Khamis, 6 Ogos 2009

Sekiranya....


Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia cintakan kita,
Tetapi sekiranya,
Kita cintakan Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
,
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
Andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,

Maka,
Campakkanlah ke dalam hatiku,
Cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
Dan campakkanlah ke dalam hatinya,
Cinta kepadaku adalah kerana-Mu.

Namun,
Andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Berilah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,
Yang Kau berikan kepadaku.

-Aminah Qutb-

1 ulasan:

epal berkata...

Aminah Qutb merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya