memberikan khidmat yang terbaik.

Kepada para pelajar, turunlah mengundi pada 21hb ni. Ini kewajipan anda untuk memilih bakal pemimpin anda. Berilah sokongan yang padu pada sahabat-sahabat anda.

Kepada para penyokong calon, elakkan perbuatan yang melampau. Pelihara akhlak anda. Elakkan propaganda dan serangan yang boleh menghilangkan identiti anda sebagai seorang yang intelek dan yang lebih penting sebagai seorang muslim.

Jom kenali calon anda.

-Mohd Hakim Zakaria, 2nd Year Diet-
(Yang pakai jaket hitam)

-Marlina Mohd Zain, 2nd Year Diet-
(Yang berjubah oren/coklat)

-Nur Hasanah Mazalan, 3rd Year Radio-
(Yang bertudung pink)


Turunlah mengundi.

Pilihlah yang terbaik antara yang terbaik.

Elakkan perpecahan. Kita adalah satu.


*Susah btol nak cari gambar calon di dalam laptopku. Mintak maaf banyak-banyak kerana terdapat wajah-wajah yang tidak berkenaan. Bukan untuk tujuan promosi=)

-Allah S.W.T. lebih mengetahui segalanya-

Selasa, 2010 Januari 12

Referendum Mansuhkan Penggunaan Sistem E-Undi di Dalam Pilihan Raya Kampus

Sistem pengundian e-undi adalah singkatan kepada electronic voting, iaitu sistem pembuangan undi secara elektronik yang digunakan untuk menggantikan sistem pembuangan undi secara manual. Sistem ini diputuskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk dilaksanakan di seluruh kampus,walaupun ia telah dilaksanakan di kampus seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti PendidikanSultan Idris (UPSI).

Secara umumnya, banyak perkara yang boleh dipertikaikan di sebalik sistem ini. Pihak kerajaan dan Hal Ehwal Pelajar universiti (HEP) cuba berselindung di sebalik sistem ini memudahkan pengundian dan pengiraan undi.

Mahasiswa melihat, sistem ini akan menjerumuskan kepada risiko berikut:

  1. Undian tidak lagi menjadi rahsia apabila maklumat pengundi telah direkodkan sebaik sahaja pengundi mendaftar untuk mengundi. Ini mencabuli seksyen 52 (a) dan (b),Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang memberi hak memilih calon secara rahsia,
  2. Ruang untuk sistem ini dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu seperti HEP adalah sangat besar kerana tiada sistem pengawalan (security) yang benar-benar diyakini. Sistem ini juga terdedah kepada berlakunya jenayah siber,
  3. Kos yang sangat tinggi untuk membangunkan sistem ini,
  4. Masalah keboleh upayaan dan pengundian akan ditangguhkan apabila berlaku masalah tergendala, black-out dan sebagainya. Ini akan lebih mendedahkan kepada pencerobohan luar,
  5. Pencabulan hak mahasiswa dan demokrasi kampus.

Apabila ruang-ruang manipulasi terbuka, maka sistem ini tidak lagi telus untuk digunakan. Malah ia sama sekali bertentangan dengan amalan demokrasi yang menjadi tradisi kepada negara Malaysia. Sekaligus ia turut mencabul hak-hak kebebasan seseorang rakyat itu yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia.

Justeru,berasaskan keraguan ini, maka referendum ini menuntut agar sistem pengundian e-voting ini segera dimansuhkan oleh pihak universiti dan mengembalikan sistem pengundian kepada sistem manual.

Sekian.


GabunganMahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH)

Boleh turunkan sokongan anda di sini


Isnin, 2010 Januari 11

Sikap Umat Yang Merugikan Islam



Tarikh:4 Januari 2009

Lokasi: Majid Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan, Pahang


Selepas solat Asar, aku dan rakan-rakanku bergegas untuk ke padang bola sepak yang berdekatan dengan Masjid Sultan Ahmad Shah 1 untuk satu perlawanan bola sepak Inter Kulliyyah UIA Kuantan.

Tiba-tiba kami dikejutkan dengan suara seorang lelaki yang meninggikan suara di kawasan sekitar masjid. Kelihatan seorang lelaki tua yang berambut panjang paras bahu dan berjambang dalam kebingungan. Orang ramai terus mengelilingi lelaki tua tersebut.

Lelaki tersebut dipandang jijik. Ada sebahagian orang ramai yang turut memaki lelaki tersebut. Seketika kemudian, seorang pengawal keselamatan datang membawa lelaki tersebut keluar daripada masjid.

Mengapa lelaki tersebut dimarahi dan dimaki sedemikian rupa?

Aku tidak pasti puncanya yang sebenar, tetapi daripada pemerhatianku, lelaki tersebut dimarahi kerana dia bukanlah seoarang yang beragama Islam+tersilap memasuki masjid+tersilap memakai kasut di perkarangan masjid.

Wajarkah lelaki tersebut diperlaku sedemikian rupa??

Adakah mana-mana ajaran Islam atau sunnah Rasul mengajar untuk kita bersikap sebegitu?

Sungguh sayu rasanya. Namun, aku hanyalah seorang anak muda yang berada di celahan orang ramai yang 'menyerang' lelaki tersebut. Tiada apa yang mampu aku lakukan melainkan perasaan belas terhadap lelaki tua tersebut dan hampa dengan sikap orang yang kononnya kuat mempertahankan agama Islam.
-Yusof Eates-
(Bekas paderi yang kini merupakan seorang pendakwah yang terkemuka)


Bagaimana agaknya jika Rasulullah S.A.W. turut berada di tempat kejadian? Adakah Baginda turut menyerang dan memaki lelaki tersebut?

Sekali lagi kita perlu singgah kepada sirah khatimunnabi, nabi Muhammad S.A.W. Bagaimana sikap baginda apabila seorang lelaki Arab Badwi memasuki masjid dan membuang air kecil di salah satu tiang masjid tersebut.

Bagaimana sikap Nabi S.A.W ketika itu? Para sahabat ingin menghalang perbuatan lelaki tersebut, bahkan ada yang ingin membunuh lelaki Arab Badwi tersebut. Namun, Nabi S.A.W. menghalang perbuatan tersebut. Baginda menyuruh agar diselesaikan urusannya itu terlebih dahulu.

Baginda S.A.W. pun bersabda: "Kamu diutuskan untuk memudahkan dan kamu tidak diutus untuk menyusahkan". Kemudian Baginda S.A.W. menyuruh para sahabat untuk menjirus tempat najis itu dengan sebaldi air.

Bagaimana akhlak Baginda jika dibandingkan dengan akhlak kita dan akhlak umat Islam kesuluruhannya masa kini?

Siapakah yang harus kita contohi melainkan akhlak dan kehidupan Nabi S.A.W.?

Jika keadaan dan sikap ini berterusan, amat mustahil untuk kita membersihkan nama Islam yang kian tercemar, apatah lagi untuk menarik orang yang bukan Islam ke arah Islam.

Kembalilah kepada ajaran Islam yang syumul melalui penghayatan kepada al-Quran dan as-Sunnah secara keluruhannya.

-Allah s.w.t. lebih mengetahui segalanya-

Tajamkan Mata Pena Anda


Aku mengalami detik masa ketumpulan.

Ketumpulan idea untuk dicoretkan di atas web ini.

Banyak perkara yang ingin digarap, tetapi semua terbantut dek ketumpulan yang melanda diriku, ditambah dengan kekangan masa yang selalu menghimpit sejak kebelakangan ini.

Tumpulnya diriku bagaikan tumpulnya seorang penyerang bola sepak yang tidak diturunkan beraksi untuk sekian lama kerana kecederaan. Tumpulnya diriku bagaikan tumpulnya seoiang penceramah yang sudah lama tidak berpidato kerana disenarahitamkan oleh pihak berwajib. Tumpulnya diriku bagaikan tumpulnya 'mood' belajar untuk pelajar sekolah menengah kerana cuti panjang akhir tahun. Tumpulnya diriku bagaikan tumpulnya ingatan pelajar tahfiz al-Quran yang sudah lama tidak mengulang hafalannya.

Haruskah aku membiarkan ketumpulan ini terus merosakkan ideaku?

Bagaimana untuk mengatasinnya??

Teringat pesanan Ust Hasrizal... Teruskan menulis... Itulah ubat yang paling mujarab untuk merawat wabak ketumpulan dalam penulisan. Pesanan yang sangat berguna untuk diriku dan mereka yang mengalami masalah yang sama.

Buat sesuatu perkara berulang kali dan beristiqamahlah.. Nescaya kamu akn berjaya..

Penyerang bola sepak yang baru pulih daripada kecederaan haruslah kerap diturunkan beraksi untuk mengembalikan prestasinya, penceramah haruslah sentiasa berpidato untuk mengembalikan bisanya, pelajar haruslah sentiasa 'study' untuk mengembalikan mood belajarnya, pelajar tahfiz haruslah sentiasa mengulang al-Quran untuk mengembalikan ingatnnya. Begitulah juga dengan diriku. Haruslah kembali menulis untuk mengembalikan idea-ideaku dalam penulisan. Mungkin memakan masa, tetapi langkah pertama harus dimulakan.

Jom kawan-kawan.. Tajamkan mata pena anda.. Tidak perlu banyak... Yang penting berterusan dan memberi kesan..

-Allah S.W.T. mengetahui segalanya-

Rabu, 2009 Disember 23

Seruan Yang Lesu.. Di Mana Silapnya??



Ramai yang berdakwah, tetapi hasilnya lesu...

Ramai yang menyeru ke arah kebaikan, tetapi hasilnya juga tidak seberapa.

Mengapa ia berlaku??

Antara kesilapan yang jelas adalah kegagalan dai'e untuk mendekati mad'u.

Bagaimana untuk mengatasinya??

Benda yang paling asas adalah fahami selera mad'u/massa. Ramai yang berdakwah dengan lantangnya di atas pentas dan mimbar-mimbar masjid, namun sasarannya hanyalah sekelompok manusia yang memang hatinya sudah bertaut pada masjid/ceramah. Tidak dinafikan amatlah perlu untuk saling mengingati antara sesama Muslim kerana peringatan itu memberi manfaat yang banyaknya, tetapi mengapa harus dilambakkan ke semuanya ke medan itu??

Berapa ramai pendakwah / geng-geng baik yang boleh bersukan? berapa ramai yang mahir bermain/tahu tentang muzik? berapa ramai yang pakar dalam permainan siber? berapa ramai yang 'update' dalam fesyen-fesyen terkini?

Boleh dibilang dengan jari..

Usahlah syok sendiri dengan seruan kamu, sedangkan ia sebenarnya lansung tidak menembusi tembok-tembok hati mereka yang diseru.

Sedarlah.. anda sebenarnya yang menjadikan Islam itu kaku, bukannya 'way of life' seperti yang dilaung-laungkan.

Asas kedua, sayangilah mereka. 'What you give, you get back'. Usah dipandang mereka kotor atau kurang tarafnya dek kerana kurangnnya amalan mereka. Sikap 'double standard' inilah yang senantiasa menjadi pengahalang utama kepada meresapnya 'roh' islam yang dibawa oleh pendakwah. Sentuhan kasih sayang adalah senjata yang paling ampuh untuk melembutkan hati mereka yang diseru. Singgah kembali kepada sirah Rasullulah S.A.W. Bagaimana dakwah Baginda yang penuh kasih sayang itu, akhirnya berjaya mengikat banyak hati kepada Islam.

Elemen lain yang sering dilupakan adalah doa. Jarang sekali berdoa untuk kebaikan sahabat-sahabatnya, apatah lagi mendoakan untuk mad'u. Kenanglah kembali bagaimana sirah pernah mengajar kita tentang perihal kepentingan doa dalam mengubah masyarakat. Walaupun Baginda S.A.W. dilukai dalam peristiwa Thaif, namun Baginda tetap berdoa agar penduduk-penduk Thaif akan beriman pada suatu hari kelak di kala malaikat sudah bersiap siaga untuk menghukum penduduk Thaif. Hasilnya, penduduk Thaif telah menjadi pengikut yang amat setia dalam mempertahankan Nabi S.A.W.

Usahlah disalahkan masyarakat jika usaha anda kurang berjaya dalam menyampaikan kebaikan. Semak kembali bagaimana pendekatan yang digunakan. Adakah cukup meluas dan fleksibel untuk dihadam oleh seluruh kumpulan sasaran??



Jom sertai EXPDC dakwah pada malam TAHUN BARU di Telok Chempedak dan Benteng (kawasan cadangan). EXPDC ini adalah program kerjasama dengan JAIP dan beberapa IPT lain di sekitar Kuantan. Kita 'serang' mereka dengan penuh hikmah dan muhibbah.

"Berdakwahlah Dalam Ertikata Yang Luas"

Jumaat, 2009 Disember 04

Main Kabel & Orang Dalam


" Kau nak mintak kerja ni, ada kabel tak?..Kalau takde, jangan haraplah nak dapat jawatan tu.."

"Eh, ada kenal orang dalam tak?.. Nak mintak tolong 'adjust' permohonan biasiswa ni.."


Istilah main kabel, guna 'orang dalam', menjadi begitu popular bagi generasi kini. Semuanya dek kerana suasana masa kini yang begitu mendesak untuk mendapatkan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika ia berbentuk keduniaan. Hasilnya, hanya pintu belakang yang diyakini mampu membuka pintu rezeki mereka.

Amat sukar untuk memperoleh jawatan atau projek jika tiada orang dalam di sebaliknya. Paling kurang, segenggam habuan dihulurkan sebagai tiket untuk memperoleh jawatan dan projek perniagaan yang dipinta.

Seringkali berlaku lakonan sesi 'temuduga' diadakan, baik dalam agensi kerajaan mahupun agensi swasta. Temuduga diadakan sekadar mencukupkan syarat, sedangkan nama calon yang terpilih untuk mengisi kekosongan jawatan/biasiswa atau memperoleh kontrak projek sudahpun berada di tangan para penemuduga.

Lakonan wayang tersebut seringkali bejaya dilakonkan dengan jayanya. Namun, mereka semua lupa yang mereka sebenarnya hanyalah pelakom di pentas yang lebih besar ini. Ada PENGARAH UTAMA yang tidak pernah terleka memerhatikan setiap pergerakan para pelakon-Nya.

Persoalannya, adakah dibolehkan untuk menggunakan kabel dan 'orang dalam' ni?

Jom kita semak satu hadith Nabi S.A.W,

Dari Ibnu Abbas R.A. katanya; Sabda Rasullulah S.A.W.; " Sesiapa yang melantik seorang lelaki ke atas sekumpulan orang ramai sedangkan terdapat di kalangan mereka orang yang lebih diredhai Allah dari lelaki tersebut, maka ia telah menkhianati Allah, RasulNya dan orang Mu'min" (Hadith riwayat al-Hakim dan as-Suyuti)



Menkhianati Allah, RasulNya dan orang Mu'min...

Apa hukumnya dan bagimana kedudukannya dalam syariat Islam??

Fikir-fikirkan..

Anda pasti sudah ketemui jawapannya...

Sekitar Majlis Perkahwinan Che Mus

-Majlis Perkahwinan Siti Muslihah & Hakim pada 26 November 2009 / Hari Ke-2 'Eidul Adha di Kg. Binjai, Kota Bharu Kelantan-


Tangga Berhias =)

-'Geng' Hijau mengapit pengantin perempuan sementara menunggu ketibaan pengantin lelaki-


- Hadiah-hadiah yang berjaya dikumpulkan-

-Barang Hantaran-



Kepada makcikku & pakcik sabitku..

Semoga mahligai yang dibina ini menjadi jambatan ke syurga.. Semoga berbahagia hingga ke akhirnya... Ameen..



"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Surah ar-Rum: 21)


Khamis, 2009 Disember 03

Top 50 of Most Influential Muslims in 2009

-42th, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat -


1. King Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud - King of Saudi Arabia & Custodian of the Two Holy Mosques

2. Ayatollah Hajj Sayyid Ali Khamenei - Supreme Leader of the Islamic Republic of Iran

3. King Mohammed VI - King of Morocco

4. King Abdullah II bin Al Hussein - King of the Hashemite Kingdom of Jordan

5. Recep Tayyip Erdogan - Prime Minister of the Republic of Turkey

6. Sultan Qaboos bin Sa'id al Sa'id - Sultan of Oman

7. Ayatollah Sayyid Ali Hussein Sistani - Marja of the Hawza, Najaf

8. Sheikh Al Azhar Dr Muhammad Sayyid Tantawi - Grand Sheikh of the Al Azhar University & Grand Imam of Al Azhar Mosque

9. Sheikh Dr Yusuf Qaradawi - Head of the International Union of Muslim Scholars

10. Sheikh Dr Ali Goma'a - Grand Mufti of the Arab Republic of Egypt

11. Sheikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Aal al Sheikh - Grand Mufti of the Kingdom of Saudi Arabia
12. Mohammad Mahdi Akef - Supreme Guide of the Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin)

13. Hodjaefendi Fethullah Güllen - Turkish Muslim Preacher

14. Amr Khaled - Preacher and Social Activist

15. Hajji Mohammed Abd al Wahhab - Ameer of the Tablighi Jamaat, Pakistan

16. Sultan Muhammadu Sa'adu Abubakar III - Sultan of Sokoto

17. Seyyed Hasan Nasrallah - Secretary General of Hezbollah

18. Dr KH Achmad Hasyim Muzadi - Chairman of Nahdlatul Ulama, Indonesia

19. Sheikh Salman al Ouda - Saudi Scholar and Educator

20.Shah Karim al Hussayni - The Aga Khan IV, 49th Imam of the Ismaili Muslims

21. Sheikh Mohammed bin Rashid al Maktoum - Ruler of Dubai & Prime Minister of the United Arab Emirates

22. General Sheikh Mohammed bin Zayed al Nahyan - Crown Prince of Abu Dhabi and Deputy Supreme Commander of the UAE Armed Forces

23. Sheikh Dr M Sa'id Ramadan al Bouti - Leading Islamic Scholar in Syria

24. Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah - Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam

25. Professor Dr Sheikh Ahmad Muhammad al Tayeb - President of Al Azhar University

26. Mohammad bin Mohammad al Mansour - Imam of the Zaidi Sect of Shi‘a Muslims

27. Justice Sheikh Muhammad Taqi Usmani - Leading Scholar of Islamic Jurisprudence, Pakistan

28. President Abdullah Gül - President of the Republic of Turkey

29. Sheikh Mohammad Ali al Sabouni - Scholar of Tafsir

30. Sheikh Abdullah Bin Bayyah - Deputy-Head of the International Union of Muslim Scholars

31.Sheikha Munira Qubeysi - Leader of the Qubeysi Movement 19

32. Sheikh Ahmad Tijani Ali Cisse - Leader of Tijaniyya Sufi Order

33. Sheikh al Habib Umar bin Hafiz - Director of Dar al Mustafa, Tarim, Yemen

34. Khaled Mashaal - Leader of Hamas

35. Professor Dr M Din Syamsuddin - Chairman of Muhammadiyya, Indonesia

36. Maulana Mahmood Madani - Secretary General of Jamiat Ulemae- Hind, India

37. Sheikh Habib Ali Zain al Abideen al Jifri - Director General of the Tabah Foundation, UAE

38. Sheikh Hamza Yusuf Hanson - Founder of Zaytuna Institute, USA
39. Sheikh Professor Dr Mustafa Ceric - Grand Mufti of Bosnia and Herzegovina

40.Professor Dr Ekmelledin Ihsanoglu - Secretary General of the Organization of the Islamic Conference

41. General Mohammad Ali Jafari - Commander of the Revolutionary Guard, Iran

42. Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat - Religious Guide of the Islamic Party of Malaysia

43. Motiur Rahman Nizami - Ameer of the Jamaat-e-Islami, Bangladesh

44. Professor Sayid Ameen Mian Qaudri - Barelwi Leader and Spiritual Guide

45. Dr Syedna Mohammad Burhannuddin Saheb - 52nd Da‘i l-Mutlaq of the Dawoodi Bohras

46. Dr Abdul Qadeer Khan - Pakistani Nuclear Scientist

47. Professor Dr Seyyed Hossein Nasr -Islamic Philosopher

48. Abdullah 'Aa Gym' Gymnastiar - Indonesian Preacher

49. Sheikh Mehmet Nazim Adil al Qubrusi al Haqqani - Leader of Naqshbandi-Haqqani Sufi Order

50. Dr Abd al Aziz bin Uthman Altwaijiri - Secretary General of the Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization

Source: The Royal Islamic Strategies Center


Where are Ismail Haniyeh, Osama Laden, Dr Wahbah Zuhaily, Sheikh Abdur Rahman Sudais, Harun Yahya?....Our Prime Minister, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak??