Semoga mendapat pengajaran daripada kartun di atas.
Ahad, 10 April 2011
Rabu, 6 April 2011
Konvesyen Mahasiswa Sains Kesihatan Se-Malaysia; Catatan Membelakangi Masa
-Konvesyen yang buat julung-julung kalinya diadakan-
-Auditorium Kompleks Tun Abdullah Sani, UKM Bangi: Canggih dan Eksklusif-
-Pameran daripada Universiti-Universiti yang Menyertai Konvesyen Kali Ini-
-Interaksi Mahasiswa: Uniknya Mahasiswa Sains Kesihatan-
Perkongsian mengenai pengalaman, keunikan, kelebihan, kekuatan mahasiswa dan fakulti sains kesihatan bersekutu di UKM, USM, UIA, UiTM, UPM, Unisza dan UniKL yang membawa kepada 1 resolusi
-Presiden Persatuan Pelajar Sains Kesihatan Bersekutu UIA, Sdr. Amir Hakim, membacakan resolusi mewakili Mahasiswa Sains Kesihatan Se-Malaysia-
-Presiden Persatuan Pelajar Sains Kesihatan Bersekutu UIA bersama dengan Pengarah Program Konvesyen Mahasiswa Sains Kesihatan Se-Malaysia-
-Majlis Penutup-
Eh, Encik Amin Idris pun ada?...
Segak menyampaikan motivasi yang bertajuk: Nilai sebuah budi
-Acara menaikkan kain rentang yang berjela-jela.. UIA ditugaskan memegang bahagian: SE-MALAYSIA-
-Delegasi-delegasi UIA-
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Catatan yang agak membelakangi masa. Tidak berkesempatan untuk mencoret mengenai program ini sehingga malam ini.
Program yang amat bermakna. Walaupun ringkas dan singkat, banyak pengalaman yang diperoleh. Berkenalan dan berkongsi pengalaman serta idea bersama rakan-rakan daripada universiti lain, menambahkan lagi rencam dan perisa kepada kehidupan.
Sempat bertemu dan berkongsi input dengan Ustaz Zamri Shafik serta sahabat ISI UKM seperti akh Hafizan, Azan dan lain-lain.
Melihat gaya dan budaya orang lain, akan menjadikan kita lebih terbuka dan fleksibel.
Maaf kepada Hakim kerana gambar beliau beraksi tiada dalam simpanan. Beliau pasti terkilan.
Kredit kepada Imran dan Zaim atas gambar-gambar yang menarik.
Satu permulaan yang baik. Diharapkan resolusi yang terhasil dalam konvesyen ini akan membenihkan buah-buah yang akan ranum dipetik oleh generasi mendatang.
Wallahu'alam.
Dinukil oleh
عبد الرحمن بن العزمي
pada jam
9:11 PG
Sabtu, 2 April 2011
Isu Semasa, Gejala Sosial, Agenda Politik, Tuduhan Zina & Liwat: Islam Adalah Penyelesaiannya
"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik" (Surah an-Nur:4)
"Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (Surah an-Nuur:5)
Berdasarkan ayat ke-4 surah an-Nuur, perkataan 'muhsonat'=perempuan yang terpelihara kehormatannya adalah lafaz khas yang membawa makna yang umum (untuk lelaki dan perempuan).
Ayat ke 4 dan ke 5 dalam surah an-Nuur ini berkisarkan mengenai hukum qazaf (melemparkan tuduhan zina). Orang yang melemparkan tuduhan zina akan dikenakan 80 kali sebatan dan penyaksian mereka tidak akan diterima selama-lamanya kecuali dia membawakan 4 orang saksi (tidak termasuk dirinya) yang cukup syarat-syratnya. Ia boleh dilihat daripada 2 dimensi dan bagaimana Islam menggariskan panduan daripada hukum ini.
1. Tuduhan Masyarakat Kepada Tertuduh
a) Jika ada yang melihat perbuatan maksiat seseorang itu dan dia tiada saksi, perbuatan tersebut mesti disembunyikan dan dia harus mendoakan pelaku maksiat itu kebaikan (bertaubat, insaf, tidak mengulangi perkara yang sama).
b) Jika ada yang melihat perbuatan maksiat seseorang itu tetapi dia tidak memiliki bilangan saksi yang cukup (4 orang), mereka yang melihat perbuatan tersebut mesti bermesyuarat untk menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan orang ramai.
c) Jika ada yang melihat perbuatan maksiat seseorang itu dan cukup bilangan saksi, namun tidak cukup syarat sebagai saksi (Islam, lelaki, mukallaf, adil), mereka yang melihat perbuatan tersebut juga wajib menyembunyikan perkara tersebut.
d) Jika ada yang melihat perbuatan maksiat seseorang itu, cukup bilangan saksi (4 orang + 1 orang yang mengemukakan tuduhan) dan cukup syarat-syarat sebagai seorang saksi (Islam, lelaki, mukallaf, adil), perkara/kes tersebut boleh dibawa kepda pihak Mahkamah Islam (Syariah). Bukannya dihebohkan kepada orang ramai atau golongan tertentu yang mempunyai kepentingan tersendiri.
2. Tuduhan Saksi Yang Menjadi Mangsa Kepada Tertuduh
a) Apabila ada tuduhan daripada mangsa seperti mangsa rogol atau liwat, serahkan perkara tersebut kepada pakar perubatan yang telus untuk 'check' sama ada terdapat kesan seperti yang didakwa oleh pendakwa atau tidak.
b) Jika mempunyai kesan, mangsa kena buktikan bahawa dia dipaksa untuk melakukan perbuatan maksiat tersebut.
c) Jika mempunyai kesan dan berjaya membuktikan bahawa dia dipaksa, penuduh/pendakwa/mangsa akan dibebaskan daripada hukuman qazaf dan berzina.
d) Jika mempunyai kesan namun tidak berjaya membuktikan bahawa dia dipaksa, dia akan disabitkan dengan hukuman berzina.
e) Jika tidak mempunyai kesan seperti yang didakwa, pendakwa akan disabitkan dengan hukuman qazaf.
Kekuatan Saksi
a) Tidak boleh bergantung penyaksian kepada saksi lain. Mesti berdiri sendiri atas apa yang dilihat
b) Nampak dengan jelas perbuatan tersebut umpama jelasnya kita nampak penyedut minuman apabila berada di dalam kosong yang jernih.
c) Islam tidak menerima segala bentuk penyaksian selain daripada orang yang melihatnya secara 'live' + orang tersebut cukup syarat-syarat sebagai seorang saksi. Islam menolak penyaksian daripada DNA, CD, gambar, filem, video dan apa-apa lagi teknologi terkini. Jika terdapat bahan-bahan tersebut, mahkamah wajib mengarahkan dilupuskan bahan-bahan terseb ut kerana ia tidak bermanfaat sama sekali, bahkan merupakan bahan lagho yang merosakkan masyarakat.
Alternatif Yang Islam Tawarkan
"Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar". (Surah an-Nuur: 6)
"Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta". (Surah an-Nuur: 7)
Pengakuan diri sendiri hendaklah dibuat selepas mahkamah sebelumnya menolak 3x penyaksian tertuduh.
*Mengapa Islam tidak menerima penyaksian melalui DNA, video, CD, filem, rakaman dll?
- Boleh ditipu, dieksploitasi, diubah dan direka oleh sesiapa sahaja. Kesannya, masyarakat akan porak-peranda dan masing boleh saling membalas dendam menggunakan teknologi yang ada. Hasilnya, semua perbincangan negara dan lapisan masyarakat hanya menjurus kepada perkara tersebut sahaja dan mengabaikan perkara-perkara lain yang lebih penting.
Info:Australia telah mengkaji semula lebih kurang 7,000 kes jenayah yang diselesaikan dengan menggunakan teknologi DNA kerana ia tidak beberapa tepat dan mengandungi unsur-unsur penipuan.
Isu semasa: Datuk T vs Anwar Ibrahim. 1) Datuk T dikenakan hukuman qazaf sehinggalah mereka mampu membawa 4 orang saksi yang melihat dengan jelas dan cukup syarat2nya...2) Dikenakan hukuman ta'zir kerana memiliki barangan yang tidak baik (rakaman video).
Alangkah indahnya Islam jika ia difahami dan diparaktikkan dalam segenap kehidupan. Syariat Islam datang untuk menjaga diri dan masyarakat manusia. Ianya datang daripada Pemilik Segalanya, sudah tentu Dia yang Paling Tahu apa yang terbaik dan bersesuai dengan tabiat manusia.
Jika hukuman Qazaf difahami dan dipraktikkan sepenuhnya dalam sistem perundangan di negara kita, tiada lagi muncul 'pelakon-pelakon' yang menjaja cerita, tiada lagi fitnah berleluasa, tiada lagi si gadis membuat laporan polis bahawa dia dirogol apabila perut mula mengembung, padahal ia adalah hasil hubungan haram suka sama suka dengan kekasih hati, tiada lagi kezaliman dan episod mengaibkan kerana sebenarnya, dalam Islam, amat sukar dan ketat syarat-syaratnya dalam melemparkan tuduhan yang membabitkan maruah.
Jika hukuman zina difahami dan dipraktikkan sepenuhnya dalam sistem perundangan di negara kita, tiada lagi penzinaan berleluasa, masalah sosial berkurangan, pakaian menjolok mata juga akan tidak mendapat tempat di kalangan masyarakat kerana mereka sedar dan tahu amat berat hukuman bagi yang berzina dan amat sukar untuk menolak jika tuduhan zina (qazaf) cukup syarat-syaratnya.
Namun, semua ini tidak berlaku..Inilah realiti semasa..
-Dikupas dan diolah daripada kuliah Maghrib Tuan Guru Tajudin, 2 April 2011, Surau al-Islah, Seksyen 7, Shah Alam-
Baca lagi:
Dinukil oleh
عبد الرحمن بن العزمي
pada jam
7:20 PTG
Labels:
Fiqh & Usul Fiqh,
Isu Semasa
How To Improve Your Life
Dinukil oleh
عبد الرحمن بن العزمي
pada jam
12:41 PG
Labels:
Motivasi / Muhasabah
Langgan:
Catatan (Atom)