Ahad, 20 Februari 2011

Masjid Siti??


-Masjid al-Khalidiah-

Hasrat penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Md Jiwa akhirnya termakbul apabila Masjid Al-Khalidiah di Sungai Petani berharga RM1.7 juta yang dibiayai sepenuhnya pasangan itu dirasmikan oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, semalam. Sempena majlis itu, mereka turut mengadakan majlis tahlil dan doa selamat.- Sumber: Berita Harian Online
_______________________________________________________________
Komentar: Tahniah kerana berjaya menunaikan hasrat yang diingini. Namun, harus diingat.. Mengamalkan Islam secara keseluruhannya di dalam kehidupan seharian adalah lebih penting dan utama daripada membina masjid.. Menyalurkan duit kepada mereka yang memerlukan seperti fakir miskin, anak-anak yatim, umat Islam Palestin dan pada sektor yang memerlukan seperti dalam perjuangan Islam dan pendidikan Islam adalah lebih harus didahulukan dan dituntut daripada membina masjid di negara yang terkenal dengan kebanjiran masjid, surau, musolla dan seumpamanya.

Diharapkan masjid ini dimakmurkan dan dihidupkan oleh umat Islam dan pembiaya utamanya. Diharapkan ia bukanlah dibina seperti masjid Dhirar.

والذين اتخذوا مسجدا ضرارا وكفرا وتفريقا بين المؤمنين وإرصادا لمن حارب الله ورسوله من قبل وليحلفن إن أردنا إلا الحسنى والله يشهد إنهم لكــذبون . لاتقم فيه أبدا لمسجد أسس على التقوى من أول يوم أحق أن تقوم فيه فيه رجال يحبون أن يتطهروا والله يحب المطهرين

Maksudnya : "Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) kekufuran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu.".... "Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:"Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata". Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta. Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), lebih patut engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan ( mensucikan ) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)" [Surah at-Taubah: 107 & 108]


Diharapkan juga masjid ini tidak dibina seperti masjid yang dinyatakan oleh nabi S.A.W. mengenai peristiwa akhir zaman.

Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid". -H.R Abu Daud-

Tiada ulasan: