Khamis, 26 Jun 2008

Hukum Urusniaga Dengan Syarikat Yahudi: Makan, Minum dan Urusan Jual Beli


Begitu banyak soalan yang datang kepada saya dan kedengaran di sana sini berkenaan hukum membeli barangan halal yang dikeluarkan oleh syarikat Yahudi khususnya dan bukan Islam umumnya. Ia menjadi satu persoalan yang semakin hangat disebabkan sikap Yahudi yang berterusan menyerang negara umat Islam. Demikian juga Amerika.

Saya ada terbaca kempen dari orang awam dan beberapa ilmuan yang mewarwarkan hukum haram jika membeli barangan dari syarikat yang dimiliki oleh Yahudi sepenuhnya atau salah seorang pemilik syarikat tersebut adalah Yahudi.

Akibatnya timbul kempen memboikot syarikat-syarikat tertentu dan boikot yang disebarkan melalui email dan internet. Syarikat seperti McDonald, Kentucky Fried Chickhen, TESCO dan lain-lain syarikat yang dikatakan dimiliki oleh Amerika, Yahudi atau mempunyai hubungan dengan mereka secara langsung atau tidak langsung adalah syarikat yang kerap dijadikan bahan utama.

Tidak terkecuali juga beberapa buah syarikat yang dimiliki oleh bukan Islam seperti Maxis dan lain-lain. Saya juga pernah membaca dan mendengar ada yang berusaha menimbulkan semangat berkobar-kobar sehingga berkata bahawa sesiapa yang membeli dan menggunakan khidmat syarikat-syarikat ini maka samalah seperti membantu agama mereka, membunuh umat Islam dan banyak lagi. Adakah ini benar dari sudut pandangan Islam?

Saya berharap tulisan ringkas saya ini dapat menjelaskan keadaan dan ia adalah berdasarkan pandangan beberapa nas dan pandangan ulama kontemporari. Saya tidak berhasrat untuk menulis panjang dan tulisan ini bukanlah sebuah kajian ilmiah bertaraf univeristi. Ia hanya jawapan yang diringkas dan dipermudahkan bagi bacaan orang awam sahaja. Saya juga tiada sebarang kepentingan dalam semua syarikat yang disebutkan namanya di atas dan yang lainnya, tulisan ini adalah dibuat atas dasar penyebaran ilmu Islam di atas landasan ilmu sahaja.

Asas Hukum
Pertamanya, elok kiranya saya cuba menjelaskan hukum berjual beli dengan orang Yahudi atau dengan mana-mana syarikat yang dimiliki oleh individu Yahudi. Bagi mendapatkan kejelasan dalam isu ini, fakta berikut perlu difahami sebaiknya:-

a) Allah SWT menghalalkan umat Islam memakan sembelihan ahli kitab yang di antara mereka adalah Yahudi. Ini bermakna berurusan dengan Yahudi dan barangan yang dihasilkannya selagi menepati kehendak Allah adalah diharuskan.

b) Allah SWT juga menghalalkan lelaki Islam untuk berkahwin dengan wanita Ahli Kitab yang suci dan baik dengan syarat ia bertujuan kebaikan kepada wanita tersebut. Perihal halal berkahwin dan makan sembelihan ahli Kitab termasuk Yahudi ini disebut dengan jelas dalam ayat berikut : -


الْيَوْمَ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ حِلٌّ لَّكُمْ وَطَعَامُكُمْ حِلُّ لَّهُمْ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ إِذَا آتَيْتُمُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ مُحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ وَلاَ مُتَّخِذِي أَخْدَانٍ

Ertinya : "Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal pula bagi mereka. (Dan dihalalkan mengawini) wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar maskawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik.." (Al-Maidah: 5)

Jika perkahwinan dibenarkan, sudah tentu jual beli lebih lagi akan termasuk dalam kategori dibenarkan oleh Islam (selagi mana menurut syarat jual beli Islam).

c) Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-

‏أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)


Imam Bukhari menamakan bab yang mengandungi hadith ini dengan nama

بَاب الشِّرَاءِ وَالْبَيْعِ مَعَ الْمُشْرِكِينَ وَأَهْلِ الْحَرْبِ

Ertinya : Bab berjual beli dengan kafir musyrikin dan musuh perang.

Kemudian Imam Ibn Hajar Al-Asqolani pula dalam huraiannya menyatakan:-

واستدل به على جواز بيع السلاح من الكافر
Ertinya : Dan dalil ini dijadikan dalil bagi keharusan menjual senjata kepada orang kafir. ( Fath Al-Bari, Ibn Hajar, 5/142 )

Ini adalah kerana apabila Nabi Muhammad SAW mencagarkan baju besi baginda yang hanya digunakan untuk berperang, ini membuktikan hukum berjual beli dengan bukan Islam termasuk Yahudi adalah harus selagi mana cara aqad dan urusniaganya bertepatan dengan kehendak Islam. Hadis ini boleh dikatakan hujjah terkuat bagi membenarkan umat Islam membeli barangan keperluan dari Yahudi hatta makanan dengan cara berhutang sekalipun.

Ijma ( Sepakat ) Keharusan
Manakala Imam An-Nawawi pula ketika mensyarahkan hadith yang sama menyatakan :-

فيه جواز معاملة أهل الذمة والحكم بثبوت املاكهم على مافي أيديهم ...وبه قال الشافعي ومالك وأبو حنيفة وأحمد والعلماء كافة

Ertinya : hadith ini menunjukkan harusnya berurusan dengan ahli Zimmah ( kafir yang bukan tentera yang berperang dengan Islam) dan hukum ini membawa erti sabitnya pemilikan barangan itu oleh mereka...dan demikian ini adalah pandangan Imam As-Syafie, Imam Malik dan Abu Hanifah serta Imam Ahmad dan seluruh ulama" ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 11/40 )

Imam An-Nawawi menyambung:

وأما اشتراء النبي الطعام من اليهودي ورهنه عنده دون الصحابة فقيل فعله بيانا لجواز ذلك وقيل لأنه لم يكن هناك طعام فاضل عن حاجة صاحبه الا عنده وقيل لأن الصحابة لا يأخذون رهنه صلى الله عليه وسلم ولا يقبضون منه الثمن فعدل إلى معاملة اليهودي لئلا يضيق على أحد من أصحابه

Ertinya : Nabi membeli makanan dari Yahudi serta mencagarkan baju besinya dan tidak dilakukan kepada sahabat adalah dikatakan sebagai tanda keharusan melakukan demikian (berurusan dengan Yahudi dan bukan Islam walaupun terdapat orang Islam), sebahagian ulama yang lain pula mengatakan (nabi tidak beli dari sahabat) kerana mereka tiada makanan lebihan untuk dijual kepada nabi, ada juga yang mengatakan para sahabat tidak menerima cagaran Nabi serta tidak mahu menerima sebarang bayaran dari Nabi sehingga menyebabkan Nabi berurusan (kerana tidak mahu menyusahkan sahabatnya) dengan Yahudi agar tidak memberatkan sahabatnya. ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 11/40)


وقد أجمع المسلمون على جواز معاملة أهل الذمة وغيرهم من الكفار إذا لم يتحقق تحريم ما معه لكن لا يجوز للمسلم أن يبيع أهل الحرب سلاحا وآلة حرب ولا يستعينون به في اقامة دينهم.

Telah ijma' atau sepakat seluruh umat islam keharusan urusan dengan ahli zimmah dan lain-lain orang kafir selagi mana (urusniaga itu) tidak jatuh dalam perkara haram. Tetapi umat Islam tidak boleh ( haram) menjual senjata kepada musuh Islam yang sedang memerangi Islam, dan tidak boleh juga membantu mereka dalam menegakkan agama mereka " ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 11/40)


Justeru, telah ijma' berkenaan keharusan membeli dan menjual samada kepada Yahudi, Nasrani (Kristian), Buddha, Hindu dan lain-lain selagi mana mereka tidak terlibat secara langsung (dan rasmi) memerangi Islam, transaksi pula dilakukan bertepatan dengan Islam. Di samping hujah-hujah yang sohih di atas ia juga disokong lagi oleh sebuah hadis dhoif , ertinya :

Diriwayatkan oleh al-Khallal dengan sanadnya dari Ato' berkata : Rasulullah SAW melarang dari bermusharakah dengan Yahudi dan nasrani kecuali jika jual belinya ditangan orang Islam ( menuruti Shariah)" ( Al-kafi fi Fiqh al-Hanbali, 2/257 ; Al-Mubdi' , Ibn Mufleh, 5/4; Ibn Qayyim : Dhoif sanadnya kerana mursal : Ahkam Ahli Zimmah, 1/556)


d) Para sahabat juga berurusan jual beli dengan orang kafir termasuk Yahudi. Bukan Nabi Muhammad SAW sahaja yang berurusan demikian, malah para sahabat baginda lebih kerap melakukannya dimana mereka juga terbabit dalam jual beli dengan Yahudi, Nasrani, Musyrik dan lain-lain. Sebagai bukti adalah firman Allah:-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَـذَا وَإِنْ خِفْتُمْ عَيْلَةً فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ اللّهُ مِن فَضْلِهِ

Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati masjidilharam sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberikan kekayaan kepadamu dari karunia-Nya

Ayat ini secara langsung memberikan kefahaman kepada kita bahawa para sahabat Nabi sebelum Allah SWT melarang orang kafir dari memasuki masjidil haram, mereka kerap dan cukup banyak berurusan samada jual atau beli dari si kafir dan yahudi.
Ini disebutkan oleh Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya:-

وكان المسلمون لما منعوا المشركين من الموسم وهم كانوا يجلبون الأطعمة والتجارات , قذف الشيطان في قلوبهم الخوف من الفقر وقالوا : من أين نعيش . فوعدهم الله أن يغنيهم من فضله .

Ertinya: Orang-orang Islam apabila Allah melarang orang Musryik dari masuk (berniaga) pada musim perniagan sedangkan mereka dulu lah yang membawa makanan dan pernigaaan, maka syaitan mulai melontarkan dalam hati umat Islam takut dan bimbang mereka akan jatuh faqir, ( kerana tiada pelanggan dan pembekal), sehingga ada antara mereka berkata : " Bagaimana kami nak hidup" , tatkala itu Allah SWT menjanjikan kepada mereka kurniaan rezeki dari sisiNya" ( Al-Jami' Li Ahkami Quran, 8/106 )

Imam Fakhruddin Ar-Razi pula menegaskan :

وحملوا الطعام إلى مكة وكفاهم الله الحاجة إلى مبايعة الكفار

Ertinya : Orang-orang Islam dari Jeddah, Sana'a dan Hunain itu membawa makanan ke Mekah (untuk dijual) dan Allah SWT mencukupkan mereka dengan jual beli dengan orang Kafir" ( Tafsir Al-Kabir, Ar-Razi, 16/22 )

Hasilnya, jelas bahawa para sahabat juga berurusniaga dengan orang kafir. Nabi SAW juga masih hidup tatkala itu dan membiarkan urusan itu tanpa sebarang larangan dan tegahan. Malah setelah kafir dikeluarkan dari masjidil haram, para sahabat masih berniaga dengan mereka di sebelah luar, bukti terjelas adalah tindakan Nabi SAW sendiri membeli makanan dari Yahudi, Nabi juga wafat dalam keadaan hutangnya belum selesai dengan Yahudi ini. Isu hutang Nabi ini dibincang panjang lebar oleh ulama silam. Saya tidak berhasrat mengulasnya di sini.

Saya kira kumpulan dalil dan huraian ringkas di atas sudah cukup untuk kita mendapat kefahaman hukum berkaitan ursniaga dengan Yahudi, syarikat yang dimiliki Yahudi atau lain-lain agama.

Agenda Boikot Bagaimana?
Tidak dinafikan sama sekali bahawa umat Islam perlu melakukan sesuatu jika Yahudi atau lain-lainnya melakukan suatu jenayah dan kebiadapan terhadap Islam. Benar, umat Islam perlu bersatu padu dan bergabung kekuatan bagi memberikan pengajaran kepada mana-mana pihak yang memulakan kejahatan terhadap Islam. Saya juga tidak mahu melemahkan semangat kempen ini, cuma orang ramai perlu tahu antara hukum dan keutamaan. Jangan nanti jika ada di antara kita yang melihat rakan terlibat dengan mana-mana syarikat tadi lalu dituduhnya kafir, munafiq, pembantu Yahudi dan lain-lain.

Menurut para ulama kontemporari, cara yang dikira aman di zaman ini adalah dengan melakukan pemboikotan dari membeli barangan semua syarikat di bawah telunjuk mereka. Justeru, ia adalah salah satu cara yang paling berkesan buat orang awam islam di seluruh dunia.

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyatakan bahawa boikot seperti ini adalah bertujuan memberikan tekanan kepada pengusaha dan peniaga yang seangkatan dengan para penyerang agar mereka sendiri mendesak kerajaan mereka kepada keamanan selain mereka akan membenci tindakan kerajaan dan rakan seagama mereka yang melakukan kejahatan terhadap Islam.

Ia juga dijangka dapat memberikan kesan ekonomi yang buruk kepada negara mereka sekaligus membantutkan hasrat mereka untuk meneruskan kejahatan dan serangan terhadap Islam.

Walaubagaimanapun, adakah perlu kita menjadikan seluruh Yahudi di seluruh dunia tanpa mengira mereka membantu serangan atau tidak secara umum?. Atau bagaimana?

Menurut pendapat spontan saya, kita perlu membezakan di antara hukum dan keutamaan (afdhaliyah). Secara mudahnya, hukum berurusan dengan mereka sentiasa halal selagi mereka tidak terlibat secara langsung dengan peperangan, cuma yang afdhalnya tidak berurusan tatkala Islam sedang diserang oleh bangsa mereka. Bagi memahami hal ini, perkara berikut perlu dilihat:-

1) Hukum asal urusniaga dengan Non-Muslim termasuk Yahudi dan semua syarikatnya adalah halal selagi transaksi yang dibuat menurut syarat jual beli Islam.

2) Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai membantu kerja keganasan Yahudi. Justeru, sebarang pembuktian seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan 'direct' kepada kerja jahat Yahudi atau lainnya.

3) Hukum asal ini hanya akan bertukar kepada haram berurusniaga atau wajib memboikot mereka jika:-

a- Pemerintah Islam tertinggi iaitu Khalifah bagi seluruh dunia Islam mengarahkan boikot demi mencapai maslahat tertentu untuk Islam. Ia adalah kerana Allah SWT memerintahkan umat Islam agar mentaati pemerintah dalam hal ehwal yang tidak bercanggah dengan Islam. Perintah ini tercatat di dalam Al-Quran. Hal ini dapat dilihat dalam tindakan Khalifah Umar al-Khattab yang mengarahkan seorang sahabat agar menceraikan isterinya dari kalangan Ahli Kitab dari negara Rome atas dasar 'maslahat' iaitu untuk menjaga kepentingan wanita Muslimat di ketika itu. Tatkala itu, perkara harus tadi sudah menjadi larangan sementara waktu disebabkan arahan pimpinan Islam (Nizam Al-Usrah Fil Islam, Dr Uqlah)

Malangnya di ketika tiadanya seorang khalifah yang bertanggung jawab bagi seluruh umat islam, adalah sukar untuk menggunakan peruntukan kewajiban ini. Sekadar fatwa ulama besar seperti Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi masih tidak mampu menjadikan hukum boikot sebagai wajib buat setiap individu umat Islam. Ia masih berada dalam lingkungan 'afdhal' atau 'elok' sahaja dan tidak wajib untuk boikot dan tidak haram untuk terus berurusniaga.

Tiada Khalifah Islam
Di waktu tiadanya khalifah tertinggi Islam, menurut Prof. Dr Syeikh Muhammad 'Uqlah El-Ibrahim (Prof Fiqh di Jordan), tugas 'ulil amri' itu jatuh kepada kerajaan umat Islam di negara masing-masing. Jika demikian, Sultan, Perdana Menteri atau JAKIM adalah wakil urusan tersebut di Malaysia, maka sekiranya ada di antara pihak ini menyatakan keperluan boikot secara rasmi, tatkala itu adalah wajib ke atas setiap individu umat Islam di malaysia untuk memboikotnya. Jika tidak, adalah sukar didapati sebarang nas yang khusus lagi tepat cara pendalilannya bagi menjatuhkan hukuman wajib ke atas setiap umat Islam secara individu.

Justeru, di ketika tiadanya arahan rasmi dari kepimpinan sesebuah negara umat Islam, tindakan melakukan boikot tersebut adalah tergolong dari tindakan yang 'digalakkan' sahaja serta mendapat pahala sudah tentu bagi sesiapa yang melakukannya dengan niat yang betul. Iaitu mengutamakan barangan buatan umat Islam dan peniaga Islam disamping 'mendenda' syarikat milik Yahudi. Bagaimanapun, dari sudut hukum adalah tidak haram makan di McDonald, KFC dan membeli barangan harian dari mana-mana kedai dan pasaraya milik bukan Islam selagi mana barangan itu mempunyai tanda 'Halal' JAKIM dan yang diiktiraf serta belum tamat tempohya.

Dalil keutamaan ini antaranya adalah :-

جَاهِدُوا الْمُشْرِكِينَ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ وَأَلْسِنَتِكُم

Ertinya : "Berjihadlah kamu menentang orang musryikin itu dengan harta kamu, dan diri kamu serta lidah kamu" ( Riwayat Abu Daud, no 2504, 3/10 ; Albani : Sohih )

Perbezaan & Perkembangan Baru
Cuma, di zaman kewujudan jemaah-jemaah Islam yang pelbagai di dalam negara Malaysia, pada hemat saya, sekiranya anda seorang yang komit dan telah memberikan satu 'bai'ah' atau janji setia dengan kepimpinan persatuan anda seperti ABIM, JIM, PAS, TABLIGH, HIZB TAHRIR, PPIM atau lainnya, dan mereka mewajibkan ahli mereka agar boikot. Tatkala itu mungkin boleh diperbincangkan hukumnya samada telah menjadi wajib ke atas ahli mereka atau tidak. Saya tidak berhasrat untuk membincangkannya di sini kerana ia akan memanjangkan tulisan ini. Mungkin ia lebih elok ditulis oleh tokoh-tokoh pimpinan persatuan dan jemaah tadi sendiri.

b- Syarikat tersebut mendedahkan secara terus terang dengan hebahan rasmi bahawa mereka memperuntukkan keuntungan mereka bagi menyokong serangan Yahudi ke atas negara umat Islam.

Ia seperti yang dilakukan oleh Starbuck dan lain-lain. Dan pendedahan ini mestilah jelas dan bukannya khabar angin tanpa hitam putih. Tatkala itu ia sudah termasuk alam hukum menjual senjata kepada tentera musuh yang menyerang Islam yang disebutkan oleh Imam An-Nawawi di dalam kitab al-Majmu sebagai haram secara sepakat ulama.

Syarat Sebelum Sebaran
Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.
Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.

Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai:-

أن اليقين لا يزال بالشك

Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )

Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu'alam.

Kesimpulan umum :
Harus jual beli, guna khidmat dan makan di McDonald, KFC, TESCO, JUSCO, MAXIS, INTEL dan lain-lain produk walauapun berasal dari Yahudi atau Non-Muslim selagi mana : -

a) produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia) serta tempoh lesen masih hidup,

b) cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,

c) tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,

d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah seorang individu dalam syarikat sahaja.

Walaubagaimanapun, mendapat pahala bagi sesiapa yang melakukan boikot terhadap mana-mana barangan atau syarikat didasari oleh keyakinannya terhadap hasil kajiannya sendiri yang mendapati penglibatan yang tidak sihat tadi itu ada pada syarikat atau mana-mana pengeluar barangan. Tatkala itu, boikot adalah wajib ke atas dirinya sahaja dan digalakkan bagi sesiapa yang yakin dengan info yang dikeluarkannya.

Digalakkan juga umat Islam mengutamakan syarikat Islam dan barangan keluaran Islam bagi membantu peningkatan ekonomi umat Islam. Ia juga adalah salah satu fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Saudi. Wallahu'alam.

Sumber: http://www.zaharuddin.net/

Ajaran Nabi Muhammad S.A.W. Dan Para Anbiya' Sebelumnya



Ijma’ umat Islam sebulat suara telah bersetuju bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah Nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah S.W.T kepada umat manusia. Siapa yang tidak mempercayainya, dianggap telah keluar dari agama Islam kerana ia merupakan suatu perkara yang mesti dipercayai (‘aqidah).

Hubung kait antara da’wah Nabi Muhammad S.A.W. dengan da’wah nabi-nabi terdahulu adalah da’wah Nabi Muhammad S.A.W. memperkuat dan memperkemas atau sebagai simpulan dan penutupan kepada da'wah para Anbiya' terdahulu.

"Aku dan para Anbiya' sebelumku ibarat satu bangunan yang dibina oleh seorang lelaki. Lalu, ia membinanya dengan baik dan dipercantikannya kecuali pada tempat sekeping batu pada suatu sudut. Maka orang ramai datang mengelilinginya dan kagum melihatnya. Mereka berkata mengapa tidak diletakkan seketul batu-bata di tempat yang kosong itu. Maka, akulah batu-bata itu dan akulah penyudah segala Nabi" ( Hadith riwayat Bukhari & Muslim)

Da’wah para anbiya’ (dari Nabi Adam A.S. hingga Muhammad S.A.W.) seluruhnya adalah bersendikan dua asas yang penting:
1) ‘Aqidah kepercayaan (‘Aqidah)
2) Perundangan dan akhlaq (Tasyri’)


Da’wah ‘aqidah kepercayaan tidak pernah berubah sejak Nabi Adam A.S hingga Nabi Muhammad S.A.W. Semuanya menyeru kepada kepercayaan kepada Allah Yang Esa, mensucikan Allah dari sifat-sifat kekurangan, percayakan hari akhirat, hisab amalan manusia, syurga dan neraka.

"Allah telah mensyariatkan kepada kamu mengenai urusan agama sebagaimana yang telah diperintahkan kepada (Nabi) Nuh. Apa yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan juga yang Kami telah perintahkan kepada (Nabi-nabi): Ibrahim, Musa, Isa ialah: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah-belah" (Surah Asy-Syuraa : 13)

Da’wah perundangan dan akhlaq pula berlainan antara nabi-nabi terdahulu. Setiap nabi menyeru hanya untuk kaumnya sahaja. Ada yang agak keras, ada yang agak sederhana. Contohnya, pengutusan Nabi Musa A.S. kepada Bani Israel adalah untuk bangsanya sahaja. Undang-undang yang agak keras diturunkan ketika itu untuk Bani Israel adalah sesuai kerana mereka merupakan bangsa yang keras kepala.

Da’wah perundangan dan akhlaq yang dibawa oleh Nabi Isa A.S. pula agak sederhana berbanding dengan apa yang dibawa oleh Nabi Musa A.S. kepada Bani Israel. Apa yang dibawa oleh Nabi Isa A.S adalah membenarkan dan menegaskan apa yang telah dibawa oleh Nabi Musa A.S. di dalam Kitab Taurat mengenai soal ‘aqidah dan kepercayaan tetapi terdapat sedikit perubahan iaitu kelonggaran dari segi tasyri’.

"Dan juga (aku juga datang kepada kamu untuk) mengesahkan kebenaran kitab Taurat yang diturunkan sebelumku dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian (daripada perkara-perkara) yang telah diharamkan kepda kamu..." (Ali 'Imran: 50)

Kesimpulannya, setiap Nabi diutuskan membawa ajaran yang mengandungi ‘aqidah dan tasyri’. ‘Aqidah yang dibawa oleh seseorang Nabi itu fungsinya menguat dan menyokong ‘aqidah para Anbiya’ yang terdahulu. Sedangkan syari’at pula fungsinya membatalkan dan memansuhkan syari’at para Anbiya’ terdahulu dan kadangkala menyokong yang lama (ubah suai ikut kemampuan kaum ketika itu).

Dalil-dalil dari Al-Qur'an yang menunjukkan semua nabi membawa ajaran ‘aqidah yang sama: Surah Al-Baqarah:130-132, Surah Al-A’raaf:125-126, dan Surah Ali ‘Imran: 52.

Sumber: Kitab Fiqh Sirah karangan Dr. Sa'id Ramadhan Al-Buti


-Allah S.W.T. lebih mengetahui segalanya-

Isnin, 23 Jun 2008

Kembara Ilmu




"Salam..Najib, free tak hujung minggu ni??", tanyaku.

"Free..Kenapa??", jawab Najib kehairanan.

"Hajatnya, nak pergi tempat kau..", tambahku lagi.

"Biar betul!!..Datanglah...", balas Najib dengan nada terkejut bercampur baur dengan gembira. Najib amat terkejut dengan panggilanku ini kerana minggu lepas baru sahaja Najib datang melawat ke rumahku. Tidak sampai seminggu, dia telah menerima lawatan balas.

Daripada perbualan inilah bermulanya kembara kami sekeluarga ke Cameron Highlands pada hari Sabtu-Ahad lepas. Segalanya tidak dirancang. Hanya pada petang Jumaat sehari sebelum kami bertolak, baru kami terfikir tentang kembara ini.

" Tok Wan dah lama berhajat nak pergi Cameron Highlands, lagipun semua cuti sekarang kecuali Amin. Along cuba la tanya kawan kat Cameron tu kot-kot boleh tumpang sehari-dua ", Umiku megemukakan pendapat.

Setelah memaklumkan kepada Najib yang merupakan sahabatku sejak di Darul Quran lagi, kami sekeluarga berserta atuk dan nenekku terus bertolak ke Cameron Highlands pada pagi Sabtu (21 / 6 / 2008)

Kami tiba di Tanah Rata kira-kira dalam pukul 12 tengah hari. Selepas disambut oleh Najib dan menikmati makan tengah hari, kami terus ke Stesen Penyelidikan MARDI. Rumah Najib terletak di dalam stesen tersebut kerana dia merupakan staff MARDI.


Kami berehat sehingga petang. Selepas Asar, kami memulakan kembara di kawasan sekitar Stesen Penyelidikan MARDI. Alangkah indahnya ciptaan Tuhan. Dari stesen yang dijadikan sebagai pusat penyelidikan dan komersial MARDI ini, kami dapat melihat dengan lebih dekat bagaimana sayur-sayur dan bunga-bunga ditanam secara moden. Udara yang segar dan nyaman menceriakan lagi kami sekeluarga. Lebih menggembirakan, kami dapat memetik dengan sendiri pokok salad untuk dibawa pulang. Terima kasih kepada Najib dan MARDI.

Selepas puas mengelilingi stesen penyelidikan MARDI termasuk menaiki puncak yang dikelilingi oleh ladang teh yang tertua di Malaysia, kami sekeluarga bergerak pula ke Brinchang. Di sana terdapat pasar malam yang amat terkenal di kalangan pelancong dan penduduk tempatan. Pasar malam yang sungguh panjang ini merupakan pusat bagi penduduk tempatan untuk menjual buah-buahan dan sayur-sayuran hasil usaha mereka sendiri. Cenderamata dan bunga banyak dijual, malah, bundle juga banyak dibuka di pasar malam ini. Setelah selesai membeli belah, kami pun pulang ke Stesen Penyelidikan MARDI dan berehat di sana.

Keesokannya, hari Ahad (22 / 6 / 2008), kami sekeluarga sekali lagi menjelajah ke Stesen Penyelidikan MARDI. Kali ini penulis berpeluang memetik sendiri buah tomato untuk dibawa pulang dan sekali lagi berpeluang mengambil salad daripada pokoknya. Sungguh segar.

Selepas selesai segalanya, kami pun berangkat pulang. Kami terpaksa bergegas pulang kerana kesihatan nenekku tidak mengizinkan untuk kami menetap lama di Cameron Highlands. Dalam perjalanan pulang, seperti biasa, Cameron Bharat pasti disinggahi untuk membeli teh yang beranika jenis.

Kami tiba di Shah Alam dalam pukul 2.30 petang.

Walaupun kunjungan kami ke Cameron Higlands kali ini bukanlah yang pertama, tetapi tidak dinafikan, kembara ini adalah antara yang terbaik dan terindah. Banyak yang kami dapat pelajari dan renungi terutamanya kuasa Yang Maha Pencipta Yang Amat Berkuasa atas segalanya.

Terima kasih kepada Najib kerana sudi menerima kehadiran kami sekeluarga walaupun tidak dimaklumkan awal-awal. Semoga Allah S.W.T. membalas segala jasa baikmu. Tidak lupa juga kepada warga MARDI kerana sudi menerima kunjungan kami sebagai sebuah keluarga.

-Allah S.W.T. lebih mengetahui segalanya-

Kembali Kepada Fitrah


"Sesungguhnya engkau (ya Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah jua yang dapat memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendakiNya dan Dia lebih mengetahui akan orang-orang yang diberi petunjuk" (Surah Al-Qasas:56)

Malam semalam surau Al-Islah menerima seorang lagi saudara baru. Kali ini seorang lelaki yang berbangsa India. Param nama asalnya.

Hampir setiap minggu surau Al-Islah didatangi oleh insan-insan yang ingin bersama-bersama dalam satu keluarga besar yang aman dan indah, iaitu Islam. Mereka semua dibawa oleh Ustaz Yusof Kwan yang telah berjaya membawa berpuluh-puluh individu-individu kembali kepada fitrah. Tahniah kepada Ustaz Yusof. Hanya Allah S.W.T. yang dapat membalas segala usaha Ustaz.

Lazimnya, majlis pengIslaman diadakan selepas sembahyang Maghrib. Maklumlah, waktu tersebut merupakan waktu yang paling ramai jemaah dapat menghadirkan diri ke surau. Penulis berkesempatan untuk bersama-sama dalam majlis tersebut. Majlis berjalan dengan lancar dan dipimpin oleh Guru Al-Qur'an yang disayangi, Ustaz Rusli Mat Zain.

Majlis selesai dengan bacaan doa dan saudara baru mendapat nama Islamnya yang baru iaitu Muhammad Abdullah. Ketika itu terdetik di hati penulis rasa kagum kepada insan yang bernama Muhammad Abdullah ini dan insan-insan lain yang sanggup berhijrah daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Mereka berhijrah bukan pada nama sahaja, tetapi seluruh hidup mereka. Terasa kerdilnya diri ini. Adakah kita sanggup dan mampu untuk berhijrah untuk seluruh hidup kita??..Berhijrah untuk sesetengah perkara pun sudah teramat berat, apatah lagi berhijrah segalanya.

Orang Islam yang menerima Islam secara warisan sering merasa selesa dengan keIslaman mereka. Mereka merasakan Islam yang ada pada mereka sudah cukup segalanya. Tiada lagi istilah hijrah ke arah kebaikan. Di sinilah sebenarnya mengapa Islam kian dimusuhi. Ibubapa merasakan sudah cukup memberi didikan agama kepada anaknya dengan menghantar ke kelas-kelas fardhu ain dan mengaji, remaja merasakan Islam mereka sudah cukup di dada dengan songkok di atas kepala. Malangnya, penghayatan dan pengamalan Islam semakin dilupakan. Berapa ramai yang mengaku dirinya menganut agama Islam tetapi lansung tidak mencerminkan Islam yang sebenarnya. Malah, mereka mendatangkan fitnah kepada Islam itu sendiri.

Imam Ghazali telah mengajar kepada kita bagaimana untuk mengelakkan diri daripada perasaan riya' dengan merasakan diri ini telah sempurna Islamnya. " Apabila kamu bersua dengan orang-orang Kafir, katakan dalam hati bahawa suatu hari nanti mungkin dia akan insaf dan memeluk Islam. Maka semua dosa yang dilakukannya sebelum memeluk agama Islam akan diampunkan oelh Allah S.W.T., sedangkan kita yang telah Islam sejak lahir, terus menerus melakukan dosa. Banyak mana dosa dan pahala tidak dapat dipastikan."

Jika kita dapat menanam perasaan tersebut di dalam diri, maka insyAllah hilanglah rasa bangga diri dengan amalan yang sedikit dan sentiasa tidak bersikap prejudis terhadap orang bukan Islam. Seperkara yang menarik, penulis mendapati insan-insan yang memeluk agama Islam secara rasmi di surau Al-Islah ini, semuanya hampir tidak boleh bercakap bahasa Melayu. Jika boleh sekalipun, bahasa Melayu mereka amat lemah. Ini menunjukkan bahawa Islam ini bukan hanya untuk orang Melayu sahaja. Tidak mungkin mereka akan tertarik untuk memeluk Islam jika Islam hanya untuk bangsa Melayu sahaja sedangkan mereka sendiri tidak faham bahasa Melayu. Maka, perjuangan untuk memartabatkan bangsa seperti yang dilaungkan oleh sesetengah pihak, bukanlah perjuangan yang berlandaskan Islam seluruhnya kerana Islam untuk semua bukan untuk sesetengah kaum sahaja. Bukan untuk bangsa Arab. Bukan untuk bangsa Melayu. Islam untuk seluruh insan yang bernama manusia.

Penulis juga mendapati bahawa golongan yang berhijrah ini kebanyakannya adalah daripada golongan-golongan yang kurang berada. Benarlah sabda Rasullulah S.A.W. bahwa baginda telah melihat golongan fakir dan miskin merupakan golongan yang paling ramai menghuni Syurga kelak. Penderitaan dan kesusahan telah mendekatkan mereka kepada fitrah berbanding dengan golongan berada yang sibuk dengan keasyikan dunia.

"....dan Allah S.W.T sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus " (Surah Al-Baqarah : 213)

Senantiasalah berdoa agar hidayahNya dikekalkan di dalam diri kita hingga ke akhir hayat kita kelak. Amiin..

" Ya Tuhan kami, janganlah Engkau sesatkan kami sesudah Engkau memberi petunjuk dan berikanlah rahmat kepada kami, dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi " (Surah Ali 'Imran: 8)

-Allah S.W.T lebih mengetahui segalanya-

Khamis, 19 Jun 2008

Hati-Hati Dengan Game Yang Menghina Islam

1. Devil May Cry 3

Terdapat satu adegan dalam game tersebut yang memaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata. Watak C.G.I. akan membuka pintu tersebut dengan menyerahkan diri kepada kuasa ilmu hitam. C.G.I akan membaca sesuatu yang berbunyi: "wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan.." [dalam bahasa Inggeris] dan membacanya di dalam kitab yang dipegangnya. Kitab tersebut dipercayai kitab bible kerana C.G.I ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit di dalam bible,  "wrath, sloth, lust, gluttony, dan tiga lagi ayat kemusnahan.



2. Prince Of Persia
Pedang pada watak game ini ada tertulis tulisan kaligrafi Arabic Alphabatic, "Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat" (Sabda Rasulullah SAW) dan firman Allah, "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah danRasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al- Ahzab:71). Game ini seolah-olah mempersendakan ayat-ayat Allah dan Hadith Rasulullah S.A.W.



3. Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage

Jika kita sedar, game ini sebenarnya adalah satu pertembungan anatara pihak kafir dan Islam. Sesiapa yang bermain, dia dianggap mewakili pihak Kuffar. Buktinya, setiap kali pihak lawan berjaya ditembak, mereka akan menyebut kalimah ALLAHUAKBAR dan JIHAD. Ini menunujukkan bahawa askar yang ditembak itu adalah askar tentera Islam.

Umat Islam kini diserang dari segenap penjuru termasuk penjuru permainan komputer/play station.

Umat Islam harus berhati-hati dengan serangan yang boleh menggugat akidah terutama kepada kanak-kanak atau remaja yang masih rapuh akar akidah mereka.

-Allah lebih s.w.t. mengetahui segalanya-

Selasa, 17 Jun 2008

Rahsia Pemilihan Semenanjung 'Arab Sebagai Tapak Pancaran Islam


Terdapat beberapa rahsia mengapa Semenanjung 'Arab dipilih sebagai tapak pancaran Islam, bukannya di Parsi atau Rome mahupun India dan Cina. Allah berkuasa dan mampu untuk menentukan mana-mana sahaja tempat di dunia untuk menjadi tapak penyebaran Islam, tetapi dengan segala kuasa dan iradahNya, Tanah Arab telah dipilih. Semuanya tidak lain dan tidak bukan, hanya untuk manusia berfikir akan segala hikmah ketetapanNya. Antara rahsia mengapa Semenanjung 'Arab yang dipilih:

1) Semenanjung 'Arab di kala itu tenang, jauh dan terpencil daripada segala huru-hara (tidak bertamadun)

Parsi di kala itu berlaku pertembungan antara agama dan falsafah yang beraneka corak. Pembesar dan pemerintah keseluruhannya menganut agama Majusi (Zuradisy) yang mana ajarannya menggalakkan lelaki berkahwin dengan ibunya, anak perempuannya atau adiknya.

"Terdapat antara ajaran agama Mazdak yang menyebut bahawa kebebasan kaum wanita tiada hadnya. Begitu juga kebebasan menggunakan harta benda dan seterusnya menjadikan wanita dan harta benda tidak ubah seperti air, api dan rumput di mana semua berkongsi tanpa sekatan"- petikan dari kitab Al-Mihal Wa Al-Nihal oleh Imam Al-Shahrastani-

Kerajaan Romawi pula begitu meluap-luap dengan jiwa dan semangat penjajahan dan bergelut dalam persengketaan agama antara pihak Kristian negeri Syam dan Mesir. Ia bergantung sepenuhnya kepada kekuatan angkatan tentera dan cita-cita penjajahannya. Negara ini berada dalam keadaan kucar-kacir dalam keadaan kemewahan. Kenaikan cukai yang begitu tinggi telah menjadi satu lumrah.

Greek tua pula tenggelam ke dalam dasar lautan khurafat dan dongeng yang tidak memberi sebarang faedah dan natijah. Negara India pula menurut Professor Abul Hasan Al Nadwi, telah berada di lembah kemerosotan agama, akhlak dan kemasyrakatan.

Perlu diketahui bahawa anasir-anasir yang membawa bangsa-bangsa ini ke lembah kerosakan dan perpecahan ialah disebabkan kemajuan dan tamadun yang dicapai adalah berasaskan material semata-mata. Jadi, ia bisa mudah untuk runtuh jika berlaku sebarang pergolakan.

Semenanjung 'Arab di kala itu merupakan suatu kawasan yang tenang, jauh dan terpencil dari gejala huru-hara tadi. Bangsa 'Arab tidak pernah merasai kemewahan dan kemajuan, tidak pula mengagungkan kekuatan tentera. Mereka juga tidak menganut falsafah dan ideologi karut seperti di Greek Tua. Tabiat semula jadi ini menjadikan mereka seperti suatu "bahan mentah" yang belum ditempa oleh mana-mana tamadun, idealogi dan fahaman. Hasilnya, bangsa ini lebih mudah dibentuk dan diacu dengan acuan Islam.

2) Semenanjung 'Arab terletak di tengah-tengah pelbagai bangsa (Parsi, Rome, Greek, India, Cina)

Kedudukannya di tengah-tengah pelbagai tamdaun dan bangsa telah membantu memudahkan Islam disebarkan. Kedudukan ini telah membantu orang-orang yang mahu berhijrah kepada Islam seperti yang telah dilakukan oleh Salman Al-Farisi dan Suhaib Ar-Rumy.

3) Penduduk Semenanjung 'Arab dan Rasulullah S.A.W. itu sendiri seorang yang buta huruf.

Keadaan ini telah menghilangkan syak wasangka golongan kuffar, orientalis dan golongan yang bertopengkan Islam untuk mempersoalkan ajaran Islam adalah ciptaan manusia. Sesuatu yang mustahil untuk Rasulullah S.A.W. dan bangsa 'Arab untuk mencedok ajaran Islam daripada kitab-kitab purba mahupun mana-mana falsafah, kerana mereka sendiri adalah golongan yang buta huruf.

4) Terdapatnya Baitul Haram di Semenanjung 'Arab

Terdapatnya Baitul Haram yang telah menjadi rumah ibadat pertama di Semenanjung 'Arab. Baitul Haram sentiasa menjadi tumpuan dan simbol kesejahteraan untuk umat manusia seluruhnya sejak daripada zaman Nabi Ibrahim A.S.

5) Keistimewaan Bahasa 'Arab

Jika diperhatikan dan dikaji antara semua bahasa di dunia, ternyata Bahasa 'Arab mempunyai banyak keistimewaan berbanding bahasa-bahasa yang lain. Bahasanya sungguh indah. Lihat sahaja Al-Qur'an. Tiada apa yang dapat menandinginya. Jadi, adalah wajar bahasa yang indah ini dijadikan bahasa penghantar yang utama untuk penyebaran Islam kerana Islam itu sendiri sememangnya indah.

Sumber: Kitab Fiqh Sirah karangan Dr Sa'id Ramadhan Al-Buti


-Allah s.w.t. lebih mengetahui segalanya-

Selasa, 10 Jun 2008

Kenali Pemain-Pemain Yang Beragama Islam Dalam Kejohanan EURO 08 (3)

11. Zlatan Ibarahimovic

No Jersi : 10
Posisi: Penyerang
Tarikh Lahir: 3 Oktober 1981
Negara: Sweden ( Ibubapa berketurunan Bosnia)

Permata Sweden ini telah menunujukkan bakatnya ketika berpindah ke kelab Ajax Amsterdam (rekod perpindahan pemain Sweden-7.8 juta) dengan memenangi kejuaraan domestik berganda pada tahun pertamanya. Menyerlah pada kejohanan Euro 2004 dengan menjaringkan 2 gol termasuk gol penyamaan ketika bertemu Itali. Menyertai kelab Juventus selepas kejohanan tersebut dan memenangi 2 kejuaraan Scudetto, tetapi ditarik balik kerana skandal mengatur penipuan. kemuadian menyertai Inter dan membawa Inter memgekalkan kejuaraan Scudetto dua kali kedua berturut-turut.


12. Rami Shaaban
No Jersi: 12
Posisi: Pengaja Gol
Tarikh Lahir : 3 Oktober 1981
Negara: Sweden (Berketurunan Mesir)


Rami Shaaban bermain dengan baik di peringkat kelayakan EURO 08 dengan hanya melepaskan 2 gol daripada 4 perlawanan. Berketurunan Mesir daripada sebelah bapa, Rami Shaaban memulakan karier bersama kelab Zamalek, ketika masih menuntut di Universiti di Kaherah. kemudiannya, menyambung karier di kelab bahagian dua liga Sweden, FC Nacka sebelum berpindah ke kelab Djurgarden. Seterusnya, berpindah ke kelab Arsenal pada tahun 2002. Kini, Rami Shaaban bermain dengan kelab Hammarby.


13. Hakan Yakin
No Jersi: 10
Posis: Tengah Menyerang
Tarikh Lahir: 22 Februari 1977
Negara: Switzerland (Berketurunan Turki)


Hakan Yakin adalah adik kepada bekas pemain pertahanan Swizerland, Murat Yakin. Pemain perancang yang mempunyai kekuatan pada kaki kirinya ini telah 4 kali memenangi kejuaraan liga Switzerland. Kini bersama kelab Young Boys, selepas berpindah daripada kelab Galatasaray dapa tahun 2005. Pakar dalam sepakan bola mati dan dianggap oleh peminat-peminat Switzerland sebagai seorang pemain yang proaktif.


14. Ramazan Ozcan
No Jersi: 23
Posisi: Penjaga Gol
Tarikh Lahir: 28 Jun 1984
Negara: Austria (Berketurunan Turki)


Pemain yang dipanggil pada saat-saat akhir oleh jurulatih, Josef Hickersberger bagi menggantikan pemain yang cedera. Bermain cemrelang membantu kelab TSG 1899 untuk naik ke Bundesliga. Ozcan telah bermain sebanyak 23 kali untuk skuad bawah 21 Austria, tetapi masih belum membuat penampilan pertama dalam peringkat senior.


15. Umit Korkmaz
No Jersi: 11
Posisi: Sayap Kanan / Kiri
Tarikh Lahir: 17 September 1985
Negara: Austria (Berketurunan Turki)


Pemain tengah yang kecil dan bersemangat ini telah dipanggil menyertai skuad Austria setelah membantu kelabnya, Rapid Wein menjuarai liga Austria. Pemain yang mempunyai skil menggelecek ini telah membuat debut pertama ketika perlawanan persahabatan menentang Nigeria pada hujung bulan Mei lepas.


*Setakat ini sahaja info yang dapat dikongsi. Pemain-pemain negara Turki tidak termasuk dalam senarai 15 pemain ini.

Kenali Pemain-Pemain Yang Beragama Islam Dalam Kejohanan EURO 08 (2)

4. Samir Nasri

No Jersi: 11
Posisi: Tengah Menyerang
Tarikh Lahir: 26 Jun 1987
Negara: Perancis ( berketurunan Algeria)

Samir Nasri telah menghabiskan 4 musim bersama kelab Olympique de Marseille dimana dia telah digelar sebagai "Zinedine Zidane baru". Pemain muda berbakat ini telah memenangi anugerah Pemain Paling Berbakat dalam Ligue 1 bagi tahun 2006/07. Nasri telah menjaringkan gol antarabangsa pertama ketika penampilanya yang ke-3 bersama Perancis- gol tunggal perlawanan ketika bertemu Georgia di Auxerre.


5. Karim Benzema
No Jersi :9
Posisi: Penyerang
Tarikh Lahir: 19 Disember 1987
Negara: Perancis (berketurunan Algeria)


Bintang baru dalam bola sepak Perancis, Karim Benzema telah menikmati musim yang menakjubkan bersama kelab Olympique Lyon. Benzema telah menjaringkan gol dalam debutnya bersama pasukan Perancis ketika bertemu Austria, hanya selepas 7 minit dimasukkan sebagai pemain gantian menggantikan Djibril Cisse. Walaupun sering dibandingkan dengan Zinedine Zidane-kerana wajahnya dan keturunanya yang berasal daripada Algeria, tetapi Benzema lebih mirip kepada pemain Brazil, Ronaldo, terutama cara dia melarikan bola dengan kepantasannya.


6. Lassana Diarra

No Jersi: 21
Posisi: Tengah Bertahan
Tarikh Lahir: 10 Mac 1985
Negara: Perancis (berketurunan Mali)

Bekas pemain bintang pasukan bawah 21 Perancis telah menagalami naik turun dalam karier pada usia muda. Diarra telah menyertai Chelsea pada Julai 2005 pada usia 20 tahun, tetapi oleh kerana persaingan yang begitu sengit, Diarra jarang mendapat tempat di dalam kesebelasan. Diarra kemudiannya menyertai Arsenal pada Ogos 2007, tetapi menghadapi masalah yang sama sebelum menyertai Portsmouth di pertengahan musim. Memainkan peranan penting dalam membantu Portsmouth menjulang Piala FA.

7. Frank Ribery
No Jersi: 22
Posisi: Sayap Kanan
Tarikh Lahir: 7 April 1983
Negara: Perancis (mempunyai isteri yang berketurunan Algeria)


Pemain penting dalam skuad Perancis. Ribery menjaringkan gol antarabangsa pertama ketika pusingan kedua kejohanan Piala Dunia 2006 dan mengekalkan tempatnya dalam kesebelasan utama hingga ke perlawanan akhir. Menyertai Bayern Munich pada tahun 2007 dengan memecahkan rekod perpindahan kelab tersebut (26 million) dan menjadi inspirasi kepada kemenangan treble Bayern musim ini (Bundesliga, DFB Pokal, Piala Liga)


8. Nicolas Anelka
No Jersi: 8
Posisi: Penyerang
Tarikh Lahir: 14 Mac 1979
Negara: Perancis (memeluk agama Islam)


Sering bermasalah di peringkat kelab menyebabkan kehilangannya dalam skuad Perancis dalam tempoh yang agak panjang sehinggalah Raymond Domenech memanggilnya menyertai skuad Perancis untuk perlawanan kelayakan EURO 08. Penyerang berbakat ini telah meninggalkan Arsenal pada 1999 untuk ke Real Madrid yang menjadikanya pemain termahal kelab itu pada masa tersebut. Bagaimanapun, Anelka tidak dapat menyesuaikan diri dan menyertai kelaba lamanya, Paris St. Germain. Kemudiannya, Anelka telah menyertai 4 kelab Inggeris-Liverpool, Manchester City, Bolton Wandererers dan yang terbaru, Chelsea. Kombinasi semua perpindahanya adalah sebanyak 108 juta, menjadikannya pemain paling mahal dalam sejarah bola sepak.


9. Eric Abidal
No Jersi: 3
Posisi: Pertahanan Kiri
Tarikh Lahir: 11 September 1979
Negara: Perancis


Bermain unutk kelab As Monaco dan Lille sebelum berpindah ke kelab Olympique Lyon pada tahun 2004 dan memenangi hatrik kejuaraan Ligue 1. Menyertai Barcelona dengan bayaran kira-kira 15 juta dan bermain 11 kali dalam pusingan kelayakan EURO 08-semuanya sebagai pemain utama.



10. Lilian Thuram

No Jersi: 15
Posisi: Pertahanan Tengah / Kanan
Tarikh Lahir: 1 Januari 1972
Negara: Perancis

Pemain paling berpengalaman dan paling banyak mempunyai cap antarabangsa dalam skuad Perancis. Kapten Perancis ini juga merupakan pemegang rekod sebagai pemain paling banyak beraksi dalam kejohanan EURO ( EURO 96, 00, 02, 04, 06) dan juga telah bermain dalam 3 Piala Dunia. Telah bersara pada selepas kejohanan Euro 2004, tetapi kembali semula ke dalam skuad Perancis setahun kemudian. Memulakan karier di kelab AS Monaco, sebelum menghabiskan 10 tahun di Itali ( 5 tahun bersama kelab Parma, 5 tahun bersama kelab Juventus), sebelum menyertai Barcelona.

Bersambung.....

Kenali Pemain-Pemain Yang Beragama Islam Dalam Kejohanan EURO 08 (1)


Sempena kejohanan EURO 08 yang telah bermula, mari kita mengenali dengan lebih dekat pemain-pemain yang beragama Islam di dalam kejohanan tersebut.

1.Ibrahim Afellay
No jersi: 20
Posisi: Tengah menyerang / penyerang kedua
Tarikh Lahir: 2 April 1986
Negara: Belanda (berketurunan Maghribi)

Pemain berusia 22 tahun ini dianggap sebagai pemain paling berbakat dalam bola sepak Belanda. Pemain tengah yang kreatif ini telah memulakan karier bola sepak di kelab PSV Eindhoven pada 5 tahun lepas dan merupakan salah seorang pemain yang cemerlang musim ini dengan membawa PSV memenangi kejuaraan Eridivisie. Afellay telah memenangi 4 kejuaraan Erividisie berturut-berturut bersama kelab PSV Eindhoven dan telah dicalonkan sebagai pemain paling berbakat di Belanda bagi tahun 2006/07.



2. Robin Van Persie
No Jersi: 7
Posisi: Penyerang /Sayap Kiri
Tarikh Lahir: 6 Ogos 1983
Negara: Belanda
(Memeluk Islam selepas tertarik dengan rakan-rakan berketurunan Maghribi ketika kecil dan isteri)


Pemain tampan yang mempuyai sepakan kaki kiri yang hebat ini telah menghabiskan 2 musim terakhir di kelab Arsenal dengan dibelenggu kecederaan dan hanya membuat 13 penampilan dalam liga perdana Inggeris bersaman The Gunners pada musim 07/08. Walaubagaimanapun, Persie dijangka menyinar bersama jersi Oren di dalam kejohanan EURO ini. Persie memenangi Piala FA pada musim pertamanya; membantu Arsenal mara ke perlawanan akhir Liga Juara-jaura Eropah pada tahun berikutnya tetapi tidak beraksi di perlawanan akhir ketika bertemu Barcelona akibat daripada kecederaan. Memainkan peranan penting dalam kempem permulaan kelayakan dengan meyumbat 4 gol daripada 3 perlawanan untuk Belanda sebelum dilanda kecederaan.



3. Khalid Boulahrouz
No Jersi: 21
Posisi: Bek Kanan / Bek Tengah
Tarikh Lahir: 28 Disember 1981
Negara: Belanda (berketurunan Maghribi)


Merupakan pemain yang terakhir digugurkan oleh Marco Van Basten, tetapi menadapat panggilan semula ke dalam skuad selepas Ryan Babel manarik diri akibat kecederaan. Memulakan karier profesional di kelab RKC Waalwijk di bawah kendalian jurulatih, Martin Jol. Bermain dalam kesebelasan utama Belanda pada Piala Dunia 2006, tetapi telah dibuang padang ketika bertemu dengan Portugal. Boulahrouz menyertai Chelsea selepas Kejohana Piala Dunia tetapi tidak mendapat tempat dalam kesebalasan utama dan telah dipinjam ke kelab Sevilla. Malangnya, Boulahrouz telah mengalami kecederaan serius pada bulan November yang mengakibatkan musimnya telah berakhir.


Bersambung.......

France and Islam


By Hadi Yahmid, IOL Correspondent

PARIS — A record number of Muslim stars will lead the twice crowned European champions France in the 13th European football championship, Euro 2008, which starts Saturday, June 7. The 23-man squad of Les Bleus (the nickname for the French soccer team) will feature nine Muslim players.


Leading among Muslim stars is Germany's Bayern Munich right-sided winger Franck Ribery. The 25-year-old Ribery is known for supplicating to God before the game kickoff. "Islam is the source of power for me inside and outside the football field," Ribery has said. "My life was hard enough and I had to find something to take me to safety and I found Islam." Ribery's reversion to Islam, which was leaked in 2006, was first noticed during France's opener against Switzerland in the 2006 World Cup in Germany. The blue-eyed boy of the French soccer fans started his playing career at his home town club US Boulogne and then moved to Alès, Brest and FC Metz in consecutive seasons. His move to Olympique Marseille has earned him top French player honors for the months of August, October and November 2005. He was selected for the French squad for the FIFA World Cup 2006 in Germany.

A second Muslim soccer star, Eric Abidal, will also appear in French colors in Euro 2008. The 29-year-old Barcelona defender reverted to Islam five years ago and named himself "Bilal". Abidal, who was considered one of the best fullbacks in the French league, says his Muslim faith encourages him to spare no efforts to serve his team. "I embraced Islam in full conviction," Abidal, who is married to an Algerian woman, has told Paris Match magazine. Abidal, a father of two, started his professional career with AS Monaco on September 16, 2000, where he earned 22 first-team appearances. He moved to Lille OSC and at the end of 2004, he returned to his native region by joining Olympique Lyonnais. In June 2007, Abidal moved to FC Barcelona, the world's second richest club, for 15 million sterling pound.

Les Bleus also feature Muslim striker Thierry Henry, who moved to Barcelona from Britain's Arsenal for 16.1 million sterling pound. Henry usually encourages people to read more about Islam and the Noble Qur'an to get more acquainted with the faith. Henry, known as the magician, was twice nominated for the FIFA World Player of the Year. He led the French national team to win the 1998 World Cup and Euro 2000.

Defender Lilian Thuram is also another Muslim star in the French team. There is also super striker Anelka, who reverted to Islam in 1991 when he was 16. The French team also features Muslim midfielder Lassana Diarra (Portsmouth), striker Karim Benzema (Lyon), midfielder Samir Nasri (Marseille) and left-winger Hatem Ben Arfa (Lyon).

France will play its opener game against Romania on Monday, June 9. Sixteen teams are vying in the tournament, which is jointly organized by Austria and Switzerland and will run until June 29, The winner of Euro 2008 will represent the continent at the 2009 FIFA Confederations Cup in South Africa.

Source: www.islamonline.net

Ahad, 8 Jun 2008

Majlis Fatwa Kebangsaan Arah PTPTN Ubah Kaedah Kira Caj


KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan mengarahkan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) mengubah kaedah pengiraan caj perkhidmatan tiga peratus dikenakan kepada peminjamnya mengikut garis panduan ditetapkan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata keputusan berhubung perkara itu ditetapkan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan yang diadakan di Alor Star, Kedah, baru-baru ini.

“Berdasarkan keputusan itu, kami menemui PTPTN dan menerangkan langkah perlu diambil untuk memastikan kaedah pengiraan dilaksanakan selaras garis panduan Majlis Fatwa Kebangsaan kerana kami mahu membantu PTPTN menyelesaikan kekaburan berhubung isu itu.

“Berikutan itu, pemantauan dari semasa ke semasa akan dilakukan terutama menerusi pembentangan PTPTN berhubung perubahan kaedah itu untuk memastikan mereka setuju dan mematuhi garis panduan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, Kementerian Pengajian Tinggi meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa sama ada caj perkhidmatan tiga peratus dikenakan kepada peminjam PTPTN ada berunsur riba atau tidak.

Isu itu timbul apabila peminjam mempersoalkan ketelusan pengiraan sebenar kos perkhidmatan PTPTN kerana ia tidak dinyatakan secara terperinci.

Bagaimanapun, keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang dikeluarkan pada 11 Mac 2002 menggariskan, mengikut kaedah syariah, PTPTN boleh menggunakan kos perkhidmatan mengikut perkiraan sebenar terhadap pinjaman diberikan.

Berdasarkan keputusan itu, kos PTPTN berkenaan perlu mengikut perkiraan sebenar terhadap pinjaman diberikan kepada pelajar, bukannya dengan anggaran peratusan seperti amalan sekarang.

Malah, resolusi Majlis Syariah Organisasi Perakaunan dan Audit bagi Institusi Kewangan Islam (AAOIFI) dan Majlis Fiqh Sedunia di bawah Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menyatakan, caj bagi perkhidmatan hanya dibolehkan dengan syarat ia adalah kos sebenar pengurusan teknikal saja, manakala caj yang dikenakan melebihi kos sebenar adalah haram.

Ditanya status caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN, sama ada ia dikategorikan sebagai riba dan haram, Wan Mohamad berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan mengutamakan usaha untuk memperbaiki kaedah pengiraannya bagi mengatasi kekeliruan orang ramai.

“Apa yang berlaku kepada PTPTN harus menjadi iktibar dan sepatutnya sebarang usaha untuk memperkenalkan skim yang membabitkan soal kewangan perlu mendapat pandangan institusi fatwa bagi mengelak kekeliruan.

Sumber: Berita Harian Malaysia, Isnin, 9 Jun 2008

p/s: Semoga saranan Majlis Fatwa Kebangsaan ini didengari dan dipandang serius oleh pihak yang berkenaan. Usaha-usaha reformis dalam dasar-dasar kerajaan haruslah menyeluruh, bukan tertumpu kepada sektor-sektor tertentu sahaja.

Jumaat, 6 Jun 2008

EURO 2008

Malam ini akan bermula satu lagi pesta. Pesta yang digilai oleh berbillion penduduk dunia. Terutama kepada lelaki. Kali ini Austria dan Switzerland memikul tangunggjawab menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak EURO '08.

Ada kawan bertanya, sebagai umat Islam, adakah kita boleh bersama-sama mengikuti pesta ini??..Hmm, soalan yang mencabar.. Pada pendapat saya, tidak menjadi masalah untuk kita bersama-sama dalam pesta ini.

Bagaimana bersama itu???

Bukannya perlu bersama dalam pesta-pesta yang dipenuhi dengan arak, judi dan sebagainya. Tidak perlu juga terbang ke Eropah untuk melihat dengan lebih dekat. Juga tidak perlu mempertaruhkan pasukan mana yang akan menang. Cukup 'bersama' dengan melihat aksi siaran lansung / ulangan di rumah bersama keluarga atau kawan-kawan. Lebih aman dan tenteram.

Ada sesetengah rakan-rakan yang mengambil sikap syadid untuk tidak menonton perlawanan bola sepak. Bagi mereka semua ini hanya melalaikan dan tidak memberi faedah. Semua dakwaan ini amat benar. Tahniah kepada mereka yang cukup kuat untuk tidak melihat bola sepak terutama bagi kaum lelaki.

Ada sesetengah rakan-rakan pula yang amat menggilai bola sepak. Dari cara pemakaian, perwatakan, kita sudah dapat mengenali mereka ini. Mereka tidak membuat sebarang masalah. Cuma meminati bola sepak.

Sebenarnya, tidak menjadi masalah yang besar untuk meminati atau tidak akan sukan no.1 di dunia ini. Jika tidak berminat, jangan mencemuh golongan yang meminatinya. Dibimbangi merenggangkan tali persaudaraan. Jika meminatinya, jaga batasannya. Bola sepak bukan segalanya. Tujuan hidup kita bukan untuk bola sepak. Kita ada tujuan dan tanggunggjawab yang lebih besar.

Tiada masalah untuk bangun malam demi menonton bola sepak, tetapi jangan hanya untuk menonton bola sepak sahaja. Rugi. Peruntukkan masa untuk beribadat kepadaNYA. Itu lebih utama. Bagi yang sangat liat untuk bangun malam (termasuk diri ini), jadikan ia sebagai pembuka jalan. Sebulan ini sebagai latihan. Apa salahnya, kita melakukan strategi serampang 2 mata ini.

Ada juga yang bangun untuk menonton bola sepak dan terus tidur apabila ia berakhir. Akibatnya, solat Subuh pun halal. Ini konsep yang sangat sonsang. Jadikan bangun malam untuk menonton bola sepak sebagai latihan untuk bangun solat Subuh berjemaah di awal waktu. Mungkin sebelum ini sungguh liat untuk mencelikkan mata (termasuk diri ini) untuk solat Subuh berjemaah. Jadi, ini medan terbaik. Manfaatkan semaksimum mungkin tempoh latihan ini.

Semoga sukan bola sepak ini tidak melaikan kita kepada Allah S.W.T. sebaliknya mendekatkan kita kepadaNYA.

Selamat menonton kejohanan EURO!!


-Allah s.w.t. lebih mengetahui segalanya-

Khamis, 5 Jun 2008

Hargailah mereka

Setiap ciptaan Allah pasti ada manfaatnya. Hatta binatang sekecil nyamuk dan semut pun mempunyai fungsi mereka sendiri dalam alam ini. Apatah lagi manusia yang merupakan sebaik-baik ciptaan Allah di muka bumi ini. Ruangan ringkas ini akan membicarakan mengenai 2 golongan manusia yang tidak diharapkan sangat untuk diikuti,tapi sebenarnya terdapat nilai murni daripada mereka yang boleh kita contohi.

Paling ikhlas dan berterus terang

Sedarkah kita siapa yang paling jujur dan berterus terang dalam perbuatan mereka??
Jawapanya adalah kanak-kanak. Sering kali kita menyeru anak-anak kecil untuk mencontohi akhlak dan adab orang tua. Dalam bab jujur dan berterus terang, kita seharusnya mencontohi mereka. Ramai yang terlepas pandang keistimewaan kanak-kanak ini. Mereka sangat jujur dalam perbuatan, perangai dan sebarang komen. Jika mereka tidak suka, mereka akan berterus terang tanpa segan silu. Jika kita meminta komen tentang sesuatu perkara, mereka pasti meluahkan terus apa yang terbuku dalam hati mereka tanpa sebarang segan dan risau. Memang hebat. Kelebihan semulajadi yang dikurniakan oleh Alllah. Hanya sesetengah orang dewasa sahaja yang mempunyai kemampuan seperti ini. Mungkin mereka golongan yang paling sesauai untuk menyahut suruhan 'amar makruf nahi munkar', dikala orang dewasa semuanya segan untuk melakukannya.


Paling tabah dan rajin

Siapa pula yang paling tabah dan rajin di zaman sekarang?

Jawapannya ialah bibik atau orang gaji anda. Tidak percaya? Mungkin ramai yang mungkin kurang bersetuju dengan kenyataan ini. Sedarlah, dikala ibu-ibu sibuk mencari rezeki di luar, merekalah yang mengambil tugas sebagai ibu walaupun mereka tiada apa-apa pertalian dan kepentingan pun. Jika mahu diukur dengan duit gaji yang diberikan, memang sangat tidak berbaloi. Mereka bekerja siang malam, tetapi gaji mereka hanya suku daripada gaji pekerja biasa. Mereka bagaikan hamba alaf baru yang diubah sedikit konsepnya. Tidak dinafikan terdapat sesetengah daripada bibik yang membuat masalah di rumah majikan mereka, tetapi bilangan mereka hanya kecil berbanding jumlah keseluruhan yang menceburi bidang ini. Malangnya, hanya sesetengah daripada majikan yang benar-benar menghormati golongan ini. Sepatutnya, merekalah yang perlu dihargai kerana telah berkhidmat pada kadar yang tidak sepatutnya. Jika kita menyoroti kembali sejarah Rasullulah S.A.W.. Bagaimana beliau telah bergaul dan menghormati orang-orang suruhan baginda seperti Zaid Bin Harithah r.a. Terasa begitu jauh kita tersasar daripada lapangan sebenar.

Semua ciptaan Allah dan kejadian di atas muka bumi ini pasti ada hikmahnya. Semuanya hanya terpulang kepada kita samada mahu memanfaatkannya ke arah mendekatkan diri kepada Allah atau sebaliknya. Semoga kita sentiasa menghormati dan menyayangi semua hidupan di atas bumi tidak kiralah ia adalah kanak-kanak, orang gaji, orang tua atau binatang mahupun tumbuhan. Semuanya ada hak masing-masing.

-Allah s.w.t. lebih mengetahui segalanya-

Rabu, 4 Jun 2008

Naik Lagi


Naik lagi.

Kali ini bukan hanya 2 atau 3 sen sahaja. Tetapi 78 sen.

Pihak kerajaan menerusi ketuanya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan kenaikan harga minyak petrol dan diesel berkuatkuasa hari ini. Pengumuman ini telah menimbulkan rasa gundah bagi seluruh rakyat Malaysia. Buktinya, boleh dilihat pada malam semalam. Orang ramai berpusu-pusu 'menyerang' stesen minyak di seluruh Malaysia sehingga lewat malam hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas. Kesesakan dan ketegangan semalam lebih hebat daripada karnival-karnival tajaan kerajaan seperti Jom Heboh atau Perkampungan Hadhari. Mungkin pihak kerajaan boleh menukar lokasi karnival ke stesen minyak lepas ini. Sure Heboh!!


Alasan sama diberikan. Kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Malah rakyat terus diperbodohkan supaya membandingkan dengan harga minyak di negara kita dengan harga minyak di negara-negara Asia Tenggara yang lain.

"Harga minyak di negara kita adalah terendah di rantau ini"

"Rakyat tidak akan terbeban dengan kenaikan harga minyak ini"

Ungkapan-ungkapan yang sering kedengaran dari pihak autoriti untuk meredakan keadaan. Barangkali mereka ini buta dan tuli mengganggap rakyat tidak tahu menahu tentang fakta sebenar. Semua orang sedia maklum Malaysia adalah negara pengeksport minyak. Bukan pengimport. Taraf hidup di Malaysia juga adalah antara yang tertinggi berbanding negara-negara lain di rantau ini. Tetapi mengapa harga minyak sentiasa naik?

Situasi ini sebenarnya menguntungkan sebelah pihak, iaitu pihak yang kecil dan merugikan sebelah pihak, iaitu pihak yang besar. Yang kaya akan terus kaya, Yang miskin dan terhimpit akan terus tersiksa. Inilah yang dinamakan sisitem kapitalis. Sistem acuan manusia. Bapa kepada sistem ini ialah Amerika. Merekalah pelopor dan pengamal utama sistem ini.

Bayangkan Tanah Arab yang kaya dengan minyak dan hasil bumi, tetapi hanya ibarat seperti lembu dicucuk hidung oleh puak Amerika. Pihak Amerika yang menguasai sepenuhnya naik turun harga minyak, padahal sumber tersebut bukan dari negara mereka. Semua ini membawa kita kepada satu punca iaitu kita, orang Islam telah menggunakan matawang Dollar sebagai kiblat utama ekonomi.

Jika jatuhnya matawang Dollar, jatuhlah seluruh ekonomi negara-negara Islam. Sepatutnya, kita tidak perlu bergantung harap lansung kepada matawang yang tiada kena mengena dengan orang Islam. Malangnya, umat Islam tidak bersatu. Inilah ibu segala punca permasalahan ekonomi di negara-negara Islam. Ubatnya hanya satu, iaitu:
Kembali kepada al-Qur'an dan as-Sunnah serta umat Islam bersatu.

Syiar yang dipinggirkan oleh Umat Islam



Syiar ini yang patut dipegang oleh seluruh umat Islam. Malangnya, ia kian dilupakan dan dipinggirkan. Pihak Kuffar berusaha bersungguh-sungguh agar umat Islam terus lupa dan leka akan kehadiran syiar ini kerana jika ia dihayati dan diamalkan, Islam pasti gemilang kembali dan menguasai dunia.

الله ربنا
(Allah Tuhan Kami)

الله غايتنا
(Allah Matlamat Kami)

 الرسول سيدنا
(Rasul Pemimpin Kami)

الرسول قدوتنا
(Rasul Contoh Ikutan Kami)

القرآن إمامنا ودستورنا
(AL-Qur'an Panduan dan Perlembagaan Kami)

  الموت في سبيل الله أسمى أمانينا
(Mati di Jalan Allah Cita-Cita Tertinggi Kami)