Nabi berpesan kepada Umar dan Ali R.A., “Akan lahir dikalangan Tabiin seorang insan yang doa dia sangat makbul nama dia Uwais al-Qarni dan dia akan lahir dizaman kamu”.
Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali r.a., “Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul dizaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.” Umar dan Ali bertanya kepada Nabi S.A.W. “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi menjawab “Kamu minta kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian
Benarlah kata-kata seorang Nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Umar dan Ali r.a.. Mereka menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya mereka bertemu dengan Uwais al-Qarni. Daripada pandangan mata luar, tidak mungkin dialah orang yang Nabi maksudkan kerana Uwais pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersamanya di dalam kabilah, menganggap dia adalah seorang yang akalnya tidak sempurna, seperti seorang yang tidak betul. Tetapi sebenarnya tidak.
Asal-usul kehidupan Uwais al-Qarni
Dia pada asalnya berpenyakit sopak, badannya putih. Walaupun dia bersopak, tetapi dia seorang yang sangat soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia bersopak sejak dilahirkan dan ibunya membesarkannya sehingga dewasa. Pada satu hari, ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia teringin sangat untuk pergi mengerjakan ibadah haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji.
Uwais seorang yang miskin. Dia tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang yang pergi haji dari Yaman ke Mekah, mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat adalah seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada malahan untuk menyewakannta pun tidak mampu. Ibu Uwais semakin uzur. Ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya “Anakku.. mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.
Uwais mendapat satu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru diahirkan. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi . Apa yang dilakukannya ialah pada petang harinya dia mendukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Keesokan paginya dia mendukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tersebut.
Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang ramai mengatakan dia seorang yang gila. Memang pelik apabila membuatkan sebuah rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap hari diusung lembu tersebut ke atas dan ke bawah bukit. Selepas enam bulan, lembu itu sudah menjadi 100kg daripada 20kg pada asalnya. Otot-otot tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah dia mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.
Selepas lapan bulan dia berbuat demikian dan tibanya musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah sebagai satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Di belakangnya diletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku, inikan pula ibunya yang berat hanya sekitar 50kg. Dia mendukung dan memangku ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan mudah. Dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Setelah pulang semula ke rumahnya di Yaman, Ibunya berkata kepadanya: “ Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?”. Uwais menjawab: “Saya berdoa meminta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”. Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu”. Uwais menjawab: “Dengan terampunnya dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga akan masuk syurga”. Ibunya berkata lagi:“Ibu mahu supaya engkau berdoa agar Allah menghilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”. Uwais berkata: “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini adalah kurniaan Allah. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, seolah-olah tidak bersyukur terhadap-Nya”. Ibunya menambah:“Kalau kamu mahu masuk syurga, kamu kena taat kepada perintah ibu.. Ibu perintahkan engkau berdoa”.
Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang diminta ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya, maka dia berdoa “Tolonglah Ya Allah kerana ibuku menyuruhku berdoa agar dihilangkan sopak pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit dibadanku”. Allah swt. menyembuhkannya dengan serta merta, maka hilanglah putih sopak diseluruh badannya kecuali hanya tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya. Dengan tanda inilah Umar & Ali R.A dapat mengenalinya.
Tidak lama setelah Uwais berdoa demikian, ibunya meninggal dunia. Selepas itu dia telah menjadi seorang tinggi martabatnya disisi Allah. Doanya sangat makbul.
Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata “Aku datang ini dari Yaman ke Madinah kerana aku nak menunaikan wasiat Nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. Aku datang ini nak menunaikan wasiat itulah”. Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.
P/s: Jagalah hubungan kamu semua dengan ibu bapa kerana ia adalah kunci terpenting dalam memperoleh keredhaan-Nya
-Allah S.W.T. lebih mengetahui segalanya-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan