Isnin, 26 Julai 2010

Piala Dunia 2010: Buruk & Baiknya


Maaf kerna entri ini lambat dikeluarkan. Mungkin sudah bukan pada musimnya.

Namun, ada beberapa perkara yang tetap relevan untuk direnungkan.

Kejohanan bola sepak Piala Dunia merupakan satu festival yang amat dinanti-nantikan oleh penduduk dunia. Ia akan diadakan pada 4 tahun sekali. Pada 2010, festival selama lebih kurang 1 bulan ini telah diadakan di Afrika Selatan. Hampir semua masyarakat dunia tertumpu ke benua yang sering dianak tirikan itu.

Kejohanan yang dimenangi oleh Sepanyol itu, hasil gol pada masa tambahan oleh Andreas Iniesta, sebenarnya memberi pelbagai kesan kepada masyarakat dunia. Ada yang baik, tidak kurang memberi kesan buruk.

Ini hanya pandangan sisi ringkas daripada seorang yang mengikuti perkembangan bola sepak sejak dari kecil.

Piala Dunia 2010..

Baiknya, ia telah dimenangi oleh sebuah negara yang pernah diperintah oleh Islam.

Buruknya, ia telah dimenangi oleh sebuah negara yang pernah menjajah negara umat Islam dan pernah membunuh dan menzalimi ribuan umat Islam (Contoh termudah: Filipina)

Baiknya, ia dapat menyatukan seluruh masyarakat dunia atas satu titik pertemuan, iaitu bola sepak dan dapat memecahkan tembok pemisah antara perkauman/bangsa/warna kulit.

Buruknya, ia telah berjaya mengalihkan perhatian dunia ke atas kekejaman zionis laknatullah terhadap penduduk Palestin, serangan terhadap kapal Mavi Marmara. Datangnya Piala Dunia, hilang segalanya momentum akan kesedaran dan fokus khasnya masyarakat dan media massa Malaysia terhadap isu umat Palestin.

Baiknya, ada satu wakil negara Arab yang majoriti penduduknya beragama Islam, iaitu Algeria beraksi di dalam Piala Dunia. Mereka beraksi baik walaupun tidak menjaringkan sebarang gol.

Buruknya, pemain-pemain Algeria sendiri tidak menunjukkan identiti sebenar Islam. Bukti mudah, hampir semua daripada mereka mewarnakan rambut sempena Piala Dunia, lebih 'menyerlah' daripada negara-negara lain.

Baiknya, masyarakat 1 Malaysia hampir semua bersepakat, bersetuju dan sedar akan kesan buruk daripada berjudi terutama judi bola sepak yang cuba di'halal'kan oleh pihak kerajaan.

Buruknya, pengumuman untuk meng'halal'kan judi bola sepak telah dibuat oleh seorang yang beragama Islam, hasil daripada keputusan kerajaan yang dipimpin oleh seorang yang beragama Islam.

Baiknya, perlawanan bola sepak yang bermula pada pukul 2.30 pagi menjadi batu lonjatan untuk bangun malam kepada mereka yang agak sukar untuk bangun beribadat pada malam hari.

Buruknya apabila hanya berjaga malam untuk menonton bola sepak tanpa meluangkan masa untuk bermunajat kepadaNya dan bahkan lebih teruk jika sehingga terjejas/terlepas solat Subuh dek kerana bangun malam menonton bola sepak.

Baiknya, Piala Dunia mampu menyatukan dan merapatkan hubungan antara ahli keluarga/sahabat-sahabat apabila ia ditonton bersama-sama dalam suasana yang harmoni dan ceria.

Buruknya, ia juga mampu memecahbelahkan dan merenggangkan hubungan antara ahli keluarga/sahabat-sahabat apabila ia hanya diminati oleh sesetengahnya sahaja. Masa untuk bersama akan berkurang dan akan menjejaskan hubungan tersebut.

Baiknya, perlawanan bola sepak seolah-olah boleh dijangka dengan kehadiran si ajaib 'Paul'.

Buruknya, ramai yang tergadai 'Aqidah mereka akibat mempercayai tilikan si sotong 'Paul'. Dengan hanya menggunakan seekor sotong, pihak kuffar berjaya merosakkan 'Aqidah umat Islam yang begitu mudah dirobohkan.


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسٌ۬ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ 

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, berjudi, berhala, mengundi (menilik) nasib adalah perbuatan keji daripada amalan Syaitan. Maka, jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh kejayaan." (Surah al-Maidah: 90)



-Alangkah baiknya jika si sotong 'Paul' di buat masak celup tepung-

* Amatlah dialu-alukan untuk memberikan maklumat tambahan/pandangan sisi yang berbeza

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam...ulasan yg terbaik.pertama kali singgah di blog yg tiada link dgn perempuan,tahniah.kagum dengan keimanan anda.
aper kate anda cuba link kan blog ini dengan link budak mrsm...leokid.worpress.com
walaupun dia budak mrsm,sy teruja dengan idea dan ulasan yg cukup bernas...
p/s:betulkan apa2 ulasan yg dikira salah untuk ummah sejagat.
sy merupakan pembaca setia di blog itu.