Selasa, 17 Februari 2009

Alangkah Baiknya...


Semalam aku berada di Stadium Darul Makmur.

Menonton perlawanan bola sepak antara pasukan tuan rumah bertemu pasukan Kelantan. Perlawanan berat sebelah yang memihak kepada pasukan pelawat dengan kemenangan 5-1. Gol-gol dijaringkan oleh Khalid Jamlus (m-1 & m-74), Indra Putra Mahyuddin (m-62), Badri Radzi (m-61) dan Zainol Fitri Ishak (m-9). Gol saguhati Pahang pulak dijaringkan oleh Hasmizan Kamaruddin.

Sungguh seronok rasanya dapat memasuki stadium buat sekalian kalinya selepas 'bersara' buat seketika. Pelbagai ragam manusia dapat dilihat. Ada yang berkeluarga, ada pasangan merpati sejoli, tetapi majoritinya sekumpulan remaja yang memang gilakan bola sepak.

Terlintas di fikiranku...

Alangkah baiknya kalau jumlah yang sama, golongan yang sama (terutamnya remaja) dengan ghairah yang sama dapat memenuhi majlis-majlis ilmu.. Alangkah bertambah baiknya jika mereka dapat memenuhi kedua-duanya..Stadium dan majlis-majlis ilmu..

Keseimbangan antara keperluan remaja (hiburan yang sederhana seperti menonton bola sepak) dan keperluan rohani (majlis-majlis ilmu dan sebagainya) adalah AMAT PERLU bagi golongan remaja dan belia. Jika hanya ke majlis ilmu sahaja, dibimbangi jiwa akan memberontak dan akan melahirkan golongan yang jumud, yang tertutup pemikirannya dan tidak dapat menerima pendapat orang lain.. Jika hanya hiburan disuapkan ke dalam jiwa, kesannya adalah amat besar. Boleh menggelapkan hati. Gelapnya hati, gelaplah segalanya.

Carilah ilmu sebanyak mungkin di kala muda ini, tetapi berilah sedikit ruang untuk jiwa, fizikal dan emosi bernafas.

-Allah s.w.t lebih mengetahui segalanya-



Ahad, 8 Februari 2009

Bila Nak Kahwin??


Bila nak kahwin??
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahupun taulan
Itu sahaja yang menjadi bualan

Bila nak kahwin??
Selalu aku jelaskan
Pelajaran perlu diutamakan
Yang lain akan datang kemudian
Usah digopohkan perkara yang telah ditentukan

Bila nak kahwin??
Aku belum bersedia
Ilmu tidak cukup di dada
Harta satu pun tiada
Bagaimana hendak menjaga anak dara??

Bila nak kahwin??
Aduuhh..aku disoal lagi
Nak kahwin dengan siapa??
Calon pun tiada..
Kamu itu memilih sangat agaknya
Tidak..cuma aku belum bersedia..

Bila nak kahwin??
Ramai sahabat yang sudah..
Kamu bila pula??
Kahwin ini bukan mudah..
Berat amanah di dalamnya..

Bila nak kahwin??
Sungguh aku bosan
Banyak lagi soalan yang harus diajukan
Kenapa asyik topik itu yang dihadapkan
Apa kita nak hairan dan risaukan
Jodoh kita, Allah sudah tentukan..

Bila nak kahwin??
Pada yang asyik bertanya
Dengarlah nasihat hamba
Semua sudah ditentukan-Nya
Usah dirisaukan apa-apa
Jika sudah tiba masanya
Akanku hebahkan segalanya...


-16:30, 8.2.2008, Kuantan-



-Allah s.w.t. lebih mengetahui segalanya-

Khamis, 5 Februari 2009

Tahniah dan Takziah



Keputusan Pilihanraya UIAM Kampus Kuantan bagi kerusi kuliah Sains Kesihatan Bersekutu telah diumumkan.

Berikut adalah keputusan rasmi pengundian tersebut:

1. MOHD. FIRDAUS BIN NAZRI SHAHARUDDIN (3rd year, Dietetics) - 89 votes
2. NOR SABRINA BINTI SUBRI (3rd year, Optometry) - 182 votes
3. MOHD. HILMI BIN YA'KUB (2nd year, Dietetics) - 159 votes

Sekalung tahniah dan takziah kepada Hilmi dan Nor Sabrina kerana berjaya memenangi pilihanraya kali ini.. Tahniah kerana berjaya meraih undi yang tinggi, tetapi takziah kerana bakal dipertanggunggjawabkan dengan tugas dan amanah yang berat dan akan disoal kelak.

Semoga berjaya melaksanakan amanah ini dengan sebaiknya.

Tahniah kepada Firdaus kerana anda telah berjaya memberi saingan yang sihat dalam perebutan kerusi SRC kuliah ALLHS. Anda telah berjaya menghidupkan suasana demokrasi dan yang paling penting, anda terlepas daripada tugas dan amanah yang berat sebagai wakil kepada pelajar ALLHS di dalam SRC.

Jangan kecewa dan teruskanlah khidmat anda dalam HEALS dan untuk Islam terutamanya.

-Allah lebih mengetahui segalanya-