Isnin, 26 Mei 2008

Bengkel Kemahiran Ibubapa (ulasan)

Bengkel Kemahiran Ibubapa
Tarikh: 24 Mei 2008
Tempat: Dewan Asuhan, Masjid Wilayah
Masa: 9pagi-4.30 petang
Tema: Ibu Mithali, Bapa Habibi, Kelaurga Jannati


Pada hari Sabtu lepas, penulis berpeluang menghadiri suatu bengkel yang telah dianjurkan oleh Persatuan Al-Hunafa' di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Walaupun program ini mungkin kurang sesuai untuk penulis yang masih bujang dan masih belum memikirkan untuk berumah tangga dalam masa terdekat, tetapi selepas dijemput berkali-kali oleh sahabat-sahabat dan untuk mengisi masa lapang, penulis memberanikan diri untuk menghadiri suatu bengkel yang begitu asing bagi seorang yang begitu mentah dalam dunia ini. Mujurlah, ada rakan-rakan yang seposisi denganku dalam bengkel ini. Sekurang-kurangnya, hilanglah segala kekok dan segan. Selepas berakhirnya bengkel ini, barulah diriku sedar bahawa program ini membawa begitu banyak input dan ilmu. Bukan sahaja persediaan untuk hari mendatang, tetapi juga untuk hari ini sebagai anak kepada dua orang tua dan sebagai bakal bapa kelak.

Program yang bermula dalam pukul 9 pagi ini telah dibahagikan kepada 3 slot. Atas permintaan rakan-rakan yang berminat untuk hadir, tetapi tidak berkesempatan pada hari tersebut, sukacita di sini diringkaskan input-input yang sempat dicatat, dicapai, ditangkap, disalin pada hari tersebut.

Slot 1 : Anakku Sayang - Pendidikan Peringkat Bayi oleh Dr. Habeeb Rahman B. Ibramsa (Penolong Prof. UIAM Gombak)

*Proses pentarbiyahan bayi yang betul:
- sebenarnya bermula sebelum perkahwinan, iaitu dengan memilih pasangan yang beriman
- baca doa sebelum bersetubuh
- menjaga isteri yang mengandung dengan baik
- berada di sisi isteri ketika isteri hendak melahirkan anak untuk berkongsi apa yang isteri rasa.
- menenangkan dan memberi semangat kepada isteri ketika bersalin.
- melaungkan azan dan solat sunat/sujud syukur apabila bayi selamat dilahirkan
- 7 hari selepas kelahiran:Tahliq, Tahnik, memberi nama yang baik kepada anak, bersedekah dan 'Aqiqah (2 ekor kambing untuk anak lelaki, 1 ekor kambing untuk anak perempuan)

*Kesilapan orang zaman sekarang:
- memberi nama sebelum kelahiran anak (tidak mengikut Sunnah)
- kesilapan dalam Tahnik: orang yang paling afdhal untuk mengunyah kurma untuk diletakkan di lelangit bayi ialah ayahnya sendiri, bukannya tok imam. Jika bapanya sudah tiada, yang paling afdhal ialah lelaki yang dekat dengan bayi tersebut seperti pakcik, atuk, abang.

*Tips mudah untuk mencari calon suami/isteri:
- Suami: cari yang tidak tidur selepas Subuh
- Isteri: cari yang mempunyai sifat taat


Slot 2: Anakku Sayang-Pendidikan peringkat Kanak-Kanak oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi (Pakar Motivasi, Fitrah Perkasa Sdn. Bhd)

*Anak perlu didengari rintihan mereka sama seperti perlunya mereka kepada makanan- ahli psikologi

* Cara mendidik: Beri penghargaan= 80%, Beri cercaaan=20%

* Mazmumah pertama= Kuat makan

*"anak-anak perlu dicerca jika makan banyak"
- Imam Al-Ghazali

* Tugas mendidik bukan kerana mengharapkan balasan, tetapi sebagai amanah.

* kanak-kanak mesti dididik dari dalam (sistem keyakinan/iman) kerana 95% daripada kelakuan datangnya daripada dalam diri.

* "Sekali sekala berikan anak-anak makan tanpa lauk & tidur di tempat yang keras"- Imam Al-Ghazali

*Kaedah umum mendidik anak daripada Saidina Ali Bin Abi Thalib:
- Bayi hingga Mumayyiz (0-7 tahun) = bermain, bergurau, jadikan anak seperti raja
- Mumayyiz hingga baligh (7-14 tahun) = disiplin, arahan, jadikan seperti tentera
- Baligh hingga 20tahun = Bersahabat dan berkawan
- 20 tahun ke atas = berkongsi, kebebasan, ibubapa sebagai penasihat

*Kaedah mendidik kanak-kanak:
1) Teladan
-ibubapa kena menjadi contoh terbaik
-apa yang dilihat memeberi kesan yang mendalam kepada anak-anak
-pamerkan sikap, bukan cakap

2) Adat Kebiasaan
-Berulangkali = talqin
-Bimbingan amali = ta'wid
-Kepelbagaian cara (jangan jemu)

3) Nasihat & Bimbingan
-Lemah lembut (intonasi, ayat yang digunakan)
-Senda gurau ( jangan menekan)
-Ringan (tidak panjang dan meleret)
-Dua hala (tanya, soal, jawab)
-Mulakan dengan nama Allah ( selawat,bismillah)
-Selitkan cerita (iktibar, perbandingan)
-Timbulkan rasa gerun (api neraka, azab kubur, akibat buruk)
-Perumpamaan & ibarat (peribahasa melayu, ayat al-Quran, hadith, kata-kata hikmah)
-Audio visual (gambar, grafik)
-Bahasa badan (tangan, mata, kedudukan badan, sentuhan)

4) Pemerhatian & Pengawasan
-Pegangan hidup (cara pemikiran, idola)
-Teman hidup (siapa teman, guru, musuh)
-Pakaian (fesyen, rambut, pemakaian)
-Makanan & adab (kegemaran)
-Bahasa, cara bercakap dan berinteraksi
-Akhlak

5) Denda & Hukuman
-Dasar: lemah lembut
-Kaedah: masam muka, tidak tegur, marah, cerca, tarik kemudahan
-ganjaran dahulu daripada hukuman
-Rotan
: jalan terakhir
: jangan semasa marah
: jangan pada muka, perut, dada,
: Bawah 7 tahun- dilarang
: Sebelum Baligh- kurang daripada 3x
: Selepas baligh hingga 19tahun- kurang daripada 10x
:didahului oleh amaran
:dilakukan oleh ibu bapa sendiri

*Bagaimanakah untuk melahirkan dunia yang aman?
"Balik ke rumah & sayangi keluarga"- Mother Teressa

* "seek to understand, then understood"-Stephen Covey

*
"Apa yang kamu beri, kamu akan dapat kembali"- Dr. 'Aidh Al-Qarni

* 2 petanda rumahtangga yang bagus/cemerlang:
-melakukan solat berjemaah (hablumminallah)
-
makan secara berjemaah (hablumminnaas)

* "Orang yang tidak bertaqwa nasihatnya ibarat mencurah air ke telur burung Kasawari (tidak berguna)" - Ali Bin Abi Thalib

* "Kita boleh menyayangi tanpa memimpicn, tapi kita tidak boleh memimpin tanpa menyayangi"

* " Love is the work"


*
Buku untuk mendidik anak yang baik untuk dibaca:
"Pendidikan anak-Anak Dalam Islam" karangan Abdullah Nasih Ulwan

Slot 3: Anakku Sayang-Pendidkan Peringkat Remaja oleh Ustaz Noorazman Samsuddin (Pensyarah Kuliah Kejuruteraan UIAM Gombak)

*
Kasih sayang/cara tarbiyah untuk anak-anak remaja:
-melalui sentuhan
-ambil berat tanpa 'memberatkan'
-sabar dengan karenah dan tidak memalukan
-lebih memujuk & membimbing daripada mengarah
-keseimbangan antara kebebasan 'termimpin' dan kawalan
-cara berkomunikasi: banyakkan menjadi pendengar & bersaing dengan orang luar untuk mendapat perhatian

*Masalah utama remaja = hedonisme

*Fakta masalah sosial di Malaysia
yang amat menyedihkan:
-setiap tahun, seramai 17000 penagih baru dilaporkan= 1/2 jam seorang penagih akan lahir
-78%-80% penagih dadah adalah remaja
-Negeri paling ramai penagih dadah = Pulau Pinang
-1988 = 3000 remaja murtad di Kuala Lumpur
-agama pilihan bagi yang murtad: Hindu= 63.2%, Buddha= 17.1%, Kristian= 16.4%, lain2= 3.3%
-hanya 10%-20% daripada orang Islam di Malaysia yang bersolat 5 waktu sehari semalam
-Dalam 4800 remaja (16-21 tahun), purata mereka terlibat dengan zina ialah 72x setahun
-Malaysia berada dalam senarai top ten paling tinggi penzinaan selepas Britain, Amerika Syarikat, Kanada dan negara2 Barat lain.
-Malaysia adalah negara yang mempunyai kadar penceraian tertinggi di dunia

* "Remaja sebenarnya tiada masalah, yang bermasalahnya ialah keadaan sekitarnya"- Dr. Sa'id Ramadhan Al-Buti

Program pada hari tersebut telah tamat lebih kurang pada pukul 4.30 petang. Semau hadirin kelihatannya berpuas hati dengan segala input dan ilmu yang diperoleh. Tahniah kepada penganjur yang berjaya mengadakan satu bengkel yang amat menarik dan berguna untuk semua lapisan masyarakat. Diharapkan banyak lagi program-program ilmiah dapat dianjurkan bagi mengimbangi program-program hiburan yang sering membanjiri jadual kehidupan penduduk Malaysia.

"Hai sekalian orang-orang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari siksa neraka dan bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu...."- (At-Tahrim:6)

Tiada ulasan: