Isnin, 29 September 2008

Penyeri Hidup Imran & Nurul

Sekalung tahniah kepada Imran dan Nurul Mutmainnah kerana telah dikurniakan seorang puteri yang diberi nama 'Iffah Mardhiyyah.

Seribu kemaafan di atas kelewatan post ini. Aku hampir terlupa untuk mengucapkan tahniah melalui ruangan ini walaupun aku sendiri dah dua kali ke rumah Imran.

Semoga 'Iffah menjadi wanita yang solehah kelak dan dapat mengikuti langkah kedua ibubapanya.

Semoga zuriat ini menambahkan lagi rasa kasih sayang dan tanggungjawab antara kamu berdua (Imran & Nurul). Anak ini adalah perhiasan & ujian dari Allah s.w.t. untuk hamba-hambanya.

"Sesungguhnya harta dan anak-anak kamu itu hanyalah sebagai ujian. Di sisi Allah jualah pahala yang besar"-(Surah At-Taghabun:15)

"Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia dan amal salih yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan"- (Surah Al-Kahfi:46)

Semoga berjaya menjadi ibu dan ayah yang cemerlang!!


-Allah s.w.t. lebih mengetahui segalanya-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

larh
tu la pasal...
lama betul gambar baby imran ngan mut ni nak kuar..
kalo pikir2 balik, dah jd macam anak pak cik pitt ngan kak jolie jer..