Rabu, 20 Julai 2011

Kisah Khalifah Harun Ar-Rasyid dan Fudhail Bin 'Iyadh


Suatu hari, Khalifah Harun ar-Rasyid pergi melawat Fudhail Bin 'Iyadh di rumahnya.

Ketika tiba di rumah Fudhail, beliau memadamkan lampu/pelita di rumahnya dan bersalaman dengan Khalifah Harun ar-Rasyid. Ketika bersalaman, lantas Fudhail Bin Iyadh pun berbisik kepada Khalifah Harun,

"Alangkah malangnya jika tangan yang lembut ini dibakar oleh api neraka"

Mendengar bisikan Fudhail itu, Harun ar-Rasyid terus menangis sehingga disedari oleh pembantu-pembantunya yang mengiringinya ke rumah Fudhail.

Lantas mereka bertanya kepada Fudhail, "Apa yang kamu katakan kepada Amirul Mukminin sehingga beliau menangis sebegini?"

Lalu Fudhail berbisik kepada Khalifah Harun, "Berwaspadalah dengan orang-orang di sekelilingmu (pembantu-pembantumu) kerana mereka boleh merosakkan dirimu"

Ibrah:

1) Kata-kata orang yang Soleh lagi ikhlas bisa mengetuk pintu hati. Nasihat dan teguran harus dilakukan walaupun beliau adalah pemimpin tertinggi negara.

2) Nasihat Fudhail yang begitu mendalam. Walaupun seseorang itu adalah pemerintah, orang kenamaan, orang yang berkuasa, bahkan mempunyai fizikal yang sempurna, namun jika ia dihumban ke dalam api neraka, tiada nilainya semua kelebihan-kelebihannya di dunia.

"Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan itu hanyalah permainan dan hiburan (yang melalaikan), perhiasan dan saling bermegah-megah diantara kamu serta berlumba-lumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya membanggakan para petani; kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari ALLAH serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu." (Surah Al-Hadid: 20)

3) Berwaspada dengan orang di sekeliling kita. Mereka mungkin membantu kita untuk mendekatkan diri dengan Allah, mereka juga mungkin membantu kita menjauhiNya. Terutamanya para pemimpin yang sentiasa ada pengampu disekelilingnya. Termasuk juga ahli keluarga terdekat dan sahabat-sahabat.


"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar". (Surah at-Thaghabun:14-15)

Ralat: Kesilapan watak dalam entri sebelum ini. Selepas dirujuk, ternyata peristiwa ini berlaku antara Khalifah Harun ar-Rasyid dan Fudhail Bin 'Iyadh. Fudhail dilahirkan pada 105 Hijrah di Samarqand dan hidup sezaman dengan Imam Malik dan Abdullah Bin Mubarak.

* Cerita ini dipetik dan diolah daripada Tarikh ad-Dimasyq karangan Imam Ibn Asakir dan Tarikh al-Baghdad nukilan Imam Khatib al-Baghdadi. Boleh rujuk dua kitab tarikh (sirah) tersebut untuk cerita yang lebih lengkap dan terperinci. Wallahua'lam.

6 ulasan:

Mohd. Ramadan Bin Ab.Hamid berkata...

Bagus entri ni.. sarat dengan mesej.. mudah-mudahan kita beroleh manfaat.. teruskan update ye encik Rahman.. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak!

Tanpa Nama berkata...

salam 'alaik.

maaf,nk mtk confirmation, bukankah kisah ini berlaku kpd Khalifah Harun Ar Rasyid? Kisah ni selalu diceritakan oleh Ust Tuan Ibrahim dalam kuliah beliau yg lepas2.. wallahu 'alam. maaf kalau ana yg silap.

'Abdur Rahman Al-'Azmi berkata...

Ya,benar.selepas dirujuk, memang ada kesalahan fakta. terima kasih byk2 kerana ingtkan. tak perasan sblm ni. syukran!

Faizal Rahman berkata...

Kalau boleh kita juga tak mahu pemimpin negara kita dibakat api neraka.

Arga Wijaya Hardy berkata...

Visit My Pages... ==> http://mencoba-sukes.blogspot.com/

Komik Oyunlar berkata...

good post..