Selasa, 22 September 2009

Risiko Makan Banyak di Musim Hari Raya


SIAPA yang mampu menolak juadah pagi raya apabila lemang, ketupat dan rendang yang penuh menyelerakan terhidang di atas meja makan menunggu untuk dijamah.Sementara menanti makan tengah hari, mulut mengunyah biskut raya dan kerepek sambil menonton rancangan menarik sempena raya di kaca televisyen.

Hampir semua hidangan mengandungi kadar lemak, gula, garam serta kolesterol yang tinggi. Itu belum dengan pelbagai jenis minuman manis yang sentiasa tersedia di dalam bekas air.Begitulah lumrah pemakanan bagi kebanyakan individu setiap kali menjelang 1 Syawal. Puasa sebulan terus dibalas dengan makan dalam sehari.

Namun apakah risiko yang mungkin terjadi pada sistem perut dan penghadaman yang tiba-tiba dikejutkan dengan pemakanan mendadak ini?

Pakar pemakanan dari Iree Touch Sdn. Bhd., Ida Rafidah El-Emin memberitahu, dalam keadaan berpuasa, kadar metabolik turun kerana tidak banyak makanan untuk diproses. Namun apabila hari raya individu yang makan terlalu banyak boleh mengakibatkan kadar metabolik mereka semakin tidak stabil.

"Kerana keadaan ini, individu yang makan berterusan akan mengalami penambahan berat badan secara mendadak, segala makanan yang masuk secara banyak itu tidak boleh dibakar oleh sistem metabolisme kerana keadaannya yang lemah selepas sebulan berpuasa," ujar Ida ketika ditemui di spanya yang terletak di Bandar Puteri, Puchong, Selangor.

Menurut Ida, apa yang sepatutnya dilakukan oleh individu pada pagi raya ialah makan alas perut seperti buah-buahan dan sayuran sebelum menikmati juadah sinonim pada hari raya seperti lemang dan rendang."Memang sesiapa pun tak boleh menolak juadah di pagi raya. Alas perut memang penting kerana apabila kita mengambil buah dan sayur yang kaya dengan serat, akan memberi lapisan kepada usus supaya lemak tidak diserap dengan banyak ke dalam darah. Antara buah yang baik dimakan ialah buah limau, epal hijau, kiwi dan salad," jelas Ida.

Tambahnya, seperkara lagi yang perlu dielak pada musim raya ialah pengambilan minuman yang mengandungi kafein."Kita perlu tahu bukan kopi dan teh sahaja yang mengandungi kafein, air bikarbonat juga mengandungi kafein.Pengambilan minuman berkafein bersama lemang, rendang dan sebagainya memang memudaratkan usus. Sebaiknya, apabila kita makan makanan berlemak, minumlah air suam dan jus buah sebagai alternatif."

"Salah satu cara penyerapan lemak terbaik untuk tubuh ialah pengambilan soy lecithin sebelum makan makanan berlemak. Makanan tambahan ini berfungsi sebagai penyerap lemak yang akan dikeluarkan melalui najis ketika membuang air besar," jelas Ida yang turut aktif memberi ceramah pemakanan sihat di hospital swasta sekitar Lembah Klang.

Ida menambah, kerepek adalah makanan yang perlu dielak kerana ia mengandungi oksida yang tinggi. Bahan makanan bergoreng dan mengandungi oksida tinggi ini boleh menyebabkan badan dipenuhi dengan toksin dan sebagai penyelesaiannya mereka disarankan mengambil bahan anti oksida seperti vitamin A, C dan E. "Jika mahu makan kerepek, pilihlah kerepek daripada jenis dipanggang seperti emping jagung. Jika suka makan kekacang pula pilihlah kacang parang atau kacang kuda yang mempunyai kandungan lemak baik atau omega yang tinggi".

"Jangan makan makanan mengandungi protein sekali gus. Sebagai contoh, makan ayam, daging, sotong dan ikan dalam satu masa, ini kerana usus hanya akan menghadamkan protein yang paling ringkas sahaja seperti ikan. Protein lain seperti daging dan sotong akan terus menjadi toksin yang sekiranya tidak dibuang akan menjadi penyebab penyakit seperti migrin dan masalah-masalah lain," katanya.

RISIKO MAKAN BANYAK

Menurut Ida, antara risiko yang boleh terjadi pada individu yang tidak mengawal pemakanan mereka pada musim raya ialah sembelit. "Apabila sembelit berlaku, masalah seperti buasir akan timbul. Selain itu, usus juga boleh mengalami kecederaan dan sekali gus mengakibatkan sistem penghadaman kacau bilau.

"Ketika bulan puasa, pesakit darah tinggi atau kencing manis akan turun kadar glukos dan kolesterol tetapi naik mendadak pada musim raya. Kita tidak mahu bulan raya diserang penyakit berbahaya, sebab itu kena kawal makan.

"Sebaiknya buang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari. Selain menikmati makanan yang sedap pada hari raya, pastikan juga minum air kosong lapan gelas sehari demi kesihatan yang optimum," pesannya.

Sumber asal, klik di sini

*Credit to Abah for this article

Isnin, 21 September 2009

Jamuan Hari Raya Negeri Selangor di SACC Mall, Shah Alam (Hari Raya Pertama)

SACC Mall, Shah Alam (sebelum majlis)

Orang ramai beratur untuk mendapatkan duit raya dan bersalam dengan MB & Exco-exco Selangor

Antara aktivi yang menyerikan lagi majlis

YB Khalid Samad & YB Dr Halimah Ali beramah mesra dengan orang ramai

YAB Khalid Ibrahim & Isteri (kiri sekali, YB Elizabeth Wong. kanan sekali, YB Khalid Samad)

YB Yaakop Sapari & Isteri


YB Ronnie Liu turut hadir

Jumaat, 18 September 2009

Hari Raya: Dulu & Kini

Hari Raya Puasa..

Saat yang paling indah bagi Orang Islam. Terutamanya penduduk Malaysia. Terutamanya lagi bagi kanak-kanak, remaja & belia.

Perasaan menyambut Hari Raya begitu berbeza bagi setiap individu. Kanak-kanaklah golongan yang paling gembira apabila tibanya Hari Raya, walaupun merekalah yang paling kurang menunaikan amalan puasa dan amalan-amalan lain di bulan Ramadhan. Graf kegembiraan menyambut ketibaan Hari Raya kebiasaannya menurun sejajar dengan peningkatan usia.

Adakah golongan dewasa tidak gembira dengan kehadiran Hari Kemenangan ini??

Tidak. Mereka juga gembira. Namun, cara mereka mencerminkan kegembiraan, pastinya berbeza dengan kanak-kanak dan remaja.

Jika dahulnya mereka gembira dapat mengenakan pakaian baru di pagi Hari Raya, kini mereka lebih gembira jika dapat melihat anak-anaknya (atau anak-anak buahnya) bergaya sakan dengan pakaian baru di pagi raya. Jika dahulu mereka bergembira menerima duit raya, kini mereka amat gembira jika dapat memberi duit raya kepada kanak-kanak. Keadaan sudah berbeza, tetapi kegembiraan menyambut hari lebaran turut dirasai. Cuma, bentuk kegembiraan itu yang mungkin berbeza.

Perasaan dan cara menyambut hari raya juga sudah berubah pada diriku.

Dahulu, apabila di penghujung bulan Ramadhan, aku sudah membilang hari untuk menyambut Hari Raya. Kini, aku hampir-hampir terlupa yang esok lusa akan berhari raya.

Dahulu, 3-4 pasang set baju raya mesti sudah tersedia. Selalunya setiap set itu adalah daripada kombinasi yang berbeza. Kebiasaanya, hari pertama adalah sepasang baju melayu, hari ke-2 hingga ke-4 adalah kombinasi antara baju t-shirt bekolar,baju t-shirt leher bulat, baju jersi atau baju kameja. Kini, jika tiada baju raya pun tidak menjadi masalah. Jika membeli baju @ seluar pun, niatnya bukan hanya untuk buat beraya sahaja, tetapi diniatkan untuk kegiatan lain seperti untuk membawa pergi ke kuliah atau ke majlis-majlis formal.

Dahulu, baju melayu untuk dipakai pada Hari Raya pertama adalah sepasang. Kini, kebiasaanya hanya baju sahaja (baju Raihan) yang dibeli.

Dahulu, umi yang belikan baju raya. Kini, sendiri mau pakai, sendiri kena beli.

Dahulu, duit raya adalah antara benda yang paling dinanti. Kadang-kadang, sampai meletakkan target untuk memperoleh berapa banyak duit raya untuk sekali hari raya. Kini, lansung tidak memikirkan tentang duit raya. Bahkan, jika ada yang menghulurkan duit raya, terasa amagt malu untuk menerimanya.

Dahulu, kad raya dihantar kepada rakan-rakan. Kini, hanya kiriman sms yang dihantar untuk mengucapkan selamat hari raya.

Dahulu, mercun dan bunga api pasti menghiasi aktiviti malamku. Kini, tiada lagi mercun dan bunga api. Aktivi memblogging pula mengisi kekosongan malam (ye ke??)

Dahulu, rancangan-rancangan khas / tayangan filem khas sempena raya pasti ditunggu-tunggu untuk ditonton. Kini, TV pun jarang ditonton.

Sebenarnya, banyak lagi perubahan yang telah berlaku. Cukuplah sekadar 2-3 contoh dariku. Setiap orang, pasti mengalami perubahan yang berbeza-beza.

Segala perubahan dan perbezaan tidak sama sekali akan mengubah Hari Raya itu sendiri. Hari Raya tetap adalah hari kemenangan dan kegembiraan bagi umat Islam yang telah dihadiahkan oleh Allah kepada hamba-hambanya yang bertaqwa. Kita disarankan untuk meraikannya, tetapi di bawah batas-batas syariat. Buktinya, Allah telah mengharamkan untuk berpuasa pada 1 Syawal sebagai menghormati dan meraikan Hari Raya Eidulfitiri.

Sempena Hari Lebaran ini, marilah kita merehatkan minda dengan mendengar 1 dendangan nasyid oleh arwah Ustaz Asri ketika beliau bersama Nada Murni satu ketika dahulu.

Boleh klik di sini

Akhir kata, Selamat bersedih dengan pemergian Sang Ramadhan & Selamat bergembira sekadarnya dengan kedatangan Sang Syawal...

Ampun & Maaf atas segala kesilapan dan kelemahan diri ini..

Khamis, 17 September 2009

Ramadhan 1430.. Satu Rangkuman



Ramadhan 1430H sudah hampir ke penghujungnya.

Bagaimana dengan proses tarbiyah pada madrasah ini??

Adakah berjaya atau tidak merubah diri ini??

Aku telah melalui beberapa fasa pada bulan ini.

Fasa pertama adalah pada saat-saat awal Ramadhan. Ketika ini semangat untuk beramal begitu membuak-buak. Al-Qur'an berjaya di baca dengan begitu banyaknya (tadabbur??)

Fasa kedua adalah pada pertengahan Ramadhan. Ketika ini, aku bergelut dengan jihad menuntut ilmu, iaitu perang peperiksaan, khasnya peperiksaan pertengahan semester. Ketika inilah ujian yang sebenar bagi satu proses tarbiyah. Antara beribadat dan 'study'. Kedua-duanya adalah ibadat yang tidak kurang pentingnya. Memilih antara keduanya memerlukan kepada kefahaman konsep fiqh awlawiyyat yang sahih. Jika tersalah memilih keutamaan, dikhuatiri sesuatu ibadat boleh berubah menjadi makruh atau haram hukumnya.

Fasa kedua juga merupakan musim untuk mendapatkan 'durian runtuh', yakni berbuka puasa secara percuma. Hampir semua persatuan-persatuan di UIA berlumba-lumba untuk menjamu ahlinya atau pelajar UIA dengan juadah berbuka puasa. Mungkin rasa terpanggil dengan hadith Nabi S.A.W. bahawa pahala orang yang menyediakan makanan berbuka puasa adalah sama dengan pahala orang yang berpuasa (aw kama Kol) menjadikan fenomena ini menular ke dalam UIA. Fenomena yangs sangat sihat. Aku sangat menyokong. Aku sempat menghadiri iftor Mahallah Talhah, MRC Talhah, Faci Team, AMAL, Diet 2nd year (kelasku), iftor bersama Celcom dan beberapa iftor laen. Begitu nikmat apabila dapat berbuka beramai-ramai, apatah lagi tanpa perlu mengeluarkan apa-apa kos.

Aku juga telah didatangani oleh 2 orang sahabat jauh pada fasa ini. Kedatangan Abdullah Harith (pelajar jurusan pergigian, JUST Jordan) dan dan Azhan Hamdan (pelajar jurusan perubatan di Univ. Tanta, Mesir) begitu memeriahkan Ramadhanku kali ini. Setelah 3 tahun tidak bersua muka dengan mereka, akhirnya Ramadhan 1430 menemukan kami sekali lagi. Mereka berdua adalah x-pelajar persijilan Darul Quran, yang tidak ke UIA selepas tamat di Darul Quran. Pelabagai aktiviti telah diadakan untuk meraikan kedatangan mereka seperti friendly futsal dan iftor jama'ie x-persijilan DQ Gen-6 di rumah pakcik Abdullah Harith.

Fasa terakhir adalah fasa yang sangat mencabar bagiku. Fasa yang bercampur-baur. Setibanya aku di rumah, aku telah diberi 2 tugasan. 1 tugasan yang seringku lakukan apabila bercuti & pabila ada keperluan, manakala 1 lagi tugasan adalah tugasan yang telah aku tinggalkan sejak sekian lama. Melayan karenah budak-budak tahfiz bukanlah 1 bebanan bagiku kerana aku juga pernah berada di saat-saat usia mereka sekarang. Sungguh seronok berada bersama mereka di akhir-akhir Ramadhan ini.

Malam 25 ramadhan...Masjid Subang Jaya..pukul 3.45pagi.. aku telah menerima 1msg daripada Syamil Zahari:
"Salam. al-fatihah buat shbt maahad kita, muhammad amin abdullah (spm 04) y baru saja meniggal dunia scara mengejut. sbb kematian msh blum disahkan"
Aku tersentak. Aku baru berkira-kira untuk mencari kembali no telefonnya yang hilang dari simpananku setelah handsetku rosak baru-baru ini.

Sungguh cepat masa berlalu. Masih terngiang-ngiang di kepalaku saat bersama arwah ketika di Maahad dan asrama dulu. Arwah yang bertubuh kecil dan agak baik orangya berbanding diriku yang agak gila-gila ketika itu. Aku sering mengusiknya.

Tapi..

Itu semua dulu. Yang pergi tetap akan pergi. Janji Allah tetap benar.

Aku bertanya Syamil tentang punca kematiannya yang mengejut itu. Syamil mengatakan mungkin disebabkan serangan jantung. Namun, apa yang difahamkan (maklumat daripada sahabat), arwah meninggal dunia disebabkan lain.. Sebab yang menambahkan sebak di dada. Aku terpaku. Semoga arwah memperoleh Husnul Khatimah di bulan yang penuh keberkatan ini.

Ramadhan hampir ke penghujungnya. Datang bersamanya kisah suka dan duka yang seharusnya dijadikan pengajaran bagi mereka-mereka yang hidup hatinya.

Ya Allah, semoga aku berjaya dah dalam proses tarbiyah ini.Amiin.

p/s: Kepada sesiapa yang membaca entry ini, diharapkan anda dapat menghadiahkan bacaan surah al-Fatihah buat Allahyarham Muhammad Amin Bin Abdullah (ex-Maahad Muhammadi 99-04, asrama Bustanul Arifin 00-04, x-pelajar jurusan kejuruteraan kimia UPM) yang telah pulang menyahut seruan Ilahi pada 24 Ramadhan 1430H, kira-kira pukul 9 pagi., Semoga arwah berbahagia di kehidupan barunya.


Yang dekat sudah pergi,
Tinggal kita di sini,
Muhasabahlah diri ini,
Bagaimana bekalan diri,
Adakah sudah mencukupi,
Atau sekadar kais pagi makan pagi.

Ingatlah,
Panggilan ke alam Hakiki,
Bila-bila masa boleh terjadi,
Janji kematian itu pasti,
Mungkin pada hari ini,
Mungkin juga saat ini..