Isnin, 30 Mac 2009

Aku Menulis Bukan Kerna Nama


"Eh, rajinlah kau menulis dalam blog...ada je idea.."

"Aku tak main blog-blog ni, apa barang..baik cakap terus..lagi efektif.."

"Eh, macam ada je orang nak baca apa yang ditulis tu..ntah-ntah syok sendiri"

Banyak lagi ungkapan-ungkapan lain yang sering terpacul dari mulut rakan-rakanku. Ada berbentuk positif, ada yang berbentuk negatif, tidak kurang juga yang menimbulkan soalan.

Inginku tegaskan di sini, tujuan utamaku menulis di sini adalah untuk memanfaatkan sedikit ruang dakwah dengan menggunakan metodologi penulisan dan ICT. Usaha ini mungkin sangat kecil, tetapi sekurang-kurangnya daku mempunyai sedikit hujah untuk dibawa apabila berhadapan denganNya kelak.

Yang pastinya, aku menulis bukan kerana nama.


Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

(Ramli Sarip)
-Allah s.w.t. lebih mengetahui segalanya-

5 ulasan:

assyahida berkata...

salam... pedulikan apa kata orang, hakikatnya mencari 'apa kata Tuhan pada kita"...

teringat satu kisah yang pernah dibaca, sewaktu seekor burung yang kecil yang ingin memadamkan api yang membakari Nabi Ibrahim a.s.. yang ditanya oleh burung2 yang besar (ada kisah mengatakan yang kata ini Jibril ~banyak pendapat, Allahu'alam), apakah usaha itu mampu memadamkan api itu? katanya.. bukan apa yang akan ditanya Allah tentang kesan usahanya, bahkan apa yang dia lakukan...

tulislah.. "ballighu 'anni walau aayah~sampaikanlah dariku (rasulullah) walau 1 ayat'

teruslah menulis, walau dipandang sedemikian, kerana hanya Allah yang menilainya...

tulislah, kerana sekurang2nya berusaha untuk Islam dari mengambil sikap hanya memerhati..

moga istiqamah..

Tanpa Nama berkata...

ana nak ucap tahniah kt nta!!

pedulikan org nak ckp ape, tp niat kita Allah maha mengetahui.

kita x dpt pum nk memuaskan hati semua org. ckpulah Allah tempat kita puaskan hati.

ana brbangga dgn nta, cuma ana tak dberi kkuatan lg nak menulis..

teruskan usaha. TAKBIR!!
ALLAHUAKBAR.

WS

Tanpa Nama berkata...

Salam'alaik...
ana sokong komen assyahida...
bkn sume orng mampu untk menulis, menilai sebuah kehidupan...
semoga nta terus diberi kekuatan dl sume hal..

Mohd Nuruddin bin Mohamed berkata...

wah...menarik. petik karya ni ke blog aku yah.. www.nuruddinzenki.blogspot.com

"Mengapa Awak Menulis? "

parkcupark berkata...

Btul tu.. klu x suka dgar org bgtau pasal agama baik cepat2 gali kubur sndiri..