Khamis, 16 Julai 2009

Bagaimana Natijahnya?




Semester baru mengangkat tirainya. Ketika sahabat-sahabat semuanya menyatakan perasaan mereka yang sangat teruja dan optimis, aku cuba memandang sebaliknya.

Begitu banyak berita-berita yang mengejutkan menghinggapi telingaku sejak kebelakangan ini. Bermula daripada pemergian Arwah Amar Zulkifli, Arwah Nabil Marwan dan berterusan kepada pembunuhan tragis Marwa Al-Shebrini.

Semua mereka pergi dalam usia muda. Namun, pemergian mereka adalah pemergian kemenangan.

Mengapa??

Amar pergi dengan keredhaan ibubapanya, Nabil pergi dengan cara yang amat mudah dan direstui ibubapanya, Marwa pergi ketika terus mempertahan syiar Islam daripada diragut. Lalu, bagaimana dengan kita?? Bagaimana pengakhiran kita??

Setiap kali aku membaca entry tentang Arwah Nabil (terutamanya yang ditulis oleh sepupunya dan sahabat-sahabatnya), aku pasti mencemburuinya. Dia menderita dengan kesabaran dan pergi dengan keredhaan orang di sekililingnya.

Aku terus merenung dan termenung mengenangkan nasibku pada semester ini. Permulaan yang baik. Namun, bagaimana pengakhirannya. Adakah lebih baik daripada semester lepas, ataupun tiada perubahan, ataupun semakin mundur ke belakang. Adakah aku mampu berada di penghujung semester kelak. Tiada siapa yang tahu.

Semester ini pastinya aku dibebankan dengan pelbagai taklifat yang begitu mencabar bagi diriku (mungkin tidak buat orang lain). Pelbagai tugasan dan kerja yang memang sudah dijangka dan 'mengejut' sudah mula memanggil-manggil diriku.


Aku sungguh risau. Adakah aku mampu terus fokus terhadap perkara-perkara yang utama dalam hidupku. Adakah aku mampu konsisten dalam hubunganku dengan Allah, hubunganku dengan ibubapaku, hubunganku dengan Al-Qur'an, kewajipanku terhadap pelajaran. Aku juga sedang sedaya upaya untuk membetulkan niat atas segala perkara kerana amatlah penting niat dibetulkan agar sesauatu tanggunggjawab tidak dilaksanakan dengan sia-sia.

Diharapkan permulaan yang baik membuahkan natijah yang baik di pengakhirannya..
-Allah S.W.T. lebih mengetahui segalanya-

1 ulasan:

Nur Ad-Durrah berkata...

salam ziarah..
sedih jugak dengar khbar sahabat2 dr bumi kuantan yg sejak akhir-akhir ini sering diuji..

terutamanya dengan beban tugasan yg semakin bertambah. Tapi, syukurlah kerana masih diberi kesempatan utk diwujudkan rasa untuk bermuhasabah..

dari satu blog ke satu blog, rata2nya berkisarkan kesempitan waktu dan ruang yg ada sehingga memungkinkan diri merindui hubungn dgn Sang Pencipta, Kalamnya, Rasulnya..

bagaimana natijahnya? walhal saya di sini yg merindui utk berada dlm kesempitan..sgt merindui utk diberi rasa utk bermuhasabah begini..bersukurlah dgn ujian yg menimpa kalian..kerana benar, hakikat jika diuji dgn kesenangn, terlalu payah! saya merasainya..

Allah kenal dgn hambanya..Allah sayangkan hambanya lebih dr seorang ibu menyayangi anaknya..Allah kenal suara perindu syahidnya..Allah kenal angan perindu syurganya yang berusaha memilikinya..dan Allah kenal siapa yang berharap akan pertemuan denganNya kelak, semoga kita tergolong dlm golongn yg dikenali itu..

Ameen..