Rabu, 13 Januari 2010

PRK UIA Kuantan

-Sesi Manisfesto pada PRK yang lepas-


Tamat sudah kehangatan Inter Kulliyyah Sport Carnival UIA Kuantan.

Untuk edisi kali ini, Kuliah Sains Kesihatan Bersekutu menduduki tempat ke-4 kesuluruhan.

Tahniah buat skuad ping pong dan chess lelaki kerana berjaya memperoleh pingat emas. Syabas buat pasukan chess perempuan yang berjaya memperoleh pingat perak. Tidak dilupakan juga tahniah buat skuad carom lelaki & perempuan, sepak takraw dan bola keranjang kerana berjaya melangkah paling kurang ke separuh akhir/ memperoleh gangsa atau tempat ke-4.

Syabas juga buat pemain-pemain sukan lain kerana tidak gentar untuk turun beraksi walaupun tidak berjaya memperoleh keputusan yang memberansangkan.

Maaf jika ada sukan-sukan lain yang berjaya dalam karnival sukan kali ini, tetapi terlepas pandang untuk disebut pada ruangan kali ini.

Kini muncul kehangatan baru bagi warga UIA Kuantan.

Kehangatan Pilihan Raya Kampus.

Walaupun PRK UIA Kuantan tidaklah sehangat iklim PRK di UM, UIA Gombak dan UKM, namun kehadirannya tetap dirasai.

Hari ini adalah hari penamaan calon. Alhamdullilah, Kuliah Sains Kesihatan Bersekutu masih berjaya mengekalkan tradisi yang membezakan kuliah ini dengan kuliah yang lain, iaitu pertandingan dalam PRK.

Seperti yang dijangka, bilangan pelajar yang mengambil borang akan berkurang apabila tiba ke saat temuduga bersama dekan-dekan UIA Kuantan. Jumlah tersebut akan terus berkurang apabila tiba hari penamaan calon. Mujurlah masih ada 3 orang yang mahu mencuba nasib untuk berbakti, khususnya kepada pelajar kuliah Sains Kesihatan Bersekutu dan umumnya kepada semua pelajar UIA.

Pertandingan adalah amat penting dalam PRK dan diri ini sangat bersetuju dengan wujudnya saingan sihat antara pelajar. Mungkin pendapatku ini kurang disetujui oleh sesetengah pihak yang mendakwa pertandingan ini bakal memcecahbelahkan pelajar di dalam kuliah tersebut.

Sebenarnya, masalah sikap yang mampu memecahberaikan ukhwah para pelajar, bukannya pertandingan yang sihat dalam PRK. Adanya pertandingan ini menandakan aspirasi mahasiswa masih wujud dalam sesuatu kuliah tersebut. Ia juga memberi peluang kepada para calon untuk menawarkan khidmat yang terbaik untuk disumbangkan, seterusnya memberi pilihan kepada para pelajar memilih mereka yang dirasakan terbaik untuk menjadi wakil suara mereka.

Diri ini senada dengan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Mdm. Narimah Daud yang mahukan seramai mungkin pelajar yang menyertai PRK. Semakin ramai, semakin bagus ungkapnya.

Iklim PRK UIA Kuantan sehingga kini masih berimejkan intelektual dan diharapkan ia akan terus berkekalan untuk PRK kali ini.

Kepada para calon, berkempenlah dengan kempen yang bersih. Usah dibuka aib pihak lawan. Tumpukan perhatian untuk memberikan khidmat yang terbaik.

Kepada para pelajar, turunlah mengundi pada 21hb ni. Ini kewajipan anda untuk memilih bakal pemimpin anda. Berilah sokongan yang padu pada sahabat-sahabat anda.

Kepada para penyokong calon, elakkan perbuatan yang melampau. Pelihara akhlak anda. Elakkan propaganda dan serangan yang boleh menghilangkan identiti anda sebagai seorang yang intelek dan yang lebih penting sebagai seorang muslim.


Turunlah mengundi.

Pilihlah yang terbaik antara yang terbaik.

Elakkan perpecahan. Kita adalah satu.

-Allah S.W.T. lebih mengetahui segalanya-

1 ulasan:

Ahmad Fated berkata...

Saya pelajar UIA di Gombak. Saya mengikuti perkembangan prk dalam uia. Secara keselurukan, memang boleh dikatakan Pro-M menang andai kata calon dikuantan menamakan diri mereka sebagai Pro-M. Tapi saya diberitahu di kuantan mereka bertanding atas tiket bebas. Yang pasti di gombak, Pro-M setelah sekian lama pegang kerusi SRC (MPP) kalah dalam prk kali ini. Di Gombak Aspirasi mendapat 10 dan Pro-M mendapat hanya 6. Di Kuantan Aspirasi 1 kerusi dan Pro-M 1 kerusi. Selebihnya iaitu bebas 11 kerusi.