Selasa, 17 Februari 2009

Alangkah Baiknya...


Semalam aku berada di Stadium Darul Makmur.

Menonton perlawanan bola sepak antara pasukan tuan rumah bertemu pasukan Kelantan. Perlawanan berat sebelah yang memihak kepada pasukan pelawat dengan kemenangan 5-1. Gol-gol dijaringkan oleh Khalid Jamlus (m-1 & m-74), Indra Putra Mahyuddin (m-62), Badri Radzi (m-61) dan Zainol Fitri Ishak (m-9). Gol saguhati Pahang pulak dijaringkan oleh Hasmizan Kamaruddin.

Sungguh seronok rasanya dapat memasuki stadium buat sekalian kalinya selepas 'bersara' buat seketika. Pelbagai ragam manusia dapat dilihat. Ada yang berkeluarga, ada pasangan merpati sejoli, tetapi majoritinya sekumpulan remaja yang memang gilakan bola sepak.

Terlintas di fikiranku...

Alangkah baiknya kalau jumlah yang sama, golongan yang sama (terutamnya remaja) dengan ghairah yang sama dapat memenuhi majlis-majlis ilmu.. Alangkah bertambah baiknya jika mereka dapat memenuhi kedua-duanya..Stadium dan majlis-majlis ilmu..

Keseimbangan antara keperluan remaja (hiburan yang sederhana seperti menonton bola sepak) dan keperluan rohani (majlis-majlis ilmu dan sebagainya) adalah AMAT PERLU bagi golongan remaja dan belia. Jika hanya ke majlis ilmu sahaja, dibimbangi jiwa akan memberontak dan akan melahirkan golongan yang jumud, yang tertutup pemikirannya dan tidak dapat menerima pendapat orang lain.. Jika hanya hiburan disuapkan ke dalam jiwa, kesannya adalah amat besar. Boleh menggelapkan hati. Gelapnya hati, gelaplah segalanya.

Carilah ilmu sebanyak mungkin di kala muda ini, tetapi berilah sedikit ruang untuk jiwa, fizikal dan emosi bernafas.

-Allah s.w.t lebih mengetahui segalanya-