Khamis, 27 Ogos 2009

Ramadhan...Apakah Doa Yang Paling Utama??



Bulan Ramadhan sudah mendatang.

Kaum Muslimin yang 'sedar' akan kehadiran bulan yang berkat ini, pastinya akan berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan kerana pada bulan ini segala amalan digandakan ganjarannya.

Maka, berlumba-lumbalah umat Islam yang 'sedar' akan kelebihan bulan ini. Ramailah yang bangun malam untuk beribadat, masjid-masjid penuh dengan pengunjung yang 'jarang' kelihatan pada bulan-bulan lain dan bacaan al-Quran kedengaran di mana-mana sahaja. Ini adalah satu perubahan yang amat bagus bagi mereka yang 'sedar'.

Bulan ramadhan juga dikaitkan dengan bulan yang berkat terutama pada malam lailatul qadar yang mana pada malam tersebut, tiada hijab antara doa hamba dengan penciptanya.. Mereka yang 'sedar' dan 'tahu' akan hakikat ini, pastinya menambahkan doa mrereka untuk meminta pelbagai hajat yang diingini.

Antara doa yang popular diminta oleh mereka yang 'sedar dan 'tahu' itu ialah meminta agar dimasukkan ke dalam syurga-Nya dan dijauhi daripada azab api neraka-Nya, dimurahkan rezeki, bertemu dengan malam lailatul qadar, memperoleh kejayaan di dunia & akhirat, dikurniakan isteri yang solehah dan anak-anak yang soleh, diampunkan segala dosa, bertemu jodoh dengan orang yang sesuai dan berjaya di dalam peperiksaan.

Persoalannya, apakah doa yang paling utama diminta pada bulan yang berkat ini dan secara khususnya, pada malam lailatul qadar?

Isteri kesayangan Baginda, Saiditina 'Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Nabi S.A.W.: “Bilakah berlaku malam Qadar?”. Nabi S.A.W. bertanya kepada Aisyah semula: “Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab: “Saya tak tahu” kemudian Aisyah bertanya lagi: “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi S.A.W. berkata kepada Aisyah: “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi: “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi S.A.W. menjawab: “Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar, berdoalah:

اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

(Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).

Sebenarnya, Nabi S.A.W. sudah mengetahui bahawa Saiditina Aisyah akan dimasukkan ke dalam Syurga yakni segala dosa-dosanya akan diampunkan. Tetepi mengapa Baginda masih menyuruh isterinya mendoakan sedemikian?

Bahkan Nabi S.A.W. yang maksum sekalipun tetap beristighfar tidak kurang 70x sehari. Menagapa kita yang tidak lekang daripada dosa ini begitu sukar untuk mendoakan keampunan??

Mengapa mesti doa-doa duniawi mesti didahulukan daripada mendoakan kemapunan daripada-Nya.

Berdoalah semua! Berdoalah agar segala dosa-dosa kamu diampunkan oleh-Nya...

-Allah S.W.T lebih mengetahui segalanya-

Tiada ulasan: