Sabtu, 14 Mei 2011

Info Ringkas Mengenai Ekonomi Malaysia Tanah Airku



1. Hutang negara melebihi 50% daripada pendapatan negara (KDNK)

2. Malaysia berada dalam kedudukan ke-32 / ke-33 dalam ranking jumlah pendapatan negara di dunia - sama dengan jumlah pendapatan negara Singapura walaupun Singapura jauh lebih sedikit rakyatnya berbanding Malaysia

3. Malaysia berada dalam kedudukan ke-65 dalam ranking pendapatan per kapita di dunia - berada di bawah purata pendapatan per kapita di dunia

4. 570 bilion hutang seluruh isi rumah di Malaysia

5. 40% daripada rakyat Malaysia dikategorikan sebagai miskin (Pendapatan kurang daripada RM1,500)

6. 60% daripada rakyat Malaysia berpendapatan kurang daripada RM3,000

7. Pada tahun 2010, Malaysia berada di ranking ke-21 tertinggi dalam kos hidup di dunia. Negara-negara yang berada pad ranking hadapan di Malaysia kebanyakannya adalah negara yang bergolak seperti Iraq, Aghfanistan, Angola, Myanmar dan negara-negara lain sedangakn Malaysia adalah negara yang tidak bergolak dan aman damai.

8. Malaysia berada di ranking ke-2 dalam kos hidup tertinggi di Asia Tenggara selepas negara Myanmar

9. 2015, dijangka penghapusan menyeluruh dalam subsidi kerajaan kepada rakyat dan GST (Goods Service Tax) akan dikenakan pada setiap aspek- Dato' Seri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

10. Negara-Negara Barat yang berada di ambang muflis/sudah muflis: Portugal, Itali, Ireland, Greece, Sepanyol

Mampukah Malaysia menjadi negara maju pada tahun 2020 yang tidak dibebani hutang yang banyak?

Jika tidak, di mana silapnya semua ini dan apa yang kita boleh lakukan (dalam kapasiti seorang rakyat)?

1 ulasan:

dr ilyas harun berkata...

Malaysia ditadbir oleh para pemimpin yang korup dan penyalahgunaan kuasa selama 54 tahun. Rakyat perlu disedarkan tentang kecurangan dan penyelewengan ini. Memang terdapat rakyat yang sedar tetapi ramai lagi yang tak sedar. Baca blog saya: drilyasharunmalaysia.blogspot.com untuk berbagai artikel.